Tuesday, April 02, 2013

Lokasi Pengganas di Lahad Datu Disahkan Bersih

Lokasi Pengganas di Lahad Datu Disahkan Bersih

Sembilan kampung yang menjadi lokasi pertempuran dan persembunyian militan dari selatan Filipina sepanjang Operasi Daulat telah digeledah dan disahkan bersih daripada ancaman pengganas.


Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata proses pemindahan penduduk yang mendiami pusat penempatan sementara ke kampung berkenaan giat dijalankan, kecuali Kampung Tanduo yang ditutup.

"Penduduk dari Kampung Sungai Nyamuk, Tanjung Batu, Tanjung Labian dan Tanagian yang ditempatkan di pusat penempatan sementara telah mula dipindahkan ke kampung masing-masing.

"Malah kawasan Sungai Bilis, Lok Sembuang dan Lok Buani juga telah selesai digeledah dan dibersihkan, dengan itu, boleh dikatakan seluruh kawasan Operasi Daulat telah bersih dan orang kampung juga telah dibenar untuk kembali ke rumah masing-masing," katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16 pada Isnin.

Beliau berkata tiga daripada empat dewan serba guna di Felda Sahabat yang dijadikan pusat penempatan sementara iaitu Fajar Harapan, Cenderawasih dan Gemala Pura juga telah ditutup kecuali Embara Budi disebabkan ada rumah penduduk yang mendiami pusat itu rosak sepenuhnya. Beliau berkata walaupun pusat pemindahan sementara di kawasan Felda akan ditutup sepenuhnya, Operasi Daulat tetap diteruskan kerana fokus utama operasi ialah memastikan seluruh kawasan Lahad Datu, Semporna dan Sandakan benar-benar selamat.

Dalam perkembangan berkaitan, Hamza berkata lapan lagi individu yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 didakwa di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu yang dijadikan mahkamah sementara.

"Sehingga kini, 16 orang yang ditahan di bawah Sosma telah dituduh di mahkamah," katanya.

Mengulas laporan media Filipina bahawa 100 orang memasuki perairan Sabah untuk membantu saki-baki pengganas, Hamza berkata: "Mereka boleh mengatakan apa sahaja tetapi saya telah nyatakan bahawa keselamatan di negeri Sabah adalah terjamin".

Dalam pada itu, Hamza berkata pasukan keselamatan mempunyai kepakaran tersendiri dalam menangani taktik pengganas yang mungkin cuba menyamar sebagai orang tempatan dengan berpakaian seperti penduduk kampung.

-BERNAMA

Malaysia Cipta Pesawat Pengintip SMART-V

Malaysia Cipta Pesawat Pengintip SMART-V

Penggunaan peralatan canggih untuk tujuan risikan ketenteraan memang cukup penting. Penggunaannya bukan sahaja mampu memberikan maklumat yang tepat, malah dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa para anggota tentera yang terlibat dalam operasi mengumpul maklumat risikan.

SMART-V
Pesawat tanpa pemandu (UAV).

Anda juga pasti biasa mendengar tentang kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) yang sering digunakan oleh pihak tentera untuk melaksanakan operasi risikan yang berisiko tinggi.

Teknologi tersebut biasanya dikuasai oleh negara-negara maju. Namun melalui penyelidikan dan kajian mana-mana negara mampu menghasilkan UAV mereka sendiri.

Itu yang dilakukan ole sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang berjaya menghasilkan sebuah UAV yang dikenali sebagai SMART-V.

SMART-V singkatan daripada Surveillance, Military Reconnaissance, Agriculture, Rescue and Terrain Monitoring Vehicle memiliki pelbagai kelebihan berbanding UAV sedia ada.

Menurut Pegawai Penyelidik UniMAP, Prof. Madya Dr. Hazry Desa, SMART-V merupakan kaedah terbaru untuk melaksanakan pemerhatian udara berbanding penggunaan kapal terbang dan helikopter.

Jelasnya, kaedah tersebut bukan sahaja lebih menjimatkan kos malah turut mudah untuk diatur gerak.

‘‘Melalui teknologi V/STOL (vertical oar short takeoff and landing), SMART-V sama seperti sebuah helikopter, namun lebih berkesan berikutan lebih stabil.

“Bagi mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi, SMART-V dilengkapi bersama kamera definisi tinggi (HD) penuh bagi memudahkan tugas-tugas risikan ketenteraan, pemerhatian pertanian dan operasi menyelamat,’ ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Pameran Teknologi, Ciptaan dan Inovasi Antarabangsa (ITEX) 2012 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambah Dr. Hazry, antara objektif utama ciptaan tersebut dihasilkan adalah untuk meningkatkan keberkesanan ketika terbang di udara.

Ini kerana, SMART-V dilengkapi empat bilah kipas atau rotot untuk menjadikannya lebih stabil ketika penerbangan.

Teknologi tersebut juga sudah pasti dapat mengurangkan kos untuk mendapatkan juruterbang profesional di samping caj yang dikenakan untuk melaksanakan satu-satu projek pemerhatian udara.

"Malah kita juga dapat mengurangkan risiko kehilangan nyawa juruterbang serta pekerja pemerhatian udara dengan hanya menggunakan SMART-V," ujarnya.

Tambahan pula, SMART-V tidak memerlukan infrastruktur khas dan boleh diterbangkan dalam apa jua bentuk muka bumi.

Selain itu, pesawat ini juga mampu menghasilkan imej yang lebih stabil kerana penerbangannya yang stabil kerana di kawal oleh empat rotor.

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apabila sesuatu teknologi itu baharu tentul agak mahal.

Tetapi bagi SMART-V, ini merupakan antara teknologi yang dicipta untuk mampu dimiliki oleh sesiapa jua.

Malah, berdasarkan teknologi penerbangan menggunakan empat rotor, SMART-V juga mudah dikawal biarpun pertama kali dikendalikan oleh pengendalinya.

Bagi mengawal kamera yang terdapat pada SMART-V, Dr. Hazry menggunakan aplikasi yang lebih mudah dengan menambah paparan maya pada topi yang turut dipasang kamera.

Pergerakan kamera boleh dikawal dengan hanya menggerakkan kepala (pengendali memakai topi) dan pada masa yang sama mengawal SMART-V.

Jelas Dr. Hazry lagi, SMART-V mempunyai potensi yang besar dalam pasaran negara masa kini.

Antara agensi penguatkuasaan kerajaan yang boleh menggunakan khidmat SMART-V adalah seperti Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Relawan Rakyat Malaysia (RELA).

Bagi agensi berkaitan perladangan, antara yang boleh menggunakannya adalah seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Malah, pesawat UAV ini juga boleh digunakan oleh pasukan pencari dan menyelamat seperti Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).

Apa yang pasti teknologi SMART-V tersebut hanyalah sebagai pencetus untuk lebih banyak lagi teknologi yang lebih canggih dapat dihasilkan pada masa akan datang. -Utusan

BACA INI JUGA: Misteri Kesatria Hitam, Satelit Atau UFO?

Korea Selatan Negara kedua Terkaya Di Dunia?

Korea Selatan Negara kedua Terkaya Di Dunia?

Tahukah anda pada tahun 1950, Korea Selatan hanyalah sebuah negara miskin. Ekonomi negara ini ketika itu berasaskan pertanian dan berhadapan krisis kesan peperangan. Namun dalam empat dekad, Korea Selatan kini dikenali sebagai salah sebuah negara paling kaya dan tercanggih di dunia.

Hyundai Genesis

Goldman Sachs meramalkan Korea Selatan akan menjadi negara kedua terkaya di dunia pada 2050.

Negara ini juga sudah tercatat sebagai yang mengalami pertumbuhan ekonomi terpantas dalam sejarah dunia.

Apakah rahsia yang memungkinkan Korea Selatan bangkit menjadi antara negara termaju di dunia? Jawapannya, adalah kebangkitan manusia unggul yang lahir daripada pencapaian ilmu dan teknologi tinggi.

Negara ini berjaya membentuk sistem pendidikan antara terbaik di dunia. Pelbagai usaha dilakukan bagi menaik taraf universiti-universitinya setanding universiti terkemuka dunia terutama dalam pembangunan sains dan teknologi. Rakyatnya juga digalakkan belajar di universiti terkenal seperti Harvard, Princeton dan MIT bagi melahirkan golongan bijak pandai yang membantu kebangkitan kuasa Korea.

Tidak salahlah di bawah Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan pada 1982 lagi, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memilih Korea Selatan di samping Jepun sebagai negara yang patut dicontohi.

Di Amerika, kereta Hyundai sudah lama dikenali tetapi hanya dianggap sebagai kenderaan murahan. Amerika menganggap kualiti Hyundai tidak terlalu bagus dan dijual dengan harga yang murah. Jadi, tidak hairanlah pembelinya ketika itu hanyalah golongan berpendapatan rendah. Itulah Hyundai di mata orang Amerika satu ketika dulu. Sehinggalah keluaran kereta Hyundai terbaru pada 2009, Hyundai Genesis, berhasil memenangi penghargaan automobil paling berpengaruh Amerika..

Sebelum ini, anugerah ini hanya dimenangi oleh syarikat automobil terkenal dunia seperti Toyota, Honda, Ford dan BMW.

Keunggulan Hyundai Genesis akhirnya membuka mata dunia sehingga industri automobil Korea meningkat naik.

Hyundai juga menjadi perusahaan automobil kelima terbesar dunia.

Samsung dan LG adalah jenama dari Korea yang telah menguasai dunia. Samsung kini antara pengeluar telefon pintar terbesar dunia. Galaxy S3 dan Galaxy Note 2 antara telefon pintar Samsung yang memberi sumbangan terbesar kepada keuntungan jenama itu sepanjang 2012.


Berdasarkan data antarabangsa, penganalisis percaya Samsung berjaya menjual 63 juta unit telefon pintarnya pada suku terakhir tahun lalu.

Pengeluar barangan elektronik, LG kini dikenali sebagai pengeluar televisyen plasma terbesar di dunia. Rekaannya yang kemas dan sofistikated sesuai untuk kehidupan urban masa kini.

Produk-produk Samsung dan LG ternyata berjuang berhabis-habisan untuk menembusi pasaran dunia demi kemajuan bangsa Korea.

Korea juga telah menjadi negara termaju di dunia dari segi infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan Internet dengan kepantasan terbaik, siaran televisyen interaktif berdefinisi tinggi (HD) dan teknologi komunikasi 4G.


Korea berjaya mengembangkan industri-industri masa depan seperti nanoteknologi, bioteknologi, teknologi informasi, robotik dan teknologi ruang angkasa. Dalam pada itu, Korea mempunyai robot manusia (humanoid) kedua di dunia yang dikenali sebagai HUBO iaitu robot berkepala Einstein. Korea juga dijangka mencapai status ‘bangsa pengguna robot terbesar dunia’ pada 2025.

-Utusan

Kim Kardashian Tukar Baju Tiga Kali Sehari?

Kim Kardashian Tukar Baju Tiga Kali Sehari?

Personaliti Kim Kardashian yang kini sedang hamil anak sulungnya bersama kekasih Kanya West baru-baru ini dilihat telah tampil dalam tiga busana berlainan pada satu hari.

Kim Kardashian tetap akan memakai kasut tinggi sepanjang waktu kehamilannya.

Perkara itu terjadi pada 26 Mac lalu sewaktu Kim perlu memenuhi tiga temu janji dalam sehari sempena mempromosi filem lakonannya, Temptation di New York.

Pada penampilan pertama, wanita berusia 32 tahun itu menyarung baju Valentino yang dipadankan dengan skirt jenama Ferragamo serta kasut tinggi rekaan Christian Louboutin untuk menghadiri program Good Morning America.

Dalam program tersebut, Kim memberitahu dia telah bersedia menerima kritikan sepanjang hamil.

"Adik saya telah memberitahu saya bahawa sepanjang hamil, saya akan berdepan dengan pelbagai kritikan. Terutamanya yang berkaitan dengan penampilan saya seperti memakai kasut tinggi tidak elok dan sebagainya. Saya sudah bersedia untuk menerima kritikan tersebut," ujarnya.

Tambahnya, walaupun sedang hamil, dia masih belum meninggalkan kegemarannya untuk memakai kasut tinggi.

"Saya lebih selesa memakai kasut tinggi berbanding kasut yang rata. Jadi saya akan terus memakainya," ujar Kim yang tampil memakai gaun Lanvin serta kasut tinggi jenama Christian Louboutin pada penampilan keduanya sebelum menyarung gaun seksi dan kasut tinggi jenama Gucci pada penampilan ketiganya dalam masa sehari.

-Kosmo

Ayam Kebal Selepas Disembelih Dua Kali Akhirnya Mati

Ayam Kebal Selepas Disembelih Dua Kali Akhirnya Mati

Setelah seminggu ayam jantan yang disembelih untuk dijadikan lauk kepada petugas sempena majlis perkahwinan di Kampung Permatang Langsat, Simpor dekat Tikam Batu di sini, akhirnya haiwan terbabit mati kelmarin.

Ayam Kebal Selepas Disembelih Dua Kali Akhirnya Mati
Gambar hiasan

Ayam itu mati setelah disembelih sekali lagi oleh seorang penduduk, Abdullah Omar, 60, pada pukul 4 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan kampung itu, Saidon Rejab berkata, melihat keadaan ayam itu masih bergerak cergas walaupun terputus urat halkum dan marih, penduduk bersetuju untuk menyembelihnya sekali lagi.

"Keadaan ayam ini amat luar biasa kerana selepas disembelih bagi kali kedua, ia masih belum mati dan berjalan seperti biasa," katanya.-Kosmo

Monday, April 01, 2013

Pelajar 16 Tahun Dicekup Tanpa Seurat Benang Bersama Teman Lelaki

Pelajar 16 Tahun Dicekup Tanpa Seurat Benang Bersama Teman Lelaki

Gara-gara mahu bertemu kekasih, seorang pelajar tingkatan empat sanggup menipu ibu sendiri dengan menyuruh menghantarnya ke sebuah restoran makanan segera di bandar ini dan memberi alasan mahu berjumpa dan bermalam di rumah rakan baiknya.


Dia sebenarnya berjumpa dengan teman lelakinya yang berasal dari Seri Menanti, Muar di restoran berkenaan sebelum ke hotel bajet untuk meraikan ulang tahun perkenalan mereka.

Bagaimanapun, gadis berasal dari Bukit Kepong, Muar itu akhirnya dicekup berkhalwat bersama teman lelakinya itu, awal pagi semalam.

Difahamkan, kedua-dua pasangan kekasih itu sering menjadikan hotel bajet terbabit lokasi memadu kasih bagi menyambut ulang tahun perkenalan pertama mereka.

Dalam serbuan kira-kira jam 3.10 pagi itu, gadis berusia 16 tahun itu didapati sedang tidur bersama teman lelakinya berusia 18 tahun tanpa seurat benang dipercayai baru selesai mengadakan hubungan seks.

Difahamkan, pasangan terbabit yang saling mengenali antara satu sama lain sejak setahun lalu mengakui sering datang ke hotel berkenaan dan akan mengadakan hubungan seks setiap kali berjumpa.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, serbuan itu dilakukan oleh sepasukan Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL) adalah berdasarkan aduan awam.

“Penguat kuasa menunggu kira-kira lima minit sebelum remaja perempuan yang hanya membaluti dirinya dengan tuala membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui seorang remaja lelaki tanpa pakaian sedang tidur di atas katil,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Pasangan itu ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Tangkak untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” kata Sulaiman.

-Sinarharian


Gambar Lindsay Lohan Untuk Muka Depan Majalah Playboy Tersebar!

Gambar Lindsay Lohan Untuk Muka Depan Majalah Playboy Tersebar!

Tidak boleh dinafikan dia adalah bintang paling berprofil tinggi dan kontroversi untuk bersetuju menjadi hiasan muka depan majalah Playboy.


Namun, rancangan Lindsay Lohan untuk membuat pengumuman besar-besaran mengenai gambar bogelnya di muka depan majalah itu terjejas apabila muka depan edisi terbaru majalah itu tersebar di Internet.

Aktres berusia 25 tahun itu dilihat duduk di atas kerusi berbentuk arnab Playboy yang membolehkan dia melindungi kehormatannya. Bagaimanapun, bentuk payu daranya terdedah.

Lindsay yang dilapor mendapat bayaran sebanyal AS$1 juta (RM3.1 juta) untuk penggambaran itu, sebelum ini merancang mendedahkan gambar bogelnya di muka depan Playboy menerusi rancangan Ellen DeGeneres pada 15 Disember.

Aktres itu terpaksa menjalani penggambaran dua kali untuk muncul dalam majalah itu selepas cubaan asal tidak memuaskan hati ketua Playboy, Hugh Hefner.

Bercakap mengenai penggambaran itu yang akan terbit dalam edisi Januari/Februari, Hefner bercerita mengenai inspirasi di sebalik nya.

“Ia satu penghormatan klasik yang didorong oleh gambar bogel Marilyn Monroe yang dirakam oleh Tom Kelley,” kata Hefner, dipetik oleh akhbar New York Post.

“Hasilnya amat baik. Mulanya saya kurang berpuas hati tetapi selepas kali kedua, saya berpendapat ia akan menjadi amat menarik,” kata ketua Playboy itu.

Ketika menjalani penggambaran itu, ibu Lindsay, Dina Lohan berkata, ia dilakukan dengan begitu baik.

-Agensi

Datuk Seri Mengaku Biayai Pengganas Sulu

Datuk Seri Mengaku Biayai Pengganas Sulu

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan Presiden Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia, Datuk Seri Muhamad Ridzwan Sulaiman ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.


Ridzwan menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan bersenjata di Sabah.

Beliau, yang memakai baju Melayu merah dan berserban, hadir bersama lebih 10 orang kenalannya di balai polis itu pada pukul 11.05 pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita sebelum menyerah diri kepada pihak polis, Muhammad Ridzwan mengaku memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulu, Jolo, selatan Filipina iaitu Sultan Muedzul Lail Tan Kiram yang pernah ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Beliau bagaimanapun menafikan bahawa Jamalul Kiram, yang dipercayai menjadi dalang pencerobohan di Sabah, adalah Sultan Sulu.

“Saya tidak kenal pun Jamalul Kiram,” katanya.

Muhammad Ridzwan menyerah diri berikutan kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib semalam yang memintanya menyerah diri dengan segera di mana-mana balai polis berhampiran.

Hamza berkata Muhammad Ridzwan, yang tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari selatan Filipina, boleh membantu pihak polis dalam siasatan mengenai kes pencerobohan di Lahad Datu pada 12 Februari lepas.

-BERNAMA

Pelik! Kucing Mempunyai 4 Cuping Telinga

Pelik! Kucing Mempunyai 4 Cuping Telinga

Info Pelik. Terdapat seekor kucing mempunyai keunikkan tersendiri dan tiada pada kucing yang lain iaitu kucing mempunyai 4 cuping telinga.


Kucing ini bernama Yoda dan dilahirkan dengan 2 pasang telinga. Pemiliknya, Valarie dan Ted Rock memelihara Yoda dua tahun yang lalu selepas mengunjungi sebuah bar di Chicago, Yoda diletakkan di dalam sebuah sangkar berdekatan pintu masuk untuk dijadikan tarikan.

Pasangan tersebut kemudiannya meminta kebenaran pemilik Yoda untuk menjaganya dan di bersetuju.

Mereka kemudiannya membuat kajian terhadap kucing yang betelinga empat, dan menurut beberapa pakar haiwan, mereka tidak pernah mendengar tentang perkara tersebut.


“Kami memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada Yoda, kerana kami takut dia akan diculik kerana keistimewaan yang dimilikinya,” kata Valarie.

[Sumber]

Pelik! Belut Berwarna Merah Di China

Pelik! Belut Berwarna Merah Di China

Info Pelik. Kebiasaannya kita selalunya melihat belut berwarna hitam coklat. Namun begitu, di China terdapat seekor belut yang berwana merah darah berjaya ditemui.

Kisah difahamkan, penemuan itu bermula apabila lelaki tersebut pergi memancing di sebuah sungai. Tiba-tiba umpanya mengena dan bergerak.

Sangkaan awal dirinya adalah seekor ikan. Namun dia terkejut apabila mendapati ia adalah spesis belut yang berwarna merah.

Penemuan ini telah menggemparkan penduduk setempat. Pakar perikanan memberi amaran agar belut itu tidak dimakan, di khuatiri belut itu ada mengandungi unsur berbahaya bagi tubuh manusia.

Kini belut pelik itu ada dalam peliharaan Chen sekeluarga.

[Sumber]