Sunday, March 31, 2013

Kerusi Di Taman-taman Yang Sangat Unik

Kerusi Di Taman-taman Yang Sangat Unik

Info Unik Dunia. Anda mungkin sering jalan-jalan, bersenam atau mungkin dalam perjalanan pulang dari pejabat. Ada kalanya anda keletihan kemudian duduk sejenak. Tapi apa tanggapan anda jika menjumpai tempat duduk seperti ini..


[Sumber]

Trend Tanpa Baju Dalam Artis-artis Korea

Trend Tanpa Baju Dalam Artis-artis Korea

Ketika pemakaian bra sudah tidak lagi menjadi perhatian bagi selebriti-selebriti Korea, gambar-gambar ini menimbulkan satu persoalan? Adakah memakai bra sudah ketinggalan zaman bagi mereka?


Yang baik jadikan panduan, yang buruk jadikan teladan.

-SP

Bahaya Kelicikan Tipu Muslihat Wanita

Bahaya Kelicikan Tipu Muslihat Wanita

Al-Quran tidak pernah meletakkan kesalahan Adam yang melanggar perintah Allah dalam syurga atas bahu isterinya Hawa. Sekalipun Bible dan riwayat-riwayat Israiliyyat dalam sesetengah buku tafsir menyatakan Hawa adalah punca yang menyebabkan Adam memakan buah larangan dalam syurga, namun al-Quran tidak pernah menyatakan demikian.

Muslihat Wanita
Gambar hiasan.

Menurut al-Quran, kesalahan tersebut ditanggung oleh kedua belah pihak. Sementara Bible (Genesis 3:6-17) menceritakan Hawa (Eve) telah mempengaruhi Adam, dengan itu Tuhan telah menghukum Hawa dengan diberikan kesakitan ketika melahirkan anak.

Hal ini juga disebut oleh riwayat-riwayat Israiliyyat yang sering dibaca oleh sesetengah penceramah di masjid dan surau namun, para pengkaji hadis mendapati riwayat-riwayat itu tidak boleh dijadikan pegangan dan bercanggahan dengan apa yang disebut dalam a-Quran.

Al-Quran menyebut:

“Dan Kami berfirman: “Wahai Adam! Menetaplah engkau dan isterimu dalam syurga, dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua suka, dan janganlah kamu berdua hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka kamu akan termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim. Setelah itu maka syaitan menggelincirkan mereka berdua dari syurga itu dan menyebabkan mereka dikeluarkan dari nikmat yang mereka telah berada dalamnya dan Kami berfirman: “Turunlah kamu! sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)” – (Surah al-Baqarah: 35-36)

Dalam Surah Taha pula Allah berfirman:

“Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”, lalu mereka pun sujud, kecuali Iblis, dia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: “Wahai Adam! Sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari syurga, kerana dengan itu nanti kamu akan menderita. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa kamu tidak akan lapar dalam syurga dan tidak akan bertelanjang. Dan sesungguhnya kamu juga tidak akan dahaga dalamnya, dan tidak akan merasa panas matahari”. Kemudian, syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya (Adam), dengan berkata: “Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan kekal hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?”. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mula menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). – (Surah Taha: 116-121)

Ayat-ayat ini jelas bahawa kesalahan Adam yang membuatkan manusia tercampak ke bumi, bukanlah berpunca daripada isterinya Hawa, sebaliknya berpunca dari kelemahan Adam sendiri yang ditipu oleh Iblis, yang akhirnya dia dan isterinya terlibat bersama dalam kesalahan tersebut.

Ini berbeza dengan Bible. Berbeza juga dengan cerita-cerita sesetengah penceramah agama yang mengutip kisah Adam dan Hawa dari riwayat Israiliyyat, ataupun Bible atau diwarisi cerita dari satu ustaz ke satu ustaz tanpa dibandingkan dengan apa yang terkandung dalam al-Quran.

Lebih buruk lagi, kononnya Iblis masuk ke syurga melalui perut ular dan pelbagai lagi episod ‘kartun’ yang dimuatkan.

Cerita Hawa yang dipergunakan oleh Iblis sehingga mengeluarkan manusia dari syurga adalah unsur luaran yang dimasukkan ke dalam pemikiran umat Islam.

Kata Dr Abu Syahbah, “Semuanya ini dari sumber Bani Israil yang mereka tokok tambah dan mencampurkan antara yang benar dan yang batil”. – (Dr. Muhammad Abu Syahbah, al-Israiliyyat wa al-Maudu’at fi Kutub al-Tafasir, 179. Kaherah: Maktabah al-Sunnah)

Maka, umat Islam atau lelaki muslim tidak akan menganggap bahawa punca kejatuhan lelaki kesemuanya bermula dari wanita.

Walaupun wanita itu memang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas lelaki, seperti mana pengaruh lelaki terhadap wanita, namun kejatuhan lelaki atau wanita dari kelemahan diri sendiri yang kadang-kala dieksploitasi oleh pasangannya.

Muslihat Wanita

Namun masa yang sama, al-Quran juga menyatakan kehebatan ‘usikan’ wanita atau lebih jelas ‘muslimat’ mereka jika mereka bermaksud ingin melakukan ‘perancangan halus’. Wanita jika kena gaya memang boleh menjadikan lelaki‘mengidaminya’ angau dan terpengaruh atas segala kehendaknya.

Perancangan atau ‘plot’ wanita begitu hebat sehingga al-Quran merakamkan ungkapan yang ditujukan kepada isteri Menteri Mesir (riwayat Israiliyyat konon menamakannya Zulaikha) dalam kisah Yusuf:

“Ini adalah perancangan kamu (kaum wanita), dan sesungguhnya perancangan kamu (kaum wanita) itu hebat” – (Surah Yusuf: 28)

Perkataan Arab yang al-Quran gunakan dalam ayat berkenaan ialah Kaid yang bermaksud perancangan yang mempunyai unsur licik dan muslihat.

Sebab itu Louay Fatoohi dalam bukunya The Prophet Joseph menterjemahkan perkataan Kaidsebagai scheme yang bermaksud tindakan yang licik dan perancangan sulit yang kadang-kala membabitkan tipu daya.

Kata beliau: “..this word, which I have translated as scheme means guile and plotting that could involve lies, as in this case”. (ms 86. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust).

Maka, atas kelicikan itu, ramai lelaki yang tewas. Wanita ada kuasa ‘licin’ dan licik. Walaupun Nabi Yusuf tidak tewas, tetapi ramai lelaki selain nabi yang tewas dengan ‘kaid’ atau perancangan halus dan ‘sulit’ wanita.

Senjata rahsia wanita pada tubuh, bahasanya dan jelingannya. Walaupun bukan semua mereka ada kelebihan itu, namun bagi yang berkelebihan jika perangkapnya mengena, sukar untuk lelaki terlepas daripadanya, kecuali mereka yang memenangkan takwanya atau godaan atau kaid tersebut.

Nabi SAW pernah bersabda, “Aku tidak tinggal cubaan yang lebih hebat ke atas lelaki lebih dari wanita.” -(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda juga:

“Sesungguhnya dunia itu manis lagi hijau dan Allah menjadikan kalian berketurunan di atasnya. Allah melihat apa yang kalian perbuat. Takutlah kamu kepada (fitnah) dunia dan takutlah kamu kepada (fitnah) wanita, karena sesungguhnya awal fitnah yang menimpa Bani Israil dari wanitanya.” – (Riwayat Muslim)

Maka, tidak hairan berapa ramai pemimpin yang gagah, tetapi ditewaskan oleh wanita idamannya, atau isteri kesayangannya. Betapa banyak reputasi pemimpin dirosakkan disebabkan isteri mereka, sehingga rakyat membenci seseorang pemimpin kerana gelagat isterinya.

Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran ‘first lady’ boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.

Maka, tidak hairanlah jika Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati bersama suaminya oleh rakyat Romania disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.

Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang soleh terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan atau kaid mereka.

Perhiasan Terindah

Namun wanita itu apabila solehah, mereka kadang-kala lebih baik daripada lelaki. Kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita.

Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki. Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya.

Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian.

Nabi SAW bersabda: “Dunia perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ialah wanita yang solehah” –(Riwayat Muslim)

Ada harta tiada wanita dalam kehidupan tiada ertinya. Ada rupa, tiada wanita tiada maknanya. Namun, wanita bagaimana yang lelaki perlukan dalam hidupnya dalam mengharungi bahtera kehidupan? Ya, wanita solehah yang membahagiakan suami, menjaga nama baik dirinya dan suaminya. Sabda Nabi s.a.w:

“Sebaik-baik wanita dia mengembirakan suami apabila engkau melihat kepadanya, mentaatinya apabila menyuruhnya, tidak menyanggahi suami dalam diri dan hartanya” – (Riwayat al-Nasai, Ahmad dan al-Hakim, dinilai hasan oleh al-Albani)

Sabda Nabi SAW juga: “Tiga dari kebahagiaan: “Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau” –(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

Untuk menjadikan wanita itu berfungsi dengan baik, suaminya juga hendaklah baik. Jika tidak, kebaikan wanita akan hilang pada padangan suami yang songsang, seperti mana hilangnya kebaikan Asiah di mata firaun yang zalim.

Suami yang baik juga, tidak akan dapat dilihat kemuliaannya di mata isteri yang jahat seperti isteri Nabi Nuh dan isteri Nabi Lut a.s.

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Mafia bererti sebuah kumpulan penjenayah tersembunyi yang terlibat dalam organisasi keganasan yang tersebar di setiap negara.

Mereka biasanya melebarkan pengaruh kawasan mereka dengan negara yang mereka kuasai dan anggotanya tersebar di dalam negara tersebut.

Mereka juga bertujuan untuk memonopoli semua kegiatan jenayah berat seperti penjualan dadah, jual beli senjata api secara haram, pelacuran dan sebagainya.

Entri kami kali ini akan menceritakan mengenai kumpulan mafia antarabangsa dan aktiviti mereka. Kumpulan mafia ini di susun berdasarkan pengaruhnya di dunia

Mafia Rusia

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Mafia Rusia berpangkalan di Soviet Union (kini Persekutuan Republik Russia) mempunyai pengaruh yang sangat kuat di dunia.

Ahli-ahli geng mafia ini antara 100,000 hingga 500,000 orang. Mereka yang terlibat dalam kegiatan jenayah di negara-negara lain seperti Israel, Hungary, Sepanyol, Kanada, United Kingdom (UK), Amerika Syarikat, Rusia dan lain-lain.

Ahli-ahli geng mafia sering menyusup masuk ke dalam Israel dan Jerman dengan menggunakan identiti Yahudi dan Jerman.

Salah satu aktiviti geng jenayah yang terbesar, seperti penjualan dadah dan senjata api yang menyalahi undang-undang, pengeboman, penyeludupan, tindakan tidak bermoral, penipuan di internet dan sebagainya.

Salah satu kaedah-kaedah dalam kumpulan samseng ini tidak pernah bekerjasama (tetapi lebih tepat tidak suka) dengan kerajaan.

Jika seorang ahli ditangkap, mereka akan dibunuh selepas dibebaskan. Tindakan kumpulan ini adalah untuk membuatkan rakyat takut kepada mereka seperti bertindak ganas, penjualan organ dan pembunuh upahan.

Mafia Sicily dan Amerika Cosa Nostra

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Sicily dan Amerika Cosa Nostra termasuk kumpulan-kumpulan mafia baru didunia. Geng baru ini diasaskan pada abad ke-19 di Itali.

Walaupun termasuk geng mafia yang baru, tetapi geng ini mempunyai keupayaan untuk merancang jenayah seperti aktiviti-aktiviti peras ugut, pengedaran dadah, penjualan senjata api yang menyalahi undang-undang dan pelbagai perbuatan jenayah lain.

Bilangan ahli mereka dianggarkan sekitar 3500 hingga 4000 orang termasuk yang bukan ahli anggota asal. Ahli-ahli kumpulan ini biasanya akan memulakan jenayah bermula dengan upacara membunuh.

Kartel Dadah Colombia

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Geng Mafia ini lebih tertumpu kepada pemerolehan dan penjualan dadah yang bertaburan di hampir seluruh dunia.

Geng Mafia ini mempunyai banyak organisasi dan hubungan dengan ahli politik, tentera dan syarikat-syarikat besar.

Syarikat-syarikat besar yang telah membantu kumpulan itu datang dari Cartel Cali Columbia, Cartel Medellin dan Valle del Norte Cartel.

Syarikat ini juga mempunyai pertalian di Amerika dan Columbia. Pengerusi mafia tidak akan sekali-kali menonjolkan dirinya.

China Triads

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Triads China adalah koleksi pelbagai organisasi jenayah yang tersebar di China, Malaysia, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan negara-negara lain.

Mereka juga aktif di New York, Los Angeles, Seattle dan San Francisco. Aktiviti-aktiviti jenayah yang dilakukan oleh kumpulan ini adalah seperti rompakan, pembunuh upahan, jualan dadah, peras ugut, rampasan dan lain.

Geng Mafia ini telah bermula pada abad ke-18 tetapi kali ini mereka dipanggil Tian Di Hui. Walaupun aktiviti-aktiviti mereka di rantau ini agak besar tetapi ahli mereka dianggarkan dari 500 hingga 3000 anggota.

Mereka juga bertanggungjawab untuk memalsukan wang yang berlaku di China.

Yakuza

5 Kumpulan Mafia Terkenal Antarabangsa

Yakuza Jepun adalah satu kumpulan jenayah yang berasal sejak dari zaman feudal yang menggunakan ancaman dan pemerasan untuk mendapatkan pengaruh mereka.

Asal-usulnya bermula pada abad ke-17. Hilang jari kecil adalah tanda untuk memberitahu ahli-ahli kumpulan atau ditawarkan kepada pemimpin sebagai tindakan yang bertujuan untuk memujuk atau meminta maaf.

Ada juga beberapa ahli-ahli yang mempunyai tatu badan penuh. Ia mempunyai 110,000 ahli aktif dalam kumpulan ini yang berasal dari 2,500 keluarga.

Mereka terlibat dalam aktiviti perlindungan, mengimport pornografi dari Eropah dan Amerika, pelacuran dan pendatang tanpa izin.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: terbaikini

Ngeri! Atlet Patah Kaki Ketika Pertandingan 100 Meter

Ngeri! Atlet Patah Kaki Ketika Pertandingan 100 Meter

Menjadi atlet banyak risiko kecederaan, lebih-lebih lagi apabila atlet tersebut berkaitan dengan acara pecut. Ketika berlari, badan kita terutamanya otot dan tulang mendapat hentakan dan tekanan yang berterusan.

Atlet Patah Kaki Ketika Pertandingan 100 Meter

Apabila gerakan tubuh kita tidak selari ketika berlari dengan kelajuan tinggi, maka akibatnya amat serius dan berisiko mengalami kecederaan teruk.


Atlet yang berasal dari Afrika Selatan yang tidak disebutkan namanya ini mengalami kejadian patah kaki ketika pertandingan Nasional di Afrika Selatan untuk acara 100 meter.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Gadis Cantik Memiliki Lidah Terpanjang Di Dunia

Gadis Cantik Memiliki Lidah Terpanjang Di Dunia

Dia hanyalah seorang gadis cantik yang kelihatan normal ketika melihatnya kali pertama, namun jika dia membuka mulut dan menjelirkan lidahnya, anda pasti akan ternganga kerana lidahnya sangatlah panjang persis seekor ular sawa.

Adrianne Lewis

Malah, dia mampu menyentuh hidung sendiri menggunakan lidahnya.

Remaja tersebut, Adrianne Lewis, percaya bahawa dia merupakan pemegang rekod lidah terpanjang di dunia yang berukuran empat inci. Rekod lidah terpanjang sedia ada dipegang oleh Nick Stoeberl, berukuran 3.9 inci.

Remaja yang berasal dari Twin Lake, Michigan tersebut mengetahui mengenai kebolehannya itu dan pernah mencuba nasib di sebuah program ternama Amerika Syarikat, 'Ripley's Believe It Or Not' semasa berusia 13 tahun.

Adrianne Lewis 2

"Permohonan saya pernah ditolak sebanyak tiga kali oleh Guinness namun beberapa hari kemudian saya mendapat emel daripada Ripley's yang berminat dengan kebolehan unik saya," katanya.

Semoga memberi manfaat.

-Sentiasapanas.com

Filem Terbaru Ip Man: The Final Fight

Filem Terbaru Ip Man: The Final Fight

Pengarah Herman Yau dan penerbit Checkley Sin yang bertanggungjawab menghasilkan filem The Legend Is Born - Ip Man kembali dengan karya terbaru, Ip Man: The Final Fight.


Bagaimanapun, harus diingatkan, filem ini amat berbeza dari filem Ip Man yang lain, termasuk yang dijayakan oleh Donnie Yen.

Kali ini, fokus utama Ip Man : The Final Fight adalah pertarungan terakhir Ip Man semasa dia berumur 40-an sehingga kematiannya.

Pelakon Anthony Wong, dua kali pemenang anugerah pelakon terbaik Hong Kong, akan memainkan watak Ip Man. Manakala Anita Yuen, pemenang anugerah pelakon perempuan terbaik Hong Kong, akan berlakon sebagai isteri Ip Man.

Selain Anthony dan Anita, filem ini turut dibintangi oleh Eric Tsang, Gillian Chung dan Jordan Chan.

Meletakkan seni mempertahankan diri - Wing Chun sebagai taruhan utama, penonton akan disajikan dengan pelbagai aksi menarik yang dijayakan oleh Anthony.

Ternyata, biarpun hanya melalui lakonan, Anthony berjaya mempamerkan aksi yang cukup mantap dan memperlihatkan dia seolah-olah 'master' dalam aksi mempertahankan diri ini.

Namun, harus diingatkan sekali lagi, filem ini berbeza dari cara pembawaan Donnie Yen sebagai Ip Man. Bagaimanapun, kedua-duanya ada keistimewaan tersendiri.

Tidak hanya meletakkan aksi-aksi mantap sebagai modal utamanya, Herman juga turut bijak dalam menyusun setiap plot perjalanan terakhir Ip Man.

Apatah lagi konflik kehidupannya ketika melalui zaman perang dan kelangsungan hidupnya yang terganggu dengan dunia samseng yang tidak lagi menghormati dirinya sebagai seorang guru mempertahankan diri.

Permainan emosi yang mendalam oleh Anthony juga akan membuatkan penonton merasa kasihan terhadap nasibnya dan cara kematiannya.

Begitu juga dengan emosi isterinya yang terpaksa menerima kematian Ip Man dalam usia yang disifatkan masih belum melewati usia tua.

Filem yang mengambil latar belakang perang Hong Kong ini mengisahkan sifu dalam ilmu seni mempertahankan diri - Wing Chun iaitu Ip Man beraksi kembali setelah mendapat pelbagai cabaran dari ahli kung fu yang menyeretnya ke dalam dunia yang penuh kegelapan dan berbahaya iaitu dunia samseng.

Ketika itu, demi membela nyawa dan maruahnya, Ip Man tak punya pilihan lain, selain menerima tantangan bertarung untuk terakhir kalinya.

-Sinarharian

'Pakcik' Harry Potter Meninggal Dunia

'Pakcik' Harry Potter Meninggal Dunia

Richard Griffiths yang memegang watak sebagai pakcik Harry Potter dalam siri filem berkenaan telah meninggal dunia.

Richard Griffiths

Mendiang yang berusia 65 tahun, disahkan meninggal dunia selepas mengalami komplikasi jantung ekoran pembedahan yang dilakukan ke atasnya di Hospital University Coventry dan Warwickshire.

Richard diberikan watak sebagai Vernon Dursley, iaitu pakcik Harry yang tidak berhati perut dan seringkali membulinya dengan mengurung dia di bawah tangga.


Beliau bukan sahaja seorang pelakon British yang popular malah turut menempa nama dalam bidang teater dan juga komedi.

Daniel Radcliffe, yang memegang watak Harry Potter tidak dapat menyembunyikan rasa sedih di atas pemergian pelakon veteran itu.

Menurut Radcliffe, sikap Richard yang periang, humor serta mesra telah banyak membantu ramai pelakon baru sepertinya berasa selesa di belakang pentas dan di set pengambaran.

-mStar

Sikap Besar Kepala Jennifer Lopez Memakan Diri

Sikap Besar Kepala Jennifer Lopez Memakan Diri

Akibat bersikap terlalu `diva’, Jennifer Lopez atau J-Lo digugurkan daripada mengadakan persembahan di hadapan 60 juta penonton sempena pembukaan Liga Perdana India.


Ia susulan tindakan J-Lo yang membuat permintaan `bukan-bukan’ kepada penganjur termasuk menyediakan pesawat khas dan bilik hotel untuk rombongannya termasuk pendandan rambut sendiri.

Selain itu, dia juga dilaporkan meminta disediakan tukang masak khas .

Penganjur yang mendapat tahu perkara berkenaan menyifatkan tuntutan tersebut sebagai amat melampau.

“Dia meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk dirinya bagi majlis seperti ini. Ia merupakan satu langkah yang bodoh kerana peminat IPL adalah terlalu besar. Ia umpama persembahan pada Liga Super Bowl,’’ kata satu sumber.

Keadaan ini menyebabkan penganjur Pepsi IPL membatalkan tawaran berkenaan dan menempah rapper Pitbull untuk mengadakan persembahan tersebut.

Tahun lepas, penyanyi Katy Perry telah membuat persembahan di hadapan lebih 56 juta penonton pada pembukaan IPL.

Bagaimanapun wakil J-Lo menafikan selebriti itu digugurkan daripada membuat persembahan pada majlis berkenaan sebaliknya dia membatalkan persembahan itu kerana terlalu sibuk.

“Tarikh majlis persembahan itu sama dengan jadual rakaman albumnya,’’ kata jurucakap J- Lo.

J-Lo sebelum ini berulang kali menafikan dia bersikap diva sebaliknya memberitahu setiap senarai yang dikemukakan itu adalah untuk keselesaannya.

Pada 2010, tuntutan berlebihan yang dikemukakan pada rancangan American Idol hampir menjejaskan kerjayanya.

Dia dilaporkan meminta bayaran $20 juta dolar setahun termasuk jurumekap, pendandan rambut dan pasukannya sendiri serta bilik menukar baju sendiri.

-Mynewshub

James Franco Tolak Ajakan 'Intim' Lindsay Lohan

James Franco Tolak Ajakan 'Intim' Lindsay Lohan

Pelakon Spring Breaker, James Franco mengaku pernah menolak tawaran untuk mengadakan hubungan seks dengan Lindsay Lohan kerana aktres itu mempunyai ‘isu’ dan penuh dengan kontroversi.


Jelas Franco, biarpun suatu ketika dulu aktres berkenaan disifatkan sebagai ‘panas’ namun dia enggan melakukan hubungan seks dengan Lohan.

“Saya tidak lagi bercakap dengannya, namun kami masih berkawan.’’ katanya ketika mendedahkan perkara berkenaan dalam program Howard Stern.

Menurut Franco, dia berasa pelik untuk bersama dengan Lohan terutama ketika aktres berkenaan bermasalah.

Sebaliknya, kata Franco, umurnya semakin meningkat, justeru dia ingin menjalin hubungan jangka panjang dengan wanita yang dicintainya.

Franco kini sedang bercinta dengan pelakon Spring Breakers, Ashley Benson.