Friday, November 16, 2012

Sokongan Buat Palestin! Jom SPAM Page Rasmi Pengganas Israel!


Ketika ini, Gaza sedang diserang dengan penuh kezaliman dan dari segenap arah oleh tentera negara haram Israel.


Israel bersama sekutu barat dan media-media milik mereka menzahirkan bahawa Yahudi yang sebenarnya menjadi mangsa serangan roket pihak Hamas sedangkan hakikatnya hampir setiap hari rakyat Palestin dibunuh begitu sahaja di tanah tumpah mereka sendiri.

Masyarakat Islam di Gaza hidup dalam ketakutan setiap saat. Mereka mengharapkan bantuan.

Justeru, apa sahaja yang kita mampu laksanakan, kita perlu buat, tidak kira besar atau kecil.

Tinjauan mendapati, beberapa rakyat Malaysia telah bertindak berani dengan melakukan komen berulang dan spam ke atas fanpage rasmi tentera Israel – Israel Defense Forces.

Antaranya penggunakan yang menggunakan nama Amirul Almi, Afif Nasir Al-Banjari, Azlan Ibnu Kamisan dan lain-lain.

Mereka mempersoalkan tindak-tanduk biadap Israel dan memberitahu dengan jelas kepada yang terlupa bahawa Israel sebenarnya tidak wujud.

Walaupun kecil, tetapi sekurang-kurangnya ada jugak peranan rakyat negara ini dalam membantu rakyat Palestin.

Teruskan...sikit-sikit lama-lama jadi bukit!

-Mynewshub

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon