Wednesday, January 02, 2013

Gambar Luarbiasa Kawanan Ikan Serang Jurugambar Dalam Laut

Gambar Luarbiasa Kawanan Ikan Serang Jurugambar Dalam Laut

Gambar yang dirakam dalam rancangan National Geographic ini sangatlah menakjubkan. Sekumpulan kawanan ikan yang mengerumuni seorang jurugambar menghasilkan pemandangan yang memukau mata.


Menakjubkan..

-SP

Luahan Mengarut Insan Sedang Bercinta

Luahan Mengarut Insan Sedang Bercinta

Inilah luahan yang biasa kita baca dan lihat di status-status insan yang sedang bercinta di Facebook mahupun sekeliling kita. Dunia percintaan adakalanya melucukan, mereka takkan peduli orang disekitar, yang penting kononnya.. hanya sidia didalam hati..


Ada siapa-siapa yang boleh komen huhu..

-SP

Wanita Miliki Dua Suami Di Johor

Wanita Miliki Dua Suami Di Johor

Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa. Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam.

Wanita Miliki Dua Suami Di Johor

Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit.

Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan. Mereka bernikah di Thailand.

“Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka.

“Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta.

“Kami difahamkan doktor yang menjadi ‘suami kedua’ diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya,” katanya.

Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan.

Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya.

“Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami.

“Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa.

“Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak,” katanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Kegelisahan Adalah Lebih Sukar Dari Kesabaran

Kegelisahan Adalah Lebih Sukar Dari Kesabaran

Gelisah adalah hati yang tidak tenteram, merasa khuatir, resah, tidak tenang, cemas, risau dan kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran.

Gelisah

Suatu ketika seorang sahabat karib Rasulullah SAW iaitu Ibnu Masu’d didatangi seorang lelaki yang kelihatan dirundung duka nestapa.

Lelaki itu berkata kepada Ibnu Masu’d, “Saudara, berikanlah padaku nasihat yang dapat aku jadikan penawar untuk jiwaku yang gelisah ini. Akhir-akhir ini jiwaku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut.”

Ibnu Masu’d berkata, “Sekiranya itulah penyakit yang menimpamu, hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat ini:

Pertama, tempat orang membaca al-Quran, sama ada kamu membacanya atau kamu sekadar mendengar orang lain membaca ayat al-Qur'an.

Kedua, majlis ilmu, yang dapat mengingatkan kamu kepada Allah.

Ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadah kepada Allah dengan khusyuk dan tulus ikhlas.”

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Sikap Emosi Adalah Peribadi Yang Jauh Dari Kejernihan Hati

Sumber: lenggangkangkung

Tahukah Anda Air Yang Paling Sedap Di Dunia?

Tahukah Anda Air Yang Paling Sedap Di Dunia?

"Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT.

Air+Mata

Beliau sujud di atas gunung selama 100 tahun. Kemudian beliau menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.

Dan air mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih. Beberapa ekor burung telah meminum air mata beliau. Burung-burung itu berkata, "Sedap sungguh air ini."

Nabi Adam terdengar kata-kata burung itu. Beliau menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah. Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.

Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya Aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lazat dari air mata taubatmu."

Begitulah rasa berdosa dan bersalah kepada Allah telah menyebabkan Nabi Adam menangis selama beratus tahun lamanya.

Sehingga kemudiannya Allah telah menerima taubatnya dan menjadikan air yang lazat, pohon cengkih dan kayu manis daripada air mata taubatnya itu."

Bagaimana pula dengan kita. Pernahkah kita menangis apabila terbuat dosa?

Sesungguhnya airmata taubat dari seseorang manusia itu boleh menyelamatkannya dari bakaran api Neraka.

BACA INI JUGA: Dimasukkan Ke Dalam Syurga Kerana Sehelai Bulu Mata

Sumber: tajdidkurun15

Top 10 Raja Paling Kaya Di Dunia

Top 10 Raja Paling Kaya Di Dunia

Info Top 10. Dibawah ini adalah beberapa senarai raja terkaya di dunia berdasarkan ranking yang dikeluarkan majalah Forbes.

Thailand’s King Bhumibol Adulyadej
$30 billion


Brunei’s Sultan Haji Hassanal Bolkiah
$20 billion


Saudi Arabia’s King Abdullah bin Abdulaziz Al Saud
$18 billion


UAE’s President Sheikh Khalifa bin Zayed al-Nahayan
$15 billion


Dubai ruler Sheikh Mohammed bin Rashid al-Maktoum
$4.5 billion


Liechtenstein’s Prince Hans-Adam II
$3.5 billion


Morocco’s King Mohammed VI
$2.5 billion


Qatar’s Sheikh Hamad bin Khalifa al-Thani
$2.4 billion


Prince Albert II of Monaco
$1 billion


His Highness the Aga Khan
$800 million


-SP
Giler! Mangkuk Kecil Bernilai RM26.7 Juta

Giler! Mangkuk Kecil Bernilai RM26.7 Juta

Bahan sejarah sememang sangat bernilai tinggi, ianya merakamkan sejarah dan juga peradaban serta cara hidup budaya bangsa.


Lihat sahaja bagaimana sebuah mangkuk kecil ini, nampak biasa aje, tetapi bernilai jutaan USD. Hanya melalui proses lelongan selama 15 minit mangkuk kecil ini terjual dengan harga USD 26.7 juta atau HK 208 juta.


Mangkuk yang dubuat atau digunakan pada Dinasti song di Tanah Besar China ini menjadi rebutan ramai. Mangkuk yang terhasil pada kerajaan Dinasti Song di utara China itu dikatakan satu-satunya mangkuk seumpamanya di dunia.

[Sumber]

Kupu-kupu Pelik Berwajah Manusia

Kupu-kupu Pelik Berwajah Manusia

Info Pelik. Seperti yang kita tahu terdapat perbezaan di antara rama-rama-dan kupu-kupu. Rama lebih berwarna-warni berbanding kupu-kupu dan melakukan aktiviti pada waktu siang. Sebaliknya kupu-kupu pula lebih tertarik kepada cahaya bulan atau lampu dan bergerak pada waktu malam.


Selain itu, rama-rama hanya terbang untuk mengekalkan suhu badan malah sayapnya terlipat tegak semasa berehat.

Kupu-kupu pula akan mengembangkan sayapnya apabila berehat. Namun pernahkah kita melihat kupu-kupu berwajah manusia? Ia satu perkara yang sangat pelik.

Penemuan ini berlaku di negara Indonesia. Serangga yang mempunyai mirip manusia di atas kepalanya ini telah ditemui oleh Nafiah 55 tahun.

Nafiah menceritakan,pada ketika itu dia sedang bermain dengan cucunya. Tiba-tiba dia telihat ada haiwan yang hinggap di dinding bilik. Rasa seperti teruja, kemudian memanggil anaknya, Sutrisno (33), dan meminta untuk menangkap kupu-kupu tersebut.

Setelah diperhatikan betul-betul, ternyata sayapnya membentuk sebuah wajah manusia. Kupu-kupu tersebut merupakan sebuah kupu-kupu besar.

Dua bola mata terbentuk di atas, sedangkan bawahnya ada goresan garis hitamyang membentuk semacam kumis.

Corak lain membentuk bangun segitiga yang menyerupai hidung. Dan dibawahnya ada selarik garis putih yang pada corak tersebut seperti sebuah bibir yang tersenyum dengan deretan gigi berwarna putih.

[Sumber]

Gadis Kaya Tayang Kekayaan Di Internet Yang Memualkan

Gadis Kaya Tayang Kekayaan Di Internet Yang Memualkan

Seorang gadis kaya di China menyebarkan gambar peribadinya bersama harta dan duit yang banyak. Kelakuan gadis ini telah menaikkan kemarahan banyak pihak.


Gao Yue Er, seorang gadis muda yang kaya di China telah melakukan sesuatu yang buat orang hilang sabar. Gao bersama wang yang dimilikinya dengan melambai depan kamera untuk menunjuk-nunjuk wang yang banyak miliknya.

Kelakuan gadis ini telah tidak keseorangan tetapi bersama beberapa teman lain. Hal ini menyebabkan ramai masyarakat dan pengguna internet berasa sangat marah dengan sikap gadis kaya ini yang dianggap sangat melampau.

Kelakuan bodohnya ini boleh mengundang kebencian masyarakat kepada orang kaya. Mereka akan lebih membenci kepada orang kaya disana akibat tersebarnya kelakuan-kelakuan seperti yang dilakukan oleh Gao.

[Sumber]

Tuesday, January 01, 2013

Isteri Curang Di Rogol Lelaki Warga Pakistan

Isteri Curang Di Rogol Lelaki Warga Pakistan

Tindakan seorang isteri menjalin hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Pakistan membawa padah apabila dia dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah premis pusat membeli belah di sini dalam kejadian Julai 2013 lalu.

Di Rogol Pakistan
Gambar hiasan

Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.

Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama.

Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.

Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek.

Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya.

“Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.

“Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa,” katanya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com