Sunday, April 28, 2013

Gambar Bendera Amerika Masih Terpacak Di Bulan


Imej yang dirakam oleh satelit NASA menunjukkan bahawa bendera yang dipacakkan di bulan dalam misi Appolo dahulu masih tegak berdiri.

Imej bendera Amerika dalam misi 
Appolo 16 yang dirakam oleh LROC.

Imej yang diambil dari satelit Lunar Reconaissance Orbitter (LRO) menunjukkan masih ada bayangan bendera tersebut, kecuali satu bendera yang dipacakkan dalam misi Appolo II.

Ia bersesuaian dengan kenyataan bekas angkasawan Buzz Aldrin yang menyertai misi tersebut. Menurut beliau, bendera yang dipacakkan dalam misi Appolo II terbang berkecai akibat semburan bahan api Appolo II ketika saat meninggalkan bulan.

Setiap misi Appolo yang mendarat di bulan akan memacakkan bendera di permukaan satelit bumi tersebut termasuk misi Appolo II.

LRO juga direkabentuk bertujuan untuk memetakan permukaan bulan secara menyeluruh. LRO banyak merakam imej-imej lokasi pendaratan misi Appolo serta kawah-kawah di permukaan bulan.

Sebelum ini, foto bendera yang sama pernah dirakam, namun penyelidik tidak dapat mengenalpasti samada ia benar-benar imej bendera atau objek lain.

Dalam penyelidikan terbaru, LRO mendapatkan imej yang sama tetapi berlainan sudut. Hasil penelitian terbaru mengesahkan bahawa ia benar-benar imej bendera yang dipacakkan dalam misi Appolo.

Dipetik dari blog Mark Robinson, penyelidik yang terlibat dalam projek rakaman LROC menulis di blognya menyatakan bahawa mereka pasti bendera Amerika masih tetap berdiri di bulan dan memantulkan bayangannya kecuali dari misi Appolo II.

Profesor Mark Robinson juga merupakan saintis dari Arizona State University menyatakan bahawa, kaedah terbaik untuk mengesahkan kenyataan tersebut ialah dengan melihat rangkaian imej dari LROC pada waktu yang berbeza dalam tempoh sehari dan melihat bayangan yang mengelilingi bendera tersebut.

Secara peribadi, menurut Robinson beliau tidak menyangka bahawa bendera tersebut masih kekal utuh di bulan walaupun menerima sinar UV dan perbezaan suhu di permukaan bulan.

Misi LRO dimulakan pada tahun 2009. Misi tersebit bertujuan mengenalpasti mineral dan sumber tenaga lain yang wujud di bulan. Selain itu ia juga bertujuan untuk mengenalpasti tapak-tapak baru pendaratan di masa hadapan.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon