Home » Kontroversi » Bilangan Anak Luar Nikah Meningkat!

Bilangan Anak Luar Nikah Meningkat!

Jumlah bayi ditinggalkan oleh ibu tidak berkahwin semakin membimbangkan, kata aktivis


Mereka menyalahkan prejudis di dalam masyarakat dan undang-undang lapuk sebagai punca masalah itu.

Penganjur persidangan mengenai keganasan dan diskriminasi terhadap ibu tunggal dan kanak-kanak, Omar Kindi berkata, “Menurut maklumat yang kami kumpul daripada golongan yang menjaga kanak-kanak yang dilahirkan luar nikah, jumlah mereka semakin ramai.”

Omar adalah Presiden Insaf, iaitu badan bukan kerajaan yang memberi sokongan kepada wanita dan kanak-kanak dalam kesusahan

Menurut kajian yang dibuat oleh Insaf, 27,200 wanita muda melahirkan anak luar nikah pada 2009, dan sejumlah 8,760 bayi ditinggalkan iaitu bersamaan purata 24 bayi setiap hari.

Pertumbuhan penduduk di Maghribi meningkat dan peningkatan bandar baru sejak berpuluh tahun kebelakangan ini meningkatkan interaksi antara lelaki dan wanita bujang di negara Islam konservatif ini.

Omar dan aktivitis lain berkata, sikap dan undang-undang gagal menurut perubahan sosial seperti yang termaktub di dalam Artikel 490 Undang-Undang Jenayah di mana sesiapa yang didapati bersalah mengadakan seks luar nikah boleh dijatuhkan hukuman penjara sehingga setahun.

Katanya, doktor di hospital bersalin enggan merawat wanita muda yang belum berkahwin walaupun mereka mangsa rogol majikan.

-AFP

1 comments :

  1. buatlah hukum hudud, gerenti tadak orang berani berzina....

    ReplyDelete

JUMLAH ARTIKEL: