Monday, October 01, 2012

Gigit Buah Zakar Teman Lelaki Selepas Bergaduh


Maria Topp, 44, dari Wreckenton, Gateshead, Tyne and Wear, mengaku bersalah membawa kemudaratan tubuh badan yang tidak terperi sakitnya di Mahkamah Newcastle Crown.

Beliau telah menggigit buah zakar Martin Douglas teman lelaki yang dikenali sejak lima tahun lalu setelah terlibat dalam pergaduhan akibat mabuk di sebuah flat awal tahun ini.

Douglas seorang DJ telah dibawa ke hospital Newcastle setelah membuat panggilan 999 dan memerlukan pembedahan kecemasan selepas serangan tersebut.

Maria Topp telah dibicarakan oleh juri Mahkamah Crown Newcastle atas tuduhan mendatangkan kecederaan teruk dengan niat yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup.

Beliau mengaku bersalah dan selepas rayuan pertuduhan mungkin dipinda yang hanya membawa hukuman 5 tahun penjara.

Mahkamah menangguhkan hukuman sehingga 11 November, Maria Topp dibenarkan ikat jamin dengan bersyarat.

Hakim berkata “kedua-dua pasangan telah menjalinkan hubungan selama lima tahun, mereka telah berpisah berkali-kali dan kembali semula menjalinkan hubungan, telah berlaku beberapa kali bergaduh dan polis telah dipanggil beberapa kali dan pada hari kejadian mereka berdua dalam keadaan mabuk.

Setelah berlaku pertengkaran, Maria Topp telah menggigit buah zakar Douglas dan menyebabkan kecederaan. Saya mempunyai beberapa pilihan dan antaranya memenjarakan anda”.

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon