Tuesday, February 26, 2013

Julia Ziegler Enggan Berbaik Dengan Sharifah Sakinah

Julia Ziegler Enggan Berbaik Dengan Sharifah Sakinah

Pelakon Julia Ziegler mengambil pendirian tidak mahu berbaik dengan pelakon Sharifah Sakinah sekalipun aktres tersebut meminta maaf kerana dikatakan menjadi punca tercetusnya fitnah terhadap Julia beberapa tahun lalu.


Menurut Julia,29, kejadian tersebut merupakan pengalaman paling buruk buatnya selama bergelar artis sehingga membuatkan dia untuk lebih berhati-hati dalam berkawan.

“Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.

“Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus,” ujarnya kepada mStar Online,di sini, Isnin.

Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan dingin antara dia dan aktres Sharifah Sakinah, 24, sejak beberapa tahun lalu yang kembali diperkatakan orang.

Tambah Julia, pertemuannya sehingga membuatkan dia bersalaman dengan Sharifah Sakinah sebelum ini terjadi secara tidak sengaja di sebuah majlis tetapi ia bukan bererti hubungan mereka sudah kembali jernih.

“Ya, kami ada bersalaman tahun lalu di sebuah majlis, itu pun kerana saya tidak perasan individu tersebut adalah dia (Sharifah Sakinah) kerana dia memakai kostum dan solekan yang mengubah penampilannya.

“Dia tidak perlu beri kenyataan kepada media bahawa kami sudah berbaik, walhal dia yang memulakan perkara ini dan tidak pernah mengakui kesilapannya,” ujar Julia.

Sementara itu, Julia yang kini sibuk dengan latihan teater Asmara Songsang yang bakal ditayangkan di Istana Budaya pada 1 dan 2 Mac ini menganggap kehidupan sekarang lebih tenang.

“Alhamdulillah sekarang kerjaya dan bisnes berjalan lancar, kehidupan peribadi juga lebih tenang selepas menunaikan umrah tahun lalu dan saya nampak apa yang saya inginkan dalam hidup,” katanya.

-mStar

Anwar DALANG Insiden Lahad Datu - Reuters, Manila Times

Anwar DALANG Insiden Lahad Datu - Reuters, Manila Times

Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menuduh UMNO yang mereka-reka cerita kononnya pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah adalah atas jemputan pihak pembangkang.

Anwar dalang

Perkara ini cukup menghairankan kerana sejak pencerobohan itu berlaku, tidak ada satu pun kenyataan, baik rasmi atau tidak rasmi, yang dikeluarkan oleh UMNO menuduh Anwar atau parti pembangkang menjadi dalang di sebalik insiden itu itu.

Sebaliknya tuduhan itu dibuat oleh agensi berita antarabangsa, Rauters.

Malangnya orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya!

”Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya,” katanya kepada pemberita.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: “Saya tak mahu komen.”

Untuk rekod, Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah.

Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu ‘personaliti’ tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.

Terbaru, akhbar Manila Times pula pada tarikh 16 Februari memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

“Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu,” kata Jacinto.

Sekali lagi Anwar menafikan tuduhan ini.

Baik, dalam hal ini timbul persoalan, adakah penafian tersebut sudah cukup?

Anwar dikenali cukup ‘sensitif’ dengan laporan media dan tidak ragu-ragu untuk menyaman siapa saja sama ada individu, wartawan atau organisasi media yang dilihatnya tidak adil atau memfitnah dirinya.

Utusan Malaysia sebagai contoh, sering menjadi sasaran saman malu Anwar.

Tetapi kenapa bila organisasi media yang kuat dan sangat berpengaruh seperti Reuters membuat tuduhan sebegini, Anwar hanya sekadar menafikan begitu saja, kenapa tindakan yang sama tidak diambil kepada agensi ini?

Apa yang perlu ditakutkan, apa yang perlu dirisaukan?

Kalau Anwar betul-betul ‘gentlemen’, tindakan yang sama MESTI DAN PERLU diambil ke atas Reuters dan Manila Times jika beliau rasa telah difitnah dengan tuduhan yang sebegitu berat.

Anwar tidak boleh pandang ringan perkara ini kerana isu Lahad Datu menyentuh soal maruah dan kedaulatan negara.

Anwar tidak boleh dilihat hanya bertindak bila sesuatu isu hanya menyentuh peribadinya.

