Monday, November 05, 2012

Kota Prasejarah Tertua di Eropah Ditemui


Sebuah kota prasejarah Eropah ditemui di timur Bulgaria, kelmarin. Profesor Institut Arkeologi Nasional, Vasil Nikolov berkata, kumpulan penyelidiknya yang melakukan kerja penggalian berhampiran bandar Provadia itu sejak tahun 2005 menganggarkan kota tersebut wujud sekitar tahun 4,700 sebelum Masihi.

Kota terletak kira-kira 410 kilometer dari timur laut Sofia 
ini dipercayai wujud sebelum permulaan tamadun Yunani purba.

Menurutnya, dinding setinggi tiga meter itu dipercayai menjadi kubu terawal dan paling besar pada zaman tersebut.

"Kami turut menemui rumah berkembar yang dikelilingi dinding kubu itu dan beberapa tinggalan sejarah menunjukkan masyarakat pada zaman tersebut sudah mengamalkan upacara keagamaan," jelasnya.

-Al-Jazeera

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon