Wednesday, October 31, 2012

Paling Dinantikan! Star Wars Episode 7 Pada 2015


Terdapat satu berita baik buat peminat-peminat tegar filem epik Star Wars. Disney akan merakamkan Star Wars: Episode 7 pada tidak lama lagi!


Menerusi Mtv.com, semalam, pihak The Walt Disney Company telah membuat pengumuman untuk membeli Lucasfilm Ltd daripada George Lucas.

George menerima hampir separuh daripada nilai sebenar syarikat miliknya itu iaitu kira-kira US4.05 billion.

Setelah memegang tampuk syarikatnya itu sejak 35 tahun lalu, akhirnya Gorge melepaskan aset kesayangannya itu.

“Kini tiba masanya untuk menurunkan Star Wars pada generasi pembikin filem masa kini,” ulas George Lucas kepada media, semalam.

Laporan berkenaan turut menyebut yang Disney juga turut membeli dua studio khas milik George iaitu Industrial Light & Magic dan Skywalker Sound.

Dengan pengambilalihan ini, dikhabarkan Disney sudah pun merancang untuk membuat pembikinan Star Wars: Episode 7 dan bakal ditayangkan sekitar 2015 nanti.

Malah, episod lapan dan sembilan juga sudah ada di dalam agenda mereka.

Bagaimana dengan peminat Star Wars?

Adakah anda setuju dengan penjualan syarikat George kepada Disney?

Ini kerana ada yang memberi reaksi positif kerana mahu melihat perubahan yang bakal dibuat, tetapi ada juga yang tidak berapa setuju.

Mungkin kerana filem ini sudah lama diarahkan oleh George yang mana hasilnya sangat mengkagumkan.

Kita tunggu dan lihat saja nanti.

-Mtv.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon