Sunday, October 28, 2012

'Ustaz' Mengaku Bujang Kahwin 11 Kali!


“Bertaubatlah… kembalilah ke pangkal jalan” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30 yang didakwa di Mahkamah Syariah Rendah Kajang atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Mohd Razis Ismail

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36 berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.

“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka.Saya harap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah” katanya ketika ditemui wartawan Metro.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada tahun 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah.

Berikutan pembubaran pernikahan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan ‘Abdullah’ malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha.

Buat masa ini, Sha hanya mahu memikirkan masa depan anaknya . ”Yang sudah tu sudahlah… saya tidak mahu memusuhi sesiapa. Lebih baik saya memikirkan soal anak, mereka lebih penting sekarang” katanya

Harian Metro melaporkan, seorang lelaki menggunakan gelaran ‘ustaz’ disyaki memperdayakan sekurang-kurangnya 11 wanita untuk dijadikan isteri, selain memalsukan dokumen borang pernikahan dengan mengaku masih teruna.

Taktik licik lelaki itu terbongkar selepas beberapa wanita yang pernah menjadi isterinya mendedahkan perbuatannya dalam sebuah laman sosial.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon