Saturday, October 05, 2013

Cara Paling COOL Berhenti Kerja!

Cara Paling COOL Berhenti Kerja!

If you're looking for a memorable exit strategy, these famous resignations will show how to quit your job in extreme style.

Curse, Then Escape With Beer In Hand

Steven Slater

Steven Slater has gained a special kind of notoriety these past couple days after quitting his flight attendant job after cursing out a customer, grabbing a beer, and sliding down the emergency chute. He ended up being arrested, but imagine the vindication he felt sliding down that chute?

Humiliate Your Boss Via Dry-Erase Board

Jenny

Although now this has been dubbed a hoax by The Chive yesterday a girl going by the name of "Jenny" got America's attention by "quitting" her job via dry-erase board. We really hope that someone takes the idea to quit by emailng a photo essay to every employee at the company, especially if it exposes your boss' FarmVille obsession. The Chive has the rest of her hilarious photo essay.

Send Your Boss An Error Message

Error Message

One unnamed designer quit his job by utilizing the very skills he was hired for having and creating this modified error message explaining what happens next. We're surprised he's even asking them to renegotiate his contract after making such a bold move. Then again, who knows where those buttons lead.

Make A Performance Out Of It



Doug, known online as "That Guy With The Glasses" made this video demonstrating his ideal way to quit a job, involving a boombox, a wardrobe change, and some paint.

Do It With A Game

Do It With A Game

A programmer for a company called 2K quit his job by creating a Mario flash game for his employers to play. With each score, the words "I QUIT!" flash incessantly on the screen, providing his ex-bosses with some pleasure with their inconvenience.

Crush Children's Dreams



This guy wanted to quit his job at Borders. Sounds simple enough, right? But he also wanted to go out with bang. Conveniently, the 7th Harry Potter book was about to be released, so he brought a video camera into the stock room and started revealing the much-anticipated plot. This guy 1, Borders 0.

Live On The Radio



Kyle Vermaire: Inetta the Moodsetta, upset with her compensation, quits live on the radio (with an awesome rant) Old School Seandarcy: A summer of working at a liquor store can make you want to drink. When your boss is a crazy person who treats you like a wicked step-child, it can make you want to drink even more. Or just quit. Take this for example.

-Sentiasapanas.com

Rahsia Mudah Panjang Umur

Rahsia Mudah Panjang Umur

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi petua untuk panjang umur iaitu dengan makan secara sederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat.

Awet muda
Gambar hiasan.

Bagaimanapun, negarawan berusia 88 ini mengaku petua itu memang mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana beliau sendiri terpaksa berusaha habis-habisan untuk makan secara sihat.

“Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah saja… jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak.

“Ini sesuatu yang amat sukar bagi saya… tapi saya cuba juga untuk tidak makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras,” katanya ketika melancarkan program ‘Walk-A-Mile’ di Tasik Titiwangsa, di sini.

Secara berjenaka, Dr Mahathir berkata, beliau menghadapi masalah untuk mengawal selera makan “kerana terdapat pelbagai jenis makanan enak di negara yang aman ini”.

Dr Mahathir

“Sekiranya anda boleh cuba mengawal cara makan anda, anda akan terus kuat pada usia 88 tahun dan berucap (macam saya),” kata beliau serta disambut dengan ketawa oleh para hadirin.

Mereka termasuk isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Yayasan Jantung Malaysia (YJM), Datuk Dr J S Sambhi, presiden YJM, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan ketua rantau Malaysia/Singapura Nestle, Alois Hofbauer.

Dr Mahathir kemudian menyertai kira-kira 1,500 peserta dalam acara jalan kaki di taman tasik berkenaan, yang juga sebahagian daripada kempen kesedaran tentang kesihatan jantung.

Acara itu adalah anjuran bersama YJM dan Nestle Malaysia. -BERNAMA

BACA INI JUGA: Rahsia Berwuduk Mampu Mencegah Penyakit

Friday, October 04, 2013

Video Klip Terbaru Britney Spears Lebih 'HOT' Dari Miley Cyrus!

Video Klip Terbaru Britney Spears Lebih 'HOT' Dari Miley Cyrus!

Selebriti Hollywood seolah-olah berlumba-lumba untuk tampil lebih seksi dan ghairah dalam video klip.

Britney Spears Work B**ch
Aksi ghairah Britney Spears dalam MV Work B**ch.

Terkini, Britney Spears yang baru sahaja melancarkan video klip terbarunya berjudul Work B**ch pada 1 Oktober lalu.

Video yang baru tiga hari dimuat naik di YouTube itu kini telah ditonton lebih 8.6 juta penonton dan 1.5 juta langganan.

Menerusi respon peminat di laman sosial tersebut, ramai yang menyatakan Britney merupakan ikon penyanyi wanita yang paling seksi dan menggoda berbanding Miley Cyrus dan Lady Gaga.

Meskipun sebelum ini Miley Cyrus pernah muncul tanpa seurat benang menerusi video klip terbarunya, Wrecking Ball, akan tetapi penampilan tersebut dilihat masih belum mampu menyaingi aura seksi ratu pop tersebut.

Video berdurasi 3.55 ini banyak menampilkan Britney yang hanya memakai pakaian dalam sambil menari dengan aksi menggoda.

Apa yang menariknya, video klip Work B**ch ini bukan sekadar menyelitkan kereta mewah, Lamborghini, malah kombinasi rentak muzik yang rancak dan perlahan turut dilihat mampu memikat hati setiap pendengarnya.

Ingin lihat sejauh mana penampilan seksi Britney Spears? Jom tonton video klip Work B**ch dibawah. Sumber: ohbulan.com



Pelacur Mengamuk Diserbu Ketika Layan Pelanggan!

Pelacur Mengamuk Diserbu Ketika Layan Pelanggan!

Seorang lelaki tempatan yang asyik memadu asmara bersama seorang wanita di sebuah hotel murah di Jalan Raja terkejut apabila diserbu sekumpulan anggota Jabatan Imigresen Cawangan Teluk Intan, dalam satu operasi, malam kelmarin.

Pelacur

Bahkan wanita berkenaan juga turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota Imigresen yang menyertai Ops 6P Bersepadu di hotel murah tersebut.

Ketua Imigresen Cawangan Teluk Intan, Khairul Anuar Sulaiman berkata, operasi yang diketuai beliau turut disertai 12 anggotanya dan dua kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Teluk Intan.

Menurutnya, sebanyak enam lokasi diserbu dalam masa dua jam dan pihaknya berjaya menahan dua wanita di premis berasingan.

“Dua wanita berusia lingkungan 30-an itu disyaki menjalankan aktiviti pelacuran di hotel murah di sini dan salah seorang daripada mereka dipercayai menyalahgunakan pas lawatan sosial.

“Hasil risikan dibuat mendapati, hotel murah berkenaan turut menawarkan aktiviti tidak bermoral dengan bayaran sekitar RM30 hingga RM50 bagi satu sesi, malahan pelanggan boleh membawa wanita tersebut ke lokasi lain namun dikenakan caj,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Khairul Anuar berkata, kesemua wanita yang ditahan dibawa ke Pejabat Imigresen Cawangan Teluk Intan bagi tujuan siasatan.

Katanya, JPN turut memeriksa wanita yang dikatakan mempunyai kad pengenalan namun, MyKad salah seorang daripadanya diragui.

“Dalam kes ini, JPN turut menyiasat kes tersebut bagi mengesan sindiket mengeluarkan MyKad palsu yang digunakan oleh wanita warga Indonesia tersebut.

“Wanita warga Indonesia berkenaan disiasat di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63 dan kini ditempatkan sementara di Depot Langkap untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sumber: Sinar Online

Dua Beradik Penjenayah Mati Ditembak Anak Anggota Polis!

Dua Beradik Penjenayah Mati Ditembak Anak Anggota Polis!

Dua daripada tiga penjenayah yang ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Jalan Intan, Gerik, di sini, awal pagi kelmarin, disahkan sebagai pasangan adik-beradik tiri yang juga anak kepada seorang anggota polis.

Penjenayah
Gambar tempat kejadian.

Kedua-dua yang berusia 25 dan 26 tahun itu, jarang pulang ke rumah keluarga mereka di Kampung Tanjung Mas, Kelantan.

Mereka dikatakan mengaburi perbuatan jenayah dilakukan daripada ahli keluarga dengan mendakwa kononnya bekerja sendiri termasuk sebagai pemasang paip di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Menurut sumber, bapa kepada suspek yang berpangkat lans koperal itu sudah lama tidak bertemu dengan kedua-dua anaknya itu dan kali terakhir dua anaknya itu pulang ke rumah pada Isnin lalu dengan alasan mahu bercuti serta ingin menziarahi keluarga di kampung.

Difahamkan, pasangan adik-beradik itu pulang ke kampung halaman mereka pada Aidilfitri lalu sebelum sekali lagi pulang menziarahi keluarga mereka pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, mereka meninggalkan rumah pada jam 4 pagi Selasa lalu tanpa diketahui tujuannya.

Bapa kedua-dua suspek yang bertugas di Kota Baharu, Kelantan, tidak mengetahui atau mengesyaki aktiviti jenayah yang dilakukan anak-anaknya itu.

Sumber berkata, beliau hanya mengetahui pembabitan anak-anaknya itu dalam kegiatan jenayah samun bersenjata api apabila dimaklumkan polis pada petang hari kejadian berbalas tembakan itu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua beradik terbabit termasuk seorang lagi rakan jenayah mereka berusia 34 tahun turut mati ditembak polis.

Dalam kejadian lebih kurang jam 1.40 pagi itu, pasukan polis yang mengekori ketiga-tiga penjenayah tersebut mengarahkan suspek memberhentikan kenderaan namun suspek-suspek yang menaiki Proton Wira berwarna putih sebaliknya melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Polis terpaksa membalas tembakan dan berjaya menembak mati ketiga-tiga suspek di tempat kejadian.

Hasil pemeriksaan dalam kenderaan yang dinaiki suspek, polis menjumpai dua pucuk pistol serta 11 butir peluru.

Hasil semakan rekod jenayah mendapati ketiga-tiga suspek pernah terlibat dalam beberapa kes samun bersenjatapi termasuk menembak mati pemilik restoran nasi kukus di Paka serta melarikan kenderaan Toyota Hilux milik mangsa.

Ketiga-tiga penjenayah juga didapati terlibat dalam kes cubaan samun seorang wanita di Jalan Haji Ahmad Kuantan, Pahang.

Sumber: Harian Metro/Gambar FB Polisperak

Cha Cha Maembong Dicop 'Playgirl'

Cha Cha Maembong Dicop 'Playgirl'

Pelakon remaja Cha Cha Maembong tidak mahu digelar ‘playgirl’ hanya gara-gara dia sering digosipkan dengan beberapa artis lelaki sebelum ini.

Emma dan Cha Cha Maembong
Emma dan Cha Cha Maembong.

“Asalkan saya keluar dengan artis lelaki saja mesti ada gosip. Sebenarnya kami berkawan-kawan. Saya takut dilabel playgirl. Tapi sebagai artis, memang kita tak dapat elak gosip-gosip tu.

Pada saya, saya buat tak layan saja. Semua artis ada cerita cinta mereka tapi gosip cinta saya tak benar”, katanya kepada Malaysian Digest yang turut menegaskan ketika ditemui pada sidang media telemovie khas sempena Aidiladha, Designer Didie Naik Haji bertempat di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio Angkasapuri, semalam.

Pemilik nama sebenar Siti Aishah Maembong, 17, ini berkata demikian ketika mengulas mengenai dirinya sering dikaitkan dengan artis lelaki seperti pelakon Shah Iskandar dan terbaru penyanyi Iqwal Hafiz.

Mengenai hubungannya cintanya dengan pelakon Shah Iskandar, Cha Cha berkata dia tidak mempunyai hubungan istimewa malah sudah lama tidak berhubung dengan aktor kelahiran Singapura itu.

“Saya pernah jalani penggambaran Pengantin Lari dengan dia. Dan gosip tu timbul masa kami sedang shooting drama tu. Kadang-kadang lepas shooting tu kami keluar lepak minum beramai-ramai. Tapi sekarang ni dah habis shooting memang kami dah lama tak jumpa”, ujarnya.

Sementara itu Cha Cha mengakui dia kini berkawan rapat dengan Iqwal Hafiz sepertimana yang digembar-gemburkan di internet.

Menurut adik kepada Emma Maembong ini, dia mengenali Iqwal sejak beberapa bulan lalu menerusi sahabat baiknya.

“Saya baru kenal dia dan tak sampai setahun pun kami berkawan. Baru-baru ni dia bersama ayah dan ibunya ada melawat saya di hospital sewaktu saya jalani pembedahan apendiks bulan lalu.

“Sebenarnya kawan baik saya yang kenalkan saya pada dia. Sebab dia pun sebenarnya kawan kepada kawan baik saya tu. Tapi setakat ni kami tak pernah lagi keluar berdua.

"Kalau keluar, kami mesti bertiga iaitu dia, saya dan kawan baik saya.

“Apa yang boleh saya katakan, kami baru nak kenal hati budi masing-masing”, katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1.

Sumber: Malaysian Digest

Amerika Syarikat Hampir Muflis!

Amerika Syarikat Hampir Muflis!

Dunia kini bimbang krisis penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat (AS) akan membawa kesan ekonomi lebih meluas jika ia dibiarkan berlanjutan.

Amerika Syarikat Bankrupt

Kesan pembekuan bajet negara itu mula dirasai di seluruh dunia apabila sistem pengesanan gempa bumi global yang dibiayai AS kini ditutup.

Pembekuan bajet itu turut menyebabkan saintis-saintis AS menarik diri daripada persidangan antarabangsa serta memaksa Presiden Barack Obama menangguhkan lawatan ke dua buah negara rantau Asia Tenggara.

“Walaupun impak penutupan kerajaan ini masih terhad, kesannya akan lebih buruk dan meluas jika ia dibiarkan berlanjutan selama beberapa hari atau minggu,” lapor agensi berita Xinhua merujuk kepada ekonomi AS.

Dalam pada itu, Kongres AS perlu mencapai persetujuan untuk menamatkan penutupan operasi kerajaan. Selain meningkatkan siling hutang AS melepasi angka AS$16.7 trilion dalam masa dua minggu lagi.

Kegagalan berbuat demikian menyebabkan risiko negara kuasa besar itu tidak dapat membayar hutang-hutangnya.

“Jika AS mungkir membayar hutangnya, negara itu akan hilang kredibiliti di mata dunia,” kata pensyarah Pusat Kajian AS Universiti Sydney, David Smith.

“Jika dilihat begitu banyak hutang yang terkandung dalam sistem ekonomi AS, ia akan mendatang kesan buruk (di dalam dan luar negara),” tambahnya.

Orang awam melihat papan notis mengenai penutupan kawasan 
Statue of Liberty di Battery Park, New York baru-baru ini.

Dalam pada itu, ketua-ketua kewangan Eropah turut melahirkan kebimbangan penutupan kerajaan AS akan mengancam ekonomi negara itu dan ekonomi dunia.

Setakat ini, krisis di Washington itu memaksa ratusan ribu kakitangan awam bercuti tanpa gaji, muzium-muzim ditutup manakala penyelidikan saintifik turut terbantut.

Di AS, selepas krisis subprima, kerajaannya menggunakan pelbagai pendekatan untuk merangsang ekonominya. Salah satu caranya adalah membuat pembelian bon. Walaupun pada satu ketika, terdapat petanda Rizab Persekutuan AS akan memberhentikan atau mengurangkan pembelian bon atas hujah ekonominya semakin pulih, namun, akhirnya Rizab Persekutuan AS membatalkan rancangan ini.

Pembatalan ini menunjukkan ekonomi dan kewangan AS masih belum pulih, maka adalah satu perkara yang langsung tidak mengejutkan apabila kongres tidak meluluskan satu bajet persekutuan khas yang memberi kesan kepada rakyatnya.

Mungkin selepas ini akan timbul ramalan apakah yang akan terjadi kepada ekonomi AS. Tergugatnya ekonomi AS akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung ke atas ekonomi dunia.

Namun, sebesar manakah kesannya membuatkan pelabur dan pasaran saham dunia mengambil sikap tunggu dan lihat meskipun terdapat tanggapan bahawa akan berlaku lagi satu gelombang krisis ekonomi.

-Sentiasapanas.com

7 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

7 Makanan Terbaik Untuk Kesihatan Seksual Lelaki

Pernahkah anda terfikir sekiranya lelaki mengatakan tidak kepada seks, mungkin ini disebabkan kesihatan seksualnya tidak stabil dan mungkin corak pemakanannya yang tidak memilih makanan sihat dan berkhasiat telah mempengaruhi hal ini.

Makanan Kesihatan Seksual Lelaki
Gambar hiasan.

Sangat menyihatkan untuk tenaga batin lelaki, cuba anda periksa senarai di bawah ini, adakah suami anda mengambilnya?

1. Buah-buahan dan Sayuran

Menurut Pengarah Pemakanan Sukan di University Pittsburgh Medical Center, Leslie Bonci, buah-buahan dan sayuran mempunyai nutrien yang menjaga arteri daripada tersumbat sekali gus membantu mengurangkan risiko sakit jantung dan mati pucuk.

2. Tomato

Seorang saintis pemakanan, Lieberman Shari, menyatakan bahawa tomato yang kaya dengan Vitamin A membantu mengekalkan kesihatan prostat sekali gus memelihara kesihatan seksual seseorang lelaki.

3. Kacang dan Kekacang

Asid amino arginina yang tinggi di dalam kacang penting untuk sintesis oksida nitrik yang terlibat dalam menjana ereksi.

4. Labu dan Kuaci

Kedua-dua ini bagus untuk meningkatkan tahap zink yang merupakan mineral penting untuk meningkatkan kuantiti sperma dan tahap testosteron.

5. Tiram

Makanan laut ini sudah dipercayai sejak turun-temurun sebagai 'makanan anak jantan'. Tiram yang kaya dengan zink bagus diamalkan untuk memelihara kesihatan seksual lelaki.

6. Pisang

Pisang yang kaya dengan Vitamin B bukan sahaja dapat menambahkan tenaga lelaki malahan mampu menambahkan hormon seks lelaki kerana ia juga kaya dengan kalium.

Bukan itu sahaja, pisang dipercayai mampu menaikkan nafsu lelaki kerana enzim bromelain yang terdapat di dalamnya.

7. Tongkat Ali

Menurut penyelidikan oleh FRIM, terbukti tongkat ali mampu meningkatkan keinginan seks dan menambah tenaga kelakian kerana peningkatan hormon testosteron kepada lelaki yang mengambilnya.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: eh

Thursday, October 03, 2013

Video Letak Jawatan Melalui YouTube Juga Di Balas Melalui Video!

Video Letak Jawatan Melalui YouTube Juga Di Balas Melalui Video!

28 September lalu, seorang bekas pekerja sebuah syarikat pengiklanan di Taiwan telah memuat naik satu video ke laman Youtube.


Dalam video tersebut, dia menerangkan ketidakpuasan hati kepada bos di syarikat tempatnya bekerja sekaligus untuk menyatakan bahawa dia mahu meletak jawatan.

Video yang dimuatnaik oleh Marina Shifrin, 25, itu telah menjadi viral dan hingga hari ini mencatat lebih 10 juta views.

Dalam video berlatarkan lagu Kanye West, Gone, Marina menari sambil memberitahu menerusi paparan teks bahawa selama dua tahun, dia telah banyak berkorban demi kerjaya di Next Media Animation tetapi apa yang dipentingkan oleh bosnya cuma berapa banyak video yang telah dimuatnaik dan berapa banyak view diperoleh.

(Baca: Seorang Gadis Letak Jawatan Melalui YouTube)

Jadi menerusi video yang dibuatnya, Marina cuba menerapkan pendapatnya bahawa kandungan video lebih utama daripada jumlah view.

Namun siapa sangka, bekas majikan Marina menjadikan video yang dimuatnaik oleh Marina sebagai satu idea untuk menghasilkan video balas.

Rentetan daripada video tersebut, bekas bos disertai rakan-rakan sekerja Marina yang lama, menjawab apa yang didakwa oleh Marina juga menggunakan tarian, latar belakang lagu Kanye West dan paparan teks.

Antara yang diterangkan termasuk kelebihan bekerja di syarikat berkenaan termasuk memiliki bos yang ‘sporting’.

Manakala jika di akhir videonya Marina menyatakan mahu berhenti kerja, penghujung video balas bekas majikannya pula memberitahu kepada penonton bahawa mereka sedang mencari calon yang sesuai untuk mengisi tempat yang ditinggalkan Marina.



Sumber: Mynewshub

Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai

Top 5 Kejadian Misteri Dunia Yang Gagal Dirungkai

Terdapat banyak misteri dalam kehidupan yang masih tidak mempunyai jawapan, walaupun sains, teknologi, dan penyelidikan telah cuba untuk menyelesaikannya dalam suatu jangka masa yang sangat panjang.

Walaupun kita mungkin mengharapkan penjelasan logik untuk perkara-perkara ini pada masa depan, pada masa ini kita hanya perlu berpuas hati dengan spekulasi terbaik.

Ini adalah 5 misteri besar yang tidak pernah diselesaikan sehingga kini.

Tamam Shud

Tamam Shud

Pada bulan Disember 1948, seorang lelaki yang tidak dikenali ditemui mati di Somerton Beach, yang terletak di Adelaide, Australia. Ditemui pada salah satu poket beliau sehelai kertas dengan perkataan “Tamam shud” yang ditulis di atasnya. Kata-kata itu diterjemahkan “siap” atau “berakhir” berdasarkan petikan yang terdapat dalam The Rubaiyat Omar Khayyam. Walaupun kerajaan di seluruh dunia telah cuba untuk mengenal pasti lelaki tersebut, namun identitinya kekal misteri.

Georgia Guidestones

Georgia Guidestones

Juga dikenali sebagai Stonehenge versi Amerika, Guidestones Georgia yang terletak di Elbert County masih diselubungi misteri. Walaupun batu itu telah didirikan pada tahun 1979. Tertulis di dinding adalah 10 ”perintah baru” yang ditulis dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Swahili, Hindi, Hebrew, Arab, China, Rusia dan Sepanyol walaupun tiada siapa yang pasti mengapa atau untuk siapa perintah yang dimaksudkan itu.

The Taos Hum

The Taos Hum

Di bandar kecil Taos, New Mexico, terdapat bunyi tertentu yang sering kedengaran di kaki langit yang  kedengaran seperti bunyi enjin diesel jika di dengar dari jarak jauh. Walaupun ia boleh didengar oleh telinga kasar, pelbagai peranti pengesan bunyi tidak dapat menjejaki bunyi tersebut. Ia dikenali sebagai Hum Taos dan sehingga ke hari ini, tiada siapa yang tahu asal-usul bunyi misteri itu.

Shroud of Turin

Shroud of Turin

Selubung yang mengandungi cetakan wajah manusia telah menjadi salah satu fokus utama dalam penyelidikan para Kristian, kerana ramai telah mencadangkan bahawa muka orang yang terdapat didalam selubung itu mungkin adalah Jesus Christ of Nazareth.

Mackenzie Poltergeist in Greyfriars

Mackenzie Poltergeist in Greyfriars

The Poltergeist Mackenzie merupakan salah satu tarikan yang paling terkenal apabila ada yang memilih Bandar pelancongan Mati dalam Greyfriars Kirkyard di Edinburgh sebagai pilihan. Orang yang menyertai lawatan tersebut mugkin akan mengalami pengalaman seperti lebam, calar dan juga pengsan apabila mereka memasuki dan melihat Makam Black di mana Sir George Mackenzie terletak. Adakah ini semua untuk pertunjukan yang berbaloi untuk dimasuki?

-Sentiasapanas.com