Wednesday, November 07, 2012

Ular Sawa Menjadi Haiwan Peliharaan


Siapa sangka ular sawa yang sinonim dengan kelicikan dan ganasnya boleh menjadi begitu manja dan bebas bermain di dalam rumah seorang kontraktor, Phang Joon Siong sejak 22 tahun lalu.

PHANG CHIA TAK, anak kepada Joon Siong, bermain 
dengan ular di rumahnya di Stutong Baru, Kuching.

Pasti ramai yang kehairanan apabila melihat Joon Siong yang berusia 52 tahun sibuk melayan seekor ular sawa jantan sepanjang tujuh meter dengan berat mencecah 80 kilogram.

Paling pelik, rasa sayangnya terhadap reptilia itu memang tiada batas apabila dia menganggap ular sawa yang dinamakan sebagai Sako atau bermaksud 'abang kandung' itu sebagai anak kandung sendiri.

Joon Siong ketika ditemui Kosmo! berkata, pada awalnya, dia enggan menerima Sako daripada seorang rakannya pada tahun 1990 kerana geli menyentuh ular itu.

Namun, ekoran rasa cintanya terhadap haiwan sejak kecil membuatkan dirinya memahami haiwan itu dan melayan reptilia tersebut dengan begitu manja.

-Kosmo

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon