Sunday, November 25, 2012

Tiada Lagi Kelibat Aksi Lasak Jackie Chan Selepas Ini


Superstar, Jackie Chan membuat pengumuman akan bersara daripada melakonkan filem aksi dalam masa terdekat.


Menurut aktor berusia 58 tahun ini, faktor usia menyebabkan dia perlu berehat daripada melakukan semua itu.

"Sudah sampai masanya untuk saya berhenti daripada melakonkan filem aksi lasak. Saya bukan muda lagi dan keupayaan saya tidak setanding dulu.

"Bagaimana pun, filem terbaru saya, CZI2 (Chinese Zodiac 12) adalah filem aksi saya yang terakhir," katanya.

Dalam pada itu, Chan kini sedang sibuk menjalani promosi filem tersebut yang akan ditayangkan 18 Disember ini di seluruh Asia.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon