Tuesday, October 02, 2012

Pelakon Terkenal Mencuri Pakaian Berjenama


Minggu lalu satu Malaysia dilanda histeria apabila label pakaian jenama terkenal dari Sweden membuka gedung pertamanya di negara ini.

Gambar hiasan

Dibuka pula di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, memang sah-sahlah ia mendapat sambutan. Penulis tidak perlu memberitahu nama jenama itu kerana anda sendiri dapat menekanya dengan tepat!

Tetapi bukan itu yang penulis ingin sampaikan, sebenarnya ada satu insiden yang berlaku semasa majlis itu berlangsung.

Ia membabitkan seorang pelakon terkenal yang dikatakan telah ‘berjaya’ membawa keluar pakaian itu yang kira-kira bernilai lebih RM2,000 juga!

Dia ingat bila dijemput menghadiri majlis seperti itu dia boleh ambil apa saja yang dia mahu secara percuma agaknya.

Jika dilihat daripada senarai selebriti yang hadir pada majlis pembukaan itu, memang boleh dikira dengan jari.

Lebih mengejutkan apabila pelakon itu dikatakan baru saja berkahwin pada tahun lalu.

Dan ada yang mengatakan dia sengaja membawa pulang baju jenama terkenal itu tanpa rasa bersalah untuk dijual semula di kedai pakaian milik beliau!

Siapa agaknya ye?

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon