Thursday, November 01, 2012

Mila Kunis Hamil Anak Ashton Kutcher?


Baru dinobatkan sebagai wanita paling seksi oleh majalah Esquire, nama aktres cantik, Mila Kunis, 29, semakin menjadi sebutan kebelakangan ini.


Meskipun tersenarai antara pelakon gred A di Hollywood, kisah peribadi pelakon kelahiran Ukraine ini nampaknya lebih kerap menghiasi muka depan akhbar dan majalah di Hollywood.

Ramai yang sedia maklum akan keintiman hubungan antara Kunis danjuga aktor tampan, Ashton Kutcher.

Hubungan yang terjalin dikatakan semakin erat sejak April lalu setelah rumah tangga Kutcher dengan Demi Moore musnah separuh jalan.

Walaupun hingga kini masih belum ada pengumuman rasmi daripada pasangan ini mengenai hubungan mereka, keberanian Kunis dan Kutcher memaparkan kemesraan di tempat umum jelas memberitahu segalanya.

Malah, tersebar khabar angin kononnya Kunis kini sedang hamil, hasil hubungannya dengan Kutcher. Khabar itu timbul berikutan perut Kunis yang kelihatan membonjol ketika bersiar-siar dengan Kutcher, baru-baru ini.

Berat badan Kunis yang semakin bertambah juga seolah-olah menguatkan lagi kebenaran khabar itu.

Bagaimanapun, berita itu segera dinafikan aktres tersebut melalui jurucakapnya.

“Dia tidak hamil,” kata jurucakap Kunis kepada sebuah majalah terkenal Hollywood.

Biarpun khabar itu tidak benar, Kunis dalam sebuah wawancara sebelum ini mengakui dirinya kini sudah bersedia bergelar ibu.

“Saya mengimpikan sebuah keluarga. Saya lebih suka bercinta dan memiliki cahaya mata daripada berlakon filem,” kata pelakon filem Black Swan ini.

Kenyataan Kunis itu dikatakan menggambarkan keinginannya untuk mendapat anak bersama Kutcher.

-Sinarharian

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon