Sunday, October 14, 2012

Rasa Tercabar Penyebab Cincin Tersekat Pada Kemaluan!


Rasa tercabar antara penyebab segelintir lelaki sanggup memakai gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan untuk meningkatkan keupayaan seksual mereka sedangkan perkara itu tidak perlu dilakukan.

Cincin penambat zakar

Pengarah Urusan Hushim Motivational & Counselling Consultancy, Hushim Salleh berkata, hubungan intim pasangan suami isteri menyentuh soal emosi, pemikiran dan psikologi.

“Kadang kala disebabkan emosi terganggu mungkin akibat tekanan kerja menyebabkan lelaki cepat klimaks ketika melakukan hubungan seks.

“Disebabkan rasa tercabar ini, mereka mula menggunakan pelbagai cara termasuk memasang cincin di kemaluan yang tidak mendapat pengiktirafan pihak berkuasa sehingga menyebabkan risiko termasuk kecederaan,” katanya yang dihubungi semalam.

Dalam kes terbaru, minggu lalu khidmat anggota bomba dan penyelamat Ipoh ditagih pihak hospital bagi memotong nat besi yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki berusia 30-an.

Lelaki terbabit berbuat demikian kerana terpengaruh dengan dakwaan kononnya pemasangan gegelang seperti cincin dan nat pada kemaluan mampu meningkatkan keupayaan seksual serta memanjangkan zakar.

-Hmetro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon