Friday, November 02, 2012

Berang Dimarahi Bermain Video Game Remaja Tikam Ibu Sampai Mati


Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menikam ibunya hingga mati dan mencederakan kakaknya selepas dimarahi kerana menghabiskan banyak masa bermain permainan video, kata polis.


Insiden berlaku di kediaman keluarga berkenaan di Krungthep Kreeta, daerah Saphan Sung, di mana remaja itu ditahan awal pagi semalam, kata pegawai penyiasat balai polis Prawet, Mejar Prayuth Phungkeha. Polis menemui seorang wanita yang berbaju tidur tertiarap dengan berlumuran darah.

Seorang lagi wanita didapati mengunci diri dalam bilik tidurnya.

Prayuth berkata, siasatan mendapati mangsa yang berusia 50 tahun ditikam mati oleh anak lelakinya, manakala wanita berusia 29 tahun yang mengunci diri dalam bilik tidur itu adalah kakak remaja terbabit.

Kakak suspek yang cedera parah kemudian dikejarkan ke Hospital Lat Phrao.

Remaja itu dikatakan menikam ibu dan kakaknya berulang kali selepas dia ditegur kerana ketagih dengan permainan video dan tidak membantu membuat kerja rumah. Menurut polis, suspek menikam ibunya empat kali di bahagian belakang tubuh mangsa sebelum menikam kakaknya yang cuba menghalang perbuatannya.

Bapa suspek yang tidak tinggal bersama ibunya berkata, remaja terbabit mengalami masalah mental dan kemurungan. Sementara itu, Pengarah Institut Rajanukul, Dr Panpimol Wipulakorn berkata, terlalu banyak bermain permainan video memberi kesan negatif terhadap kanak-kanak dan remaja.

-Bangkok Post

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon