Monday, April 29, 2013

Pemain Bola Indonesia Tumbuk Hidung Pengadil Sehingga Patah

Pemain Bola Indonesia Tumbuk Hidung Pengadil Sehingga Patah

Pieter Rumaropen, seorang pemain bola sepak Indonesia yang bermain untuk pasukan Persiwa Wamena telah digantung seumur hidup dari bermain bola sepak setelah menumbuk muka pengadil sehinnga menyebabkan hidung pengadil tersebut patah.


Insiden itu terjadi setelah keputusan kontroversi pengadil yang memberikan sepakan penalti kepada pasukan lawan ketika perlawanan antara Persiwa Wamena dan Bandung Raya.



[Sumber]

Sunday, April 28, 2013

Amoi Berak Dalam Lif Dirakam CCTV

Amoi Berak Dalam Lif Dirakam CCTV

Apa perasaan jika anda duduk satu lif dengan seorang pengotor yang dengan selambanya telah membuang air besar atau bahasa kasarnya berak di situ. Tetapi jangan risau, rasanya rakyat Malaysia tiada yang akan buat perkara sebegitu di khalayak ramai.

Amoi Berak Dalam Lif Dirakam CCTV

Sebaliknya, perkara ini terjadi di China di mana seorang perempuan tua dengan tidak menghiraukan keadaan sekelilingnya, dia terus mencangkung dan berak di dalam lif itu juga dan kemudiannya hanya membiarkan tahinya itu di situ saja.

Dashyat sungguh perangai dan kelakuan masyarakat di sana. Dah tak tahu beza mana lif dan tandas gamaknya.

Harap-harapnya situasi seperti di dalam video ini tidak terjadi di sini la hendaknya ya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Syarikat Insuran PruBSN Gondol 14 Anugerah

Syarikat Insuran PruBSN Gondol 14 Anugerah

Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) menerima sebanyak 14 anugerah pada majlis Takaful Starnite 2013 anjuran Persatuan Takaful Malaysia (MTA) di sini baru-baru ini.


PruBSN melalui satu kenyataan media memberitahu anugerah tersebut diperoleh daripada enam kategori yang dipertandingkan iaitu Top Rookie, Top Agent, Top Unit Manager, Top Agency Manager (Direct), Top Agency Manager (Group) and Top Recruiter (Leader).

“ Acara ini mengiktiraf pencapaian warga kerja, ejen agensi dan ejen yang telah menunjukkan prestasi mengagumkan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN, Azim Mithani dalam kenyataan sama berkata, beliau gembira kerana ejen syarikat tersebut diiktiraf oleh MTA.

Menurut beliau, penganugerahan itu sekali gus membuktikan komitmen, profesionalisme dan kesungguhan ejen PruBSN dalam menjalankan perniagaan.

Tambah beliau, kejayaan itu juga mengambarkan pencapaian PruBSN yang semakin meningkat sebagai pengendali takaful terkemuka di negara ini.

“Kami memberi penghormatan ini kepada ejen kami,” katanya lagi.

-Mynewshub

Wow! Samsung Untung $USD6.5 Billion 3 Bulan Pertama 2013!

Wow! Samsung Untung $USD6.5 Billion 3 Bulan Pertama 2013!

Samsung Electronics Co melaporkan peningkatan 42 peratus pendapatan bersih bagi suku pertama tahun ini berbanding tahun sebelumnya, disumbangkan oleh jualan kukuh telefon pintarnya.


Pengeluar telefon pintar terbesar di dunia mencatatkan pendapatan bersih 7.2 trilion Won (AS$6.5 bilion) dalam tempoh tiga bulan pertama 2013, berbanding 5.0 trilion Won tahun sebelumnya.

Angka itu menyaksikan kenaikan dua peratus dari suku sebelumnya. Penganalisis menjangkakan Samsung melaporkan keuntungan lebih rendah berbanding suku keempat berikutan permintaan yang biasanya lembap pada suku pertama.

–AP

Gempar Tweet Palsu Barack Obama Cedera Terkena Bom!

Gempar Tweet Palsu Barack Obama Cedera Terkena Bom!

Kewibawaan Twitter, media sosial yang digunakan berjuta-juta orang di seluruh dunia, kini diragui selepas diceroboh sekumpulan penggodam.


Selasa lalu, tindakan penggodam menyiarkan tweet palsu menggunakan akaun Associated Press (AP) menyebabkan bursa saham Dow Jones hilang 145 mata.

Ia berlaku seminggu selepas banyak media sosial termasuk Twitter dikritik kerana mengedarkan berita tidak benar mengenai identiti pengebom Maraton Boston.

Isu dari segi keselamatan itu diungkitkan selepas akaun AP itu digunakan untuk menyatakan beberapa letupan berlaku di Rumah Putih yang mencederakan Presiden Barack Obama.

Selain AP, akaun Twitter yang digodam termasuk Radio Awam Nasional, program 60 Minutes CBS dan Reuters News Tweet mengenai kecederaan Obama menyebabkan kerugian AS$136.5 bilion (RM410 bilion) bursa saham berkenaan.


Penyiaran mesej palsu semakin kerap. Ia menyebabkan kita makin khuatir. Pertubuhan media perlu desak Twitter pertingkat sistem keselamatan webnya, kata Robert Quigley, pensyarah kewartawanan mengenai media sosial di Universiti Texas.

Twitter enggan memberi ulasan kepada laporan AP ini.

Meskipun agensi berita itu mendedahkan seorang pekerjanya mungkin secara tidak sengaja memberi kod laluan kepada penggodam, pakar menyalahkan Twitter kerana tidak melaksanakan teknik dua kali pengesahan.


Pendekatan itu diamalkan Google dan Microsoft bagi menyekat pencerobohan.

Profesor kewartawanan di Universiti Arizona State, Dan Gillmor, berkata kes godam itu menjejaskan laman web berita.

-REUTERS

Gambar Bendera Amerika Masih Terpacak Di Bulan

Gambar Bendera Amerika Masih Terpacak Di Bulan

Imej yang dirakam oleh satelit NASA menunjukkan bahawa bendera yang dipacakkan di bulan dalam misi Appolo dahulu masih tegak berdiri.

Imej bendera Amerika dalam misi 
Appolo 16 yang dirakam oleh LROC.

Imej yang diambil dari satelit Lunar Reconaissance Orbitter (LRO) menunjukkan masih ada bayangan bendera tersebut, kecuali satu bendera yang dipacakkan dalam misi Appolo II.

Ia bersesuaian dengan kenyataan bekas angkasawan Buzz Aldrin yang menyertai misi tersebut. Menurut beliau, bendera yang dipacakkan dalam misi Appolo II terbang berkecai akibat semburan bahan api Appolo II ketika saat meninggalkan bulan.

Setiap misi Appolo yang mendarat di bulan akan memacakkan bendera di permukaan satelit bumi tersebut termasuk misi Appolo II.

LRO juga direkabentuk bertujuan untuk memetakan permukaan bulan secara menyeluruh. LRO banyak merakam imej-imej lokasi pendaratan misi Appolo serta kawah-kawah di permukaan bulan.

Sebelum ini, foto bendera yang sama pernah dirakam, namun penyelidik tidak dapat mengenalpasti samada ia benar-benar imej bendera atau objek lain.

Dalam penyelidikan terbaru, LRO mendapatkan imej yang sama tetapi berlainan sudut. Hasil penelitian terbaru mengesahkan bahawa ia benar-benar imej bendera yang dipacakkan dalam misi Appolo.

Dipetik dari blog Mark Robinson, penyelidik yang terlibat dalam projek rakaman LROC menulis di blognya menyatakan bahawa mereka pasti bendera Amerika masih tetap berdiri di bulan dan memantulkan bayangannya kecuali dari misi Appolo II.

Profesor Mark Robinson juga merupakan saintis dari Arizona State University menyatakan bahawa, kaedah terbaik untuk mengesahkan kenyataan tersebut ialah dengan melihat rangkaian imej dari LROC pada waktu yang berbeza dalam tempoh sehari dan melihat bayangan yang mengelilingi bendera tersebut.

Secara peribadi, menurut Robinson beliau tidak menyangka bahawa bendera tersebut masih kekal utuh di bulan walaupun menerima sinar UV dan perbezaan suhu di permukaan bulan.

Misi LRO dimulakan pada tahun 2009. Misi tersebit bertujuan mengenalpasti mineral dan sumber tenaga lain yang wujud di bulan. Selain itu ia juga bertujuan untuk mengenalpasti tapak-tapak baru pendaratan di masa hadapan.

[Sumber]

Bahaya Menonton Video Porno Melalui BlackBerry

Bahaya Menonton Video Porno Melalui BlackBerry

Pemilik BlackBerry yang gemar menonton klip video lucah melalui telefon pintar mereka perlu berhati-hati kerana ada perisian yang mampu menghebahkan aktiviti itu kepada semua kawan mereka.


Kemudahan baru dikenali sebagai ‘Show What I’m Listening To’ itu direka untuk pengguna yang gemar berkongsi video muzik atau lucu di YouTube.

Bagaimanapun, sesetengah pengguna BlackBerry yang menonton klip video lucah melalui telefon pintar itu akan diaibkan kerana aktiviti itu akan dimaklumkan kepada rakan mereka secara automatik.

Seorang pengguna yang menggunakan nama Sosof di laman forum Crackberry memuat naik paparan menunjukkan bagaimana seorang rakannya menonton video lucah.

Sementara itu, pengeluar BlackBerry berkata, kemudahan berkenaan perlu dihidupkan terlebih dulu sebelum dapat digunakan.

Namun, beberapa pengguna mendakwa, ia memang sudah berfungsi ketika mereka membeli BlackBerry dan terpaksa mematikannya sendiri.

–The Sun

WTH! Wajah Peserta Miss Korea 2013 Semuanya Serupa!

WTH! Wajah Peserta Miss Korea 2013 Semuanya Serupa!

Selain terkenal sebagai negara yang popular dengan keluaran alat-alat elektronik canggih, Korea Selatan juga dikenali sebagai negara di mana rakyatnya paling ramai membuat pembedahan plastik terutamanya di bahagian wajah masing-masing.


Perkara ini tidak hanya terhad kepada wanita sahaja, sebaliknya kaum lelaki di sana pun turut melakukan pembedahan plastik untuk mendapat wajah seperti artis K-pop pujaan mereka di sana.

Walaupun merupakan negara yang terbuka mengenai pembedahan plastik, ironinya peserta akhir pertandingan ratu cantik Miss Korea 2013 dikecam kerana wajah mereka semua dikatakan hampir menyerupai satu sama lain.


Selepas siasatan dijalankan, hampir kesemua 20 orang peserta tersebut berkemungkinan besar telah menjalani pembedahan plastik.

Mungkinkah mereka semua mendapatkan perkhidmatan doktor pakar bedah yang sama atau pun memang ‘pattern’ rupa itu lebih digemari masyarakat di sana?

Apa kata anda?

-Mynewshub

Saturday, April 27, 2013

Gambar Suami Belasah Isteri Di Komuter

Gambar Suami Belasah Isteri Di Komuter

Manusia yang dilahirkan atas muka bumi ini dianugerahkan otak serta akal fikiran untuk memastikan setiap tindakan yang dilakukan difikir terlebih dahulu.


Kami ingin berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan mencederakan isterinya.

Tambah menggemparkan, kejadian itu berlaku di dalam komuter di China.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut terus mencederakan isterinya walaupun dia dihalang oleh pengawal keselamatan yang berada di dalam tren.

Di dalam video itu juga kedengaran tangisan bayi yang sangat kuat.

Mungkin bayi iu merupakan anak kepada pasangan tersebut.

Video kejadian tersebut kini mula viral di laman-laman sosial.

Ramai pihak mengkritik tindakan lelaki tersebut yang memukul isterinya di dalam tren.


Selain itu, ramai juga pihak yang mengkritik penumpang komuter yang bertindak untuk melihat sahaja dan bukan menghalang lelaki tersebut.

Salah seorang komentator berkata,”Para penonton menikmati persembahan percuma? Mengapa mereka tidak boleh membantu untuk menarik lelaki itu? Berharap perkara ini tidak akan berlaku di Singapura.”

Justeru, gunakan akal fikiran anda yang dianugerahkan oleh Tuhan sebelum membuat sebarang tindakan terdesak.

Orang awam tidak akan melihat anda sebagai seorang suami yang hebat, tetapi anda adalah seorang lelaki yang dayus.

-Stomp

Gambar Makhluk Asing Dijumpai Di Chile

Gambar Makhluk Asing Dijumpai Di Chile

Info Misteri. Pengarah biologi di Stanford Universiti, California, Garry Nolan, melakukan ujian DNA bagi mengenal pasti rangka dipercayai makhluk asing bersaiz 15 sentimeter dijumpai di Chile.


Menurutnya, ujian awal mengesahkan, rangka berusia kira-kira enam ke lapan tahun itu bukan dari spesies monyet kerana ia mempunyai gigi dan sembilan tulang rusuk.


Rangka tersebut dijumpai Oscar Munoz pada 2003 di La Noria, sebuah bandar hantu di Gurun Atacama.-MailOnline