Tuesday, November 13, 2012

Menteri Singapura Sifatkan Perlakuan Alvin dan Vivian Keji!


Menteri Pendidikan Singapura Heng Swee Keat telah menyifatkan kelakuan penulis blog dari Malaysia, Alvin Tan yang juga pelajar tajaan di negara republik tersebut sebagai “patut dikeji dan tidak menggambarkan sikap graduan”, lapor akhbar Straits Times Singapura hari ini.


Kenyataan Heng tersebut dinyatakan selepas soalan tersebut diajukan oleh ahli parlimen (MP) Singapura yang mahu mengetahui mengenai hukuman yang dikenakan oleh pihak Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) ke atas Tan.

NUS telah menerima kritikan daripada orang ramai ekoran keengganan untuk mendedahkan bentuk hukuman ke atas graduan tersebut walaupun dia telah didapati bersalah mencalarkan reputasi pusat pengajian tersebut.

Tan, 24 tahun merupakan pelajar dalam jurusan undang-undang di NUS telah menjadi perhatian ekoran kontroversi melibatkan dia dan teman wanitanya yang telah meletak gambar dan video seks mereka di dalam blog tersebut.

Dia telah pun dihadapkan ke muka pengadilan dan dijatuhkan hukuman bulan lepas.

Kedua-dua pihak telah bertindak berdiam diri ke atas hukuman ke atas Tan, malahan pihak universiti berkata perkara tersebut melibatkan prosiding disiplin yang dianggap sebagai sulit.

Warga Singapura bagaimanapun berpendapat sebaliknya, dengan sembilan daripada 10 pelajar universiti yang ditemubual oleh akhbar Straits Times berkata NUS harus mendedahkan bentuk hukuman yang dikenakan.

Bercakap di Parlimen hari ini, Heng berkata demikian ketika menjawab soalan daripada empat MP yang berdiri untuk bertanya sama ada Kementerian Pendidikan Singapura akan meminta pusat pengajian tersebut mendedahkan hukuman yang diputuskan tersebut kepada awam, lapor akhbar.

MP tersebut Lim Biow Chuan, Intan Azura Mokhtar, Yee Jenn Jong dan Pritam Singh menggesa keputusan hukuman itu perlu diberitahu atas nama ketelusan.

Menteri tersebut dilaporkan dalam akhbar telah berhenti daripada menerangkan bentuk hukuman atau biasiswa pelajar terbabit telah ditamatkan.

Bagaimanapun, beliau yakin pihak NUS akan mengambil serius perkara itu dan melakukan apa yang betul.

Tan sebelum ini telah memohon maaf kepada NUS kerana memalukan institusi tersebut.

Bagaimanapun Tan juga mengatakan beliau melakukan jenayah yang tidak mengganggu orang lain.

Bercakap kepada wartawan selepas inkuiri disiplin NUS, Tan berkata, “saya memohon maaf kerana memalukan NUS.”

Tetapi pelajar berusia 24 tahun itu berkata inkuiri tersebut dilakukan atas kegiatan peribadinya, dan bukannya sebagai pelajar NUS.

“Apa yang saya lakukan ialah kesalahan yang tidak mengganggu orang lain.

“Tidak ada siapa yang tercedera atau dalam bahaya,” katanya lagi.

Pelajar NUS itu juga berkata, gambar erotik dan video dirinya bersama teman wanita adalah “menyeronokkan”, menurut Yahoo! Singapura.

Tan dan teman wanitanya Lee mengatakan mereka gemar memuat naik kegiatan seks mereka di blog mereka, “Sumptuous Erotica” untuk “dinikmati orang ramai”.

Di bawah seksyen 292, Kanun Keseksaan, pasangan itu boleh didakwa di bawah undang-undang tersebut adalah penjara selama tiga tahun atau denda.

-The Malaysian Insider

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon