Tuesday, September 25, 2012

Jiran Marah Pasangan Terlalu Bising Ketika Seks!


Sepasang kekasih dari Adelaide, Australia, didakwa mengganggu ketenteraman awam kerana kerap membuat bising, terutama ketika berasmara hingga menimbulkan kemarahan jiran, yang kemudiannya membuat laporan polis.

Jiran Marah Terlalu Bising Ketika Seks!
Gambar hiasan.

Kediaman Jessica Angel, 34, dan Colin MacKenzie, 45, pernah didatangi polis sebanyak 20 kali dalam tempoh empat bulan selepas menerima laporan dari jirannya dan mereka juga pernah didenda 3,000 pound (RM14,410) mengikut Akta Pelindungan Ketenteraman Awam.

MacKenzie berkata, kekasihnya kerap memintanya melakukan hubungan seks empat hingga ke tujuh jam, lima kali dalam seminggu.

Menurut ketua polis daerah, Trevor Lovegrove, pasangan itu pernah diarah supaya tidak mengulangi kesalahan itu bagi tempoh 72 jam, tetapi tetap mengulangi kesalahan itu dua hari kemudian.

"Mereka menjerit, mengerang dan ketawa sekuat hati sehingga pihak kami terpaksa menahan mereka kerana mendapat laporan awam," katanya.

Dipenjara Kerana Bising Waktu Lakukan Seks

Gemma Wale dipenjara kerana seks
Gemma Wale.

Sementara itu, gara-gara menjerit terlalu kuat ketika melakukan hubungan seks pada pukul 5 pagi, seorang wanita Gemma Wale, dihukum penjara selama dua minggu di Birmingham, England, pada tahun 2015.

Gemma Wale ditangkap selepas jirannya, Ghazala Bibi, membuat aduan kerana tidak tahan mendengar bunyi bising berkenaan.

"Gemma mula menjerit-jerit ketika melakukan seks, menyebabkan kami semua terbangun.

"Ia berterusan sehingga 10 minit," katanya.

Malah kata Bibi, Gemma dan pasangannya juga turut memaki hamun sesama sendiri ketika melakukan seks.

Selain hukuman penjara, Gemma juga dilarang memainkan muzik yang kuat, memaki hamun, menghempas pintu dan menjerit.

Teruk!

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon