Monday, December 02, 2013

Kenali Fungsi Otak Kiri Dan Otak Kanan Manusia

Kenali Fungsi Otak Kiri Dan Otak Kanan Manusia

Seperti yang kita tahu, otak kita ibarat sebuah komputer yang besar dimana mempunyai kelebihan, kelemahan, kekuatan, kekurangan dan cara kerja tersendiri untuk memproses maklumat.

Kenali Fungsi Otak Kiri Dan Otak Kanan Manusia

Walaupun kebanyakan orang kata perbezaaan, fungsi otak kiri dan kanan adalah sekadar teori, bagi saya ini satu kelebihan kepada kita untuk mengetahui kelebihan dan kekurangan untuk memperbaiki diri dan kelebihan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk mencapai matlamat dan impian kita.

Jika individu yang banyak yang mengatakan otak kiri dilabel sebagai pengendali IQ (Intelligence Quotient), otak kanan pula memegang peranan penting bagi perkembangan EQ (Emotional Ouotient).

OTAK KIRI
  1. Berfikir dan mentafsir secara turutan satu persatu.
  2. Menganilisis secara terperinci.
  3. Berfikir secara linear (pengelolaan).
  4. Menguasai matematik.
  5. Menggunakan logik.
  6. Memahami bahasa.
  7. Memahami lisan.
  8. Peka kepada fakta.
  9. Berfikir menggunakan perkataan.
  10. Mengingat lirik lagu.
  11. Perlukan rasional.
Biasanya otak kiri sangat bermanfaat digunakan untuk memahami hal-hal yang kompleks dan perlu pemikiran yang mengkhusus. Individu yang biasa menggunakan otak kiri adalah seorang penganalisis, pengkaji, pakar matematik atau saintis.

OTAK KANAN
  1. Mencari ilham (intuisi).
  2. Berfikir secara kreatif.
  3. Berkaitan seni.
  4. Menggunakan imaginasi.
  5. Bersifat subjektif.
  6. Retma (rentak/intonasi).
  7. Memahami tanpa lisan.
  8. Perasaan (emosi).
  9. Berfikir menggunakan gambaran.
  10. Menghayati irama lagu.
  11. Ada visi.
Cara kerja otak kanan ini biasanya tidak terstruktur dan cenderung tidak memikirkan hal-hal yang terlalu khusus iaitu bertentangan dengan otak kiri.

Contoh orang yang mengunakan otak kanan dibandingkan otak kirinya adalah seorang seniman, pelukis dan sebagainya.

Apapun kebihan otak anda sama ada otak kiri dan kanan pastikan setiap kelebihan yang ada digunakan dengan sebaiknya dan jangan berasa rendah diri sekiranya kita tidak mempunyai kelebihan atau keistimewaan seperti orang lain kerana setiap manusia mempunyai keunikannya yang tersendiri.

BACA INI JUGA: Luarbiasa! Lelaki Yang Mampu Mengingati Segala-galanya!

[Sumber][Edited by SP]

Fakta Kenapa Makanan Segera Bahaya Untuk Kesihatan

Fakta Kenapa Makanan Segera Bahaya Untuk Kesihatan

Makanan proses atau segera adalah komponen makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu.

Fakta Kenapa Makanan Segera Bahaya Untuk Kesihatan

Ia mungkin makanan dalam tin, makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog, makanan sejuk beku dan sebagainya.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar rmakanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging. Mengandungi 4 gram lemak tulen. Makanan segera yang dipanggil burger ni membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng. Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. Ramai yang suka ayam goreng segera. Ia membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutnya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng. French fries atau Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak (shake). Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola. Amat kaya dengan gula. Bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam. Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi.

Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula. Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna.

Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini.

Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat. Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut.

Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah.

Ia juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat.

Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian. Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera.

Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama.

Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulan

Bukanlah tidak boleh langsung mengambil makanan segera, tapi jangan jadikan makanan segera sebagai menu tetap anda.

Kawal kuantiti pengambilan makanan berasaskan menu daripada makanan segera. Pastikan sentiasa mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat.

Kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama.

Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan kita dalam jangka masa yang panjang

BACA INI JUGA: Kenapa Kita Di Larang Meniup Air Minuman Atau Minum Dengan Satu Nafas?

[Sumber]

Sunday, December 01, 2013

Top 10 Istana Lama Paling Indah Di Dunia

Top 10 Istana Lama Paling Indah Di Dunia

Bila disebut istana, pasti kita akan terbayang bangunan yang megah tesergam indah bukan? Ada pelbagai jenis dan rekabentuk istana yang terdapat di seluruh dunia. Dibawah ini saya ingin kongsikan antara gambar-gambar istana di serata dunia yang megah berdiri dan mempunyai keunikan serta keindahannya yang tersendiri.

Potala Palace, Tibet

Potala Palace, Tibet

Potala Palace adalah bangunan istana megah yang dianggap suci dan dulunya dijadikan sebagai tempat tinggal Dalai Lama di puncak gunung Potala, Lhasa, Tibet.

Bangunan berukuran 400 x 350 meter ini mempunyai sekitar 200 ribu patung, seribu bilik dan 10 ribu tempat pemujaan yang terkumpul di puncak Marpo Li, iaitu lembah merah (red hill) yang menjulang tinggi lebih dari 300 meter dari dasar lembah.

Adapun dua lembah utama 'Tiga Penjaga Tibet' yang terbahagi di beberapa sudut istana, seperti Chokpori di bahagian selatan Potala dan Pongwari yang mewakili Dewi Kwam Im (Avalokitesvara).

Predjama Castle, Slovenia

Predjama Castle, Slovenia

Negara Eropah di sebelah barat Itali ini mempunyai istana unik yang tepampang di mulut gua. Pada 1274, Predjma Castle Slovenia dibina oleh Patriark Aquileia dengan gaya Gothic.

Walaupun pada ketika itu kawasannya sukar dicapai, keluarga Luegg berjaya mengembangkan akses perjalanan menuju ke sana yang dikenali sebagai Knights of Adelsberg.

Lokasi ini pernah dijadikan tempat pembikinan filem ternama The Armour of God yang dibintangi oleh Jackie Chan, Alan Tam, Rosamund Kwan dan Cameron Zavaski pada 1986.

Prague Castle, Czech

Prague Castle, Czech

Prague Castle atau Istana Prague adalah salah satu istana kuno terbesar di dunia yang terletak di Prague, ibu kota Republik Czech.

Dahulu, istana berukuran 570x130 meter ini dijadikan sebagai Mahkota Kerajaan Bohemia, tempat tinggal bagi raja-raja Czech, maharaja-maharaja suci Rom, serta pejabat pemerintahan Presiden Republik Czech.

Mont Saint-Michael, Perancis

Mont Saint-Michael, Perancis

Di Normandi, Perancis, anda boleh menyaksikan pemandangan cantik dari sebuah istana yang berdiri di atas pulau kecil dan berbatu Mont Saint Michael.

Walaupun tenggelam di dasar laut, Mont Saint Michael (Pulau Pasang) yang memiliki sebuah jambatan sempit dan berumur ribuan tahun ini muncul kembali selepas berlakunya hakisan besar.

Matsumoto Castle, Jepun

Matsumoto Castle, Jepun

Matsumoto Castle atau Istana Matsumoto adalah nama istana yang terletak di Bandar Matsumoto, Jepun. Istana ini dibina sebagai benteng pertahanan perang pada masa Klan Takeda dan Tokugawa Leyasu berkuasa (1550). Jalan masuk menuju ke Matsumoto Castle boleh dilalui melalui Tokyo menggunakan pengangkutan kereta api dan juga kereta peribadi.

Malbork Castle, Poland

Malbork Castle, Poland

Walaupun sewaktu Perang Dunia II sebahagian bangunan istana di Poland telah musnah, pada 1962 Malbork dibina semula dengan keadaan yang lebih menarik.

Malbork adalah Istana Marienburg (nama sebelumnya) yang dibina oleh Ordo Teutonic menggunakan bahan batu-bata dan terbahagi kepada tiga bahagian yang berasingan. Bermula dari bawah, atas dan tengah diasingkan oleh beberapa menara dan kawasan berumput. Keluasan Malbork Castle boleh mencapai 21 hektar atau empat kali lebih besar dari Istana Windsor dengan penghuninya sekitar 3 ribu tentera.

Palacio da Pena, Portugal

Palacio da Pena, Portugal

Istana kuno di Sao Pedro de Penaferim, Sintra, Portugal ini berdiri di puncak bukit yang tinggi dan mudah dilihat dari sisi Lisbon, ibu kota Portugal pada siang hari.

Selain kelihatan megah dengan penutup kubah di bahagian atasnya, Palacio de Pena juga merupakan monumen nasional paling romantis yang ada di dunia. Bahkan dijadikan sebagai salah satu tujuh keajaiban Portugal selama ini.

Hunyad Castle, Romania

Hunyad Castle, Romania

Sejarah menceritakan bahawa Hunyad Castle merupakan tempat di mana Raja Vlad III dari Wallachia terpenjara selama tujuh tahun di sana.

Hunyad Castle adalah sebuah istana di Transylvanian Hunedoara, Romania yang sempat berpindah tangan kepada Kerajaan Hungary pada tahun 1541. Tempat ini kelihatan gelap dan seringkali dianggap sebagai tempat tinggal drakula.

Neuschwanstein Castle, Jerman

Neuschwanstein Castle, Jerman

Neuschwanstein Castle merupakan bangunan istana kuno Bavaria abad 19 yang dibina oleh Raja Bavaria Ludwig II yang terletak di puncak pergunungan Jerman.

Kawasan istana ini sangat dekat dengan tempat-tempat penting, seperti Hohenschwangau dan Fussen di barat daya Bayern.

Sejak tahun 1886, Neuschwanstein Castle dijadikan sebagai salah satu tempat pelancongan yang paling penting Jerman.

Lowenburg Castle, Jerman

Lowenburg Castle, Jerman

Selain Neuschwanstein Castle, di Jerman juga terdapat istana terkenal lain yang bernama Lowenburg Castle.

Lowenburg Castle dibina pada tahun 1745 dan dijadikan sebagai tempat kediaman Putera Philip dari Eulenburg (1847-1886).

BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Istana Purba Nabi Daud

Sumber: Zamrispoon

Penjara Yang Membenarkan Anak Dan Isteri Tinggal Bersama!

Penjara Yang Membenarkan Anak Dan Isteri Tinggal Bersama!

Penjara San Pedro adalah penjara terbesar di La Paz, Bolivia dengan tahanan seramai 1,500 di dalamnya.

Penjara San Pedro

Namun, apa yang membuatkannya unik bukanlah kerana jumlah banduan di dalamnya tetapi kerana banduan di penjara ini dibenarkan untuk menjalankan kerja mereka atau bekerja di dalam penjara.

Malah, Penjara San Pedro mempunyai undang-undangnya sendiri, tanpa warden di dalamnya!.

Banduan di penjara San Pedro tinggal di dalam penjara yang mempunyai komuniti persekitaran tersendiri.

Sama seperti kehidupan biasa di luar penjara, di dalam penjara San Pedro terdapat restoran, pasar, pasar raya, salon rambut, malah hotel yang diuruskan sendiri oleh para banduan.

Banduan juga boleh mengajak keluarga mereka, isteri dan anak-anaknya untuk tinggal di dalam penjara bersama mereka.

Warden di Bolivia tidak akan campur tangan walau apapun yang terjadi antara para banduan di dalam penjara.

Seorang banduan akan dipilih secara demokrasi dan menjadi pemimpin di penjara San Pedro. Anda juga tidak akan menemui banduan yang tinggal di dalam bilik jeriji besi.

Namun, di dalam penjara ini, para tahanan perlu membayar untuk sel mereka tidak kira betapa kecil dan kotornya sel yang mereka diami.

Penjara San Pedro terbahagi kepada 8 sektor, dari yang paling kotor hinggalah yang paling mewah untuk didiami.

Banduan yang sanggup membayar dengan harga yang mahal boleh tinggal di bahagian yang mewah dalam penjara ini.

Di ruangan penjara yang mewah, para banduan boleh tinggal di dalam sel yang selesa yang dilengkapi dengan bilik mandi, dapur, TV kabel, malah jacuzzi dengan bayaran yang mahal.

Banduan yang ingin tinggal di dalam sel mewah seperti ini perlu membayar kira-kira USD$1,000 hingga USD$1,500 sepanjang penahanan mereka. Namun, ramai juga banduan miskin yang tinggal beramai-ramai dalam sebuah sel.

Banduan yang tidak memiliki wang dibenarkan bekerja seperti biasa supaya mereka mempunyai wang untuk terus tinggal di dalam penjara.

Makanan juga tidak disediakan oleh pihak penjara, jadi banduan perlu membelinya sendiri di dalam penjara ini.

Oleh kerana itu, ada banduan yang membuka kedai makan dan ada juga yang menjalankan perkhidmatan sebagai pendandan rambut atau tukang kayu. Yang lain bekerja di bawah kendalian banduan lain sebagai pekerja untuk mendapat gaji.

Kita tidak akan menyangka bahawa penjara ini adalah sebuah penjara kerana di dalamnya para banduan lelaki bekerja dan menjalankan rutin biasa, manakala isteri akan mengurus rumah tangga mereka malah kanak-kanak bebas berkeliaran di dalamnya.

Satu data menunjukkan, kira-kira 200 kanak-kanak tinggal dengan ayah mereka yang menjadi banduan di dalam penjara San Pedro.

Penjara San Pedro

Ramai yang menganggap bahawa penjara San Pedro bukanlah persekitaran yang sesuai untuk membesarkan anak-anak. Namun, keluarga mereka sebaliknya mengatakan bahawa kehidupan mereka lebih baik di dalam penjara daripada hidup di jalanan kerana diskriminasi masyarakat.

Tapi jangan anggap bahawa tinggal di dalam penjara San Pedro sentiasa aman dan damai. Banduan di dalamnya saling mencuri harta banduan lain, malah sanggup membunuh jika berlaku pergaduhan antara mereka.

Keunikan penjara ini pernah menjadi perhatian pelancong dari seluruh dunia sehinggakan penjara San Pedro menjadi tarikan pelancongan di Bolivia.

Dengan membayar 250 peso, para pelancong boleh melawat penjara ini. Malah, banduan sendiri yang akan menguruskan pelawat yang berkunjung.

Namun, ada pihak yang mengatakan bahawa pekara ini telah diambil kesempatan oleh beberapa pihak untuk menjual beli dadah.

Oleh kerana itu, sejak tahun 2009 tidak ada lagi pelancong yang dibenarkan melawat ke dalam penjara San Pedro.

Walau bagaimanapun, banduan tetap dibenarkan mengajak keluarga mereka tinggal di dalamnya bersama mereka.

-Sentiasapanas.com

Luarbiasa!  Jadi Pakar Muzik Selepas Cedera Di Kepala

Luarbiasa! Jadi Pakar Muzik Selepas Cedera Di Kepala

Derek Amato, 41, tidak menyangka kecederaan di bahagian kepala yang dialaminya terhentak dinding kolam memberikan keistimewaan yang tidak diduga.

Derek Amato, 41

Keistimewaan itu ialah, kemahiran bermain lapan jenis alat muzik yang berlainan secara profesional.

Sebelum kejadian, dia hanya tahu memetik gitar dan tidak tahu bagaimana untuk membaca atau menulis nota muzik.

Apa yang dialami oleh Derek ini sebenarnya mempunyai penjelasan dari segi saintifik.

Ia dinamakan Sindrome ‘Aquired Savant’, yang hanya dialami oleh 30 orang termasuk dirinya di seluruh dunia selepas mengalami trauma di kepala.

Hentakan di kepala itu menyebabkan dia kehilangan 35 peratus pendengaran, kerap sakit kepala dan adakalanya kehilangan memori, namun bagi Derek ia masih kecil jika dibandingkan dengan kepakaran muzik yang dimilikinya sekarang.

Bagaimanapun, doktor yang merawatnya turut mengingatkan Derek supaya bersedia untuk menghadapi kemungkinan kehilangan ‘anugerah’ yang dimilikinya kerana dia tidak mempunyai kawalan terhadap sindrom itu.

Sumber: Mynewshub

Sengaja Rompak Bank Kerana 'Rindukan' Penjara!

Sengaja Rompak Bank Kerana 'Rindukan' Penjara!

Seorang lelaki tua di Illinois, Amerika Syarikat sengaja merompak bank supaya dimasukkan semula ke penjara. Lelaki yang pernah dipenjarakan ini, mengaku rindu dengan kehidupan di penjara.

Walter Unbehaun

Walter Unbehaun pernah dipenjarakan pada tahun 1963 atas pelbagai tuduhan jenayah.

Bermula dengan rompakan bank, mencuri kereta, merompak rumah orang dan kekerasan bersenjata.

Media tempatan, NBC seperti dilaporkan news.com.au, (25/11/2013), menyebutkan, Unbehaun tidak bahagia dengan kehidupannya sebagai manusia bebas. Dia dia nekad melakukan rompakan di salah sebuah bank di Illinois, awal tahun ini.

Dokumen perbicaraan menyebutkan, Unbehaun mendatangi juruwang bank dan memintanya untuk memberikan semua wang yang ada.

"Ini rompakan bersenjata. Saya tidak takut kehilangan apa-apa. Berikan saya wang yang ada di laci," ucap Unbehaun ketika melakukan rompakan.

Lelaki berumur 73 tahun ini membawa sebuah pistol yang diselitkan di pinggangnya.

"Saya hanya mempunyai masa 6 bulan untuk hidup dan saya tidak akan kehilangan apa-apa. Saya tidak mahu mencederakan anda," menurut kenyataan Unbehaun yang dipetik dari dokumen perbicaraan.

Unbehaun berjalan ke bank tersebut dengan menggunakan alat bantu jalan yang digunakannya sejak dia menjalani pembedahan tulang pinggul.

Sejak awal, menurut polis, Unbehaun memang berniat untuk ditangkap polis. Sehari selepas kejadian, dia ditangkap polis di sebuah motel di Chicago oleh agen FBI dan polis.

Dalam perbicaraan, pendakwaraya menuntut Unbehaun dijatuhkan hukuman 6-8 tahun penjara. Hukuman tersebut dianggap mampu memberikan kesan penghalang kepada Unbehaun.

"Adakah sistem tidak berlaku bagi Unbehaun. Kita tidak tahu. Tapi, yang kita tahu secara pasti adalah Unbehaun sama sekali tidak berniat untuk menjalani kehidupan tanpa melanggar undang-undang di luar penjara," ucap pendakwaraya, Sharon Fairley.

Perbicaraan Unbehaun disambung bulan depan.

Sumber: News.detik.com

Petua Dari Pakar Untuk Suami Tahan Lama Di Ranjang

Petua Dari Pakar Untuk Suami Tahan Lama Di Ranjang

Seringkali sukar mempertahankan ereksi? Rileks, anda tidak bersendirian. Pakar telah memastikan bahawa ini merupakan masalah global yang kerap dihadapi membuatkan para lelaki kurang keyakinan diri serta dianggap memalukan.

Suami lemah batin

"Sudah tentu setiap lelaki mempunyai tekniknya sendiri. Bermula dari membayangkan bola sepak atau baseball, atau mengira di kepala mereka,” ujar AL Harper, seorang pakar seks dan bekas editor sebuah majalah lelaki dewasa di UK.

Namun, kata Harper, teknik pengalihan ini biasanya lebih memburukkan prestasi mereka di atas katil kerana mereka tidak memperdulikan kepuasan pasangannya.

Jika anda ingin tahu bagaimana cara mempertahankan ereksi secara semulajadi, tanpa bantuan ubat kuat atau Viagra, berikut saranan dari tiga Pakar seks bagi mendapatkannya.

Pelajari Kama Sutra

Ada sebuah teknik yang disenaraikan dalam Kama Sutra bagi melambatkan pancutan yang pada dasarnya melatih diri anda supaya boleh bertahan lebih lama.

Beliau menyarankan agar lelaki memulakan secara perlahan-lahan tapi jangan lebih dari satu gerakan 'keluar masuk' setiap tiga saat.

Setelah itu, lakukan gerakan yang sama namun lebih lambat selama 4-5 minit sehingga satu kali gerakan/hayunan setiap saat.

Jika sudah menghampiri orgasme, maka sebaiknya berhenti dan ‘menahan' di dalam tubuh pasangannya hingga dia dapat mengendalikan dirinya semula. Kemudian mulakan sekali lagi.

Fokus hanya pada tubuh

Cemas pada prestasi seks merupakan pembunuh ereksi lelaki nombor satu, kata trainer seks, Dr. Patti Britton.

Untuk itu ketika seseorang mula merasa cemas, Britton menyarankan untuk berhenti seketika, ambil nafas dan fokuskan pada perkara yang dirasakan di dalam tubuh.

Fokus pada segala hal yang dihasilkan tubuh inilah yang akan membantu seseorang mempertahankan ereksinya.

Ubah kelajuan

Cara terbaik untuk mengekalkan ereksi di saat anda hampir orgasme adalah mengubah kelajuan anda. Perkara ini dinyatakan Pakar seksual, Catherine Toyooka.

Goda pasangan anda

Keluarkan zakar anda dan lagakan hujung zakar secara sensual ke atas dan ke bawah serta di antara labia (bibir faraj).

Faraj sebenarnya memiliki banyak saraf di bahagian bawah salurannya, jadi gerakan ini tetap akan wanita merasakan kenikmatan, menurut pengasas workshop seks Catherine Coaches.

Perlahankan

Menurut Toyooka, melakukan aktiviti seks dengan perlahan mampu membuatkan kedua-dua pasangan merasa lebih serasi.

Rasanya juga lebih sensual kerana keduanya sama-sama saling menerokai tubuh pasangannya. Cium lehernya, gigit telinganya, biarkan tanganmu membelai seluruh tubuhnya dengan lembut, katanya.

Ketika anda menikmatinya, dijamin anda tidak akan terburu-buru 'menyelesaikannya'.


Love Kiss Cream digunakan untuk meningkatkan ketahanan pancutan awal seksual lelaki dan meningkatkan klimaks seksual anda dan pasangan. DAPATKAN SEKARANG!

Olahraga yang berbeza

Dr. Britton menyarankan untuk melatih otot-otot PC (pubococcygeus muscle) anda. Otot ini merentang dari dubur hingga pundi kencing.

Untuk mengetahui bagaimana otot ini meregang dan mengecut, cuba hentikan aliran air kencing anda ketika sedang buang air kecil.

Sebaiknya otot ini dilatih tiga kali sehari sebanyak 15 kali, katanya. Latihan ini mampu melancarkan aliran darah ke zakar, sehingga meningkatkan keyakinan diri pada lelaki.

Praktikkan kaedah 7 dan 9

Seperti juga dengan kaedah Kama Sutra, Harper mengesyorkan #teknik 7 dan 9 kegemarannya.

Teknik 7 adalah geseran cepat, diikuti dengan 9 geseran. Kemudian ulangi dengan 7 cepat, 9, 7 cepat, 9 sekali lagi, ujarnya.

Irama ini, kata Harper, baik untuk lelaki yang bermasalah mempertahankan ereksi. Bukan hanya itu sahaja, kaedah ini juga baik untuk merangsang isteri.

Jangan terlalu dalam

Jika anda merasakan penetrasi di dalam akan menghasilkan orgasma terlalu cepat, cubalah penembusan di bahagian bawah faraj, atau cetek, saran Toyooka.

Tapi mengubah antara penetrasi dalam dan cetek juga boleh membuatkan ereksi anda tahan lama.

Tekan dan tahan

Dr. Britton mengesyorkan agar lelaki cuba ‘teknik memerah’. Malah, menurutnya ada tiga bahagian zakar boleh dimanfaatkan untuk mengekalkan ereksi dengan cara ditekan.

Pertama, bentuk jari telunjuk dan ibu jari anda lalu lingkarkan di bahagian pangkal batang zakar ketika tegang sehingga 'menyerupai' cincin zakar. Ini akan membantu menjaga aliran darah ke hujung zakar.

Kedua, tekan bahagian bawah kepala zakar. Menurut Britton, bahagian itu adalah hot spot lelaki kerana ia adalah hujung saraf.

Dan yang terakhir adalah menekan titik antara dubur dan pangkal buah zakar. Apabila ditekan dengan jari, cara ini menghentikan aliran pancutan dan membantu melambatkan pancutan awal, katanya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!

Sama ada kita meminati artis-artis ini atau tidak, kita juga tetap ingin tahu, terutamanya artis wanita Korea Selatan, bagaimana sebenarnya wajah mereka tanpa sebarang mekap dan bulu mata palsu.


Namun, adakah dengan bantuan alat solek, bintang-bintang terkenal ini kelihatan lebih cantik, lebih buruk atau tetap sama selepas menanggalkan solekan mereka?

Kajian sebenarnya mendapati, sekurang-kurangnya 1 daripada 5 orang penduduk Korea menjalani pembedahan plastik.

Mereka dikatakan terlalu obses untuk kelihatan cantik dan sempurna.

Pembedahan plastik di Korea bukan hanya didominasi oleh kaum wanitanya, malah lelaki Korea juga akan melakukan perkara yang sama.

Jom kita lihat gambar artis-artis terkenal Korea Selatan, dengan dan tanpa alat solek. Adakah mereka ORI atau TIDAK?

Ga In (Brown Eyed Girls).

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Lee Hyori.

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Nicole Jung (KARA).

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Park Ji Yeon (T-ara).

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Seo Hyun.

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Tiffany (SNSD).

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Solbi.

Gambar Selebriti Wanita Korea Tanpa Mekap!
Yoo Bin (Wonder-Girls).

BACA INI JUGA: 8 Artis Wanita Korea Yang Mati Membunuh Diri

-SENTIASAPANAS.COM

Permainan LEGO, 560 Bilion Dihasilkan Sejak 60 Tahun Lalu!

Permainan LEGO, 560 Bilion Dihasilkan Sejak 60 Tahun Lalu!

Masyarakat tanpa mengenal usia meminati alat permainan berbentuk bongkah plastik kecil berwarna-warni yang mampu menghasilkan pelbagai objek seperti kenderaan, bangunan dan robot.

LEGO

Pada masa ini, penggunaan Lego semakin berkembang dan turut diketengahkan di dalam filem, pertandingan selain dibangunkan sebagai taman tema di seluruh dunia. Sehingga 2013, kira-kira 560 bilion Lego dihasilkan sejak diperkenalkan oleh perekanya, Ole Kirk Christiansen lebih 60 tahun lalu.

Kehidupan awal

Ole Kirk Christiansen
Ole Kirk Christiansen.

Christiansen dilahirkan pada 1891 di perkampungan kecil utara bandar Billund di Filskov, Denmark.

Beliau hanya mendapat pendidikan sehingga sekolah menengah sebelum diterima bekerja di sebuah kilang sebagai tukang kayu.

Pelbagai pengalaman dan kemahiran yang diperoleh ketika bekerja di kilang itu akhirnya digunakan untuk membuka perniagaan sendiri di bandar kelahirannya pada 1932.

Christiansen menghasilkan pelbagai produk seperti papan seterika, tangga dan alat permainan diperbuat daripada kayu yang merupakan salah satu bidang kepakaran beliau.

Pada 1934, beliau menamakan syarikatnya kepada Lego berasal daripada bahasa Denmark, Leg Godt bermaksud bermain dengan baik.

Hasilkan 200 alat permainan

Pada awal 1940-an, kilang milik Christiansen terbakar untuk kali kedua akibat litar pintas dan ia dibina semula pada 1947.

Ketika itu, perniagaannya semakin berkembang dan menjadi syarikat pertama di Denmark yang membeli mesin pengacuan plastik.

Menjelang 1949, syarikat Christiansen menghasilkan kira-kira 200 alat permainan diperbuat daripada plastik dan kayu.

Pada masa itu, bongkah Lego masih dihasilkan daripada kayu dan ia hanya dipasarkan di Denmark, sekali gus menjadi alat permainan terkenal dalam kalangan kanak-kanak di negara tersebut.

Susulan daripada itu, Christiansen mula mencipta bongkah Lego plastik berwarna-warni untuk menarik perhatian golongan tersebut.

Pada 1950, Godtfred Kirk Christiansen dilantik sebagai Timbalan Presiden Muda oleh bapanya dan beliau turut menyumbangkan idea kreatif bagi menghasilkan binaan daripada Lego.

Empat tahun selepas itu, Lego memasarkan set binaan lengkap dan memperoleh tanda dagangan bagi produk yang digelar Lego Mursten.

Cipta pelbagai set Lego

Syarikat itu melancarkan secara rasmi Lego System of Play terdiri daripada 28 set berbeza dan lapan kenderaan permainan pada 1955.

Bagaimanapun, ketika syarikat itu semakin berkembang dan dikenali di seluruh dunia, Christiansen meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 66 tahun.

Godtfred yang merupakan anak ketiganya diberi kepercayaan mengambil alih syarikat tersebut.

Lego terus menempa nama menghasilkan set permainan lebih variasi dan ia pertama kali menembusi pasaran Amerika Syarikat pada 1961.

Menjelang 1966, syarikat tersebut mula mencipta Lego yang boleh menghasilkan pelbagai bentuk termasuk bangunan dan kenderaan.

Set Lego lebih besar digelar Duplo direka khas untuk bayi dan golongan kanak-kanak pada 1967.

Kira-kira 10 tahun selepas itu, Lego memperkenalkan projek Technic dihasilkan khusus untuk golongan remaja.

Syarikat tersebut terus diwarisi ahli keluarga Christiansen dan cucunya, Kjeld Kirk pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lego dan beliau kekal memegang jawatan itu sehingga Oktober 2004 sebelum diambil alih oleh Jørgen Vig Knudstorp.

Sehingga kini, pelbagai set Lego telah direka mengikut peredaran zaman seperti Lego Mindstorms, kit model kereta dan permainan komputer.

TRIVIA
  • Legoland dibuka pertama kali di Billund pada 1968 dan kini terdapat enam taman tema dibangunkan di beberapa negara termasuk Malaysia.
  • Lego menjadi perintis kemajuan penyelidikan dan pembelajaran. Alat permainan Lego dipasarkan di 130 negara dan memperoleh keuntungan lebih AS$1.5 bilion (RM4.8 bilion).
  • Sejak 1993, pakaian kanak-kanak berumur 0-12 tahun menggunakan jenama LEGOwear dihasilkan dan dipasarkan syarikat dari Denmark, Kabooki.
  • Selain alat permainan, Lego turut menerbitkan beberapa buku seperti The Ultimate Lego Book pada 1999.
  • Pada Jun 2013, Warner Bros menghasilkan filem diadaptasi daripada Lego Ninjago.
  • Beberapa pesaing pernah cuba menciplak reka bentuk Lego dengan menghasilkan alat permainan sama. Lego pernah memfailkan beberapa saman terhadap beberapa syarikat termasuk di China atas dakwaan perlanggaran hak cipta.
Sumber: Sinar Online

Rahsia Disebalik Keperihatinan Terhadap Siti Aishah

Rahsia Disebalik Keperihatinan Terhadap Siti Aishah

Portal pro-pembangkang Malaysia Insider (TMI) begitu ‘kecoh’ dengan laporannya berhubung isu seorang rakyat Malaysia yang tidak pulang sejak 30 tahun lalu.

Siti Aishah Abdul Wahab

Malah, melalui pemerhatian yang dilakukan, ‘keprihatinan’ mereka begitu terserlah melalui beberapa siri artikel yang dikatakan ‘eksklusif’ untuk tatapan pembaca setia.

Paling menarik kisah Aishah ini turut mendapat perhatian dan pembelaan dari seorang penyokong tegar pakatan pembangkang, Hishamuddin Rais.

Namun di sebalik kisah Aishah ini, rupanya terdapat satu lagi cerita yang tidak kurang menariknya untuk dikongsikan bersama.

Akhbar Britain sebelum ini melaporkan, 3 orang wanita yang yang ditahan sebagai hamba selama 30 tahun di Britain telah berjaya dibebaskan pada 25 Oktober lalu selepas salah seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan.

Salah seorang daripadanya dikatakan seorang warganegara Malaysia yang dikenali sebagai Aishah. Dua lagi wanita adalah warga Ireland berumur 57 tahun dan warga Britian,30 tahun.

Tidak lama selepas pembebasan itu, seorang rakyat Malaysia tampil membuat kenyataan bahawa Aishah yang dimaksudkan itu adalah merupakan adiknya yang hilang dalam tempoh sama selepas menyertai fahaman komunis Maoist.

Kamar Mahtum Abdul Wahab, seorang guru bersara, ketika diwawancara berkata, adiknya yang dikenali sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, 69, dipercayai ditahan oleh pasangan suami isteri, Aravindan Balakrishnan dan Chanda yang memimpin sebuah kumpulan ekstremis komunis pada 1970-an.

Menurut keluarganya lagi, kerajaan Malaysia yang mengikuti perkembangan politik wanita itu di London pernah memberi amaran pada 1970-an tentang tindakannya itu akan menyukarkan dia untuk pulang ke tanah air.

Aishah yang berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dipercayai pernah mengunjungi abangnya yang ketika itu tinggal di London dengan ditemani Balakrishnan dan seorang wanita tempatan.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan dengan aktivis, Hishamuddin Rais yang mendakwa wanita terbabit mempelajari fahaman Marxist-Leninist dan pemikiran pemimpin China, mendiang Mao Zedong.

Kenyataan tersebut turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengatakan Aishah adalah merupakan individu dikehendaki pihak polis pada tahun 1970-an.

Beliau berkata, polis pernah memburu dan memantau segala pergerakan mangsa ketika di London selepas dia dikesan menyertai kumpulan pelampau berfahaman komunis di negara ini.

Tambah menimbulkan keraguan ‘gerakan menyelamatkan’ Aishah ini turut disertai oleh Hisahmuddin Rais yang memang terkenal sebagai salah seorang penganut fahaman sosialis, sebuah ideologi yang mirip dan menyerupai fahaman komunis.

Tidak cukup dengan itu, portal Meloyakini turut memberikan satu ruangan eksklusif kepada semua tulisan dan pandangan Hishamuddin Rais yang dikatakan telah berjaya memberi pengaruh besar terhadap perjuangan reformasi khususnya anak-anak muda.

Apakah ia bertujuan untuk mempromosikan idea perjuangan komunis atau hanya sekadar memaparkan coretan dan nukilannya?

Mungkin akan ada yang mengatakan sosialis dan komunis adalah merupakan ideologi yang berbeza dan tidak boleh disamakan. Namun sekiranya kita teliti sejarah, ia sebenarnya tiada bezanya.

Malah ia turut diakui sendiri oleh para pemimpin pembangkang. Contohnya Parti Sosialis Malaysia (yang merupakan parti yang menyokong pakatan pembangkang) sebelum ini pernah dikaitkan dengan komunis dan bertegas tidak akan menanggalkan gambar pejuang revolusi komunis, Karl Marx daripada mana-mana pejabat dan markas parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr. M. Jeyakumar berkata, kenyataan yang melabelkan Marx sebagai ‘syaitan’ merupakan satu tuduhan liar. Sedangkan semua mengetahui pemimpin yang dijadikan sebagai idola itu merupakan pejuang fahaman komunis.

Malah Presiden Pas, Abdul Hadi Awang ketika kempen pilihanraya umum yang lalu pernah mendedahkan kenapa parti itu terpaksa bertanding sehingga berlaku pertindihan calon di beberapa tempat.

Beliau menyifatkan langkah itu sebagai usaha penyelamat bagi memastikan tiada ‘syaitan’ menyerap masuk dalam pakatan pembangkang yang pastinya tidak boleh diterima oleh Pas.

Abdul Hadi turut menyatakan parti itu cuma bekerjasama dengan PKR dan DAP sahaja tetapi tidak dengan calon parti lain yang menjulang gambar Marx serta Vladimir Lenin dan Joseph Stalin.

Bukankah ia sudah cukup untuk mengaitkan sosialis dengan komunis. Ini kerana sekiranya hujah yang diberikan datangnya dari pemimpin UMNO, sudah pasti mereka mendakwa ia sebagai gerakan propaganda untuk melemahkan pakatan.

Berbalik kepada isu tadi, persoalannya ialah mengapakah portal pro pembangkang dan Hishamuddin begitu berminat untuk‘menyelamatkan’ Aishah?

Adakah kerana dia seorang warganegara Malaysia atau kerana dia seorang penyokong komunis?

Sedangkan sebelum ini, ramai lagi warganegara Malaysia yang menjadi mangsa di negara luar seperti terjebak sindiket ‘keldai dadah’, pelacuran malah ada yang dilarikan ke Lombok.

Mengapa semua mereka ini tidak diberikan perhatian yang khusus?

Tetapi apabila ada isu yang melibatkan komunis, syiah, liberal dan semua ideologi yang berhaluan kiri, mereka kelihatan begitu beria-ria memberikan perhatian.

Bukanlah niat untuk menuduh mereka menyokong fahaman kiri seperti komunis, namun tindakan mereka itu begitu diragui sehingga menimbulkan persepsi sedemikian.

APA KATA ANDA? RENUNG-RENUNGKAN..

[Sumber]