Saturday, April 27, 2013

Tahukah Anda Jam Yang Paling Tepat di Dunia?

Tahukah Anda Jam Yang Paling Tepat di Dunia?

Jam atom adalah jam yang mempunyai waktu paling tepat dan standard frekuensi khas, yang digunakan sebagai standard utama untuk pembahagian waktu antarabangsa, juga untuk mengawal frekuensi gelombang siaran televisyen dan sistem satelit navigasi global seperti GPS.


Prinsip operasi jam atom tidak didasarkan pada elemen fizik nuklear, tetapi lebih kepada fizik atom dan menggunakan signal microwave di mana elektron dalam atom memancar ketika mereka mengubah tahap tenaga.

Ketepatan jam atom bergantung kepada fakta di mana suhu sampel atom-atom 'kurang panas' bergerak jauh lebih lambat, serta memiliki tahap perlanggaran yang kurang dan pada jalur frekuensi dan intrinsik dari transisi elektronik. Frekuensi yang lebih tinggi dan garis sempit meningkatkan ketepatan.

Malangnya, jam atom adalah terlalu tepat. Ia lebih tepat daripada bumi sendiri kerana putaran Bumi tidak sempurna.

Dan sistem penyimpanan masa kita pada hari ini adalah berdasarkan putaran tahunan bumi mengelilingi matahari, jadi ini adalah mengapa setiap empat tahun kita mempunyai "hari lompat" pada bulan Februari.

Oleh itu, dari masa ke semasa, pelarasan positif atau negatif satu saat adalah perlu untuk skala masa bagi menjadikan jam atom selaras dengan realiti.

Sumber:
http://curitibainenglish.com.br

Benarkah Rambut Botak Bahaya Kepada Kesihatan?

Benarkah Rambut Botak Bahaya Kepada Kesihatan?

Info Kesihatan. Lelaki botak dikatakan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit jantung koronari. Satu kajian terbaru menyatakan risiko itu dihadapi oleh mereka yang botak di bahagian tengah kepala.


Lelaki yang mengalami botak depan dikatakan tidak memiliki risiko tambahan bagi penyakit arteri tersumbat yang juga boleh menyebabkan serangan jantung, menurut laporan jurnal BMJ Open.

Berikut penemuan penyelidik dari Bahagian Penyakit Metabolik dan Diabetes Universiti Tokyo:

Mereka menganalisis enam kajian mengenai perbezaan botak di kalangan lelaki dan penyakit koronari jantung yang dijalankan antara 1993 dan 2008 membabitkan hampir 40,000 responden di Amerika Syarikat dan Eropah.

Analisis berkenaan menunjukkan bahawa lelaki yang kehilangan banyak rambut berkemungkinan lebih satu pertiga untuk mendapat penyakit arteri koronari berbanding mereka yang berambut lebat.

Lebih teruk keadaan botak akan mempengaruhi peringkat risiko tetapi sekali lagi ia hanya membabitkan mereka yang botak di bahagian tengah kepala.


Hasil kajian ini menunjukkan bahawa botak di bahagian tengah adalah lebih dikaitkan dengan systemic atherosclerosis (penyakit jantung koronari) berbanding mereka yang botak bahagian depan.

Faktor risiko kardiovaskular berkenaan perlu dikaji dengan lebih teliti di kalangan lelaki yang botak tengah kepala terutama golongan lelaki muda dan mereka yang mungkin digalakkan untuk melihat risiko profil kardivaskular masing-masing.

Pun begitu, kajian lebih lanjut diperlukan untuk mengesahkan keputusan ini.

-Bharian

Gambar Hot Lee Pani Semasa Pelancaran Album

Gambar Hot Lee Pani Semasa Pelancaran Album

Zaman sekarang siapa yang tidak kenal dengan K-Pop atau muzik Korea yang menyerang seluruh dunia.


Disamping bakat yang cukup mantap para artis Korea juga disokong oleh pemasaran yang agresif dan kreatif. Kerja para pemasar ini menjadi lebih ringan kerana "barang" yang dijual ini lancar dan cantik.


Selain cantik kerana kerap melakukan pembedahan plastik. Adakah kombinasi bakat, "pembungkusan" dan pemasaran itu sudah cukup bagi artis-artis Korea?

Sebenarnya banyak lagi fenomena yang berkesan menjadi "formula" mereka.


Mereka bukan sahaja 'menjual' dan mempamerkan keseksian dalam berpakaian yang bagi para pengkritik adalah sebuah bencana fesyen.


Dari beberapa contoh, salah satunya adalah penampilan Lee Pani ketika mengadakan sidang media semasa pelancaran album terbarunya.

[Sumber]

Edited by SP
Top 5 Blog Dengan Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia

Top 5 Blog Dengan Pendapatan Paling Tinggi Di Dunia

Sudah berapa lama anda berblog? Berapa pendapatan blog anda setahun? Erkk.. Kali ini artikel tentang blog-blog terkenal dunia dan jumlah pendapatan yang mereka jana.

Techrunch.com


Blog ini pada mulanya hanya dikendalikan oleh Michael Arrington, seorang pengacara yang juga merupakan seorang tech geek. Ketika ini, TechCrunch dikendalikan oleh beberapa editor. Topik blog ini adalah berkaitan teknologi. Pendapatan yang diperoleh TechCrunch adalah sekitar $200,000 (RM 600, 000) sebulan! Pendapatan datang terutamanya dari sumber iklan-iklan banner. Bayangkan, harga iklan selama sebulan di TechCrunch adalah $10,000! (atau lebih kurang RM 30,000!).

Mashable.com


Blog ini ditubuhkan oleh Pete Cashmore, seorang Konsultan Web berasal dari Scotland dan ketika ini diuruskan oleh 10 orang editor tetap. Blog dengan tag line “The Social Media Guide” ini menggunakan rangkaian social media sebagai sasarannya. Berdiri sejak tahun 2005, Mashable kini telah menghasilkan pendapatan sekitar $180,000 (RM540,000) sebulan! Sumber penghasilan utama blog ini adalah dari iklan banner.

PerezHilton.com


PerezHilton adalah blog berita selebriti yang dibuat dan dikendalikan oleh Mario Lavandeira. Namanya adalah berdasarkan selebriti terkenal Paris Hilton. Blog ini bertema hiburan dan mengusung tag line “Celebrity Juice, Not from Concentrate”. Ia berjaya memperoleh pendapatan sekitar $140,000 (RM420, 000) setiap bulan! Sumber pendapatan utamanya juga dari iklan banner.

Gothamist.com


Gothamist adalah blog yang memaparkan pelbagai sisi lain kota New York. Dibuat dan dikendalikan oleh Jake Dobkin, blog dengan tag line “New York City News, Food, Arts and Events” ini banyak mendapat pendapatan dari iklan PPC. Setiap bulan, pendapatannya mencapai angka $80,000 (RM240,000).

TimothySykes.com


Blog ini, sesuai dengan namanya, dimiliki dan dikendalikan secara peribadi oleh Timothy Sykes, seorang usahawan dan pengurus hedge fund berasal dari Amerika Syarikat. Mengutarakan topik tentang dunia kewangan dan pelaburan, blog ini banyak mendapat pendapatan dari penjualan produk-produk affiliate pasaran kewangan. Blog ini mengusung tagline “Short Selling Penny Stocks”. Dan setiap bulan menghasilkan pendapatan sebanyak $80,000 (RM 240, 000)!

-Absoluterevo.wordpress.com

Tahukah Anda Negara Yang Pengemisnya Kaya-raya?

Tahukah Anda Negara Yang Pengemisnya Kaya-raya?

Siapa yang menyangka bahawa pendapatan seorang pengemis boleh melebihi pendapatan seorang yang bekerja.

Banyak cara digunakan oleh mereka seperti berpenampilan lusuh, menggunakan bantuan haiwan, anak kecil, malah menggunakan penyakit yang dideritainya sendiri, seperti cacat fizikal.

Amerika Syarikat

AS

Amerika adalah negara yang sangat maju, tapi terdapat juga rakyatnya yang hidup merempat dan miskin. Bagi orang-orang seperti itu, mengemis dianggap sebagai cara moden paling cekap untuk menghasilkan wang.

Pasangan pengemis bernama Jason Pancoast dan Elizabeth Johnson menggambarkan diri mereka sebagai 'pengemis kaya' dari Oregon. Pasangan ini boleh menghasilkan $ 30-40,000 dalam setahun hanya dengan mengemis.

Mereka mengumpul sekurang-kurangnya $30-50 setiap hari, malah pendapatan harian mereka juga boleh mencapai $300-800 (sekitar RM900 - RM2400).

Australia

Di Sydney mengemis dilakukan oleh kaum 'homeless' atau mereka yang merempat. Seorang pengemis hanya perlu duduk selama 16 jam setiap hari sambil menadahkan tangannya di kawasan orang ramai di daerah George and Market Sydney CBD dan mereka boleh mengumpul wang sebanyak $400 sehari atau RM1,200.

Mereka memiliki pendapatan paling kurang $175 sehari. Pengemis disana menyimpan wang mereka di bank seminggu sekali.

China

China

Mengemis di sana bukan lagi satu cara untuk mendapatkan makanan atau meneruskan kelangsungan hidup, tetapi sudah menjadi pekerjaan rutin setiap hari.

Sebuah kajian yang dilakukan di China menyatakan, sekurang-kurangnya terdapat 800 orang pengemis di Guangzhou sahaja.

Biasanya pengemis di sana melakukan pekerjaan itu kerana kecacatan atau penyakit yang dideritanya.

Pendapatan harian mereka secara purata sebanyak 20 hingga 100 yuan, atau RM10 hingga RM47 sehari.

Arab

Arab

Arab merupakan salah sebuah negara yang maju. Kebiasaannya pengemis-pengemis di sana memanfaatkan masa orang ramai datang ke masjid untuk solat.

Seorang pengemis lelaki mengatakan biasanya dia meninggalkan isteri dan anak perempuannya di depan masjid untuk meminta sedekah. Dalam sehari dia boleh mengumpulkan wang sebanyak 300 riyal, atau RM252.

Malah, ada seorang pengemis yang ditangkap dan didapati menyimpan wang sebanyak $19,300 iaitu lebih kurang RM16,227!

Rusia

Di Moscow, beberapa tempat perlindungan dan hospital adalah tempat bagi para pengemis. Pengemis-pengemis di sana biasanya mereka yang kehilangan pekerjaan ataupun pendatang asing.

Lebih dari separuh golongan pengemis di sana berusia 45 tahun. Rata-rata pengemis di sana mendapat 200-300 rubles setiap jam.

Ini bermakna dalam sehari mereka dapat mengumpulkan wang sebanyak 2000-3000 rubles (sekiranya bekerja 10 jam sehari). Pendapatan sebulan mereka boleh mencapai 80,000 rubles, atau RM8,037!

Morocco

Morocco

Seorang pengemis wanita berusia 63 tahun mempunyai sejumlah 320,000 dirham (RM119,767) dalam akaun banknya! Dia juga mempunyai perhiasan dan rumah yang cantik.

Hasil kajian yang dijalankan, 62.4% pengemis di sana adalah pengemis-pengemis profesional. Mereka mampu mengumpulkan sekitar 200 dirham atau RM74.80 sehari.

Purata pengemis di sana mendapat 6000 dirham (RM2,245) sebulan.

BACA INI JUGA: Pemburu Duit Syiling Di India

Sumber: Gempak.org

Tentera Filipina Nafi Bunuh 35 Tentera Sulu

Tentera Filipina Nafi Bunuh 35 Tentera Sulu

Tentera Filipina semalam mempertikai laporan akhbar bahawa pasukan pengawal pantai dan tentera lautnya membunuh 35 lelaki bersenjata bagi menghentikan mereka daripada memasuki negeri Sabah di Malaysia.

Gambar hiasan

Akhbar The Star di Malaysia yang memetik kenyataan Menteri Pertahanan negara itu, Ahmad Zahid Hamidi sebagai berkata dalam satu sidang akhbar di Pulau Penang semalam, bahawa pasukan tentera Filipina menembak kumpulan lelaki bersenjata dari selatan wilayah Sulu sebelum mereka dapat memasuki perairan Malaysia selepas kumpulan lelaki berkenaan enggan berpatah balik.

Komander tentera laut Filipina, Kapten Renato Yonque berkata, kawasan sempadan dengan Malaysia ‘sangat senyap’ dan berkata, “kami tiada maklumat mengenai kenyataan berkenaan”.

Ahmad Zahid dan pembantunya tidak dapat menjawab panggilan telefon bimbit mereka ketika dihubungi.

Sejak Mac lalu, tentera Malaysia bertempur dengan askar pengikut Jamalul Kiram III yang menuntut hak ke atas Sabah.

-AP

Friday, April 26, 2013

Gambar Hot Erin Malek Bercuti Di Bali

Gambar Hot Erin Malek Bercuti Di Bali

Lama tak dengar cerita mengenai pelakon remaja Erin Malek ini kan?

Pakaian Yang Bagaikan Enggang dengan Pipit.

Sebelum ini dia pernah mencetuskan kontroversi apabila bertindik di lidah serta berkongsi gambar seksi di akaun Instagramnya.

Terbaru, pelakon kecil molek ini berkongsi gambar percutiannya ke Bali, Indonesia bersama-sama adiknya, Afiqah Malek serta seorang kenalan lelaki mereka.


Banyak tempat menarik yang sempat dilawati mereka sepanjang di sana.

Mungkin ini merupakan hadiah Erin buat adiknya yang berjaya mencatatkan kejayaan cemerlang 9A dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.


Jom layan dulu gambar percutian menarik mereka!

-Mynewshub

Keajaiban Kumbang Manfaatkan Galaksi Bima Sakti Sebagai Kompas

Keajaiban Kumbang Manfaatkan Galaksi Bima Sakti Sebagai Kompas

Menurut penemuan terbaru seperti yang dilaporkan dalam laman sesawang sciencedaily dan beberapa laman sains yang lain, kumbang najis mempunyai keupayaan memanfaatkan galaksi Bima Sakti sebagai kompas atau penunjuk arah.


Mata spesis kumbang najis ini walaupun lemah, menurut saintis yang membuat kajian ke atasnya mendapati ia memiliki kemampuan untuk membezakan cahaya gelap dan terang yang diamati pada galaksi Bima Sakti.

Dengan mengikuti arah cahaya tersebut, serangga ini dapat memastikan bahawa ia terus bergerak ke hadapan dan bukan mengundur ke belakang bagi mengelakkanya bertembung dengan pesaing dalam kelompok yang sama ketika aktiviti menggolek najis di tanah.

Menurut Profesor Marcus Byrne dari Wits University, Johannesberg, “Spesis kumbang ini tidak mempedulikan arah mana ia bergerak, asalkan dapat melepaskan diri dari dan bertembung dengan pesaingnya”.

Byrne sebelum itu bersama ahli kumpulan penyelidikannya telah membuktikan bahawa kumbang najis menggunakan petunjuk arah matahari, bulan dan cahaya pengutuban sebagai orientasi untuk bergerak.

Byrne juga melaporkan penemuan menarik mengenai kumbang najis setelah melakukan eksperimen di Planetarium Wits, menggunakan simulasi objek-objek langit di waktu malam.

Beliau menyedari bahawa cahaya dari galaksi Bima Sakti adalah sumber cahaya terbaik setakat ini bagi kumbang tersebut sebagai penunjuk arah.

Menurutnya lagi, walaupun cahaya tersebut sangat berguna, tidak semua sumber cahaya dapat dimanfaatkan. Objek-objek di angkasa dijadikan panduan kerana kedudukannya yang relatif tidak bergerak menurut apa yang dilihat oleh kumbang najis dan membantunya untuk bergerak lurus.

Menurut penemuan yang dilaporkan, spesis kumbang ini melihat sumber cahaya yang paling utama sebagai rujukan. Sekiranya cahaya dari galaksi Bima Sakti dan bulan kelihatan, ia akan memilih salah satu antara dua sumber cahaya tersebut.

Banyak kajian yang dilakukan sebelum ini membuktikan bahawa haiwan-haiwan lain merujuk kepada bintang sebagai panduan arah.

Namun penemuan terbaru menunjukkan bahawa kumbang najis adalah serangga pertama menggunakan sumber cahaya dari galaksi.

[Sumber]

Wanita Paling Cantik Di Dunia 2013

Wanita Paling Cantik Di Dunia 2013

Pemenang Anugerah Oscar, Gwyneth Paltrow, 40, dinobatkan oleh majalah People sebagai Wanita Paling Cantik Di Dunia bagi tahun 2013 semalam.


Ibu kepada dua orang cahaya mata itu mengakui, rutin senaman yang diamalkan banyak membantunya mengekalkan bentuk badan seiring dengan peningkatan usia.

“Ketika mula-mula melakukan senaman, saya sering memandang rendah terhadap keupayaan saya tetapi lama-kelamaan saya mula menyukainya.

“Ia mampu membuatkan saya berasa lebih cantik dan bertenaga,” ujarnya.

Paltrow bakal kembali ke layar perak menerusi filem terbaharunya, Iron Man 3 yang bakal menemui penonton pada bulan hadapan.

–Reuters

Gempar! Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Tembak Pembunuh Upahan

Gempar! Timbalan Ketua Pengarah Kastam Di Tembak Pembunuh Upahan

Gempar apabila dikhabarkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim telah ditembak tiga das tembakan yang mana salah satu darinya terkena dikepala.


Beliau telah kembali kerahmatullah pagi tadi, jadi sebagai umat Islam, sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah semoga beliau ditempatkan bersama hamba-hambaNya yang beriman. Ramai sudah sahabat handai pergi ziarahi di hospital tadi.

Terkini: Polis sahkan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri), Datuk Shaharuddin Ibrahim, 58, maut akibat tiga das tembakan yang dilepaskan oleh individu tidak dikenali di Putrajaya, pagi ini. Siasatan sedang dilakukan untuk mengenalpasti suspek.

Gambar kejadian penolong pengarah kastam ditembak.

Kronologi Kejadian Berlaku:
  • Kejadian ketika Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, 8 pagi ini
  • Kena tembak di lampu isyarat Presint 8
  • Penembak menaiki motosikal
  • Tiga das tembakan dilepaskan terkena di bahagian leher dan juga dikepala di dalam kereta Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim
  • Dato’ Hj. Shaharudin Ibrahim dikejarkan Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya
  • Sekarang ini post mortem sedang dilakukan di Hospital Putrajaya.
  • Besar kemungkinan selepas ini jenazah akan dibawa balik ke Negeri Sembilan

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji’un.

[Sumber]