Beliau juga perlu dilihat ‘agresif dan garang’ kalau satu-satu perkara itu melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya!

Malangnya sehingga kini, Anwar dilihat hanya selesa berada dalam sindrom penafian, tidak ‘segarang’ seperti mana yang diharapkan.

Kenapa Anwar tiba-tiba boleh jadi selembut itu, hanya beliau yang ada jawabannya.

Beliau kena ingat, hari ini mungkin Reuters dan Manila Times…entah-entah esok atau lusa akan ada lagi media antarabangsa yang akan terus mengaitkannya di sebalik apa yang berlaku di Lahad Datu ini.

Kalau Anwar benar-benar memegang prinsip BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH…inilah masanya untuk Anwar bertindak seperti mana pepatah bahasa Ingeris – WALK THE TALK.

Percayalah, insiden di Lahad Datu ini tidak akan habis di sini saja…bila waktunya tiba, kita akan tahu siapa sebenarnya penceroboh, siapa sebenarnya perwira dan siapa sebenarnya penderhaka!

-Sentiasapanas.com

BR1M Dipelopori Kerajaan Firaun - Hadi Awang

BR1M Dipelopori Kerajaan Firaun - Hadi Awang

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sejak tahun lalu, bukan satu perkara baru kerana sejarah telah menunjukkan bahawa ia pernah dipelopori kerajaan Firaun.


“Cerita BR1M bukan cerita baru, sejak zaman Firaun pernah bagi BR1M, Firaun jadikan rakyat ringan akal (diperbodohkan).

“..tanggungjawab kita (pemimpin) untuk bijakkan rakyat bukan diajar menjadi pengemis, mereka (UMNO) bukan nak bela rakyat pun,” kata beliau dalam ucapannya pada Konvensyen Pakatan Rakyat Keempat di sini semalam.

Kata Hadi, menerusi manifesto Pakatan Rakyat yang dilancarkan semalam, banyak masalah rakyat yang gagal ditangani oleh BN sepanjang lima dekad lalu dapat diatasi.

“Buktikan dahulu kerajaan itu bersih, kita (Pas) perintah Kelantan lebih 20 tahun, walaupun banyak sekatan peruntukan, banyak cabaran tapi kita mampu bersabar.

“..jauh sekali untuk khianat hasil bumi negeri, malah mampu tadbir negeri dengan bersih dan bebas rausah serta salah guna kuasa,” kata beliau sambil memberi amaran kepada Umno-BN bahawa masalah penggangguran yang kian meningkat di negara ini tidak mungkin diselesaikan dengan pemberian insentif terbabit.

Hadi turut menyindir slogan perdana menteri yang dilaungkan ‘Janji Ditepati’ yang tidak bersungguh-sungguh kerana peluang yang diberikan kepada mereka sejak 50 tahun lalu tidak dimanfaatkan sepenuhnya demi rakyat.

“Janji akan ditepati bukan janji 50 tahun, kita tak nak rakyat dihina dan diperkudakan lagi, Buku Jingga selesaikan masalah yang ditinggalkan Kerajaan BN,” tegasnya.

Pada ucaptamanya, Hadi menggariskan lima dasar utama dalam Manifesto PR kali ini yang bertemakan “Pakatan Rakyat Harapan Rakyat”, antaranya perpaduan masyarakat majmuk, adil terhadap semua, demokrasi hak rakyat sebenar, kehebatan undang-undang yang adil dan kerajaan yang bersih.

-SinarHarian

Panduan Membuat Kategori Pada Blogspot

Panduan Membuat Kategori Pada Blogspot

Label merupakan pengelompokan post kedalam kategori-kategori tertentu. Jika beberapa posting diberikan label yang sama, ertinya posting tersebut termasuk kedalam kategori yang sama.

Label Blog

Berikut langkah-langkah menambahkan Widget Label dan seterusnya 'menukar' label tersebut sebagai kategori.
  • Login ke Blogger anda dan pilih Design > Page Elements
  • Kemudian klik pada perkataan Add a Gadget
  • Kemudian scroll kebawah sehingga terjumpa perkataan Label, klik pada tulisannya atau pada gambar bersimbol (+).


Seterusnya aturlah konfigurasi seperti yang anda inginkan.


  • Title: Anda boleh mengubah perkataan Label kepada Kategori, Menu atau apa saja.
  • Show: Terdapat 2 pilihan dibahagian ini. Jika ingin memaparkan semua label yang ada, pilih All Labels, atau Selected Labels jika ingin memaparkan hanya label-label tertentu saja.
  • Sorting: Anda boleh memilih mana-mana tapi saya sendiri memilih Alphabetically.
  • Display: Sila pilih List.
  • Pada tulisan Show number of posts per label boleh dipilih atau tidak bergantung kepada anda.

Seterusnya sila klik Save. Widget label akan muncul di sidebar anda.

Syarat penting yang perlu dilakukan:

Setiap kali anda membuat New Post, sila isikan kategori anda pada ruangan Labels. Kategori anda akan muncul secara automatik pada sidebar dibahagian kategori.


Selamat mencuba!

BACA INI JUGA:

sumber: gilaping.com

Panas! Zain Terkedu Rozita Ajak Kahwin Julai Depan!!

Panas! Zain Terkedu Rozita Ajak Kahwin Julai Depan!!

Susulan tersiarnya berita dalam sebuah akhbar tempatan yang mengatakan pasangan Rozita Che Wan dan Zain Saidin akan berkahwin pada Julai ini mendapat respon terus daripada Zain sendiri.


Zain yang baru dihubungi MH Online menafikan perkara tersebut dan menjelaskan;

“Memang kami akan berkahwin tetapi bukan bulan Julai. InsyaAllah, seperti yang dirancang kami akan bernikah pada hujung tahun ini.

“Saya sendiri pun terkejut kenapa bulan Julai dikatakan sebagai bulan perkahwinan kami.”

Ditanya sudahkah mereka membuat persiapan perkahwinan, kongsi Zain lagi;

“Buat masa sekarang belum ada sebarang persiapan lagi kerana semua akan dibuat selepas raya nanti. Secara rasmi juga, saya belum lagi masuk merisik cuma kami sudah pernah berjumpa keluarga masing-masing. Ini kerana perbincangan baru dilakukan antara kami berdua sahaja.”

Zain juga memberitahu dia belum lagi menjalani kursus perkahwinan.

-Media Hiburan Online

Jangan Bawa Lakonan Ke Mahkamah - Aidil Zafuan

Jangan Bawa Lakonan Ke Mahkamah - Aidil Zafuan

“Kalau dia sayangkan saya, kenapa dia masih buat macam-macam kenyataan di media yang mengaibkan saya sendiri sebagai suami dia dan juga mengaibkan keluarga saya?


“Dia juga tahu kenapa saya keluar rumah. Tak perlulah saya bercerita tentang hal peribadi kami. Biar saya dan dia saja yang tahu. Sekarang ini saya mahu bercerai secara baik.

“Jangan bawa lakonan dia diluar masuk mahkamah. Depan hakim dia cakap dia sayang saya, tapi depan saya dia cakap tak sayang, saya tak tahu apa yang dia nak”, kata bintang bola sepak Kebangsaan, Mohammad Aidil Zafuan Abd. Radzak yang jelas dilihat tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas hasrat mahu bercerai dengan isterinya, pelakon Rita Rudaini ditangguhkan.

Aidil, 26, ditemui diluar Mahkamah Rendah Syariah Seremban Negeri Sembilan, sejurus usai prosiding, semalam.

Keputusan itu dibuat setelah Aidil merasakan pergolakan rumah tangga mereka sudah berlarutan terlalu lama. Malah dia tidak nampak rumah tangga yang dibina selama enam tahun mampu diselamatkan. Apatahlagi Aidil memberitahu dia kecewa apabila Rita tidak mahu menurut kehendaknya.

“Saya nak dia dan anak-anak balik berjumpa dengan keluarga saya. Tapi dia tak mahu. Dari situ sudah nampak dia tidak mengikut kata-kata saya sebagai suaminya. Bagi saya, saya tidak nampak jalan untuk kami berdamai.

“Memang dia ada benarkan saya berjumpa dengan anak-anak tapi dia tak benarkan saya bawa anak-anak jumpa keluarga saya. Anak-anak hanya kenal atuk dan nenek sebelah sana (ibubapa Rita), tapi dia tak kenal atuk dan neneknya di sini. Itu saya rasa tidak adil”, katanya.

Dalam masa yang sama Aidil menegaskan keputusan dia mahu bercerai tiada kena mengena dengan orang ketiga mahupun wanita yang dikaitkan dengannya baru-baru ini, iaitu Zarema.

“Tiada kena mengena dengan sesiapa ataupun Zarema. Saya tak mahu komen lebih. Bagi saya jalan terbaik, adalah kami bercerai”, ujarnya sebelum beredar.

-Malaysiandigest.com

Pisau Tercacak Diperut Warga Emas Dirompak

Pisau Tercacak Diperut Warga Emas Dirompak

Seorang warga emas berusia 64 tahun nyaris maut ditikam dua lelaki bermotosikal yang bertindak menyamun mangsa dalam kejadian di belakang tokong Cina, Jalan Maharajalela, di sini, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Wong Kock Hin berseorangan melalui laluan pejalan kaki.

“Secara tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal lalu bertindak cuba menyamun mangsa. Difahamkan berlaku pergelutan menyebabkan suspek menikam perut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur.

“Mangsa rebah dengan pisau melekat di perutnya. Suspek memecut laju meninggalkan mangsa dan orang awam yang melihat kejadian itu menghulurkan bantuan,” katanya.

Zainuddin berkata, mangsa yang menetap di Bandar Bukit Jalil, dekat sini kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

-Hmetro

David Beckham Rai Kemunculan Sulung Bersama PSG

David Beckham Rai Kemunculan Sulung Bersama PSG

David Beckham meraikan kemunculan sulungnya bersama kelab Paris Saint-Germain dengan mencipta peluang untuk gol kedua ketika pendahulu Liga Perancis itu menundukkan musuh ketat, Marseille 2-0 pada perlawanan, pagi tadi.


Bekas kapten England berusia 37 tahun itu dimasukkan pada minit ke-76 pada perlawanan sengit dan pada minit-minit akhir perlawanan, gerakan kaki cantik di luar kotak penalti memperdaya pemain lawan dan hantaran sampai ke kaki penyerang Zlatan Ibrahimovic untuk gol ke-22 peribadi musim ini.

“Pengurus suruh saya masuk dan rampas bola. Memang sedikit tekanan malam ini tapi saya gembira. Saya tahu bila datang ke sini, saya tidak akan jadi kesebelasan utama dan itu adalah cara yang perlu saya fikirkan buat seketika,” katanya.

–AP

Rozita Che Wan Umum Tarikh Pernikahan

Rozita Che Wan Umum Tarikh Pernikahan

Pelakon jelita, Rozita Che Wan, 42, akhirnya membuka ‘mulut’ mengenai perancangan untuk berkahwin dengan buah hatinya, pelakon muda, Zain Saidin, 29, malah mengakui sudah memilih hujung Julai ini untuk bersatu.


“Insya-Allah kami akan bernikah, jika tiada halangan pada bulan berkenaan,” kata Rozita ketika dihubungi, semalam.

Dia juga memilih untuk tidak mengikat tali pertunangan terlebih dahulu kerana menganggapnya tidak perlu memandangkan mereka sudah mengenali hati budi masing-masing.

Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta mengakui kisah cintanya dengan jejaka wajah Pan Asia itu bukan rahsia lagi, lalu mereka sepakat dan bersedia menamatkan kontroversi cinta yang selama ini hangat diperkatakan menerusi media dan peminat.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,” katanya.

-Hmetro

Gambar Yuna Bersama Keluarga Jules Schratter

Gambar Yuna Bersama Keluarga Jules Schratter

Nampaknya gosip percintaan di antara mereka berdua semakin ada kebenarannya selepas Yuna dilihat sempat meluangkan masa dengan melawat keluarga lelaki mat saleh yang dikaitkan dengannya, Julian Schratter baru-baru ini.


Jules yang merupakan jurugambar peribadi Yuna di Amerika Syarikat sempat berkongsi gambar penyanyi kebanggaan Malaysia itu di laman Instagramnya baru-baru ini.

Sebelum ini, Jules juga pernah berkunjung ke kampung Yuna dan sempat menyarung sepersalinan baju Melayu hitam yang nampak kacak dipakainya.

Kalau benar ada apa-apa pun, baguslah masing-masing dah bertemu pengganti.

Yuna dah ada Jules, sementara bekas kekasihnya, Qi pula dikatakan semakin rapat dengan pelakon muda, Nelydia Senrose.

-Mynewshub