Tuesday, February 26, 2013

Anwar DALANG Insiden Lahad Datu - Reuters, Manila Times


Pada Jumaat lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersungguh-sungguh menuduh UMNO yang mereka-reka cerita kononnya pencerobohan 100 lelaki bersenjata di Lahad Datu, Sabah adalah atas jemputan pihak pembangkang.

Anwar dalang

Perkara ini cukup menghairankan kerana sejak pencerobohan itu berlaku, tidak ada satu pun kenyataan, baik rasmi atau tidak rasmi, yang dikeluarkan oleh UMNO menuduh Anwar atau parti pembangkang menjadi dalang di sebalik insiden itu itu.

Sebaliknya tuduhan itu dibuat oleh agensi berita antarabangsa, Rauters.

Malangnya orang lain yang makan nangka, orang lain pula yang terkena getahnya!

”Itu Umno punya kenyataan bukan Reuters, siapa yang beritahu? Itu Umno punya,” katanya kepada pemberita.

Ketika diminta mengulas lanjut berhubung perkara itu, beliau hanya berkata: “Saya tak mahu komen.”

Untuk rekod, Reuters pada 14 Februari lalu melaporkan seorang pegawai tentera Filipina sebagai berkata bahawa kumpulan lelaki itu merupakan pengikut Sultan Sulu yang telah dijemput ke Sabah oleh seorang ahli politik daripada pihak pembangkang bagi menbincangkan mengenai isu tanah.

Kumpulan yang dianggotai 100 orang itu diketuai oleh Raja Muda Azzimudie Kiram, adik kepada Sultan Sulu, Jamalul Kiram III, mendesak bertemu ‘personaliti’ tertentu apabila rundingan tersebut berlarutan.

Kumpulan berkenaan sebelum ini menuntut pengiktirafan sebagai tentera Sulu daripada kerabat Sultan Sulu, meminta agar komuniti Suluk, yang telah lama berada di Sabah tidak dihantar pulang.

Terbaru, akhbar Manila Times pula pada tarikh 16 Februari memberitahu, Sultan Muhammad Fuad Kiram I, mendakwa Malaysia menduduki Sabah secara haram dan Sabah merupakan milik Kesultanan Sulu hingga hari ini.

“Pencerobohan tersebut berlaku setelah bekas pemimpin Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga pemimpin de facto Pakatan Rakyat (PR) mencadangkan Sabah akan diberikan autonominya kepada pemerintahan kesultanan Sulu,” kata Jacinto.

Sekali lagi Anwar menafikan tuduhan ini.

Baik, dalam hal ini timbul persoalan, adakah penafian tersebut sudah cukup?

Anwar dikenali cukup ‘sensitif’ dengan laporan media dan tidak ragu-ragu untuk menyaman siapa saja sama ada individu, wartawan atau organisasi media yang dilihatnya tidak adil atau memfitnah dirinya.

Utusan Malaysia sebagai contoh, sering menjadi sasaran saman malu Anwar.

Tetapi kenapa bila organisasi media yang kuat dan sangat berpengaruh seperti Reuters membuat tuduhan sebegini, Anwar hanya sekadar menafikan begitu saja, kenapa tindakan yang sama tidak diambil kepada agensi ini?

Apa yang perlu ditakutkan, apa yang perlu dirisaukan?

Kalau Anwar betul-betul ‘gentlemen’, tindakan yang sama MESTI DAN PERLU diambil ke atas Reuters dan Manila Times jika beliau rasa telah difitnah dengan tuduhan yang sebegitu berat.

Anwar tidak boleh pandang ringan perkara ini kerana isu Lahad Datu menyentuh soal maruah dan kedaulatan negara.

Anwar tidak boleh dilihat hanya bertindak bila sesuatu isu hanya menyentuh peribadinya.

Beliau juga perlu dilihat ‘agresif dan garang’ kalau satu-satu perkara itu melibatkan kepentingan rakyat secara keseluruhannya!

Malangnya sehingga kini, Anwar dilihat hanya selesa berada dalam sindrom penafian, tidak ‘segarang’ seperti mana yang diharapkan.

Kenapa Anwar tiba-tiba boleh jadi selembut itu, hanya beliau yang ada jawabannya.

Beliau kena ingat, hari ini mungkin Reuters dan Manila Times…entah-entah esok atau lusa akan ada lagi media antarabangsa yang akan terus mengaitkannya di sebalik apa yang berlaku di Lahad Datu ini.

Kalau Anwar benar-benar memegang prinsip BERANI KERANA BENAR, TAKUT KERANA SALAH…inilah masanya untuk Anwar bertindak seperti mana pepatah bahasa Ingeris – WALK THE TALK.

Percayalah, insiden di Lahad Datu ini tidak akan habis di sini saja…bila waktunya tiba, kita akan tahu siapa sebenarnya penceroboh, siapa sebenarnya perwira dan siapa sebenarnya penderhaka!

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon