Thursday, November 15, 2012

Ariel Bengang Dituduh Bercinta Dengan Isteri Orang!


Baru sahaja menikmati kehidupan normal setelah dua tahun berdepan hukuman di penjara, Ariel, kini terpaksa berdepan pula dengan satu lagi cerita negatif mengenai dirinya.


Ariel dikatakan kini sedang menjalinkan hubungan intim dengan seorang pramugari yang juga isteri orang bernama Magdalena Awuy.

Hubungan mereka dikatakan mula terjalin selepas Magdalena menjadi salah seorang pramugari dalam pesawat yang membawa Ariel ketika konsert jelajah.

Mengakui bengang dengan cerita yang ternyata memfitnah dirinya itu, Ariel berharap cerita palsu sebegitu dapat dihentikan.

"Jika naik kapal terbang, pasti ada pramugari, tapi bukan semua kita kenal. Ternyata cerita yang keluar ini tidak benar dan saya kurang senang jika cerita ini terus diperkatakan," katanya.

_Sinar Harian Online

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon