Friday, November 16, 2012

Tangga Berpusing Dicipta Untuk ke 'Syurga'?


Hanya melihat tangga ini sudah cukup untuk membuat anda kagum melihatnya. Sebuah tangga berpusing setinggi 300 kaki atau 91 meter telah dibina di dinding pegunungan Taihang di Linzhou, China dan menawarkan pemandangan gunung yang selamat dilawati tanpa menghadapi sebarang bahaya.


Namun tidak semua orang boleh menaiki tangga ini, hanya orang-orang dibawah usia 60 tahun dan tiada masalah jantung yang dibenarkan menaiki tangga ini.

Pejabat pelancongan di Linzhou, Henan berharap tangga ini akan memberikan pengunjung pengalaman indah pemandangan pergunungan. Keluasan Gunung Taihang meliputi 250 batu dari utara ke selatan merentasi Shanxi, Henan dan daerah Hebei.


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon