Wednesday, November 07, 2012

Gangnam Style Bakal Landa Malaysia


Peminat lagu Gangnam Style di Malaysia pasti teruja apabila penyanyinya, Psy telah pun membuat pengesahan yang dia bakal hari di Future Music Festival Asia (FMFA) 2013.


Dalam sidang media khas untuk mengumumkan barisan artis yang bakal membuat persembahan, PSY adalah antara nama yang menjadi perhatian para peminat.

Kesemua artis yang diumumkan penganjur, Livescape, hari ini, adalah untuk persembahan hari kedua yang akan berlangsung pada 16 Mac 2013 di Litar Antarabangsa Sepang, KL.

Selain Psy, penganjur turut membawakan Fun., Bloc Party, Rita Ora, The Temper Trap, The Stafford Brothers, The Prodigy, Tenzin, Rudimental & Borgore.

Semestinya, peminat Psy tidak sabar untuk turut serta di dalam konsert itu nanti.

Nampaknya demam Gangnam Style seperti tidak akan surut dari dunia hiburan.

Saksikan video ini yang telah diambil semasa Psy membuat persembahan di Seoul Plaza.



-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon