Friday, January 04, 2013

Gadis 14 Tahun Di Nodai Jiran Berusia 60 Tahun

Gadis 14 Tahun Di Nodai Jiran Berusia 60 Tahun

Seorang warga emas berusia 60 tahun di Parit Jawa, Muar, bernafsu jijik apabila tergamak beberapa kali merogol anak jirannya yang juga remaja berusia 14 tahun, antara November dan Disember lalu.

Gambar hiasan

Warga emas itu turut didakwa mencabul adik perempuan mangsa berusia 11 tahun.

Dalam kejadian itu, mangsa mendakwa dirogol ketika hendak memetik jambu di belakang rumahnya.

Menceritakan kejadian, mangsa hanya dikenali sebagai Lina, 14, berkata, dia dipeluk oleh warga emas itu dari belakang sebelum dirogol.

“Dia memaksa saya memegang kemaluannya namun saya enggan, saya menjerit namun dia menutup mulut saya sebelum merogol saya,” katanya.

“Saya ketakutan dan tidak tahu apa hendak dilakukan. Beberapa hari kemudian, pak cik Am memanggil saya ke rumahnya dengan alasan mahu memberi ayam goreng kepada saya,” katanya, semalam.

Menurut Lina, dia tidak mengesyaki apa-apa terus memasuki rumah warga emas itu dan sekali lagi suspek merogolnya.

Lina berkata, dia keliru dan takut untuk memaklumkan kejadian kepada sesiapa.

“Bagaimanapun, saya akhirnya memaklumkan kejadian kepada ibu petang kelmarin kerana badan terasa kurang sihat selain sakit perut,” katanya.

“Ibu bertanyakan pelbagai perkara untuk mendapatkan pengesahan daripada saya. Pada masa sama, adik juga ada dan dia akhirnya turut mengaku dicabul pak cik Am.

“Adik memaklumkan pak cik Am pernah memberinya wang sebelum mencabulnya,” katanya.

Lina bersama ibu dan adiknya kemudian melaporkan kejadian terbabit di Balai Polis Parit Jawa kelmarin, sebelum dua beradik itu dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar untuk pemeriksaan.

Difahamkan, suspek turut mencabul seorang lagi anak jiran yang berusia 11 tahun. Kanak-kanak malang itu dipercayai diumpan dengan makanan dan wang antara RM1 hingga RM50 sebelum dicabul.

Warga emas yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu tinggal berdua dengan isterinya di kampung berkenaan manakala tiga anak mereka sudah bekerja dan menetap berasingan.

-Hmetro

Janda Merayu Hafiz AF7 Berkahwin Dengannya!

Janda Merayu Hafiz AF7 Berkahwin Dengannya!

Sudah menjadi adat apabila seseorang artis ini menjadi pujaan ramai, ada saja yang berlaku kepada mereka. Terutamanya kepada peminat fanatik ini, ada yang sampai sanggup melakukan sesuatu diluar jangkaan pemikiran.


Baru-baru ini, semasa penyanyi lagu Awan Nano sedang menunggu giliran untuk ditemubual bersama satu segmen untuk program di Astro, satu insiden yang amat mengejutkan telah berlaku.

Seorang peminat fanatik Hafiz Suip dikatakan telah membuat huru-hara apabila dia memujuk Hafiz supaya memilihnya untuk menjadi teman hidup!

Lebih mengejutkan, dia mahu menjadikan Hafiz seolah-olah ‘pak sanggup’ kerana wanita yang bergelar status janda itu sudah memiliki seorang anak lelaki hasil daripada hubungannya yang lalu.

Terkejut bukan kepalang!

Wanita berkenaan sanggup datang jauh dari Kuantan, Pahang semata-mata ingin bertemu Hafiz kerana sudah lama menanam perasaan terhadap juara Akademi Fantasia 7 itu sejak dia mula-mula terjun ke dalam bidang seni.

Memetik laopran Murai, Hafiz khabarnya cukup bijak mengawal perasaannya meskipun di dalam hatinya hanya Tuhan saja yang tahu.

Hafiz tidak mudah melenting, sebaliknya meminta janda berkenaan menjelaskan perkara sebenar yang mungkin boleh di bawa berunding tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

Bukan janda itu saja, malah khabarnya anak lelaki janda itu juga merupakan peminat tegar Hafiz.

Janda berkenaan juga tidak segan silu berkongsi gambarnya dengan portal Murai bagi membuktikan rasa cinta dan kasih yang begitu mendalam terhadap Hafiz.

Haih! Macam-macamlah!

Sikap serta tindakan janda berkenaan menyerang Hafiz di set penggambaran adalah adegan yang tidak ingin kita lihat lebih-lebih lagi kepada selebriti popular sepertinya.

Sabar je lah...

[Sumber]

Gempar! Sofea Putih Sebenarnya Seorang Pondan

Gempar! Sofea Putih Sebenarnya Seorang Pondan

Masih ingat kisah mengenai Sofea Putih yang disiarkan baru-baru ini? Sejak dari berita tersebut dikeluarkan, banyak kedengaran suara-suara yang mengatakan Sofea Putih itu bukan wanita sejati.


Beberapa pihak yang mendakwa rakan dan mengenali Sofea Putih, mereka juga memberikan pandangan yang sama.

Terkini, ada beberapa blog yang turut meletakan gambar Sofea masa muda dan mendedahkan nama lelakinya.


Kalau benar apa yang dikata, Tipah tertipulah ramai lelaki sebenar...

[Sumber]

Pengguna Windows Phone Di Sekat Akses YouTube

Pengguna Windows Phone Di Sekat Akses YouTube

Microsoft semalam meningkatkan kritikannya terhadap Google, mendakwa syarikat gergasi Internet itu gagal membenarkan pengguna sistem Windows Phone mengakses sepenuhnya YouTube.


Peguam Microsoft, Dave Heiner berkata, meskipun ada pengawalan kerajaan, Google terus menyekat Microsoft daripada menawarkan khidmat melayari YouTube kepada pelanggannya dengan baik.

"Ini adalah satu isu penting kerana pengguna sangat mahukan akses YouTube melalui telefon mereka.

"Google sering menyatakan kesalahan antipersaingan yang didakwa ke atasnya tidak mengganggu pengguna, tetapi mereka silap kerana dalam kes ini syarikat itu telah menafikan hak pengguna menggunakan platform pesaing untuk melayari laman tersebut," katanya yang disiarkan dalam blog.

Kenyataan itu merupakan perselisihan terbaharu antara dua syarikat Internet tersebut ketika pemantau antipersaingan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) berusaha menamatkan siasatan ke atas Google.

Beberapa laporan menyatakan, penyiasat AS sedang bersiap sedia menyiapkan perjanjian secara sukarela daripada Google tanpa penglibatan mahkamah.

Sementara itu, Google yang memiliki YouTube berkata, Microsoft telah memutarbelit fakta berhubung akses laman perkongsian video itu melalui telefon bimbit.

"Berbeza dengan dakwaan Microsoft, pengguna boleh mengakses YouTube menerusi sistem Windows Phone dengan mudah.

"Malah, kita juga sejak beberapa tahun lalu bekerjasama dengan Microsoft bagi memastikan pengguna dapat menikmati pengalaman mengakses YouTube dengan Windows Phone," kata seorang jurucakap Google.

-AFP

Lukisan 3D Yang Super Menarik

Lukisan 3D Yang Super Menarik

Kalau memang dah ada bakat seni tu kita memang tak dapat dinafikan. Lihat kat bawah tu hasil-hasil seni lukisan 3D yang dihasilkan. Memang nampak real bukan? Untuk tatapan bersama.


[Sumber]

Top 10 Kereta Paling Pantas Di Dunia 2012

Top 10 Kereta Paling Pantas Di Dunia 2012

Info Top 10. Kereta super sememangnya sentiasa berada di dalam kelasnya tersendiri. Ianya dibina untuk kelajuan tetapi dengan ciri keselamatan dan juga keselesaan pemanduan. Senarai kereta ini sekadar perkongsian, maklumlah harganya terlalu mahal, malahan tidak keterlaluan, ianya berada di dalam kelas yang tersendiri, dengan kelajuan yang terhebat serta reka bentuk penuh dengan sporty dan juga canggih.

Bugatti Veyron Super Sport
460 km sejam


Kereta ini mempunyai 1200 kuasa kuda dengan kelajuan tertinggi 460 km sejam atau 286 mph. Berkuasa enjin turbocharge dan intercooler yang besar,ianya datang dengan harga USD 2.4 hingga 2.6 juta. Merupakan antara kereta paling laju di jalan raya buat masa kini.

Koenigsegg Agera R
420 km sejam


Susah nak sebut nama kereta ni, senang panggil Agera. Mempunyai 1140 kuasa kuda, mempunyai enjin v8. Mempunyai tempat pemandu dikiri atau kanan, kereta ini berharga USD 1.6 juta untuk tahun sebelum 2013. Namun jika anda mahu menukar tayar supaya sesuai dengan musim sejuk atau panas, sila tambah USD 12,000, untuk tukar tayar je. Mencapai kelajuan 0-60 km sejam dalam masa 2.6 saat.

Hennessey Venom GT
418 km sejam


Kereta ini berharga USD 1 juta ke atas. Mempunyai kelajuan tertinggi 260mph. Mempunyai 1200 kuasa kuda dan mempunyai enjin turbocharge v8.

SSC Ultimate Aero
399 km sejam


Berharga 650k, mempunyai enjin v8 dengan kuasa kuda 1287. Boleh memecut dengan kelajuan tertinggi 257.4 mph atau lebih kurang 399 km sejam.

Saleen S7 Twin Turbo
399 km sejam


Mempunyai dua enjin turbo berkembar dengan harga USD 585,000, itu pada tahun 2002, mempunyai keupayaan 1000 kuasa kuda dengan enjin v8. Kelajuan maksimum 399 km sejam.

Koenigsegg CCX
394 km sejam


Generasi bagi kereta Agera, namun masih mampu berkuasa di jalan raya walaupun tidak sehebat Agera di atas. Kereta buatan Sweden ini hanya di pasaran USA. Datang dengan harga USD500,000. Mempunyai enjin v8 dengan 806 kuasa kuda. Mampu memecut maksimum anggaran 394 km sejam.

McLaren F1
386 km sejam


Mungkin kita dah biasa dengar nama ini, lihatlah kereta ini berada di kedudukan berapa. Sepanjang tahun 1992 hingga 1998 hanya 106 buah dikeluarkan. Mempunyai enjin v12 dengan kelajuan 386 km sejam.

Zenvo ST1
374 km sejam


Menggunakan enjin BMW v8 dengan kelajuan maksimum 374 km sejam. Harga bermula dengan USD 1.8 juta, hanya dikeluarkan 3 buah setiap tahun.

Noble M600
360 km sejam


Kereta buatan tangan dari UK ini mempunyai speed tertinggi 360 km sejam. Mempunyai enjin v8 dengan turbocharge berkembar serta 650 kuasa kuda. Harga dipasaran USD 300,000 ke atas.

Gumpert Apollo
360 km sejam


Kereta yang dicipta untuk trek perlumbaan dan juga kegunaan di jalanraya biasa. Mempunyai top speed 360 km sejam ,dilengkapi dengan enjin v8

[Sumber]
Rebecca Bernardo, Gadis Terbaharu Lelong Perawan Di YouTube!

Rebecca Bernardo, Gadis Terbaharu Lelong Perawan Di YouTube!

Seorang lagi remaja wanita Brazil, melelong keperawanannya kepada orang awam. Jika sebelumnya awam digegarkan oleh aksi Catarina Migliorini, yang melelong keperawanannya berharga 780 ribu Dollar Amerika, kali ini Rebecca Bernardo menawarkan keperawannya di laman www.Youtube.com.

Gadis jual dara
Rebecca Bernardo

Mengenakan atasan merah muda tanpa lengan dan berdiri di samping cermin ia menjajakan keperawanannya dalam video tersebut.

"Hai, nama saya Rebecca. Saya di sini untuk melelong keperawanan saya," ujarnya seperti dipetik Tribunnews dari CNN, Khamis (2/1/2013).

Rebecca mengaku nekad mengemukakan tawaran tersebut lantaran ia memerlukan wang dalam jumlah besar untuk membantu ibunya yang sakit. Ia mengaku terinspirasi oleh Catarina Migliorini, seorang wanita Brazil yang dilaporkan menjual keperawanannya untuk 780 ribu Dollar AS pada sebuah laman web Australia mencari perawan.

"Saya mengambil keputusan tepat setelah saya merayakan ulang tahun ke-18," katanya.

Rebecca dalam sebuah wawancara dengan CNN, pada bulan lalu di rumahnya berkata, ibunya menderita stroke dan harus terbaring di tempat tidur.

Selain itu ibu Rebecca tidak boleh menjalani kehidupan seorang diri, seperti makan atau pergi ke bilik mandi.

Gadis cantik berambut hitam tersebut mengaku, sudah cuba untuk mencari wang halal dengan menjadi penjual kosmetik, dan pelayan, tetapi kerana ia tidak memiliki ijazah sarjana, ia dibayar dengan upah yang murah.

"Saya hanya mendapat 150 reais ($75) untuk bekerja sepanjang hari, yang hanya mampu membayar seseorang untuk tinggal dan merawat ibu saya," katanya.

Namun semenjak ia menjadi terkenal, banyak orang yang mempersoalkan niat sebenar wanita berkulit putih tersebut ketika melelong keperawanannya.

Sebuah rangkaian televisyen di Brazil menawarkan untuk membiayai rawatan ibunya dengan syarat Rebecca membatalkan rencananya.

BACA INI JUGA:

sumber: merdeka

Thursday, January 03, 2013

Paparazi Maut Selepas Ambil Gambar Ferrari Justin Bieber

Paparazi Maut Selepas Ambil Gambar Ferrari Justin Bieber

Seorang paparazi maut apabila dilanggar sebuah kereta selepas mengambil gambar kereta Ferrari berwarna putih milik penyanyi remaja, Justin Bieber di sini.


Pegawai polis Los Angeles, James Stoughton berkata, jurugambar yang identitinya belum dikenal pasti itu meninggal dunia di sebuah hospital selepas insiden yang berlaku pada petang Selasa.

Menurut Stoughton, Bieber tidak berada dalam keretanya pada waktu itu.

Kereta Ferrari itu diletakkan di luar Sepulveda Boulevard dekat Getty Center Drive.

Jurugambar itu dilanggar ketika cuba menyeberangi jalan ke Sepulveda Boulevard selepas selesai mengambil gambar.

Stoughton berkata pemandu yang melanggar lelaki tersebut tidak akan didakwa.

-mStar

Scarlett Johansson Lebih Rela Menjanda

Scarlett Johansson Lebih Rela Menjanda

Pelakon Scarlett Johansson baru-baru ini mengakui perkahwinan baginya tidak penting buat masa ini.

Johansson tidak terfikir untuk kahwin kali kedua dalam masa terdekat.

Johansson, 28, yang pernah berkahwin dengan aktor kacak, Ryan Reynolds berkata, perkahwinan bukanlah keutamaannya kerana dia pernah berkahwin pada usia muda dan kini dia melihat institusi itu dalam cara yang berbeza.

"Sukar untuk saya jelaskan mengapa perkahwinan tidak lagi penting kepada saya sekarang tetapi mungkin kerana saya pernah berkahwin dan merasai kenikmatan berumah tangga," jelasnya kepada majalah Elle.

Tambah Johansson, dia percaya sesuatu hubungan itu tidak semestinya berakhir dengan sebuah perkahwinan.

Dia yang kini sedang bercinta dengan seorang wartawan berasal dari Perancis, Romain Duariac, 30, turut memberitahu tidak pernah berfikir mengakhiri hubungan itu dengan sebuah ikatan yang sah.

-mStar

Panas! Kim Kardashian Mengandung Anak Siapa?

Panas! Kim Kardashian Mengandung Anak Siapa?

Hubungan yang terjalin antara rapper terkenal, Kanye West dan bintang realiti, Kim Kardashian ternyata semakin serius.

Kanye West - Kim Kardashian

Mereka dijangka bakal menimang cahaya mata pertama, akhir Jun atau awal Julai ini.

Berita gembira mengenai kehamilan Kardashian diumumkan sendiri oleh kekasihnya dalam sebuah konsert, Ahad lalu.

Kardashian pada mulanya ingin merahsiakan kehamilannya yang sudah mencecah usia tiga bulan, tetapi West sudah tidak sabar mahu berkongsi keterujaannya bergelar bapa.

Malah, West dikhabarkan menangis kegembiraan ketika pertama kali mengetahui Kardashian hamil.

Sementara itu, Kardashian di laman blognya memberitahu, kehamilannya merupakan permulaan baik untuk 2013 yang baru membuka tirai.

"Kami berasa bertuah dan tidak sabar mahu memulakan hidup berkeluarga," kata bintang program Keeping Up With The Kardashian itu.

Bukan saja pasangan ini, malah seluruh keluarga Kardashian turut teruja menanti kelahiran bayi tersebut.

Khabarnya, Kardashian akan mengabadikan tempoh sepanjang kehamilannya dalam sebuah program realiti khas.

-Sinarharian

Top 10 Gadis James Bond Paling Menawan

Top 10 Gadis James Bond Paling Menawan

Info Top 10. Heroin James Bond memang menawan dan super seksi. Inilah senarai heroin paling hot yang pernah membintangi filem fenomena itu. Jangan tergoda pula.

Jane Seymour - Solitaire (Live and Let Die)

Sophie Marceau - Elektra King (The World Is Not Enough)

Rosamund Pike - Miranda Frost (Die Another Day)

Carole Bouquet - Melina Havelock (For Your Eyes Only)

Kristina Wayborn - Magda (Octopussy)

Daniella Bianchi - Tatiana Romanova (From Russia With Love)

Corrine Clery - Corrine Dufour (Moonraker)

Eva Green - Vesper Lynd (Casino Royale)

Halle Berry - Jinx (Die Another Day)

Olga Kurylenko - Camille (Quantum Of Solace)


-SP

Gambar Puteri Diana Ketika Remaja Akan Di Lelong

Gambar Puteri Diana Ketika Remaja Akan Di Lelong

Gambar Puteri Diana ketika remaja yang tidak disiarkan oleh akhbar tabloid di London yang sememangnya menjadi buruan mereka, bakal dilelong di Amerika Syarikat (AS), hujung bulan ini.

Aksi Puteri Diana ketika lawatan beliau ke Footscray Park, Melbourne pada 27 Januari 1988. Gambar Diana ketika remaja yang tidak pernah disiarkan oleh akhbar tabloid di London bakal menjadi buruan apabila dilelong di Amerika Syarikat, hujung bulan ini.

Gambar hitam putih sekitar tahun 1980-an itu menunjukkan Diana yang berada di sebuah chalet peranginan ski, sedang tersenyum ke arah kamera bersama seorang lelaki muda yang membaca buku, namun tidak dikenali indentitinya.

Di satu sudut tingkap chalet berkenaan kelihatan satu botol wiski Johnnie Walker, namun apa yang lebih menonjol adalah perkataan yang tertera: “not to be published” (bukan untuk disiarkan) yang melintang pada gambar.

Tulisan berkenaan menggunakan pensil gris yang digunakan oleh editor foto akhbar pada masa itu.

Di sebelah belakang gambar berkenaan tertera tarikh iaitu 26 Februari 1981, iaitu dua hari selepas Istana Buckingham mengumumkan mengenai pertunangan Putera Charles dengan wanita pilihannya yang kemudian dikenali sebagai Diana Spencer.

Pelelong, Bobby Livingstone dari syarikat RR Auctions of Amherst, di New Hampshire berkata, gambar berkenaan didapati daripada simpanan peribadi arkib, Caren Archive.

Beliau membeli gambar berkenaan tujuh tahun lalu daripada perpustakaan akhbar Daily Mirror di Britain.

Livingstone berkata, gambar berukuran 8x10 inci (20x25 sentimeter) itu biasanya mampu dijual sehingga AS$1,000, namun perkataan "bukan untuk disiarkan" menjadikan harganya lebih tinggi.

“Ia (gambar) merakam satu peristiwa apabila gambar diambil sebelum dua hari pengumuman pertunangannya dan ia menjadi buruan akhbar kepada Diana. Namun Daily Mirror tidak dapat menyiarkan gambar itu kerana ia membabitkan Putara Chales," katanya.

Diana meninggal dunia dalam satu kemalangan kereta di Paris pada Ogos 1997, setahun selepas beliau berpisah dengan Charles. Ketika itu Diana berumur 36 tahun.

-AFP

Pemain Liga Inggeris Yang Bakal Di Singkir Kelab

Pemain Liga Inggeris Yang Bakal Di Singkir Kelab

Permulaan tahun baru tidak hanya bermakna musim perpindahan Januari sudah dibuka, bagi sesetengah pemain ia menandakan hanya enam bulan sebelum tamatnya kontrak mereka.


Berikut senarai pemain yang mungkin meninggalkan kelab mereka secara percuma, Jun 2013 ini.

Manchester United:
Rio Ferdinand, Paul Scholes, Ryan Giggs.

Arsenal:
Theo Walcott, Andrey Arshavin, Sebastien Squillaci, Emmanuel Frimpong, Lukasz Fabianski.

Aston Villa:
Richard Dunne, Andy Marshall, Eric Lichaj.

Chelsea:
Frank Lampard, Ashley Cole, Florent Malouda, Paulo Ferreira, Hilario, Ross Turnbull.

Everton:
Phil Neville, Sylvain Distin, Jan Mucha.

Fulham:
Mladen Petric, Damien Duff, Mark Schwarzer, Chris Baird, Philippe Senderos, Mahamadou Diarra, Giorgos Karagounis, Brede Hangeland, Neil Etheridge.

Liverpool:
Jamie Carragher, Doni.

Manchester City:
Kolo Toure, Richard Wright.

Newcastle:
Steve Harper, Xisco, Danny Simpson.

Norwich:
Elliott Ward, Marc Tierney, Simeon Jackson.

QPR:
Kieron Dyer, Brian Murphy, Clint Hill, Shaun Derry, Radek Cerny, Ryan Nelsen.

Reading:
Stuart Taylor, Ian Harte, Brynjar Gunnarsson, Noel Hunt, Jay Tabb, Alex Pearce, Simon Church.

Southampton:
Frazer Richardson, Richard Chaplow, Danny Butterfield, Artur Boruc, Jason Puncheon.

Stoke:
Michael Owen, Matthew Upson, Carlo Nash, Rory Delap, Dean Whitehead, Ryan Shotton.

Sunderland:
Titus Bramble, Louis Saha, Matt Kilgallon, Fraizer Campbell.

Swansea:
Gerhard Tremmel, Luke Moore, Dwight Tiendalli, Mark Gower.

Tottenham:
William Gallas, Carlo Cudicini.

West Brom:
Boaz Myhill, Marc-Antoine Fortune, Steven Reid, Zoltan Gera, Goran Popov, Chris Brunt, Gonzalo Jara, Luke Daniels, Yassine El Ghanassy.

West Ham:
Jussi Jaaskelainen, Gary O’Neil, Freddie Piquionne, Winston Reid, Joey O’Brien, Carlton Cole.

Wigan:
Maynor Figueroa, Callum McManaman, Franco Di Santo, Albert Crusat, Piscu, Mike Pollitt, Ronnie Stam, David Jones, Emmerson Boyce, Antolin Alcaraz.

-Bharian

Kehebatan Artis Dengan Mekap Yang Menggerikan

Kehebatan Artis Dengan Mekap Yang Menggerikan

Lihatlah kehebatan artis yang sangat mahir dengan kerja tangan mereka. Gambar luka yang ngeri sempena Halloween ini kelihatan sangat hidup dan menakutkan..


Menarik kan..

-SP

Zarina Anjoulie Mengaku Tidak Bersalah Memiliki Dadah

Zarina Anjoulie Mengaku Tidak Bersalah Memiliki Dadah

Pelakon dan model, Zarina Anjoulie dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.

Zarina Anjoulie bersama rakannya diiringi anggota polis selepas 
dituduh memiliki dadah di Kompleks Mahkamah Petaling Jaya.

Pelakon drama Anak Pontianak itu atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, kedua-duanya 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.

Zarina memakai baju-T kelabu dan seluar panjang merah jambu dan rakan nya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, didakwa memiliki dua pil disyaki Eramin 5 seberat 0.6 gram di Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, jam 5.30 petang 30 Disember lalu.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, tetapi kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Haijan Omar memohon dikurangkan dengan alasan tidak mampu kerana masih belajar di sebuah kolej swasta.

Nazri membenarkan Zarina dan Fakhruzaim diikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin dari kalangan ahli keluarga dan menetapkan sebutan kes 8 Februari ini.

Setakat jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga pelakon itu tampil membayar ikat jamin menyebabkannya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang, manakala Fakhruzaim dibebaskan selepas jaminan dikemukakan abangnya.

Kelmarin, media melaporkan seorang pelakon dan model wanita bersama teman lelakinya ditahan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kerana memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah.

-Bharian