Tuesday, October 02, 2012

Kim Kardashian Sedia Kahwin Lagi?


Semakin hari hubungan percintaan, Kim Kardashian bersama kekasihnya Kenye West dilihat semakin rapat.

Kim Kardashian (kanan) bersama kekasihnya Kenye West

Menurut portal Showbizspy, Kardashian dikatakan sanggup melakukan apa sahaja demi membuktikan kepada West dirinya mampu menjadi seorang isteri yang sempurna.

"Kardashian sanggup melakukan apa sahaja termasuklah menyediakan segala persiapan West seperti menggosok baju, memasak dan kerap menghantar gambar melalui pesanan ringkas mengenai aktiviti hariannya.

"Ternyata perasaan sayang Kardashian terhadap West tiada tandingannya. West juga begitu menghargai segala perbuatan kekasih hatinya itu," kata teman rapat pasangan itu.

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan percintaan sejak awal tahun lalu dan dikatakan sedang merancang perkahwinan mereka.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon