Monday, November 05, 2012

Leonardo Dicaprio dan Erin Heatherton Putus Cinta!


Aktor kacak Leonardo Dicaprio kembali berstatus solo selepas hubungan cintanya dengan model Erin Heatherton terkandas.


Menurut laporan US Weekly, Leo dan model jenama pakaian dalam Victoria’s Secret itu memutuskan hubungan apabila dikatakan tidak mempunyai persefahaman antara stau sama lain.

“Mereka putus beberapa minggu yang lalu kerana tidak ada persefahaman, tetapi tetap mengambil berat antara satu sama lain.

“Jadual kerja yang terlalu sibuk mungkin juga menjadi punca keretakan hubungan itu,” kata sumber.

Walaupun alasannya agak klise, Leo sememangnya sibuk dengan kerja-kerja lakonannya. Untuk tahun ini sahaja, aktor berusia 37 tahun itu terpaksa menjalani penggambaran untuk tiga buah filem iaitu Great Gatsby di Australia, DJango Unchained (New Orleans) dan Wolf Of Wall Street (New York).

Leo dan model berusia 23 tahun itu mula menjalinkan hubungan cinta pada Disember 2011, sebulan selepas dia putus cinta dengan kekasih sebelumnya, Blake Lively.

-MStar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon