Thursday, December 19, 2013

Tuduhan Terhadap Skandal Zhang Ziyi Tutup Kes!

Tuduhan Terhadap Skandal Zhang Ziyi Tutup Kes!

Sebuah laman web yang menuduh aktres terkenal China, Zhang Ziyi, menjalin hubungan seks dengan pegawai kerajaan meminta maaf kepada aktres itu selepas mencapai penyelesaian tuntutan saman di luar mahkamah.

Zhang Ziyi

Laporan palsu mengenai Zhang tidak sepatutnya disiarkan. Oleh itu, Boxun News meminta maaf sepenuhnya kepada Zhang dan mengeluarkan semua artikel mengenainya dari laman web, selain menarik balik laporan secara rasmi, kata laman web Boxun News, semalam.

Laman web berpejabat di Amerika Syarikat itu kerap melaporkan pencabulan hak asasi manusia dan skandal politik yang disekat di China.

Laporan negatif dan tidak benar mengenai aktres berkenaan mula disiarkan pada Mei 2012.

Zhang, 34, mengemukakan saman fitnah selepas laman web itu mula menyiarkan laporan hubungan seksnya dengan pegawai China.

Zhang mengemukakan saman itu di mahkamah Los Angeles terhadap China Free Press, Inc. - sebuah pertubuhan sukarela mempromosi kebebasan berucap dan demokrasi di China.

Ikrar tuntut keadilan isu skandal seks

"Tidak kira apa juga harganya, saya akan menuntut keadilan dan meneruskan perjuangan ini hingga ke garis akhir."

Itu antara janji yang diikrar Zhang Ziyi ketika isu skandal seks mengaitkan dirinya dengan beberapa pemimpin berpengaruh dan ahli perniagaan China hangat diperkatakan akhir Mei lalu.

"Sudah bertahun saya berada dalam industri dan ramai yang menjadi saksi pencapaian saya. Saya begitu menyintai karier lakonan, malah menghargai setiap detik yang saya lalui", katanya.

Enggan berdiam diri atas fitnah yang mencemar maruah dan nama baiknya, Ziyi memfailkan saman terhadap akhbar utama Hong Kong, Apple Daily dan terbitan mingguannya, Next Magazine yang menyiapkan laporan dia menjual diri kepada pegawai atasan China, seorang daripadanya ialah bekas ahli politik berpengaruh, Bio Xilai.

Dalam tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Hong Kong menyatakan Ziyi, 33, berdepan kesedihan dan tekanan hebat ekoran penyiaran berita berbentuk fitnah itu, lantas memaksanya menuntut ganti rugi atas kesulitan yang dialami.

Saman itu menamakan Apple Daily Ltd, Next Magazine Publishing Ltd dan pengarangnya sebagai pihak bertanggungjawab terhadap penyiaran berita yang mendakwa aktres kelahiran Beijing, China itu menerima bayaran mencecah RM347 juta sepanjang lebih 10 tahun mereka menidurinya.

Apple Daily dalam satu artikel yang diterbitkan pada 29 Mei lalu melaporkan Ziyi sebagai ‘pelacur’ dengan menjual diri kepada Bo dan rakannya, Xu Ming untuk mendapatkan wang.

Tuntutan saman itu juga menafikan dakwaan pelakon Crouching Tiger Hidden Dragon dan Memoir of A Geisha pernah dipanggil untuk soal siasat berkaitan dakwaan rasuah terhadap Bo, malah menegaskan Ziyi tidak pernah dihalang meninggalkan China.

Ziyi juga memohon injunksi untuk menghentikan penerbitan semula berita itu daripada dua akhbar yang dimiliki Next Media Ltd, selain memfailkan satu lagi saman berasingan terhadap sebuah laman berita yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

“Saya tidak akan berdiam diri, malah berusaha untuk membersihkan nama tidak kira apa juga harganya. Saya mahu keadilan ditegakkan menerusi saluran perundangan.

“Saya mahu mereka yang tidak bertanggungjawab menerima padahnya,” kata Ziyi dipetik sebagai berkata ketika ditemui wartawan pada sidang media, Anugerah Media Filem China Ke-12 di Haikou, China.

Pendedahan itu mendapat perhatian dunia, memaksa Ziyi yang menembusi dunia lakonan menerusi filem, The Road Home pada 1999 segera menafikan fitnah dia ditiduri Bo lebih 10 kali antara 2007 dan 2011 dengan menerima RM3.18 juta setiap kali bersama.

Pendedahan itu bagaimanapun diragui ramai kerana status Ziyi sebagai aktres kelas A, selain pernah beraksi dalam himpunan filem pecah panggung di China dan antarabangsa tidak memerlukannya menjual tubuh untuk mendapatkan wang.

Bagaimanapun, sumber dalaman dari industri perfileman berkata, sikap sebahagian besar aktres yang menyinggung perasaan masyarakat menyebabkan timbul pelbagai gosip kurang enak mengenai mereka.

Sama ada benar atau sebaliknya, kebanyakan peminat mempercayai sebahagian besar mereka yang menempa nama dalam industri hiburan bersedia melakukan apa saja untuk berjaya.

Biarpun dinasihati mereka yang rapat dengannya supaya berdiam diri dan tidak memberi kenyataan balas, Ziyi tetap bersuara mempertahankan dirinya.

“Sekiranya penipuan dibiarkan berleluasa, apa juga tuduhan palsu akan nanti dilihat sebagai satu kebenaran,” katanya dalam surat terbuka yang dimuat naik dalam blog rasminya.

Ziyi yang pernah menjalin pertunangan dengan lelaki berdarah Amerika-Israel, Vivi Nevo pada 2008 sebelum berpisah pada 2010, percaya fitnah itu disebarkan oleh pihak yang kurang senang dengan kejayaannya.

“Ia bukan fitnah pertama yang dilemparkan kepadanya oleh media hanya untuk memenuhi keinginan orang lain mencapai kejayaan sepertinya,” kata satu sumber.

BACA INI JUGA:

-SENTIASAPANAS.COM