Tuesday, October 02, 2012

Pelakon Betul-betul Mati Ketika Babak Gantung Diri


Brazil – Pelakon Tiago Klimeck, 27, yang secara tidak sengaja menggantung diri ketika berlakon dalam satu babak sempena perayaan Good Friday meninggal dunia selepas koma selama beberapa hari.


Ketika kejadian, Klimeck melakonkan babak menggantung diri namun selepas empat minit, barulah seorang lagi pelakon menyedari sesuatu berlaku ke atas Klimek.

Mereka kemudiannya mengangkatnya, namun Klimeck sudah tidak sedarkan diri.

Imbasan yang dijalankan doktor mendapati dia mengalami sesak nafas sehingga mengakibatkan otaknya tidak menerima oksigen.

Persembahan itu diadakan setiap tahun di Brazil dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.

-Mynewshub.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon