Monday, April 01, 2013

Tindik Muka Seteruk-teruknya Untuk Kepuasan Diri!

Tindik Muka Seteruk-teruknya Untuk Kepuasan Diri!

Orang sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk kepuasan atau minat yang agak keterlaluan. Di bawah ini ditunjukkan beberapa gambar manusia-manusia yang sanggup mencacatkan muka dan mengubah bentuk muka semata-mata untuk kepuasan yang melampau.


[Sumber]

Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan

Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan

Mungkin ada di antara kita masih lagi keliru dengan perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin. Walhal para ulama’ sendiri berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin.

Jin

Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggunjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia.

Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Jin

Justeru, jin adalah seumpama manusia dari sudut keimanan dan kekufuran. Oleh itu, terdapat dalam kalangan jin golongan yang Islam, soleh, kafir, fasik, munafik dan sebagainya.

Firman Allah dalam surah al-Jinn ayat 11 bermaksud: Dan sesungguhnya di antara kami (jin) ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza. Jin merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada api. Firman Allah dalam surah al-Hijr ayat 27 bermaksud: Dan kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.”

Iblis

Manakala iblis pula ialah makhluk Allah yang derhaka dari kalangan jin. Al-Quran telah menyatakan dengan jelas bahawa Iblis adalah daripada jenis jin.

Firman Allah SWT dalam surah al-Kahf ayat 50, bermaksud: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam”; lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan Iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim.

Syaitan

Manakala syaitan pula adalah golongan yang engkar dari kalangan jin dan manusia. Firman Allah SWT dalam surah al-An`am ayat 112 bermaksud: "Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu".

Menurut al-Raghib al-Asfahani dalam Mufradat Alfaz al-Quran, perkataan syaitan bermaksud ‘menjauhkan’.

Oleh itu, syaitan terdiri daripada golongan jin dan manusia yang cuba menjauhkan serta menyesatkan hamba Allah daripada memperhambakan diri kepada-Nya dengan digunakan pelbagai cara dan tipu daya.

Syaitan dalam kalangan jin ialah anak cucu kepada iblis, dan mereka sentiasa berusaha untuk menyesatkan manusia.

Boleh dikatakan bahawa syaitan anak cucu iblis ini merupakan golongan ‘mafia’ yang engkar dan sesat serta berusaha untuk menyesatkan orang lain.

Syaitan berusaha melakukan ‘peperangan’ dengan anak cucu Adam sebagai balas dendam atas pengusiran nenek moyang mereka iblis dari syurga ekoran keengganan untuk sujud pada nabi Adam.

Firman Allah dalam surah al-A`raf ayat 16-17 bermaksud: Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (Wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu Yang lurus; “Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta dari belakang mereka, dan dari kanan mereka serta dari kiri mereka; dan Engkau tidak akan dapati kebanyakan mereka bersyukur”.

Menurut Ibn Qayyim maksud “jalan yang lurus” di dalam ayat di atas ialah Islam ialah jalan yang membawa kepada Allah SWT. Ini bersesuaian dengan hadith yang bermaksud: Sesungguhnya syaitan akan menghalang anak Adam pada semua jalan.

Ibn Qayyim menyatakan lagi: “Jalan yang dilalui oleh manusia hanya empat; kanan, kiri, depan atau belakang. Mana-mana jalan yang dilalui, syaitan sentiasa menunggunya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan ketaatan, syaitan akan menghalangnya dan melambat-lambatkannya. Jika dia melalui jalan itu untuk melakukan maksiat, syaitan akan mengalu-alukan dan membantunya. Kalau perlu untuk masuk dari bawah (demi menyesatkan manusia), syaitan pun akan melakukannya“.

Jelaslah bahawa posisi depan dan belakang yang dinyatakan itu memberi gambaran bahawa syaitan akan berusaha untuk menghasut manusia melakukan kejahatan dan menghalang manusia daripada melakukan kebaikan dari segenap penjuru yang ada pada manusia.

Bahkan di dalam ayat al-Quran al-Karim yang lain menggambarkan bahawa syaitan akan memerangi habis-habisan untuk menyesatkan manusia dengan menggunakan keupayaan yang ada padanya.

BACA INI JUGA: Ketika Iblis Dihumban Ke Dalam Neraka

Sumber: mazeermohamad

Unik! Gambar Bayi Tersenyum Didalam Rahim Ibu

Unik! Gambar Bayi Tersenyum Didalam Rahim Ibu

Info Unik Dunia. Imej kabur pada skrin hospital adalah gambar pertama untuk kebanyakan bakal ibu bapa melihat anak mereka.

Foto jelas janin membolehkan ibu bapa melihat 
wajah bayi mereka sebelum dilahirkan.

Bagaimanapun, perisian pengimejan terkini mampu untuk mempamerkan janin dengan maklumat yang lebih menakjubkan.

Perisian itu menjalankan pengimbasan ultra bunyi 3D konvensional dan menambah warna, tekstur kulit, pencahayaan dan bayangan.

Teknologi itu menghasilkan imej yang sungguh jelas dan membenarkan ibu bapa melihat wajah anak mereka sebelum ia dilahirkan.

Terdapat juga versi 4D yang bermakna ibu bapa boleh melihat anak mereka tersenyum dan menendang dalam perut secara langsung. Ia boleh juga dirakam dan dijadikan dalam bentuk DVD.

Perisian itu membenarkan doktor mengesan masalah pada janin lebih pantas daripada sebelum ini.

Perisian itu dihasilkan oleh Dr Bernard Benoit dari Hospital Princes Grace, Monaco yang terkenal di seluruh dunia kerana komitmennya memperkenalkan teknologi imbasan ultra bunyi yang inovatif.

Beliau juga pakar dalam mengesan kecacatan pada janin pada peringkat awal kehamilan.-Daily Mail

Wanita Bunuh Diri Berang Ibu Mertua Dukung Anak

Wanita Bunuh Diri Berang Ibu Mertua Dukung Anak

Seorang wanita, Tutun, 24, mati selepas minum racun serangga apabila mengetahui anak tunggalnya didukung ibu mertuanya, semalam.


Suami wanita itu, Didik, sempat membawanya ke hospital di daerah di Jawa Timur ini tetapi dia gagal diselamatkan.

Seorang jiran berkata: “Tutun sering cuba membunuh diri. Semalam, dia melakukannya lagi dan akhirnya mati selepas minum racun serangga.” Ketua polis tempatan Ipda Warsih berkata, hasil siasatan menunjukkan wanita itu mengalami tekanan jiwa.

“Dia sering mengancam membunuh diri sekiranya melihat anaknya didukung ibu mertuanya. Punca dia begitu marah dengan ibu suaminya tidak diketahui,” kata Ipda.

-Kompas

Menteri Nafi Pengsan Selepas Telan Terlalu Banyak Pil Viagra

Menteri Nafi Pengsan Selepas Telan Terlalu Banyak Pil Viagra

Gara-gara mengambil terlalu banyak pil Viagra, seorang menteri Kabinet Malawi dilaporkan jatuh pengsan ketika mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, yang juga seorang remaja yang masih bersekolah.


Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel melibatkan Menteri Pertahanan Malawi, Ken Kandodo.

Selepas tidak sedarkan diri, remaja perempuan itu kemudiannya memanggil kakitangan hotel.

Ken kemudiannya dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Ketika di hospital, Ken juga dilaporkan terus mengalami ereksi susulan pil Viagra yang diambilnya itu.

Bagaimanapun, beliau menyifatkan dakwaan itu sebagai satu berita yang sengaja disensasikan.

Ken juga menafikan dia telah mengadakan hubungan seks dengan remaja berkenaan dan tidak pernah mendaftar masuk ke hotel tersebut.

“Itu semua pembohongan. Saya sihat dan tidak pernah pengsan,” katanya ketika menafikan laporan berkenaan.

Pihak pengurusan hotel bagaimanapun enggan memberikan sebarang ulasan demi privasi pelanggan mereka.

-Maklumat.my

Info Fakta Menarik Dunia #14

Info Fakta Menarik Dunia #14

Entri Info Fakta Menarik kali ini berkaitan dengan isu alam sekitar. Diakui masyarakat kita masih rendah tahap kesederan terhadap penjagaan alam sekitar. Buang sampah sesuka-hati dimerata-rata tempat.

faedah Kitar semula

Walhal, sampah sebenarnya boleh dikitar semula malah mampu mendatangkan pulangan lumayan dan yang lebih penting mampu menyelamatkan persekitaran bumi kita yang semakin tercemar.

Fakta Menarik Kitar Semula:

1. Dengan hanya mengitar semula satu tan kertas, kita boleh menjimatkan kira-kira 17 batang pokok, 7,000 gelen air, 79 gelen minyak, 587 paun pencemaran udara, 3.3 ela kubik kawasan tanah dan 4.077 watt jam masa tenaga yang digunakan.

2. Sebatang pokok berusia 15 tahun boleh menghasilkan lebih 700 beg membeli belah, namun jumlah beg itu boleh dihabiskan oleh sebuah pasaraya dalam tempoh kurang satu jam!

3. Di Amerika sahaja, secara purata, rakyatnya akan menggunakan 650 paun kertas setiap tahun yang mana jika kertas-kertas itu dikitar semula, dianggarkan sebanyak 100 juta tan kayu dapat diselamatkan setiap tahun.

4. Kos membina kilang kertas yang menggunakan kertas-kertas yang pernah digunakan adalah kurang 50% hingga 80% daripada kos membina kilang kertas yang menggunakan bahan baru untuk membuat kertas.

5. Jumlah kayu dan kertas yang kita buang setiap tahun adalah cukup untuk menghangatkan lebih 50,000,000 kediaman untuk tempoh 20 tahun.

6. Lebih separuh daripada karpet-karpet polyster yang dihasilkan di Amerika Syarikat sebenarnya menggunakan botol-botol air soda yang dikitar semula.

7. Dianggarkan setiap satu isirumah akan membuang sebanyak 13,000 keping kertas berasingan setiap tahun yang mana kebanyakannya adalah daripada kertas pembungkus ataupun surat-surat yang tidak penting.

8. Plastik-plastik yang dikitar semula ada yang dihasilkan semula sebagai pakaian, pot-pot bunga, jaket ski, bumper kereta dan sebagainya.

9. Pelbagai sampah daripada barangan plastik yang dibuang ke laut boleh menyebabkan kematian lebih 1,000,000 hidupan laut setiap tahun.

10. Dengan mengitar semula aluminium, kita akan menjimatkan sehingga 95% tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan aluminium itu daripada bahan asalnya iaitu Bauksit.

11. Sebenarnya, tiada had sebanyak mana aluminium itu boleh dikitar semula.

12. Pada setiap minit dalam setiap hari, dianggarkan kira-kira 113,205 tin-tin aluminium akan dikitar semula.

13. Setiap bulan, kita akan membuang begitu banyak botol-botol kaca ataupun jar sehinggakan jumlah itu boleh mnececah bangunan pencakar langit.

14. Hutan-hutan hujan kita sedang ditebang pada kadar 100 ekar bagi setiap minit untuk pelbagai tujuan.

15. Antara barangan yang boleh dihasilkan menggunakan aluminium yang dikitar semula adalah seperti perabot laman, barangan keperluan yang kecil, periuk pai dan sebagainya.

16. Minyak boleh dikitar semula, ditapis dan digunakan semula dan dengan itu mengurangkan kebergantungan kepada minyak-minyak import.

17. Secara puratanya, setiap seorang daripada kita akan menghasilkan kira-kira 4.4 paun sampah setiap hari yang jika dijumlahkan akan menghasilkan hampir satu tan sampah bagi setiap orang untuk tempoh setahun.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Bapa Kalah Judi RM12 Sanggup Bunuh Anak Sendiri!

Bapa Kalah Judi RM12 Sanggup Bunuh Anak Sendiri!

Hanya kerana £2.50 (RM12), seorang bapa tergamak membunuh bayi perempuannya yang baru berusia lima minggu. Bapa kejam itu, Mark Lackenby, 32, kini menjalani hukuman penjara 10 tahun atas kesalahan itu selepas tertekan apabila kalah dalam perjudian bola sepak.

Mark Lackenby

Hakim mahkamah Sheffield, Haddon Gua, menjatuhkan hukuman terbabit apabila Lackenby didapati bersalah mencederakan anaknya, Ruby, dengan menggoncang bayinya dengan ganas sehingga menyebabkan kematian.

“Bayi terbabit tidak bersalah walaupun bapanya kalah dalam perjudian bola sepak. Anak kecil itu mengalami kerosakan otak yang teruk dan disahkan mati sehari selepas perbuatan Lackenby. Hukuman ini setimpal dengan kesalahannya itu,” katanya.

Pada waktu kejadian, Lackenby dikatakan menonton perlawanan bola sepak di antara Arsenal dan Barcelona di kediamannya di Goldthorpe, South Yorkshire di mana dia mempertaruhkan Robin Van Persie menjaringkan gol pembukaan.

Jika pemain itu menjaringkan gol pertama dalam perlawanan terbabit, Lackenby akan memenangi £200 (RM800). Namun, gol pertama yang dijaringkan oleh David Villa membuatkan Lackenby menjadi berang dan membuatkan anaknya itu menangis. Lackenby dikatakan tidak dapat mengawal kemarahannya lalu melemparkan rasa geram kepada bayi terbabit.

Pada waktu kejadian, Ruby berada bersebelahan Lackenby iaitu di atas sofa di hadapan televisyen manakala ibunya, Gemma Coates berada di bilik mandi.

Gua berkata, perbuatan Lackenby adalah keji dan tidak patut dicontohi.

“Anda tidak sepatutnya bermain judi. Jika sekiranya anda bermain judi dan kalah, tidak sepatutnya perasaan marah itu dilemparkan kepada anak kecil anda.

“Apapun alasan anda, perbuatan anda itu adalah kejam. Anda seorang yang tidak berperikemanusiaan kerana sanggup mendatangkan kecederaan parah hingga menyebabkan kematian kepada anak sendiri, walaupun dia masih lagi bayi.

“Kami tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada bayi terbabit. Namun hasil bedah siasat dan perlawanan bola serta tiket pertaruhan yang ditemui, kami mendapati Lackenby melakukan kekejaman terhadap anak terbabit,” katanya.

Ketika sesi perbicaraan, Lackenby mengaku tidak bersalah. Namun, bukti dan pendedahan forensik menjelaskan bayi terbabit mati kerana kerosakan teruk pada saraf dan kepala akibat daripada gegaran melampau.

Menurut Gua, hukuman berat itu setimpal diberikan kepada Lackenby kerana beliau sepatutnya sempat menyelamatkan anaknya, namun bertindak membohongi jururawat kecemasan.

“Ketika anaknya berhenti bernafas, Lackenby dan isterinya bergegas ke Hospital Kanak-kanak Sheffield. Namun, dia didapati berbohong kepada jururawat dan doktor apabila menyatakan anaknya itu berhenti bernafas secara tiba-tiba.

“Sekiranya dia memberitahu perkara sebenar, mungkin Ruby dapat diselamatkan. Pasukan perubatan melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan bayi terbabit namun kerana maklumat yang salah, doktor tidak dapat memberikan bantuan perubatan yang tepat kepada Ruby.

“Perbuatan Lackenby itu pastinya akan membuat ibunya, Gemma dan keluarganya bersedih atas kehilangan bayi comel terbabit hanya kerana sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan Lackenby,” katanya.

Sementara itu, Ketua Inspektor, Detektif Sean Middleton merangkap ketua penyiasat kes terbabit berkata, kes itu adalah antara yang paling menyayat hati.

“Ini adalah satu tragedi. Ia menyedihkan bukan saja ibu mangsa, sebaliknya seluruh keluarga mereka dan komuniti Goldthorpe turut terjejas akibat tindakan Lackenby.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada penduduk Goldthorpe kerana banyak membantu pihak polis bagi menyelesaikan kes ini,” katanya.

Lackenby yang didapati bersalah kini menjalani hukuman penjara 10 tahun.

-Hmetro

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sudah Berkahwin?

Angelina Jolie Dan Brad Pitt Sudah Berkahwin?

Sejak kebelakangan ini rata-rata media memberi khabar angin bahawa Angelina Jolie sudah pun berkahwin diam-diam dengan aktor Brad Pitt.


Bagaimanapun menurut laporan portal The Sun bintang filem Tomb Raider ini menjelaskan bahawa berita tersebut adalah palsu.

Cincin emas yang tersarung pada jari manisnya itu juga bukanlah cincin perkahwinan seperti yang disangka.

Cincin baru yang dikatakan bukti perkahwinan Angelina dan Brad.

"Adakah itu cincin perkahwinan Angelina," soal salah seorang juru foto yang mengejam=r mengambil gambarnya dan Angelina pula membalas: "Bukan."

Sejak akhir-akhir ini dia tidak mengenakan cincin pertunangannya lagi, namun dia memakai cincin berlainan pula, yang dikatakan bukti perkahwinan pasangan itu.

Angelina dan Brad telah menjalinkan hubungan selama tujuh tahun dan mereka mempunyai tiga orang anak kandung dan tiga orang anak angkat.

-mStar

Dazrin dan Hairul Juara Fear Factor Selebriti Malaysia

Dazrin dan Hairul Juara Fear Factor Selebriti Malaysia

Pelakon Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen berjaya dinobatkan juara musim pertama program cabaran Fear Factor Selebriti Malaysia selepas berjaya menentang saingannya iaitu Hefny dan Hafizul.

Dazrin Kamarudin dan Hairul Azreen muncul sebagai juara pada
 program realiti Fear Factor Selebriti Malaysia musim pertama.

Kemenangan itu melayakkan Dazrin dan Hairul membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200,000.

Hadiah disampaikan Pengurus Saluran Astro Ria, Raqim Ahmad di The Square, Publika, di sini seiring dengan Majlis Tayangan Episod Kemuncak Fear Factor Selebriti Malaysia yang turut dapat disaksikan menerusi saluran Astro Ria dan Astro Mustika HD pada malam Sabtu.

"Alhamdulillah atas kejayaan ini kerana memang kami sasarkan untuk menang.

"Tetapi tak sangka kemenangan ini benar-benar berpihak pada kami," kata Dazrin pada sidang media di sini.

Selain Dazrin-Hairul, pasangan selebriti Hefny-Hafizul, Dafi-Zoey dan Elfira-Ajak Shiro turut bersaing pada peringkat akhir namun tersingkir pada cabaran terakhir.

Fear Factor Selebriti Malaysia yang dihoskan oleh pelakon Aaron Aziz mula menemui penonton sejak 29 Disember lalu.

Program sebanyak 13 episod itu disertai 30 artis tanah air dengan masing-masing dibahagikan kepada 15 kumpulan diuji dengan pelbagai tugasan mencabar. Program berkenaan menjalani penggambaran selama lebih tiga minggu di Cape Towin, Afrika Selatan.

Turut menyertai program ini ialah Didie Alias, Jehan Miskin, Kaka Ashraff, Farish Aziz, Azam Pitt, Gabit Saifullah, Ezlynn, Nik Michael (Masterchef 1), Mejar Dr Faiz, Celina Khor, Akim Ahmad, Arja lee dan Johan As’ari.

-mStar

Justin Bieber Kecewa Monyet Dirampas Kastam

Justin Bieber Kecewa Monyet Dirampas Kastam

Bintang pop Justin Bieber dilapor kecewa selepas monyet peliharaannya dirampas pegawai kastam Jerman.


Penyanyi itu yang tingkah laku tidak senonohnya sejak kebelakangan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pembantunya berkeras mahu membawa monyet itu, Mally menaiki jet peribadi untuk penerbangan jauh ke Jerman meskipun tidak mempunyai dokumen untuk menunjukkan kepada pegawai kastam di Munich.

Menurut sumber, Bieber, 19, yang berlepas dari Los Angeles ke bandar raya Jerman itu ditahan untuk seketika oleh pegawai kastam yang berang selepas dia gagal menunjukkan sijil kesihatan haiwan itu.

Mally dikuarantin dan bintang remaja itu berdepan tindakan undang-undang daripada pihak berkuasa Jerman serta denda RM50,000.

“Bieber dan Mally begitu rapat. Mereka sentiasa bersama. Penyanyi itu pasti kecewa,” kata satu sumber.

Monyet berkenaan adalah hadiah yang diberikan kepada Bieber oleh produser muzik.

-DM