Monday, October 01, 2012

Inilah Padahnya Tindik Alat Sulit


Dalam salah satu kajian mengenai tindik badan, para penyelidik dari Northwestern University mendapati bahawa sekitar 20 peratus dari tindikan menyebabkan jangkitan.


Jangkitan merupakan komplikasi yang paling biasa, diikuti oleh alergi, perdarahan, jaringan parut dan gangguan semasa menjalani prosedur perubatan, seperti ronsen dan USG. Beberapa gangguan yang dialami berdasarkan tempat tindikan adalah:

Tindikan di bahagian mulut atau lidah boleh menyebabkan kesulitan bercakap dan makan, pengeluaran air liur yang berlebihan dan gangguan pada gigi.

Tindikan di mulut dan hidung boleh tersedut bahkan masuk ke dalam badan sehingga memerlukan operasi untuk mengambil tindikan.

Tindikan di puting dapat mengoyakkan kulit. Gangguan galaktorea atau air susu yang mengalir tiba-tiba dari payudara juga boleh disebabkan oleh menindik puting. Wanita yang sedang hamil atau menyusui dan mempunyai tindik atau ingin ditindik sebaiknya menyedari komplikasi langka yang dapat mempengaruhi dirinya sendiri atau anaknya.

Tindik pusat memungkinkan terjadinya jangkitan kerana iritasi dari pakaian ketat yang digunakan. Hal ini kerana kulit pusat merupakan bahagian yang sangat sensitif.

Tindikan di kelamin boleh menyebabkan kemandulan kerana jangkitan, mengahalangi jalannya air seni, hingga menyebabkan parut.

Pada lelaki, priapism atau rasa sakit ketika ereksi boleh terjadi akibat tindikan di kelamin.

Tindik alis sangat berisiko jika tidak dilakukan di tempat yang tepat. Tindik harus dilakukan pada sudut 40 darjah dari sudut luar mata. Jika tempatnya tidak tepat maka berisiko mengalami kerosakan saraf, kerana bahagian tersebut mengandungi 3 saraf supra orbital besar.

Tindik telinga bahagian atas lebih berbahaya kerana terdapat tulang rawan disepanjang tepi telinga. Jika berlaku jangkitan di bahagian tulang rawan tersebut akan lebih sukar untuk diubati dan boleh mencetuskan kecacatan pada telinga.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon