Saturday, November 10, 2012

Pengarah CIA Letak Jawatan Selepas Hubungan Sulit Didedah


Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), David Petraeus meletak jawatan sebagai ketua agensi perisikan Amerika Syarikat (AS) itu semalam selepas mengaku menjalin hubungan sulit.

David Petraeus

Dalam suratnya kepada CIA, Petraeus, 60, berkata, beliau telah menemui Presiden Barack Obama di White House kelmarin dan meminta 'dibenarkan untuk meletak jawatan' atas sebab peribadi.

"Selepas 37 tahun berkahwin, saya telah menunjukkan 'contoh buruk dengan menjalin hubungan sulit, satu kelakuan yang tidak boleh diterima," tulisnya dalam surat itu. - REUTERS

-Utusan

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon