Friday, September 28, 2012

Ular Mati Selepas Gigit Payudara


Seekor ular boa mati akibat keracunan silikon setelah mematuk payudara seorang model warga Israel, Orit Fox ketika sesi fotografi dan temu ramah dengan wartawan.


Kejadian berlaku semasa Orit membelai ular tersebut, kemudian menciumnya. Model yang juga seorang pelakon pada awalnya nampak selesa bersama ularnya melakukan yang terbaik untuk tampil seksi semasa penggambaran di Tel Aviv.


Dia dengan penuh yakin mencium ular itu. Ketika dia memegang haiwan reptilia itu pada kedudukan untuk ‘ciuman’, Orit mengendurkan pegangannya di leher ular tersebut, reptilia itu tiba-tiba marah dan tidak semena-mena terus membenamkan giginya ke payudara kirinya.

Seorang pembantu bergegas untuk membantu menarik ular tersebut. Beberapa saat kemudian, usaha melepaskan cengkaman ular daripada payudara Orit berjaya dilakukan. Model itu segera dikejarkan ke hospital untuk diberi suntikan tetanus (suntikan anti kejang urat atau kejang otot).


Namun, ular itu tidak begitu bernasib baik, mati akibat keracunan silikon payudara!

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon