Friday, November 02, 2012

Berang Dimarahi Bermain Video Game Remaja Tikam Ibu Sampai Mati

Berang Dimarahi Bermain Video Game Remaja Tikam Ibu Sampai Mati

Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menikam ibunya hingga mati dan mencederakan kakaknya selepas dimarahi kerana menghabiskan banyak masa bermain permainan video, kata polis.


Insiden berlaku di kediaman keluarga berkenaan di Krungthep Kreeta, daerah Saphan Sung, di mana remaja itu ditahan awal pagi semalam, kata pegawai penyiasat balai polis Prawet, Mejar Prayuth Phungkeha. Polis menemui seorang wanita yang berbaju tidur tertiarap dengan berlumuran darah.

Seorang lagi wanita didapati mengunci diri dalam bilik tidurnya.

Prayuth berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia 50 tahun ditikam mati oleh anak lelakinya, manakala wanita berusia 29 tahun yang mengunci diri dalam bilik tidur itu adalah kakak remaja terbabit.

Kakak suspek yang cedera parah kemudian dikejarkan ke Hospital Lat Phrao.

Remaja itu dikatakan menikam ibu dan kakaknya berulang kali selepas dia ditegur kerana ketagih dengan permainan video dan tidak membantu membuat kerja rumah. Menurut polis, suspek menikam ibunya empat kali di bahagian belakang tubuh mangsa sebelum menikam kakaknya yang cuba menghalang perbuatannya.

Bapa suspek yang tidak tinggal bersama ibunya berkata, remaja terbabit mengalami masalah mental dan kemurungan. Sementara itu, Pengarah Institut Rajanukul, Dr Panpimol Wipulakorn berkata, terlalu banyak bermain permainan video memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak dan remaja.

-Bangkok Post

Bertemu Kakak Disyurga Ketika Koma

Bertemu Kakak Disyurga Ketika Koma

Remaja yang hampir meninggal dunia kerana ususnya pecah mengaku ke syurga dan bertemu dengan kakaknya yang sudah meninggal dunia. Padahal, orang tuanya tidak pernah bercerita tentang anak perempuan itu.


Colton Burpo, 11, mengaku ketika berusia empat tahun, dia telah menjalani pembedahan kecemasan sebanyak dua kali. Setelah pulih, dia memberitahu ibu bapanya, Todd dan Sonya, bahawa dia baru saja bertemu dengan kakak perempuannya yang belum pernah dia temui. Ajaib, sebelum melahirkan Colton, Sonya pernah keguguran janin perempuan. Yang peliknya, ibu bapa Colton tidak pernah menceritakan kisah sedih itu.

“Perempuan itu nampak biasa. Dia memberikan saya pelukan dan mengatakan gembira bertemu seorang anggota keluarga di sana,” kata Colton ketika menceritakan pengalaman luar biasa itu di buku terbaru 'Heaven is for Real'.

“Dia tidak memiliki nama. Dia tidak pernah diberikan nama. Tapi dia tidak sabar bertemu dengan ayah dan ibu di syurga,” kata Colton lagi menceritakan pengalaman bersama kakaknya itu.

Colton juga menceritakan ada bertemu datuknya Pop, yang meninggal 30 tahun lalu dan tidak pernah dikenal Colton. Colton mengaku pengalaman di syurga tidak sama dengan pengalaman hidupnya di dunia.

Ketika ditanya bagaimana keadaan di syurga, Colton menjelaskan dengan sangat spesifik. “Wow. Ada banyak warna pelangi. Ia sebuah tempat yang indah dengan banyak benda yang menakjubkan.”

Thursday, November 01, 2012

Suami Berang Dimarahi Isteri Bakar 25 Buah Rumah

Suami Berang Dimarahi Isteri Bakar 25 Buah Rumah

Sekurang-kurangnya 25 rumah terbakar dan 10 orang cedera kerana tindakan seorang lelaki yang berang selepas dimarahi isteri, di daerah Bang Khen.

Gambar hiasan

Menurut pegawai polis, insiden itu berlaku selepas suspek, Kachen Bonma yang juga penganggur bertengkar dengan isterinya.

"Isterinya, Jenjira Bonma mengaku berlaku pertengkaran bersama suspek selepas dia pulang lewat kerana keluar minum bersama rakannya," kata Kolonel Winit Srisoongnoen.

Kachen kembali semula bersama rakannya dan bertindak membakar rumah mereka sebagai tanda protes kepada isterinya.

Bagaimanapun, kebakaran itu merebak dengan cepat dan gagal dikawal oleh mereka.

Insiden tersebut turut memusnahkan lebih 25 rumah jiran mereka yang berada di kawasan berhampiran.

-Bangkok Post

Ben Affleck Masih Mencintai Jennifer Lopez

Ben Affleck Masih Mencintai Jennifer Lopez

Walaupun telah memiliki sebuah keluarga yang lengkap, ia belum memberikan jaminan kebahagiaan buat Jennifer Garner.

Jennifer Garner

Menurut laporan Showbizspy, Garner mengalami sedikit tekanan apabila mengetahui suaminya, Ben Affleck masih berhubung dengan bekas kekasihnya, Jennifer Lopez.

"Garner seolah-olah tidak tenteram setelah mengetahui perkara tersebut walaupun suaminya telah menjelaskan hubungan tersebut tidak lebih sebagai seorang teman.

"Bagaimanapun, baru-baru ini, pasangan suami isteri itu telah pergi bercuti di Paris bertujuan untuk memperbaiki semula hubungan mereka," kata sumber.

-Sinarharian

Warga Emas Maut Mulut Diikat Dengan Tuala Oleh Perompak

Warga Emas Maut Mulut Diikat Dengan Tuala Oleh Perompak

Seorang wanita warga emas yang tinggal sendirian, maut dipercayai akibat sesak nafas selepas mulutnya diikat dengan tuala oleh perompak yang memecah masuk rumahnya di Lorong Keriang di sini hari ini.

Beberapa anggota polis mengusung mayat warga emas, G. Supama, 68.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi itu, G. Supama, 68, ditemui terbaring di atas lantai sebuah bilik di tingkat bawah rumahnya dengan tangan dan mulutnya diikat dengan tuala oleh jirannya yang sebelum itu terdengar bunyi bising di rumah itu.

Jiran wanita itu, Chua Chong Kong, 53, berkata dia terdengar bunyi bising dalam rumah mangsa sebelum bersama beberapa rakan pergi ke rumah mangsa untuk melihat keadaan sebenar mangsa yang tinggal bersendirian setelah kematian suami beberapa tahun lepas.

"Kami terpaksa pecah pintu pagar rumah mangsa selepas mangsa tidak menyahut panggilan. Pintu rumah mangsa sudah terbuka dan (kami) terus masuk untuk melihat keadaan mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini hari ini.

Chua berkata mereka terkejut melihat mangsa terbaring di atas lantai sambil tangan dan mulutnya diikat dengan tuala, dan ketika itu mangsa masih bernafas.

"Kami angkat mangsa ke ruang tamu untuk memberi bantuan kecemasan dan tidak lama kemudian mangsa tidak lagi bernafas," katanya.

-Sinarharian
Mila Kunis Hamil Anak Ashton Kutcher?

Mila Kunis Hamil Anak Ashton Kutcher?

Baru dinobatkan sebagai wanita paling seksi oleh majalah Esquire, nama aktres cantik, Mila Kunis, 29, semakin menjadi sebutan kebelakangan ini.


Meskipun tersenarai antara pelakon gred A di Hollywood, kisah peribadi pelakon kelahiran Ukraine ini nampaknya lebih kerap menghiasi muka depan akhbar dan majalah di Hollywood.

Ramai yang sedia maklum akan keintiman hubungan antara Kunis danjuga aktor tampan, Ashton Kutcher.

Hubungan yang terjalin dikatakan semakin erat sejak April lalu setelah rumah tangga Kutcher dengan Demi Moore musnah separuh jalan.

Walaupun hingga kini masih belum ada pengumuman rasmi daripada pasangan ini mengenai hubungan mereka, keberanian Kunis dan Kutcher memaparkan kemesraan di tempat umum jelas memberitahu segalanya.

Malah, tersebar khabar angin kononnya Kunis kini sedang hamil, hasil hubungannya dengan Kutcher. Khabar itu timbul berikutan perut Kunis yang kelihatan membonjol ketika bersiar-siar dengan Kutcher, baru-baru ini.

Berat badan Kunis yang semakin bertambah juga seolah-olah menguatkan lagi kebenaran khabar itu.

Bagaimanapun, berita itu segera dinafikan aktres tersebut melalui jurucakapnya.

“Dia tidak hamil,” kata jurucakap Kunis kepada sebuah majalah terkenal Hollywood.

Biarpun khabar itu tidak benar, Kunis dalam sebuah wawancara sebelum ini mengakui dirinya kini sudah bersedia bergelar ibu.

“Saya mengimpikan sebuah keluarga. Saya lebih suka bercinta dan memiliki cahaya mata daripada berlakon filem,” kata pelakon filem Black Swan ini.

Kenyataan Kunis itu dikatakan menggambarkan keinginannya untuk mendapat anak bersama Kutcher.

-Sinarharian

Nikita Mirzani Mahu Bertaubat?

Nikita Mirzani Mahu Bertaubat?

Setelah beberapa hari menjalani penahanan di Direktorat Kriminal Umum Polda Metro Jaya, Cinta Penelope mendedahkan banyak perubahan yang berlaku dalam diri kawan baiknya, Nikita Mirzani.

Nikita

"Saya sudah dua kali bertemu Nikita dan dia kini sudah lebih tenang dan Alhamdulillah sudah rajin solat. Dia juga menyedari apa yang sudah dilakukan sebelum ini," katanya.

Cinta berkata, Nikita juga ada meminta untuk dibawakan buku-buku agama dan kelihatan pasrah dengan takdir yang berlaku selepas ini.

-Sinarharian
Pusat Urut Menawarkan Khidmat Urut Batin Diserbu

Pusat Urut Menawarkan Khidmat Urut Batin Diserbu

Taktik pemilik sebuah rumah urut yang berselindung di sebalik pusat refleksologi berjaya dihidu penguat kuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dalam operasi yang dijalankan sekitar sini, semalam.

Pusat Urut Menawarkan Khidmat Urut Batin Diserbu.

Rumah kedai tiga tingkat itu dipercayai turut menawarkan urutan batin melalui penemuan empat bekas cecair pelincir yang digunakan.

Selain itu, dua pekerja tukang urut berasal dari China turut ditemui di premis berkenaan ketika sedang melayan pelanggan di tingkat tiga.

Manakala di tingkat dua, dua pintu tersembunyi ditemui dipercayai tempat pekerja warga China itu menyorok sekiranya terdapat serbuan daripada pihak berkuasa.

Difahamkan, premis yang beroperasi lebih setahun itu pernah diserbu polis awal tahun ini namun masih beroperasi seperti biasa.

Penolong Pegawai Penguat Kuasa MPS merangkap Ketua Operasi, Megat Ainul Fadzlil Ainul Fadzil berkata, dua pusat refleksologi di Rawang Sentral disita selepas beroperasi tanpa permit sejak tahun lalu.

“Penguatkuasaan dilakukan di bawah Undang-Undang Kecil Pusat Kecantikan dan Kesihatan (2007) dan sebanyak RM1,000 dikenakan atas kesalahan itu.

“Barang rampasan melibatkan 20 tilam, tiga set urut kaki dan cecair urutan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

-Sinarharian

Ameng Spring Derita Disebat 10 Kali

Ameng Spring Derita Disebat 10 Kali

Penyanyi, Ameng Spring yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang sejak setahun lalu masih teringat lagi bagaimana dia menerima hukuman 10 kali sebatan.

Gambar hiasan

Dia sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.

Bercakap kepada Harian Metro, semalam, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya terhadap keluarga.

Menurutnya, detik yang paling tidak dapat dilupakan adalah ketika dia menjalani sebatan sekaligus terbayangkan saat kematian.


“Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus.

“Saat itu saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur.

“Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring.

“Ia membuatkan saya amat menyesal dan insaf,” katanya.

Selama di penjara, Ameng banyak menghabiskan masanya dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.

Katanya lagi, selepas keluar dari penjara nanti, dia tetap akan menjadi penghibur namun menggunakan cara berbeza.

“Saya bukanlah mahu bertindak sebagai penasihat tetapi saya hanya mahu berkongsi kisah hidup agar dapat dijadikan teladan,”katanya.

-Hmetro
Guru Wanita Jalin Hubungan Terlarang Dengan Pelajar 15 Tahun

Guru Wanita Jalin Hubungan Terlarang Dengan Pelajar 15 Tahun

Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun di sini semalam kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan di sini semalam.


Akhbar Straits Times melaporkan, guru berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak mula menjalin hubungan dengan pelajar itu pada tahun lalu.

Menurut laporan akhbar tersebut, hubungan itu bermula selepas guru tersebut mengendalikan sesi kaunseling pelajar berkenaan.

Nama guru dan pelajar itu tidak didedahkan bagi melindungi mereka.

Mahkamah diberitahu bahawa wanita terbabit ‘memikat’ pelajar tersebut dengan beberapa hadiah termasuk sebuah buku terkenal yang berjudul Eat, Pray, Love.

Buku itu pernah dijadikan filem yang menampilkan pelakon terkenal, Julia Roberts pada 2010.

Ia mengisahkan tentang seorang wanita Amerika Syarikat yang sudah bercerai.

Pelajar dan guru itu menjalin hubungan lebih sebulan dan mereka pernah melakukan hubungan seks di rumah guru terbabit.

Bagaimanapun, hubungan berkenaan diketahui oleh ibu bapa pelajar itu sekali gus menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak sekolah.

–AFP