Friday, November 16, 2012

Gadis 20 Tahun Cacat Akibat Obses Pembedahan Plastik


Seorang gadis berusia 20 tahun yang membelanjakan lebih sejuta ringgit untuk melakukan lebih 200 pembedahan plastik, terpaksa menerima hakikat pembedahan itu bukan mencantikkannya sebaliknya hanya menyebabkan tumit kakinya menjadi haus.


Selain menderita kesakitan, gadis yang hanya dikenali sebagai Pink Baby itu tidak lagi mampu berjalan, malah payudaranya juga dikesan mempunyai tumor sepanjang tiga sentimeter.

Akhbar Yangtze Evening News melaporkan, gadis itu menjalani banyak pembedahan di pusat kecantikan kerana mahu kelihatan cantik dan untuk membetulkan wajahnya.

Namun dia mengetahui mengenai penyakitnya itu selepas mendapatkan pemeriksaan di Hospital Friendship di Nanjiang.

“Saya mula membuat pembedahan plastik pada usia 16 tahun dan sejak itu mula ketagih.

“Saya hanya percayakan pusat kecantikan dan tidak mengunjungi hospital untuk menjalani pembedahan itu. Malah saya pernah menetap di Korea Selatan selama setahun semata-mata ingin melakukan pembedahan kerana percaya saya boleh menjadi lebih cantik,” katanya.

Semua rawatan berkenaan ditanggung oleh ibu bapanya yang kaya.

Dalam pada itu, doktor yang merawatnya, Dr. Xia Jianjun memaklumkan hampir seluruh badannya dibedah sehinggakan ada pembedahan yang tidak langsung sesuai untuk usia mudanya itu.

Jelas beliau, bahagian paling teruk terjejas akibat pembedahan itu ialah payu dara dan tumitnya.

“Adalah mustahil untuk memulihkan semula kecederaan pada tumit kaki,” katanya.


Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon