Saturday, January 04, 2014

Rabai Syiah Iktiraf Malaysia Satu-satunya Negara Islam Anti-Syiah!

Rabai Syiah Iktiraf Malaysia Satu-satunya Negara Islam Anti-Syiah!

Info Syiah. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Rabai SYIAH di Iraq kerana mengiktiraf Malaysia sebagai satu-satunya negara di DUNIA ini yang 'mengkafirkan' Syiah.

Syiah Kafir

Walaupun begitu ada sedikit pembetulan yang perlu diperjelaskan.

1. Pemerintah Malaysia tidak mengkafirkan rakyat IRAQ, sebaliknya pemerintah Malaysia TIDAK MENGIKTIRAF SYIAH sebagai sebahagian daripada 'MAZHAB' ISLAM.

2. Dalam bidang ekonomi, Rasulullah S.A.W sendiri pun pernah berurus niaga dengan YAHUDI. Maka pastinya pemimpin Malaysia tidak melihat keperluan dari menghalang mereka dari berurus niaga dengan negara berpenduduk majoriti Syiah.

3. Malaysia masih lagi berdiplomasi dengan negara-negara SYIAH di dunia ini. Buktinya, Kedutaan IRAN dan IRAQ masih dibenarkan beroperasi malah rakyatnya tidak dihalau keluar dari Malaysia.

Jika rabai Syiah di Iraq merasakan pemerintah Malaysia mengkafirkan rakyat Iraq, kita hendak bertanya, bagaimana pula tindakan penganut Syiah yang mengkafirkan Abu Bakar, Umar, Usman dan isteri-isteri Nabi S.A.W? Adakah kedudukan RAKYAT IRAQ lebih mulia dan tinggi dari para sahabat dan isteri-isteri Nabi?



[Sumber]

Friday, December 13, 2013

Syiah Rafidhah Mengkafirkan Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Syiah Rafidhah Mengkafirkan Golongan Ahlus Sunnah Wal Jamaah

Info Syiah. Al-Faidl al-Kasyani dalam kitabnya Minhaj an-Najah (hal 48) berkata, “Barangsiapa yang mengingkari keimaman salah seorang dari mereka (yakni para imam yang dua belas) maka sesungguhnya dia itu sama dengan orang yang mengingkari kenabian seluruh para nabi.”

Syiah Rafidhah

Berkata al-Maamaqaani dalam kitabnya Taudhih al-Maqaal (jilid I, hal 208), “Kesimpulan yang dapat diambil dari kitab-kitab, bahawa setiap yang tidak bermazhab itsna ‘asyar (syi’ah) akan diterapkan baginya hukum orang kafir dan musyrik di akhirat.”

Dengarlah orang-orang Rawafidah yang terang-terangan melaknat para ulama Islam seperti Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dan Samahah asy-Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahumullah: “Ini syeikh Bin Baz, kalian anggap dia itu syaikh?! Wahai orang-orang yang najis!, orang-orang yang kotor!, wahai para pengikut Ibnu Taimiyyah si anjing itu! Wahai para pengikut Bin Baz al-Munafiq si buta mata dan hati! Semoga Allah melaknat dia!!! Semoga Allah melaknat dia!! Anjing kalian ikuti?!, kalau bukan kerana kalian binatang niscaya kalian tidak akan mengikuti binatang, babi seperti Bin Baz!!!)). Wa laa haula wa laa quwwata illa billah.

Tuhan Orang Syi’ah Berbeza Dengan Tuhan Ahlusunnah

Berkata Ni’matullah al-Jazairi dalam kitabnya al-Anwar an-Nu’maniyah (jilid I, hal 278), (Sesungguhnya kami (kaum Syi’ah) tidak pernah bersepakat dengan mereka (Ahlusunnah) dalam menentukan Allah, nabi maupun imam. Sebab mereka (Ahlusunnah) mengatakan bahawa Tuhan mereka adalah Tuhan yang menunjuk Muhammad sebagai nabi-Nya dan Abu Bakar sebagai pengganti Muhammad sesudah beliau wafat. Kami (kaum syi’ah) tidak setuju dengan Tuhan seperti ini, juga kami tidak setuju dengan nabi yang seperti itu. Sesungguhnya Tuhan yang memilih Abu Bakar sebagai pengganti nabi-Nya, bukanlah Tuhan kami. Dan nabi seperti itu pun bukan nabi kami!). Na’udzubillah dari kekufuran dan kesesatan ini!

Keyakinan Rafidah Mengenai Al-Mahdi Yang Dinanti-nantikan

Ahlusunnah meyakini bahawa di akhir zaman nanti akan muncul seorang dari ahlul bait, Allah kukuhkan dengannya agama Islam, dia berkuasa selama tujuh tahun, memenuhi bumi dengan keadilan setelah sebelumnya dipenuhi dengan kesenangan dan kezaliman. Bumi menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya, langit menurunkan hujannya, harta melimpah ruah tanpa batas.

Adapun Rafidhah, maka telah terjadi kontradiksi dalam keyakinan mereka tentang al-Mahdi. Kadangkala mereka mengingkari lahirnya al-Mahdi sebagaimana yang dikatakan oleh al-Kulaini dalam kitabnya Ushul al-Kafi (jilid I, hal 505), Ibnu Baabawaih al-Qummi dalam kitabnya Kamaal ad-Din Wa Tamaam an-Ni’mah (hal 51), juga al-Majlisi dalam kitabnya Bihaar al-Anwar (jilid 50, hal 329), bahawa al-Mahdi tidak akan dilahirkan, sebab harta warisan ayah al-Mahdi yang bernama al-Hasan al-’Askari sudah terlanjur dibahagi-bahagi.

Akan tetapi kadangkala mereka mengatakan bahawa al-Mahdi telah dilahirkan, akan tetapi dia masih bersembunyi di suatu tempat yang bernama gua as-Saamuroi, dan akan muncul kelak di akhir zaman untuk membantu Syi’ah dan membunuh musuh-musuh mereka dari kalangan Ahlusunnah.

Imam Mahdi Menurut Syiah

Agar keraguan itu lenyap, akan kita sebutkan perbezaan-perbezaan antara Mahdi yang diimani oleh orang Islam dengan Mahdi yang didakwa oleh orang Rafidhah.

Pertama, Mahdi mengikut orang Islam bernama Muhammad bin Abdullah, kerana Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Namanya (al-Mahdi) sama dengan namaku, dan nama bapaknya (al-Mahdi) juga sama dengan nama bapakku.” (HR. Abu Daud dan Tirmidzi, serta disahihkan oleh al-Albani dalam Misykaat al-Mashabih). Adapun Mahdi yang diakui oleh orang Rafidhah bernama Muhammad bin al-Hasan al-‘Askari sebagaimana yang disebutkan oleh al-Arbali dalam kitabnya Kasyf al-Ghummah (jilid III, hal 226).

Kedua, Mahdi orang Islam belum dilahirkan hingga sekarang dan dia akan dilahirkan di akhir zaman. Adapun mahdi orang Rafidhah didakwa telah dilahirkan pada tahun 255 H. Berkata al-Arbali dalam kitabnya Kasyf al-Ghummah (jilid III, hal 236), “Al-Mahdi lahir pada malam pertengahan Sya’ban tahun 255 H, lantas tatkala berumur lima tahun dia masuk gua as-Samuroi di Iraq. Dan sekarang dia masih hidup.” Jadi sejak tahun itu sampai hari ini mahdi orang Rafidhah sudah berumur 1168 tahun!

Berkata syaikh mereka, Abdul Hamid al-Muhajir berusaha keras untuk membuktikan adanya al-Mahdi khurafat mereka, “Manusia itu boleh sahaja hidup ribuan tahun, ditambah lagi kita tidak mengetahui umur yang disebutkan dalam Al Quran. Sedangkan umur 70 tahun, 60 tahun, 80 tahun, itu semua umur alami. Umur itu tidak ada yang tahu panjangnya kecuali Allah. Mungkin saja seseorang hidup salama umur Nuh. Nuh hidup 3000 tahun. Ilmu mutakhir membuktikan bahawa tidak ada suatu hal yang menghalangi panjangnya umur seseorang, seandainya Allah menghendaki. Tidak ada perbezaan pendapat dalam hal ini, kerana Allah menciptakanmu tidak hanya untuk hidup 60 tahun kemudian kamu mati, seandainya jika memang belum ada sebab-sebab kematian. Para ilmuwan berkata: Seandainya manusia selalu berada di atas kaedah ilmiah yang tepat di dalam makannya, minumnya, pakaiannya, tidurnya dan bangunnya, niscaya dia boleh hidup ribuan tahun!”

Ketiga, Mahdi orang Islam dari keluarga Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam, berketurunan al-Hasan bin Ali radhiallahu ‘anhu, adapun mahdi yang didakwa oleh Rafidhah itu keturunan al-Husain bin Ali radhiallahu ‘anhu.

Keempat, Mahdi orang Islam tinggal selama 7 tahun, adapun Mahdi yang didakwa oleh Rafidhah tinggal selama 70 tahun.

Kelima, Mahdi orang Islam memenuhi bumi dengan keadilan setelah sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman. Adapun Mahdinya orang Rafidhah, sesungguhnya dia akan membunuh orang-orang Islam musuh-musuh Rafidhah, bahkan dia akan menghidupkan kembali ash-Siddiq dan al-Faaruq; Abu Bakar dan Umar radhiallahu ‘anhuma, kemudian menyalib keduanya, juga menyebat Aisyah dengan sebatan had, sebagaimana disebutkan dalam kitab ar-Raj’ah karangan Ahmad al-Ahsaa’ii (hal 161).

Bahkan Mahdi Rafidhah banyak melakukan pembunuhan di muka bumi ini terutama orang-orang Quraisy. Sampai-sampai mereka berkata: bahawasanya al-Mahdi akan membunuh dua pertiga dari penduduk bumi.

Demi Allah, tidak diragukan lagi bahawa ini adalah pekerjaan al-Masih ad-Dajjal! Bahkan dalam Bihaar al-Anwar (jilid 52, hal 354) disebutkan, ((Telah diriwayatkan dari Abu Ja’far ‘alaihis salam bahawa dia berkata: Hingga kebanyakan manusia berkata: “Dia bukanlah dari keluarga Nabi Muhammad, seandainya dia dari keluarga Muhammad, niscaya dia itu akan bersikap lemah lembut.”)).

Keenam, Mahdi orang Islam menegakkan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam, walaubagaimanapun mahdi yang didakwa oleh Rafidhah, dia akan menegakkan hukum keluarga Daud, bahkan akan menyeru Allah dengan nama Ibraninya, sebagaimana yang disebutkan dalam kitab Usul al-Kaafi (jilid I, hal 398).

Ketujuh, Mahdi orang Islam, Allah akan menurunkan dengannya hujan, lantas bumi menumbuhkan tumbuhannya. Adapun Mahdi Rafidhah maka akan menghancurkan Ka’bah, Masjidil Haram, Masjid Nabawi, bahkan akan menghancurkan semua masjid (yang ada di muka bumi). Sebagaimana yang disebutkan oleh ath-Thusi dalam kitabnya al-Gharib (hal 472).

Kelapan, Mahdi orang Islam memerangi Yahudi dan Nasrani, sampai agama betul-betul menjadi milik Allah semata-mata, dan dia berserta Nabi Isa akan membunuh Dajjal. Adapun Mahdi orang-orang Rafidhah, maka dia akan berdamai dengan orang Yahudi dan Nasrani, lantas menghalalkan darah orang Islam dan membalas dendam terhadap mereka. Sebagaimana diterangkan al-Majlisi dalam kitabnya Bihar al-Anwar (jilid 52, hal 376).

Dengan demikian hilanglah ketidakjelasan perbezaan antara dua mahdi. Dan tidak mungkin Mahdi yang difahami oleh orang Islam itu sama dengan Mahdi orang Rafidhah itu.

[Sumber]

Friday, November 22, 2013

Nikah Mutaah, Penipuan Untuk Menghalalkan Zina

Nikah Mutaah, Penipuan Untuk Menghalalkan Zina

Info Syiah. Islam amat menitikberatkan kesucian institusi kekeluargaan melalui konsep perkahwinan yang dapat memelihara kehormatan, hak-hak kaum wanita, nasab keturunan dan membanteras budaya jahiliah seperti pengamalan seks bebas serta pelacuran.

Nikah Mutaah
Gambar hiasan.

Namun, kehadiran fahaman Syiah yang sering dikaitkan sebagai salah satu aliran mazhab dalam Islam telah menggugat institusi kekeluargaan serta mencemar kehormatan kaum wanita yang dilayan tidak ubah seperti pelacur jalanan dengan menghalalkan nikah mut’ah (kontrak).

Apa itu nikah mut’ah? Ia adalah satu proses di mana seorang lelaki menikahi seorang wanita dengan bayaran tertentu untuk jangka waktu tertentu.

Pernikahan ini berakhir apabila berakhirnya tempoh tersebut tanpa perlu adanya perceraian. Juga tiada kewajipan memberi nafkah dan tempat tinggal kepada isteri serta tiada waris-mewarisi di antara keduanya apabila salah seorang meninggal dunia sebelum berakhirnya tempoh pernikahan.

Pernikahan ini juga tidak mensyaratkan adanya saksi dan tidak disyaratkan mendapatkan keizinan wali. Status wanita yang melakukan nikah mut’ah ini sama dengan wanita sewaan atau hamba abdi.

Menurut ajaran Syiah, nikah mut’ah ini merupakan satu perkara yang boleh menentukan keimanan penganutnya. Menolak konsep nikahmut’ah ini menyebabkan seseorang itu menjadi kafir atau murtad. Lihatlah riwayat palsu yang dinamakan atas Imam Ja’afar al-Sadiq seperti yang termaktub dalam kitab-kitab mereka.

Ja’afar al-Sadiq berkata: Bukan daripada kalangan kami orang yang tidak mempercayai raj’ah (kebangkitan semula para imam sebelum kiamat untuk menghukum orang yang menentang dan memusuhi Ahlul Bait) dan tidak menganggap halal mut’ah kita. (Rujuk Man Laa Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 458)

Daripada Imam Ja’afar al-Sadiq lagi: Bahwa mut’ah adalah sebahagian daripada agamaku dan agama nenek moyangku. Barang siapa yang mengamalkannya, bererti dia telah mengamalkan agama kami. Dan yang mengingkarinya bererti (dia telah) mengingkari agama kami. Bahkan, dia boleh dianggap beragama dengan selain agama kami. Anak yang dilahirkan menerusi perkahwinan mut’ah ini lebih utama daripada anak yang dilahirkan melalui nikah yang tetap. Dan orang yang mengingkari nikah mut’ah, maka dia kafir dan murtad. (Rujuk Minhajul Qashidin karya Fathullah al-Kasyani, ms. 356)

Bukan sekadar anak yang lahir hasil pernikahan kontrak ini dianggap lebih mulia berbanding anak yang lahir daripada pernikahan tetap, nikah mut’ah ini turut menjanjikan ganjaran pahala yang besar oleh ALLAH.

Abu Abdillah (Ja’afar al-Sadiq) pernah ditanya: “Apakah nikah mut’ah itu memiliki pahala?” Maka, beliau menjawab: “Bila dia mengharapkan wajah ALLAH (ikhlas), maka tidaklah dia membicarakan keutamaan nikah tersebut kecuali ALLAH menulis baginya satu kebaikan. Apabila dia mula mendekatinya, maka ALLAH ampuni dosanya. Apabila dia telah mandi (iaitu mandi wajib setelah berjimak ketika nikah mut’ah), maka ALLAH ampuni dosanya sebanyak air yang mengalir pada rambutnya.” (Rujuk Man Laa Yahdhuruhu al-Faqih, jil. 3, ms. 366)

Pernikahan secara mut’ah ini tidak memerlukan majlis-majlis rasmi sebagaimana majlis perkahwinan yang biasa kita lihat. Memadailah ia dilakukan berduaan tanpa saksi mahupun keizinan wali. Setelah itu, pasangan tersebut dibenarkan untuk melakukan persetubuhan sebagaimana suami isteri yang sah.

Ja’afar al-Sadiq pernah ditanya seseorang: “Apa yang aku katakan kepada dia (wanita yang akan dinikahkan) bila aku telah berduaan dengannya?” Maka, beliau menjawab: “Engkau katakan: ‘Aku bernikah dengan­mu secara mut’ah berdasarkan kitabullah dan sunnah Nabi-NYA, namun engkau tidak mendapat warisan daripadaku dan tidak pula memberikan warisan apapun kepadaku selama sehari atau setahun dengan upah senilai dirham demikian dan demikian.’ Engkau sebutkan jumlah upah yang telah disepakati sama ada sedikit mahupun banyak.” Apabila wanita tersebut mengatakan: “Ya” bererti dia telah redha dan halal bagi lelaki tersebut untuk menggaulinya. (Rujuk al-Kulaini, Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 455)

Ja’afar al-Sadiq berkata: "Tidak mengapa bernikah dengan seorang wanita yang masih perawan bilamana dia redha walaupun tanpa izin kedua orang tuanya". (Rujuk at-Thusi di dalam Tahdzibul Ahkam, jil. 7, ms. 254)

Nikah Mutaah

Nilai mahar atau mas kahwin yang perlu dibayar adalah berdasarkan persetujuan pasangan tersebut. Bahkan menurut ajaran Syiah, ia boleh dibayar dengan hanya segenggam makanan seperti gandum atau buah kurma.

Hal ini telah diriwayatkan daripada Abu Ja’afar dan anaknya Ja’afar iaitu (nilai upah nikah mut’ah adalah) sebanyak satu dirham atau lebih, (ataupun) gandum, makanan ruji, tepung gandum atau kurma sebanyak satu tapak tangan. (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 457)

Nikah mut’ah ini bukan sekadar memberi keringanan kepada pengamalnya dengan nilai mas kahwin yang begitu murah, malah tempoh perkahwinan tersebut juga bergantung pada apa yang telah dipersetujui oleh pasangan tersebut seperti setahun, sebulan atau sehari. Bahkan, ia boleh berada dalam tempoh amat singkat iaitu sekadar sekali persetubuhan.

Diriwayatkan daripada Abu Hassan Ali bin Muhammad al-Jawad bahawa beliau pernah ditanya tentang tempoh minimum jangka waktu mut’ah. Apakah diperbolehkan mut’ah dengan kesepakatan jangka waktu sekali persetubuhan? Beliau menjawab: “Ya, tidak mengapa tetapi setelah selesai hendaklah memalingkan muka dan tidak memandang lagi (kepada wanita itu).” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 460)

Islam membataskan seorang lelaki hanya boleh memiliki empat isteri dalam satu-satu masa, namun nikah mut’ah Syiah ini membenarkan penganutnya bernikah dengan ramai wanita tanpa batasan.

Diriwayatkan daripada Ja’afar al-Sadiq bahawa dia berkata: "Berkahwinlah dengan mereka secara mut’ah walaupun sehingga 1000 orang kerana mereka itu termasuk di antara wanita yang disewakan". (Rujuk Tahdzibul Ahkam, jil. 7, ms. 259)

Konsep nikah mut’ah ini turut membenarkan seseorang itu untuk bernikah dengan wanita yang sama beberapa kali.

Nikah Mutaah
Membenarkan isteri ditiduri orang lain.

Diriwayatkan daripada Imam Ja’afar al-Sadiq yang berkata: "Tidak mengapa. Seseorang boleh melakukan mut’ah dengan seseorang wanita seberapa banyak yang di­kehendakinya". (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 460)

Untuk lebih memudahkan lagi proses nikah mut’ah, lelaki Syiah tidak perlu menyelidiki status wanita yang ingin dinikahi itu, sama ada sudah bersuami atau masih perawan.

Daripada Aban bin Taghlab yang berkata: “Aku bertanya pada Abu Abdullah bahawa aku sedang berada di sebatang jalan lalu aku ternampak seorang wanita cantik dan aku takut sekiranya dia telah bersuami atau barangkali dia adalah seorang pelacur.” Beliau menjawab: “Ini bukan urusanmu, percayalah kepada pengakuannya.” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 462)

Bahkan, kemudahan untuk melakukan nikah mut’ah ini tidak terhenti setakat itu. Di dalam kitab-kitab Syiah yang lain, penganutnya dibenarkan untuk bernikah secara mut’ah dengan wanita beragama Kristian, Yahudi, Majusi dan penganut agama lain. Bukan sekadar itu, penganut Syiah juga membenarkan perbuatan meminjamkan kemaluan seperti menyerahkan isteri atau ibunya kepada lelaki lain.

Sayid Hussain al-Musawi seorang tokoh ulama Syiah yang telah bertaubat dan kembali kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah menceritakan tentang amalan meminjamkan kemaluan di sisi penganut Syiah.

Menurut beliau: Jika seseorang lelaki hendak bermusafir, dia meninggalkan isterinya kepada jirannya, kawannya atau kepada sesiapa sahaja yang dipilihnya. Dia membenarkan orang tersebut untuk membuat apa sahaja yang dia suka (kepada isterinya itu) selama dia berada dalam musafir. Alasannya sangat jelas iaitu agar si suami berasa tenang hingga isterinya tidak melakukan zina selama dia ditinggalkan. Jika salah seorang datang sebagai tetamu dan sebagai usaha untuk memuliakan tetamu, maka tuan rumah akan meminjamkan isterinya kepada tetamu tersebut selama dia tinggal di rumahnya. (Rujuk Lillahi Tsumma Li at-Tarikh dalamedisi terjemahanMengapa Saya Keluar Dari Syi’ah, Pustaka al-Kautsar, ms. 61-62)

Di dalam buku yang sama, Sayid Hussain al-Musawi turut memaparkan fatwa pelik yang dikeluarkan oleh pengarang kitab al-Muraja’at (edisi terjemahan dengan tajuk Dialog Sunnah - Syi’ah), Sayid Abdul Husain Syarafuddin al-Musawi.

Seorang pemuda yang sedang belajar jurusan perubatan di London telah mengadu masalah untuk mencari pasangan hidup di sana kerana dia tidak boleh bernikah dengan penganut Kristian mahupun Yahudi.

Malah, dia juga gagal mencari pasangan Muslimah untuk bernikah walaupun secara mut’ah. Hanya perbuatan zina sahaja yang dilihat akan dapat mengeluarkan pemuda tersebut daripada masalah yang dihadapinya.

Maka, Sayid Abdul Husain Syarafuddin al-Musawi pun berkata: "Sesungguhnya keadaanmu betul-betul darurat. Namun aku ingat, aku pernah membaca satu riwayat daripada Ja’afar al-Sadiq jika datang seorang lelaki yang sering bermusafir, sementara dia tidak dapat ditemani oleh isterinya serta tidak boleh melakukan nikah mut’ah di sebuah negara yang dikunjunginya, sehingga dia merasakan penderitaan sebagaimana yang kamu rasakan, maka Abu Abdillah (Ja’afar al-Sadiq) berkata kepadanya: “Maka kahwinilah lelaki.” Inilah jawapan atas pertanyaanmu". (Rujuk Lillahi Tsumma Li at-Tarikh, ms. 69-70)

Nikah Mutaah
Syiah menggalakkan homoseksual.

Beginilah caranya Syiah menghalalkan perbuatan homoseksual yang keji. Sungguh memalukan fatwa daripada pengarang al-Muraja’at yang masyhur ini. Seterusnya penganut Syiah turut dibenarkan untuk bernikah mut’ah dengan kanak-kanak perempuan dalam lingkungan umur 10 tahun.

Abu Ja’afar telah ditanya tentang umur minimum wanita yang boleh dilakukan mut’ah. Beliau menjawab: “Iaitu kanak-kanak yang tidak tertipu.” Berkata perawi, aku pun bertanya: “Semoga ALLAH mendamaikan engkau. Berapakah umur minimum wanita yang tidak tertipu?” Beliau menjawab: “10 tahun.” (Rujuk Al-Furu’ Minal Kafi, jil. 5, ms. 463)

Pemimpin revolusi Iran iaitu Imam Khomeini berpendapat dibenarkan untuk melakukan nikah mut’ah sekalipun dengan anak kecil yang masih menyusu.

Dia berkata: "Tidak mengapa melakukan mut’ah dengan anak yang masih menyusu melalui pelukan, himpitan paha (meletakkan zakar di antara dua pahanya) dan ciuman". (Rujuk Tahrir al-Wasilah, jil. 2, ms. 241)

Beginilah martabat seorang wanita di sisi ajaran Syiah yang tidak ubah seperti pelacur jalanan yang dijadikan objek pemuas hawa nafsu kaum lelaki. Apa yang lebih memburukkan lagi keadaan, wanita yang dinikahi secara mut’ah ini tidak berhak mewarisi apa jua harta daripada pasangan lelakinya.

Nikah Mutaah
Gambar hiasan.

Menurut Ayatullah Ali al-Sistani: "Nikah mut’ah tidak mengakibatkan hubungan warisan di antara suami dan isteri. Dan jika mereka berdua sepakat, berlakunya kesepakatan itu masih dipermasalahkan. Tetapi, jangan sampai mengabaikan asas berhati-hati dalam hal ini". (Rujuk Minhajus Salihin, jil. 3, ms. 80)

Pihak lelaki juga tidak diwajibkan untuk memberi sebarang bentuk nafkah kepada pasangannya mahupun zuriat yang dilahirkan hasil daripada pernikahan mut’ah tersebut.

Ayatullah Ali al-Sistani berkata: "Lelaki yang bernikah secara mut’ah dengan seorang wanita tidak wajib untuk memberi nafkah kepada isteri mut’ahnya walaupun dia sedang hamil hasil perbuatannya. Suami tidak wajib menginap di tempat isterinya kecuali telah disepakati pada akad mut’ah atau akad lain yang mengikat". (Rujuk Minhajus Salihin, jil. 3, ms. 80)

Adakah layak dikatakan konsep nikah mut’ah sebegini rupa dianggap sebagai satu ajaran yang menepati al-Quran dan sunnah Rasulullah? Sungguh mengaibkan untuk meletakkan sistem perkahwinan sejelik ini sebagai sesuatu yang bersumber daripada wahyu.

Pada zaman awal kedatangan Islam, nikah mut’ah sememangnya dibenarkan:

Daripada Jabir bin ‘Abdullah dan Salamah bin al-Akwa’, keduanya berkata: “Kami berada dalam suatu pasukan (tentara dalam peperangan), lalu utusan Rasulullah datang kepada kami dan mengatakan: "Sesungguhnya telah diizinkan bagi kamu untuk bernikah mut’ah, maka bernikahlah secara mut’ah.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.

Menurut Imam Al-Muzani yang berkata: "Telah sah bahawa nikah mut’ah pernah dibenarkan pada awal-awal Islam. Kemudian datang hadis-hadis yang sahih bahawa nikah tersebut tidak diperbolehkan lagi. Kesepakatan ulama telah menyatakan keharaman nikah tersebut". (Rujuk Imam al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim)

Ini sebagaimana sabda baginda: "Wahai manusia! Sesungguhnya aku duhulu pernah mengizin­kan kamu untuk melakukan nikah mut’ah. Namun sekarang ALLAH telah mengharamkan nikah tersebut sampai hari kiamat". - Hadis riwayat Imam Muslim di dalam Shahihnya.

Nikah Mutaah

Namun begitu, konsep nikah mut’ah pada zaman tersebut sama sekali tidak menyerupai amalan golongan Syiah kini. Nikah mut’ah pada masa itu hanya dibenarkan bagi mereka yang berada dalam keadaan musafir yang lama kerana peperangan.

Dalam situasi tersebut, mereka terpaksa hidup membujang atau tidak dapat melakukan hubungan kelamin dalam jangka waktu yang agak lama. Ini kerana isteri tidak turut serta bersama mereka.

Situasi sebegini amat menyeksakan bagi sesetengah umat Islam pada masa tersebut kerana mereka masih berada dalam tempoh peralihan dari zaman jahiliah kepada Islam.

Perzinaan pada masa jahiliah merupakan satu perkara biasa yang diamalkan secara meluas. Tahap keimanan di kalangan para sahabat pada masa itu berbeza kekuatannya.

Ada yang kuat dan ada juga yang agak lemah. Dikhuatiri bagi yang lemah imannya akan terjerumus semula dalam perbuatan zina sebagaimana ketika zaman jahiliah. Maka, sebagai alternatif, Rasulullah membenarkan nikah mut’ah pada masa itu.

Dapatlah kita fahami bahawa dihalalkan nikah mut’ah pada zaman awal kedatangan Islam adalah ketika keadaan darurat atau terpaksa, bukannya dalam situasi senang-lenang untuk memuaskan nafsu sebagaimana amalan golongan Syiah.

Hal ini dapat kita perhatikan dalam sebuah riwayat daripada Abu Jamrah yang berkata: "Aku mendengar Ibnu Abbas ditanya tentang bernikah dengan perempuan secara mut’ah lalu beliau membolehkannya. Maka, maula (hamba) beliau berkata kepadanya: “Sesungguhnya yang demikian itu hanya dalam keadaan yang terpaksa dan saat jumlah wanita sedikit atau sepertinya.” Maka, Ibnu Abbas menjawab: “Benar.” - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.

Tambahan pula, nikah mut’ah pada zaman itu perlu memenuhi syarat sah akad nikah seperti memerlukan keizinan wali, perlunya dua orang saksi dan adanya mas kahwin. Setelah selesai tempohnya, wanita tersebut perlu memastikan bahawa dia tidak hamil sebelum melakukan nikah mut’ah yang lain.

Sekiranya hamil, maka anak itu akan dinasabkan kepada bapanya iaitu pasangan wanita dalam nikah mut’ah tersebut.

Berkata Imam Ibu Athiyah: "Nikah mut’ah yang pernah dibenarkan adalah apabila seorang lelaki bernikah dengan wanita berserta dua orang saksi dan izin wali sampai batas waktu tertentu, hanya sahaja ia tanpa hak saling mewarisi antara keduanya, namun tetap harus dengan mahar atas kesepakatan keduanya. Dan apabila telah selesai tempoh masanya, maka dia tidak lagi mempunyai hak atas isterinya dan harusistibra rahimnya (mengosongkan rahim daripada janin dan boleh diketahui dengan datangnya haid atau setelah melahirkan anaknya), kerana anak yang lahir akan dinasabkan kepada pasangan lelakinya. Tetapi apabila tidak hamil, maka dia boleh bernikah dengan yang lainnya".

Pengharaman nikah mut’ah ini disepakati oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana hukumnya telah dimansuhkan oleh Rasulullah sendiri menerusi beberapa hadis baginda.

Al-Khathabi berkata: "Pengharaman mut’ah juga bersandarkan ijmak, kecuali sebahagian pengikut Syiah. Tetapi, ia tidak sesuai dengan dasar mereka yang mengembalikan perkara yang diperselisihkan kepada ‘Ali dan ahli baitnya. Sebagaimana yang telah dinukilkan daripada Ali melalui jalur yang sahih bahawa hukum nikah mut’ah telah mansukh (dihapuskan)". (Rujuk Al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Baari)

Hadis yang dimaksudkan Imam al-Khathabi adalah daripada ‘Ali bin Abi Talib yang berkata kepada Ibnu Abbas: "Sesungguhnya Rasulullah melarang nikah mut’ah dan memakan daging khimar jinak pada waktu perang Khaibar". - Hadis riwayat Imam al-Bukhari di dalam Shahihnya.

Nikah Mutaah

Realitinya, nikah mut’ah ini hanya merendahkan martabat wanita dan menjadikan mereka seperti objek permainan seks kaum lelaki untuk kepuasan hawa nafsu mereka. Ia juga mencemar institusi kekeluargaan kerana semakin ramai anak yang tidak berbapa secara sah akan dilahirkan.

Bahkan, kemungkinan juga kerana terlalu kerap mengamalkan nikah mut’ah, para wanita tersebut tidak dapat mengenal pasti siapakah bapa sebenar kepada bayi mereka. Golongan wanita juga akan dibebankan dengan tanggungjawab yang lebih kerana mereka tidak akan menerima apa jua bentuk nafkah material daripada pasanganmut’ahnya. Senario ini diibaratkan seperti habis madu sepah dibuang.

Ketahuilah bahawa di antara kelompok Syiah yang menghalalkan nikah mut’ah ini adalah Syiah Imamiyah atau Ja’fariyah sebagaimana yang sedang giat disebarkan di beberapa buah negeri.

Tindakan tegas oleh pihak berkuasa amat dialu-alukan demi membendung tersebarnya kesesatan ajaran Syiah di negara ini yang telah menetapkan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai aliran rasmi.

Pihak berkuasa juga perlu memperhebat usaha untuk menyebarkan bahan-bahan dakwah serta menganjurkan majlis-majlis penerangan tentang hakikat sebenar ajaran Syiah kepada semua umat Islam. Wallahu a‘lam.

BACA INI JUGA: Kenali Tiga Golongan Puak Syiah

Sumber: Sinar Online

Tuesday, November 12, 2013

15 Ciri-ciri Munafik Penganut Syiah

15 Ciri-ciri Munafik Penganut Syiah

Penganut Syiah selalu bersembunyi dalam segala perkara terutamanya apabila mereka mendakwa bahawa Syiah merupakan sebahagian mazhab dalam Islam. Walhal sebenarnya tidak!

15 Ciri-ciri Munafik Penganut Syiah - Cara Solat Penganut Syiah
Beginilah keadaan solat penganut Syiah yang 
tidak menghadap pada satu arah sahaja.

Dalam istilah Syiah, ia disebut 'Taqiyah'. Namun sebenarnya ada beberapa yang boleh kita perhatikan dari penganut Syiah dari 15 ciri-ciri yang terdapat dibawah;

1) Mengenakan songkok hitam dengan bentuk tertentu. Tidak seperti songkok yang dikenali umum. Songkok mereka seperti songkok orang arab cuma berwarna hitam.

2) Tidak solat jumaat. Meskipun solat jumaat bersama jemaah, tetapi mereka akan terus berdiri setelah imam selesai mengucapkan salam. Jemaah lain akan menyangka dia sedang mengerjakan solat sunat. Padahal dia menyempurnakan solat Zuhur empat rakaat. Ini kerana pengikut Syiah tidak meyakini kesahihan solat JUmaat kecuali bersama Imam yang maksum atau wakilnya.

3) Pengikut Syiah juga tidak akan mengakhiri solatnya dengan mengucapkan salam yang dikenali kaum Muslimin, tetapi dengan memukul kedua pahanya beberapa kali.

4) Pengikut Syiah jarang menunaikan sembahyang berjemaah kerana mereka tidak mengakui solat lima waktu. Apa yang mereka yakini hanya solat tiga waktu sahaja.

5) Majoriti pengikut Syiah selalu membawa At-Turbah Al-Husainiyah iaitu batu/tanah yang digunakan untuk menempatkan kening ketika sujud apabila mereka solat.

6) Jika diperhatikan cara mereka berwuduk, maka kita akan dapati bahawa cara mereka sangat berlainan. Tidak seperti yang dilakukan oleh kaum Muslimin.

7) Kita tidak akan mendapati penganut Syiah hadir dalam kajian dan ceramah Ahli Sunnah.

8) Kita juga akan melihat penganut Syiah sangat banyak mengingati Ahlul Bait: Ali, Fathimah, Hasan dan Husein r.a.

9) Penganut Syiah tidak akan menghormati Sayidina Abu Bakar, Umar, Usman, majoriti sahabat dan Ummahatul Mukminin r.a.

10) Pada bulan Ramadhan, penganut Syiah tidak terus berbuka puasa setelah azan maghrib. Dalam perkara ini, Syiah berkeyakinan seperti Yahudi iaitu berbuka puasa setelah bintang-bintang sudah kelihatan di langit. Dengan kata lain mereka berbuka apabila benar-benar sudah masuk waktu malam. Mereka juga tidak solat Tarawih bersama kaum Muslimin, kerana menganggapnya sebagai bida'ah.

11) Mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menanam dan menimbulkan fitnah antara jemaah salaf dengan jemaah lain. Sementara itu, pengikut Syiah mendakwa tidak ada perselisihan antara mereka dengan jemaah lain selain salaf. Dan perkara ini tidak benar sama sekali!

12) Kita tidak akan melihat seorang penganut syiah memegang dan membaca Al-Qur'an. Jika ada pun, sangat jarang, itupun sebagai bentuk taqiyyah kerana Al-Qur'an yang benar menurut mereka ialah Al-Qur'an yang berada di tangan Imam Al-Mahdi yang ditunggu kedatangannya.

13) Orang Syiah tidak berpuasa pada hari Asyura, mereka hanya menunjukkan kesedihan di hari tersebut.

14) Mereka juga akan berusaha keras untuk mempengaruhi kaum wanita khususnya mahasiswi di universiti atau perkampungan sebagai langkah awal untuk memenuhi keinginannya melakukan mut'ah dengan wanita-wanita tersebut apabila mereka menerima ajaran Syiah.

15) Penganut-penganut Syiah dengan tekunnya akan berdakwah kepada orang-orang tua yang mempunyai anak perempuan. Tujuan mereka adalah untuk mempengaruhi anak-anak perempuan mereka menerima dan menganuti ajaran Syiah. Setelah itu bolehlah mereka melakukan zina Mut'ah dengan wanita-wanita tersebut dengan atau tanpa pengetahuan ayahnya. Pada hakikatnya, ketika seorang ayah menerima ajaran Syiah, secara automatik penganut-penganut lelaki Syiah berhak untuk melakukan zina Mut'ah dengan anak gadisnya.

Kesimpulan

Ciri-ciri mereka sangat banyak. Selain yang disebutkan diatas, masih banyak lagi ciri-ciri yang lain sehinggakan tidak mungkin bagi kita untuk menjelaskan kesemuanya disini.

Namun cara yang paling praktikal ialah dengan memerhatikan raut wajah. Wajah mereka akan merah padam jika nama Khomeini dan Sistani dicela. Namun, apabila nama Abu Bakar, Umar, Usman, Aisyah dan Hafshah atau sahabt-sahabat yang lain dikutuk, tidak ada sedikit pun tanda-tanda kebimbangan atau kemarahan di wajah mereka.

Akhirnya, dengan hati yang terang, Ahli Sunnah Wal Jamaah akan mengenali pengikut Syiah melalui wajah 'hitam' mereka kerana tidak mempunyai keberkatan. Jika diperhatikan wajah mereka, maka kita akan membuktikan kebenaran ini.

Dan inilah hukuman bagi sesiapa saja yang mencela dan meremehkan para sahabat Nabi SAW serta para ibunda kaum Muslimin r.a. yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT.

BACA INI JUGA: 24 Manusia Sesat Yang Pernah Mengaku Sebagai Nabi

-Sentiasapanas.com

Thursday, November 07, 2013

Kisah Gadis Melayu Ditarbiah Syiah

Kisah Gadis Melayu Ditarbiah Syiah

Info Syiah. Apabila si gadis Melayu itu menjejakkan kaki di bumi Iran, perkara pertama yang dilihatnya ialah busana rakyat Iran yang berwarna hitam. Warna hitam pada pandangannya menandakan perkabungan yang berpanjangan.

Syiah Sesat

Terdapat juga gadis Iran berseluar jean dan dipadankan dengan baju berkain hitam dan cadur iaitu sejenis cadar yang panjang dipegang di tangan. Namun, si gadis Melayu kekal berpakaian wrna-warni dan ada kalanya berbaju kurung sahaja.

Hari-hari terawal di Universiti Az-Zahra, si gadis Melayu itu hanya berkenalan dengan gadis-gadis Iran menerusi bahasa Isyarat. Gadis Iran hanya menguasai bahasa ibundanya sahaja. Ini menyebabkan si gadis Melayu itu cepat menguasai bahasa Iran.

Si gadis Melayu itu juga tiada rakan senegara atau dari Indonesia untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Bahkan berjam-jam dia mahu mengakses talian internet tapi laman sosial Friendster (ketika itu belum ada Facebook) juga disekat pemerintah.

Namun, uniknya Universiti Az-Zahra hanya menempatkan mahasiswi sahaja. Justeru si gadis Melayu itu punya lebih kebebasan untuk bergerak dalam kawasan asrama, melakukan aktiviti sukan dan berenang.

"Pritttttt!!!"

Wisel berbunyi nyaring menandakan terdapat tukang baik peralatan dan juruteknik lelaki memasuki kawasan universiti. Lalu cepat-cepat si gadis Melayu itu dan gadis-gadis Iran memakai tudung.

"Ia bukan aneh bagi kami. Kami sudah diasingkan dari kaum lelaki sejak tadika lagi", rungut rakannya, si gadis Iran itu kepadanya.

Si gadis Melayu itu dapat merasai ketidakpuas hati kecil gadis-gadis Iran yang terkongkong lalu lambat mendapat jodoh akibat peraturan demikian.

Gadis-gadis Iran bersifat terbuka dengan kehadiran si gadis Melayu itu di negara mereka. Cuma agak memelikkan bagi si gadis Melayu itu apabila mendapati kaki gadis Iran ditumbuhi banyak bulu kaki.

Lama-kelamaan barulah dia faham itu tandanya gadis tersebut belum berkahwin. Hanya wanita Iran yang telah berkahwin sahaja akan mencukur bulu kakinya.

Kecantikan gadis Iran.

Namun, rupa paras gadis-gadis Iran membuatkan lelaki kecur air liur. Gadis Iran dikurniakan kulit seputih susu dengan tekstur kulit yang halus mulus. Sepasang bibir terukir indah. Hidungnya mancung bak seludang kelapa.

Keningnya hitam dan lebat melengkung bagai bulan sabit. Matanya bulat dan bersinar tajam apabila merenung. Rambut mereka pula panjang mengurai. Semua kecantikan dan aurat wanita Iran terlindung di sebalik kain tudung hitam tanpa mengira Muslim atau bukan Muslim.

Bagi gadis-gadis Iran dunia ini suatu perjalanan yang panjang. Sebab itu rakan-rakan si gadis Melayu itu sentiasa menjamakkan solatnya walaupun tidak menggasarkannya.

"Awak datang jauh-jauh ni pasti Tuhan mahu kamu masuk Syiah. Solat pun mudah. Berwuduk pula tidak perlu susah-susah membasuh kaki", kata rakannya. Si gadis Melayu itu sekadar tersenyum lalu bertanya: "Solat Subuh berapa rakaat ya?".

"Empat rakaat kut...", jawapan dari gadis Iran itu tidak menghairankan si gadis Melayu.

Bagi gadis-gadis Iran, menjadi Syiah lebih penting daripada segala-galanya. Oleh sebab rakan si gadis Melayu itu tidak solat dan kalau solat pun sentiasa jamak sahaja, maka dia terpaksa mencari waktu solat dengan cara mengukur sendiri bayang-bayang matahari.

Ada rakan si gadis Melayu itu sangat baik akhlaknya. Bahkan mengingatkan dia untuk mendirikan solat. Tapi gadis Iran itu sendiri tidak bersolat. Selalulah dia diceramahkan dan ditarbiahkan tentang ajaran Syiah oleh rakan-rakannya.

"Okey, nanti saya fikirkan", jawab si gadis Melayu itu untuk mengelakkan pertengkaran.

"Cuba awak berdoa. Satu doa atas nama Sayidina Ali. Satu doa lagi atas nama Sayidina Abu Bakar. Mesti doa atas nama Sayidina Ali itu akan termakbul", ucap rakannya.

"Tak apalah, saya hendak berdoa atas nama Allah sahaja", balas si gadis Melayu itu bersahaja.

"His!! Degilnya awak ni!", kata gadis Iran itu geram.

Pernah si gadis Melayu itu solat dengan pengikut Syiah di sebuah masjid. Cuma yang peliknya, mereka membaca doa qunut antara dua solat yang dijamakkan. Sujud pula di atas seketul batu.

Apabila si gadis Melayu itu berkunjung ke masjid Syiah, wajib ada sekurang-kurangnya sebuah kubur yang dibina indah di dalam masjid. Siap berdinding dan berbumbung.

Pada dinding tersebut ada lubang. Dia meneropong ke dalam lubang itu yang terdapat keranda kosong sebagai simbolik kepada jenazah yang ditanam dalam tanah.

Anehnya dalam ruang tersebut selain keranda kosong terdapat banyak anak patung dan duit syiling. Di sekeliling dinding cermin yang memagari kubur terdapat besi terikat benang-benang.

Salah satu makam Imam penganut Syiah.

Daripada pemerhatian si gadis Melayu itu, orang Syiah sangat memuliakan kubur imam mereka. Bermula dari pintu masuk masjid lagi, pengikut Syiah akan mencium dinding masjid. Kemudian mencium dinding makam tanpa henti sambil mengikatkan benang pada besi itu dan memasang hajat masing-masing.

Apabila benang itu terurai maka dianggap hajat tercapai. Ada juga yang membawa mangga kunci, lilin dan lain-lain lagi barangan menuju ke kubur di tengah masjid itu. Selain itu, masjid Syiah mempunyai banyak cermin-cermin memenuhi hiasan dalaman masjid dengan ukiran tertentu hingga membuatkan pandangan bersilau.

Sepanjang si gadis Melayu itu tinggal di Iran, dia mendapati Iran banyak cuti umum. Antaranya cuti umum bagi menyambut ulang tahun hari kematian 12 imam mereka dan hari bersejarah perjuangan bangsa Parsi.

12 imam pengikut Syiah.

Setiap tahun baru Nuruz, seluruh negara akan bercuti hingga dua minggu.

Jika tahun hijrah mengikut peredaran bulan, tahun baru Nuruz bagi orang Iran ialah mengikut pusingan matahari.

Sambutan Awal Muharam merupakan hari perayaan terbesar. Secara tidak langsung si gadis Melayu akan turut serta bersama gadis-gadis Iran berpesta, bergendang, berarak dan membuat majlis di rumah-rumah. Perarakan mereka seolah-olah perarakan tentera Hassan dan Hussein dengan irama lagu tertentu.

Sepanjang jalan juga, semua orang akan menghulurkan air kepada si gadis Melayu itu. Apabila dia bertanya orang yang menghulurkan air kepadanya menangis sambil meraung.

"Ingatkah lagi peristiwa kematian Sayidina Hussein yang mati kerana kehausan akibat kezaliman musuh!", jerit mereka.

Selain itu, mereka juga ada Hari Ibu dan Hari Bapa. Bagi mereka, Hari Ibu ialah hari kelahiran Fatimah Az-Zahrah. Manakala Hari Bapa ialah hari kelahiran Sayidina Ali. Hari Guru ialah hari kematian cerdik pandai Syiah.

Bukan saja cantik bahkan gadis Iran rajin membaca.

Menariknya, orang Iran amat rajin membaca. Semasa si gadis Melayu itu ke perpustakaan, terdapat banyak sekali karya cendekiawan Iran tersusun elok di atas rak yang tinggi-tinggi.

Antaranya, Qanun fi Tibb yang ditulis oleh Ibnu Sina seorang doktor kelahiran Iran. Karya penyair agung Iran seperti Hafiz, Sa'di dan Rumi telah diterjemahkan ke dalam puluhan bahasa dan tersebar ke seluruh dunia.

Oleh sebab orang Iran tidak menekankan sangat penguasaan bahasa Inggeris, maka banyak buku berbahasa Inggeris, Brazil, Rusia dan lain-lain negara diterjemahkan ke dalam bahasa Parsi.

Jika kita mempunyai Pesta Buku Antarabangsa, Iran mempunyai satu kawasan saujana mata memandang yang menempatkan ratusan bahkan ribuan gudang menjual buku sahaja.

Nisbah besarnya kawasan itu ialah seluruh kawasan yang menempatkan Pesta Buku Antarabangsa Pusat Dagangan Dunia Putera (PWTC) bersamaan dengan segudang kedai buku kanak-kanak. itu belum lagi buku dalam bidang-bidang lain.


Di situlah si gadis Melayu itu menelaah dan befikir menilai dan menapis antara intan dan permata. Antara fakta dan imaginasi dalam membentuk keperibadiannya sebagai gadis Timur.

Si gadis Melayu itu melalui detik mendebarkan apabila hampir tercetusnya perang antara Iran dengan Amerika pada tahun 2004-2007. Media antarabangsa menggembar-gemburkan Iran akan diserang. Namun tiada sebutir bom pun meletup di Iran.

Cuma apabila jiran Iran iaitu Iraq dicerobohi Amerika dan Presiden Saddam Hussein terbunuh, seluruh rakyat Iran dan rakan-rakannya saling bertukar manisan dan berpesta di setiap pelosok negara termasuk di jalan raya.

Apabila menjejakkan kaki kembali ke bumi Malaysia, terkial-kial si gadis Melayu itu mahu mengingati kembali hari, tarikh, tahun bahkan bahasa ibundanya sendiri!

Barulah dia menyedari betapa beruntungnya dilahirkan di bumi Malaysia dan kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Bayangkan jika si gadis Melayu ini tidak mempunyai 'kedegilan' dan jati diri yang kuat semasa ditarbiahkan oleh rakan-rakan Syiahnya semasa menuntut di Iran...

Nota: Si gadis Melayu yang di maksudkan itu ialah Firuz Akhtar Muhammad Bukhari Lubis, mantan Ustazah Pilihan Musim Pertama Astro. Sepanjang lima tahun pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Kesusateraan Parsi di bumi Iran, beliau tidak pernah pulang ke Malaysia walaupun semasa cuti semester.

Masa terluang itulah digunakan untuk meneroka bumi Iran untuk melihat budaya, mempelajari bahasa dan menambahkan pengalaman hidup yang unik dan amat berharga selain mengenal yang mana intan yang mana permata.

-Sentiasapanas.com

Wednesday, October 02, 2013

Perbezaan Akidah Antara Ahlus Sunnah wal Jamaah Dan Puak Syiah

Perbezaan Akidah Antara Ahlus Sunnah wal Jamaah Dan Puak Syiah

Ketahuilah bahawa Syiah adalah agama di luar Islam. Perbezaan antara kita kaum Muslimin dengan Syiah sebagaimana berbezanya dua agama dari awal hingga akhir yang tidak mungkin disatukan, kecuali salah satunya meninggalkan agamanya.

Aqidah Syiah

1. Nabi

Pembawa Agama Islam adalah Muhammad Rasulullah.

Pembawa Agama Syiah adalah seorang Yahudi bernama Abdullah bin Saba ' Al Himyari . [Majmu 'Fatawa, 4/ 435].

2. Rukun Islam

Rukun Islam menurut agama Islam: 1. Mengucap dua kalimah Syahadat 2. Solat 3. Puasa 4. Zakat 5. Haji

Rukun Islam ala agama Syiah: 1. Solat 2 . Puasa 3 . Zakat 4. Haji 5. Wilayah/Kekuasaan [Lihat Al Kafi Fil Ushul 2 /18 karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 2 /634] . Kedudukan Al Kulaini di Syiah = Kedudukan Imam Bukhari di Sunni].

3. Rukun Iman

Rukun Iman menurut agama Islam ada 6 perkara iaitu: 1. Iman Kepada Allah 2. Iman Kepada Malaikat 3. Iman Kepada Kitab- Kitab 4 . Iman Kepada Para Rasul 5. Iman Kepada hari qiamat 6. Iman Kepada Qadha Qadar. 

Rukun Iman ala Agama Syiah ada 5 Perkara, iaitu: 1. Tauhid 2. Kenabian 3. Imamah 4. Keadilan 5. qiamat

4. Kitab

Kitab suci umat Islam Al Quran yang berjumlah 6236 ayat.

Kitab suci Syiah Mushaf Fathimah yang berjumlah 17,000 ayat (lebih tiga kali ganda dari Al Qur'an milik kaum Muslimin). [Lihat kitab mereka Ushulul Kafi karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 2/634].

5. Azan

Azan menurut Agama Islam: (Allahu Akbar) 4 kali, (Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH) 2 kali, (Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah) 2 kali, (Hayya 'alash sholah) 2 kali, (Hayya' alal Falah) 2 kali, (Allahu Akbar) 2 kali, ( lā ilāha ILLALLAH ) 2 kali.

Azan Ala Agama Syiah: (Allahu Akbar) 4 kali, (Asyhadu Allā ilāha ILLALLAH) 2 kali, (Asyhadu anna Muhammadan Rasulullah) 2 kali, (Asyhadu anna ' Aliyyan waliyullōh) 2 kali, (Hayya ' alash sholah) 2 kali, (Hayya' alal Falah) 2 kali, (Hayya ' alā khoiril ' amal) 2 kali, (Allahu Akbar) 2 kali, (Lā ilāha ILLALLAH) 2 kali. http://www.youtube.com/watch?v=ffuZ8Fy9Ed0

6. Solat wajib

Islam meyakini bahawa solat diwajibkan pada 5 waktu.

Agama Syiah meyakini bahawa solat diwajibkan hanya pada 3 waktu saja .

7. Solat Jumaat

Islam meyakini bahawa solat Jumaat hukumnya wajib. [QS Al Jumu'ah: 9]

Agama Syiah meyakini bahawa solat Jumaat hukumnya tidak wajib.

8. Sahabat Rasulullah

Islam menghormati seluruh sahabat Rasulullah dan meyakini mereka orang-orang terbaik yang digelar radhiallahu ' Anhum oleh Allah. [QS At Taubah: 100]

Agama Syiah meyakini bahawa seluruh sahabat Rasulullah telah kafir (Murtad) kecuali Ahlul Bait (versi mereka) , salman Al Farisi, Al Miqdad bin Al Aswad, Abu Dzar Al Ghifari. Ar Raudhoh Minal Kafi Karya Imam Besar Syiah Al Kulaini 8/245-246].

9. Empat sahabat Nabi

Islam meyakini bahawa Abu Bakar adalah orang yang terbaik dari umat ini setelah Rasulullah, kemudian selepas Umar bin Al Khatthab , lalu Utsman bin ' Affan , lalu' Ali bin Abi Talib.

Agama Syiah meyakini bahawa orang terbaik setelah Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib, adapun Abu Bakar dan Umar bin Al Khatthab adalah dua berhala Quraisy yang terlaknat. [Ajma'ul fadha'ih karya Al Mulla Kazhim hal. 157] .

10. Khalifah Abu Bakar

Islam meyakini bahawa Abu bakar adalah orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggal Rasulullah.

Agama Syiah meyakini bahawa orang yang paling berhak menjadi khalifah sepeninggalan Rasulullah adalah Ali bin Abi Talib.

Islam meyakini bahawa Abu Bakar adalah khalifah pertama yang sah.

Agama Syiah memposisikan Abu Bakar sebagai perampas kekhalifahan dari ' Ali bin Abi Talib

11. Mengkafirkan sahabat Nabi

Islam meyakini bahawa Mu'awiyah bin Abi Sufyan, 'Amr bin Al' Ash, Abu Sufyan termasuk sahabat Rasulullah

Agama Syiah meyakini bahawa mereka pengkhianat dan telah kafir (Murtad) dari Islam.

Perhatian: Pengikut-pengikut Syiah di sekitar anda akan mengingkari tulisan ini sambil berkata: "Syiah tidak seperti ini!". Tetapi mereka tidak layak mengingkari perkataan-perkataan ulama-ulama besar mereka kerana bahan bacaan yang kami gunakan dalam penyusunan artikel ini menggunakan kitab-kitab pokok Syiah yang ditulis oleh ulama-ulama besar Syiah sebagai rujukan dan dari laman web rasmi mereka.

Ibnu Babawaih Al Qummi, salah seorang ulama besar syiah, berkata: Kami menyakini bahawa taqiyah adalah wajib, siapa yang meninggalkannya sama seperti meninggalkan solat. [Al I'tiqadat hal 114]

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber manusiasurga.wordpress.com

[Sumber]

*Taqiyah menurut definisi yang dikemukakan oleh salah seorang ulama Syiah pada zaman ini bermaksud: "Taqiyah iaitu kamu mengatakan atau melakukan (sesuatu), berlainan dengan apa yang kamu yakini; untuk menolak bahaya dari dirimu atau hartamu atau untuk menjaga kehormatanmu".

Maka orang Syiah Rafidhah memandang Taqiyah itu adalah fardu (wajib). Tidak akan berdiri mazhab ini kecuali dengan Taqiyah. Dan mereka menerima pokok-pokok mazhab secara sembunyi-sembunyi dan terang-terangan. Mereka selalu melaksanakan Taqiyah itu lebih-lebih lagi bilamana mereka berada dalam keadaan yang 'tertekan'. Maka berhati-hatilah dengan orang Rafidhah wahai kaum muslimin!

BACA INI JUGA: Percanggahan Syiah Dengan Ajaran Islam

Sunday, September 22, 2013

Syiah Di Malaysia Disebarkan Oleh Remaja Dan Kanak-kanak

Syiah Di Malaysia Disebarkan Oleh Remaja Dan Kanak-kanak

Info Syiah. “Penyebaran Syiah di negara ini kini turut dilakukan generasi ketiga pengikut fahaman itu yang masih kanak-kanak dan remaja. Mereka seperti kader (ahli terlatih) yang dikesan mula menyebarkan buku mengenai ajaran Syiah di sekolah rendah dan menengah.”

Syiah

Demikian pendedahan Penolong Pengarah (Aqidah) Bahagian Penyelidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Mohd Aizam Mas’od mengenai ancaman terbaru fahaman Syiah yang turut membabitkan generasi muda negara ini.

Menurutnya, generasi ketiga pengikut ajaran Syiah itu lahir daripada keluarga berfahaman Syiah, termasuk yang menerima pendidikan di Iran. “Jadi, ada dalam kalangan mereka (generasi ketiga) dilatih menjadi kader Syiah dan peranan mereka mengembangkan fahaman itu dalam kalangan rakan sekolah,” katanya. Mohd Aizam berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi ahli panel Program Bicara Ad-Din, Bahaya Ajaran Syiah peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Ar-Rahah, Kampung Kerinchi, di sini, semalam.

Menurutnya, JAKIM kini bekerjasama dengan Badan Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan untuk mengesan jumlah sebenar murid dan pelajar sekolah yang terbabit.

“JAKIM dan BPI kini dalam usaha mengesan mereka untuk diselamatkan walaupun menyedari tugas ini sukar disebabkan mereka sudah lama mempunyai prinsip akidah berbeza daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Terdahulu ketika membentangkan kertas kerjanya, Mohd Aizam menyifatkan Syiah sebagai ajaran sesat paling klasik dalam sejarah dunia Islam dan mula menjadi ancaman kepada Malaysia selepas tercetusnya Revolusi Iran pada 1979.

“Pada masa itulah wujudnya generasi pertama penganut Syiah di negara ini,” katanya.

Mohd Aizam berkata, JAKIM kini bersikap proaktif mengekang penyebaran fahaman Syiah di negara ini dengan melakukan pelbagai usaha termasuk menggunakan khidmat guru, kakitangan jabatan agama dan pensyarah institusi pengajian tinggi.

“Mereka ini dilatih menjadi kader di pihak kita bagi menangkis dakyah yang disebarkan puak Syiah termasuk disebarkan melalui media sosial di Internet,” katanya.

Menurutnya, antara penyelewengan maklumat mengenai Islam yang diuar-uarkan pengikut Syiah termasuk menggunakan Internet ialah menetapkan syarat sah solat ialah wajib beriman kepada Saidina Ali serta 12 imam besar mereka, selain menyamakan taraf Saidina Ali dengan Rasulullah SAW.

Metro Ahad 8 September lalu melaporkan mengenai pengakuan seorang wanita yang juga bekas pengikut Syiah mengenai perkahwinannya secara mutaah sebanyak tiga kali dengan mas kahwin hanya sebuah kitab, telefon bimbit dan selipar.

Pada tarikh sama, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh ketika berucap pada Seminar Mendepani Virus Syiah menggesa kerajaan memutuskan semua bentuk hubungan diplomatik dengan Iran selepas ancaman Syiah dilihat kian meruncing.

Menyusul sehari kemudian, akhbar ini turut mendedahkan mengenai pembabitan lebih 250 syarikat termasuk pengeluar air rawatan terkenal yang menjadi penyumbang dana terbesar kepada pengembangan Syiah di Malaysia.

Sumber: Harian Metro

Thursday, September 19, 2013

Profesor Syiah Lakukan Seks Dalam Pejabat Selepas Kahwin Mutaah

Profesor Syiah Lakukan Seks Dalam Pejabat Selepas Kahwin Mutaah

Info Syiah. Pensyarah bergelar profesor di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang berkahwin secara mutaah dengan pasangannya yang juga seorang pensyarah dan menjadikan bilik pejabat sebagai tempat untuk melakukan hubungan seks.

Gambar hiasan.

Penolong Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Dr Zamihan Md Zain, berkata pasangan pensyarah berusia 40-an itu berkahwin tiga tahun lalu sebelum dikurniakan seorang anak.

Beliau berkata, pensyarah lelaki berkenaan yang bergelar profesor adalah penganut ajaran Syiah dan berasal dari sebuah negeri di Pantai Timur, berjaya mempengaruhi pasangannya untuk mengikuti ajaran itu.

“Kedua-dua pensyarah ini bergelar profesor dan berkhidmat di sebuah universiti terkemuka di Lembah Klang. Mereka berkahwin mutaah untuk beberapa bulan dan kemudian bercerai.

“Inilah yang kita bimbang jika tidak ada satu kawalan atau undang-undang tegas mengekang penyebaran fahaman Syiah.

“Golongan cerdik pandai bertaraf profesor pun boleh terpengaruh apatah lagi kalau mereka yang cetek pengetahuan agama.

“Sebab itu kita perlukan satu undang-undang yang tegas. Ajaran Syiah dan kahwin mutaah ini boleh menimbulkan kecelaruan dalam masyarakat,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Zamihan berkata, undang-undang yang tegas diperlukan bagi menyekat penyebaran fahaman itu kerana lebih 200,000 warga Iran berada di negara ini setiap tahun termasuk pelajar.

Berdasarkan statistik tahun lalu, seramai 17,000 pelajar Iran melanjutkan pengajian di negara ini, 38,000 bermastautin secara sementara dan 150,000 lagi masuk sebagai pelancong.

Katanya, angka itu tidak termasuk warga Iraq serta beberapa negara lain yang turut mengamalkan Syiah masuk ke negara ini dan dibimbangi ia akan menyebarkan fahaman itu secara senyap kepada rakyat tempatan.

“Mereka dikesan turut menyebarkan fahaman itu di negara ini dan empat universiti awam menjadi lokasi kepada penyebaran fahaman ini membabitkan pensyarah dan juga pelajar.

“Julai lalu ulama Syiah dari Iran turut ke negara ini untuk bertemu penganut fahaman itu dan lebih malang lagi mereka turut mendapat sokongan beberapa pemimpin politik dan ahli perniagaan bergelar Datuk,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Video Versi Sesat Puak Syiah Melaungkan Azan

Video Versi Sesat Puak Syiah Melaungkan Azan

Info Syiah. Salah satu syariat agama Islam yang diubah oleh kelompok Syiah adalah lafaz azan. Adapun lafaz azan Syiah ada beberapa versi yang mirip, 2 versi di antaranya adalah:

cara-azan-syiah

Versi 1
  1. Allahu Akbar, Allahu Akbar (2 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  2. Asyhadu Alla Ilaha Illallah (2 kali): Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah
  3. Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah (2 kali): Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah
  4. Asyhadu Anna Aliyyan Amiral Mukminina Waliyullah : Aku bersaksi bahawa Ali, Amirul Mukminin adalah wali Allah
  5. Asyhadu Anna Aliyyan Hujjatullah : Aku bersaksi bahawa Ali adalah hujah Allah
  6. Hayya ‘Alash Shalah (2 kali): Mari kita menunaikan shalat
  7. Hayya ‘Alal Falah (2 kali): Mari kita meraih kemenangan
  8. Hayya ‘Ala Khairil ‘Amal (2 kali): Mari kita mengerjakan sebaik-baik amal
  9. Allahu Akbar, Allahu Akbar (1 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  10. Lailaha Ilallah (2 kali): Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah

Kalimat Lailaha Ilallah dibaca satu kali, namun kelompok Syi’ah membacanya dua kali.




Versi 2
  1. Allahu Akbar, Allahu Akbar (2 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  2. Asyhadu Alla Ilaha Illallah (2 kali): Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah
  3. Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah (2 kali): Aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah
  4. Asyhadu Anna Aliyyan Hujjatullah (2 kali): Aku bersaksi bahawa Ali adalah hujah Allah
  5. Hayya ‘Alash Shalah (2 kali): Mari kita menunaikan shalat
  6. Hayya ‘Alal Falah (2 kali): Mari kita meraih kemenangan
  7. Hayya ‘Ala Khairil ‘Amal (2 kali): Mari kita mengerjakan sebaik-baik amal
  8. Allahu Akbar, Allahu Akbar (1 kali): Allah Maha Besar, Allah Maha Besar
  9. Lailaha Ilallah (2 kali): Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah

Kalimat Lailaha Ilallah dibaca satu kali, namun kelompok Syi’ah membacanya dua kali.

[Sumber]

Monday, September 16, 2013

Sejarah Permulaan Syiah Dan Kesesatan Mereka

Sejarah Permulaan Syiah Dan Kesesatan Mereka

Info Syiah. Dari segi etimologis (bahasa), Syiah bererti "Para Pengikut, Penyokong, Pendukung atau Pembela". Contohnya: Syiah Ali, bermaksud satu kelompok yang berupa "Penyokong, pendokong atau pembela Ali".


Menurut Terminologi (istilah) syara, Syiah bermaksud "Sesiapa yang mengangkat kepimpinan Ali radiallahu 'anhu dan anak-anaknya". Dan apabila disebut si Fulan itu Syiah maka dia menganut atau berfahaman Syiah.

Tasyayyu' pula menurut keterangan Syeikh al-Mufid ialah:

"Tasyayyu' menurut etimologi adalah sikap mengikut yang didasari agama dan mengangkat orang yang diikuti dengan ikhlas".

Pada zaman pemerintahan Khalifah Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman kalimah syiah dalam erti faktual suatu kelompok atau fahaman belum wujud dan belum terbentuk. Tetapi kelompok ini lahir ketika terjadinya pertikaian dan peperangan antara Syiah (penyokong) Ali dan Syiah Muawiyah. Hanya kelompok Syiah di waktu itu kesemua mereka berfahaman Ahli Sunnah wal-Jamaah.

Abdullah Bin Saba' (Si Munafik)

Abdulah bin Saba' adalah seorang pendita Yahudi dari Yaman. Berpura-pura masuk Islam (secara nifak) di zaman Khalifah 'Uthman bin Affan radiallahu 'anhu. Dialah pereka ajaran Syiah yang ekstrem yang menjadi punca bersemaraknya perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam terutama dalam kelompok Syiah itu sendiri.

Abdullah bin Saba' pernah berkata yang ditujukan kepada Khalifah Ali radiallahu 'anhu: "Engkaulah Allah". Maka Ali mengisytiharkan bunuh terhadap Abdullah bin Saba' tetapi ditegah oleh Ibn Abbas. Penyokong Ali membuangnya ke Madain (Ibu Negeri Iran lama).

Abdullah bin Saba' orang pertama mengkafirkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman dan tidak mengiktiraf kekhalifahan kecuali hanya dari kalangan Ahli Bait". Seorang ulama Syiah Muhammad Husin al-Zain pernah memperkatakan tentang Abdullah bin Saba':

"Abdullah bin Saba' mengeluarkan qaul (yang sesat), mengajarkan fahaman yang ghalu (keterlaluan)..... dan perbuatannya sangat melampaui batas".

Saad bin Abdullah al-Qumy seorang ulama, pemimpin serta ahli hukum Syiah yang lahir pada 229H mengakui wujudnya Abdullah bin Saba'. Beliau menyebut beberapa nama orang yang berkonspirasi yang digelar sebagai Saba'iyah. Menurut beliau lagi bahawa komplot Saba'iyah adalah firqah pertama dalam Islam yang mengeluarkan perkatan-perkataan yang ghalu (keterlaluan).

Saad bin Abdullah al-Qumy ulama besar Syiah yang masyhur ini telah memastikan bahawa Abdullah bin Saba' adalah orang yang mengeluarkan perkataan dan menampakkan dirinya mengecam dan menentang Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman radiallahu anhum serta tidak mengiktiraf kekhalifahan mereka.

Pegangan Syiah Imamiyah yang ada sekarang adalah berasaskan ideologi dan doktrin sesat Abdullah bin Saba'. Fahaman ini disampaikan (dipelihara) dalam bentuk riwayat hadis yang dinasabkan kepada keluarga Nabi (Ahli Bait) dengan penuh kebohongan tetapi diterima oleh mereka yang jahil.

Syiah Mengkafirkan Para Sahabat

Agama Syiah mengkafirkan para pembesar sahabat secara umum. Pengkafiran ini boleh dilihat dalam kitab-kitab besar Syiah yang ditulis oleh ulama mereka, contohnya ialah wasiat para ulama mereka:

1. Abu Ja'far berkata:

"Semua manusia (kaum muslimin Ahli Sunnah wal-Jamaah) menjadi Ahli Jahiliyah (kafir/murtad setelah kewafatan Rasulullah) kecuali empat orang, Ali, Miqdad, Salman dan Abu Dzar".

2. Al-Kulaini mensifatkan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman telah terkeluar dari kalangan orang yang beriman (murtad/kafir) lantaran tidak melantik Ali sebagai khalifah setelah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam wafat. Malah al-Kulaini mengkafirkan seluruh penduduk Mekkah dan Madinah. Menurut Kulaini:

"Penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah dan penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah dengan terang-terang".

Al-Kulaini juga menetapkan dalam kitabnya al-Kafi: "Sesiapa yang tidak beriman kepada Imam Dua Belas maka dia adalah kafir walaupun dia keturunan Ali atau Fatimah".

3. Al-Majlisi seorang ulama besar Syiah menegaskan:

“Bahawa mereka (Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman) adalah pencuri yang khianat dan murtad, keluar dari agama, semoga Allah melaknat mereka dan semua orang yang mengikut mereka dalam kejahatan mereka, sama ada orang dahulu atau orang-orang kemudian".

Budak Ali bin Husin berkata: "Saya pernah bertanya kepada Ali bin Husin tentang Abu Bakar dan 'Umar. Maka dia menjawab: Keduanya kafir dan sesiapa yang mencintainya juga kafir".

4. Abu Basir (ulama Syiah) menegaskan:

"Sesungguhnya penduduk Mekkah telah kufur kepada Allah secara terang-terang dan penduduk Madinah lebih buruk dari penduduk Mekkah, lebih buruk tujuh puluh kali dari penduduk Mekkah".

Demikianlah kenyataan, fatwa, kepercayaan, pandangan dan tuduhan jahat para ulama Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah sama ada terhadap ulama atau orang awamnya.

Al-Quran Menurut Syiah

Menurut kepercayaan penganut Syiah al-Quran yang ada sekarang sudah diubah-suai, ditambah dan dikurangi oleh para sahabat dan tidak asli. Al-Quran yang asli berada di tangan Ali yang kemudian diwariskan kepada putera-puteranya. Menurut Syiah lagi bahawa pada masa sekarang ini al-Quran yang asli berada di tangan Imam Mahadi al-Muntazar.

Al-Kusyi pula berkata: "Tidak sedikitpun isi kandungan di dalam al-Quran (yang digunakan oleh Ahli Sunnah wal-Jamaah sekarang, Pent.) yang boleh kita jadikan pegangan".

Menurut para ulama Syiah: “Seseorang itu akan dianggap kafir dan masuk neraka kerana tidak mengikut Imam Dua Belas Syiah atau kafir terhadap Syiah”.

Syiah banyak merubah ayat-ayat al-Quran dan tafsirannya. Contohnya ayat: "Mengapa kamu masuk neraka?"

(Menurut penafsiran ulama Syiah): "Orang-orang kafir menjawab, Kami tidak solat".

Ulama Syiah merubah tafsirannya yang sebenarnya kepada maksud dan tafsiran: "Kami (masuk neraka kerana) tidak mengikut Imam (Syiah)".

Begitulah kekarutan, khurafat dan batilnya kepercayaan penganut syiah yang telah disepakati oleh para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai akidah yang sesat lagi menyesatkan.

Hadis Menurut Syiah

Syiah menolak hadis-hadis sahih yang diriwayatkan oleh muhaddis Ahli Sunnah wal Jamaah, seperti Imam Bukhari, Muslim, Turmizi dan yang lainnya. Syiah hanya menerima hadis yang diriwayatkan oleh perawi Ahli Bait.

Menurut Syiah hadis bukan semata-mata dari Nabi tetapi dari Imam Dua Belas yang maksum. Nilai perkataan imam yang maksum senilai dengan wahyu dan sabda nabi.

Syiah Mengkafirkan Ahli Sunnah Wal-Jamaah

1. Syiah menggelar golongan Ahli Sunnah wal-Jamaah sebagai Nasibi "Penipu, Pembangkang atau penentang Ali bin Abi Talib" kerana mereka mendahulukan Abu Bakar, 'Umar dan 'Uthman sebagai khalifah.

Begitu juga ulama Syiah mengkafirkan pengikut mazhab Syafie, Hambali, Maliki dan Hanafi kerana mereka digolongkan sebagai an-Nasibi. Menurut ulama Syiah lagi:

"Dalam kalangan ulama (Ahli Sunnah) dari Malik, Abi Hanifah, Syafie, Ahmad dan Bukhari semua mereka kafir dan terlaknat".

Keyakinan Syiah yang sesat ini diambil dari keterangan ulama mereka Syeikh Husin al-'Usfur ad-Darazi al-Bahrani.

Beliau menegaskan: "Riwayat-riwayat para imam menyebutkan bahawa an-Nasibi (si Kafir) adalah mereka yang digelar Ahli Sunnah wal-Jamaah".

2. Syiah menganggap seluruh Ahli Sunnah wal-Jamaah kafir yang setara dengan orang-orang kafir musyrikin dan najis. Berkata Abu Qasim al-Musawi al-Khuri (ulama besar Syiah):

"Najis ada sepuluh jenis, yang ke sepuluh adalah orang kafir, iaitu yang tidak beragama atau yang beragama bukan Islam atau beragama Islam menolak yang datang dari Islam. Dalam hal ini tidak ada perbezaan antara murtad, kafir asli, kafir zimmi, Khawarij yang ghalu atau an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)".

Berkata Ruhullah al-Musawi (ulama Syiah): "Sesungguhnya an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dan Khawarij dilaknati Allah Subhanahu wa-Ta'ala. Keduanya adalah najis tanpa diragukan lagi".

3. Syiah mengkafirkan Ahli Sunnah kerana tidak mengiktiraf (tidak mengimani) Imam Dua Belas. Berkata Yusuf al-Bahrani (ulama Syiah):

"Tidak ada perbezaan antara orang yang kafir kepada Allah Subhanahu wa-Ta'ala, RasulNya dan yang kafir kepada para Imam Dua Belas".

Dan berkata Kamil Sulaiman (ulama Syiah): "Sesiapa yang meyakini para Imam Dua Belas maka dia adalah orang yang beriman dan sesiapa yang mengingkarinya dia adalah kafir".

Syiah menghalalkan darah dan harta Ahli Sunnah. Berkata Muhammad bin Ali Babawaihi al-Qummi, dia meriwayatkan dari Daud bin Farqad: "Aku bertanya kepada Abu Abdullah 'alaihis salam: Bagaimana pendapat engkau membunuh an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah)? Dia menjawab: Halal darahnya akan tetapi lebih selamat bila engkau sanggup menimpakan dengan tembok atau menenggelamkan (mati lemas) ke dalam air supaya tidak ada buktinya. Aku bertanya lagi: Bagaimana dengan hartanya? Dia menjawab: Rampas sahaja semampu mungkin".

Berkata Abu Ja'far ath-Thusi (ulama Syiah): "Berkata Abu Abdullah 'alaihis salam (Imam as-Sadiq): Ambillah harta an-Nasibi (Ahli Sunnah wal-Jamaah) dari jalan apapun kamu mendapatkannya dan berikan kepada kami seperlima".

Yusuf al-Bahrani berkata (ulama Syiah): "Dari dahulu sehinggalah sekarang, bahawa an-Nasibi kafir dan najis secara hukum, dibolehkan mengambil segala harta benda mereka bahkan dihalalkan membunuhnya".

Begitulah sikap golongan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal-Jamaah yang mereka gelar sebagai an-Nasibi. Mereka bukan sahaja memusuhi Ahli Sunnah malah mengistiharkan bunuh dan rampas harta benda Ahli Sunnah wal-Jamaah. Dan rampasan tersebut dianggap oleh mereka sebagai ganimah (harta rampasan perang).

Agama Syiah Mewajibkan Taqiyah

Taqiyah (dissimulation) adalah satu prinsip yang diyakini oleh syiah Imamiyah. Berpegang kepada taqiyah adalah wajib bagi setiap penganut Syiah. Ianya adalah satu sikap yang menyembunyikan kebenaran yang (kononnya) jika didedahkan akan membawa kemusnahan diri atau agama seseorang Syiah. Pada mulanya taqiyah dilakukan kerana takut terjadinya penindasan dari pihak pemerintah. Tetapi selanjutnya diamalkan untuk menipu, berbohong dan seterusnya untuk menghalalkan sesuatu yang haram atau sebaliknya.

Orang-orang Syiah akan menyamar sebagai Ahli Sunnah secara taqiyyah untuk memerangkap Ahli Sunnah yang kurang faham akan agama mereka. Tujuannya supaya dapat dirosakkan fahaman, akidah dan amal ibadahnya.

Abu Ja'far berkata: "Taqiyah adalah agamaku dan agama nenek moyangku. Dan tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyah".

Abdullah berkata: "Wahai Abu 'Umar! Sesungguhnya sembilan persepuluh dari agama terletak pada taqiyyah, tidak beragama bagi sesiapa yang tidak bertaqiyyah pada segala sesuatu, kecuali arak dan menyapu sepatu".

Diriwayatkan dari Ali bin Muhammad: "Wahai Daud! Sekiranya kamu mengatakan bahawa orang yang meninggalkan taqiyah sama seperti orang yang meninggalkan solat, maka sesungguhnya betullah kata-katamu itu".

Sebenarnya taqiyyah dalam agama Syiah adalah perbuatan nifak, pembuat nifak adalah seorang munafik. Tidak ada hadis sahih yang menghalalkan taqiyah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Syiah. Si Munafik pula dilaknat Allah dan ditempat di neraka yang paling bawah (kerak neraka), maka Ahli Sunnah wal-Jamaah diharamkan dari bertaqiyah.

Syariat Syiah Yang Menyesatkan

Syariat Syiah yang sebenar amat bertentangan dengan syariat Ahli Sunnah wal-Jamaah. Syiah digolongkan oleh Imam Syahrastani di dalam bukunya “Al-Milal Wan-Nihal” dan al-Bagdadi dalam bukunya “Al-Faraq Bain al-Firaq” segabai golongan 72 yang ke neraka, kerana penganut Syiah selain mengkafirkan Amirul Mukminin Abu Bakar, ‘Umar al-Khatab, Uthman radiallahu anhum dan para sahabat yang lain, mereka juga lebih meyakini syariat Daud 'alaihis salam daripada syariat Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam. Abu Ja'far berkata:

"Apabila Imam ghaib (Imam Mahdi) datang, ia akan memerintah dengan hukum syariat Daud (bukan syariat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam)".

Nikah Mut'ah

Syiah menghalalkan nikah mut'ah seberapa banyak, beberapa kali yang diinginkan dan yang semampu. Mereka menghalalkan nikah mut'ah sehingga ke Hari Kiamat.

Sebaliknya Ahli Sunnah wal-Jamaah telah mengharamkan nikah mut'ah sehinggalah ke Hari Kiamat. Antara hadis (hadis-hadis sahih) dari Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wa-sallam yang mengharamkan nikah mut’ah ialah:

"Dari Ali (Bin Abi Talib): Sesungguhnya Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telah melarang nikah mut'ah pada hari peperangan Khaibar dan baginda mengharamkan makan daging keldai kampung".

"Sesungguhnya Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam melarang nikah mut'ah pada hari futuh (pembukaan) Mekkah".

Antara tanda-tanda penganut agama Syiah ialah menghalalkan nikah mut’ah walaupun telah diharamkan oleh Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Golongan Syiah telah menyelewengkan hadis-hadis sahih yang mengharamkan mut’ah. Oleh itu, orang-orang beriman yang mengakui sebagai Ahli Sunnah wal-Jamaah perlu membenteras fahaman dan ajaran Syiah kerana Syiah adalah golongan yang sesat lagi menyesatkan.

RUKUN IMAN AGAMA SYIAH

Rukun iman Agama Syiah berbeza dengan rukum iman Ahli Sunnah wal-Jamaah, kerana rukun iman Syiah hanya lima perkara, iaitu:
  1. Beriman kepada keEsaan Allah - (التوحيد)
  2. Beriman kepada Keadilan - (العدل)
  3. Beriman kepada Kenabian - (النبوة)
  4. Beriman kepada Imam - (الامانة)
  5. Beriman kepada Hari Kiamat - (المعاه)

Imam Malik secara terang-terangan telah mengkafirkan golongan Syiah kerana golongan ini membenci para sahabat Nabi dan sesiapa yang membenci sahabat Nabi adalah kafir. Hal ini telah disepakati oleh sebahagian besar ulama.

Imam Malik rahimahullah juga pernah menjelaskan tentang Syiah: "Mereka (Syiah) jangan diajak berbual dan jangan pula diberi perhatian, mereka adalah golongan pembohong".

Imam Syafie rahimahullah pula berwasiat:

"Belum pernah aku saksikan di kalangan manapun manusia yang begitu berani menjadi pendusta dan sebagai saksi-saksi palsu seperti golongan Syiah".

Begitulah fatwa-fatwa para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah terhadap golongan Syiah. Tidak terdapat seorangpun dari kalangan mereka yang menerima Syiah sama ada fahaman atau akidah mereka.

Oleh itu, berwaspadalah terhadap gerakan, doktrin dan di’ayah Siyah, kerana pada hakikatnya mereka adalah pembohong yang hanya mengajak kepada kesesatan, pecah-belah dan kehancuran umat Islam.

Wallahua’lam. Walhamdulillahi rabbil ‘alamin.

BACA INI JUGA: Nikah Mutaah, Penipuan Untuk Menghalalkan Zina

[Sumber]

Sunday, September 15, 2013

Kenali Tiga Golongan Puak Syiah

Kenali Tiga Golongan Puak Syiah

Islam agama ilmu. Islam juga memerangi kejahilan. Oleh itu, umat Islam diperintahkan agar mencari ilmu. Rasulullah SAW bersabda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud: "Menuntut ilmu diwajibkan kepada setiap muslim".

Tiga Golongan Puak Syiah

Daripada ayat al-Quran yang pertama diturunkan iaitu Iqra', Allah SWT menghendaki manusia membaca dan pembacaan itu merupakan pintu kepada memperolehi ilmu.

Al-Quran itu sendiri merupakan kitab ilmu dan al-Quran telah menjadikan ilmu sebagai kayu pengukur kepada kelebihan seseorang manusia di atas dunia ini.

Justeru ketika menilai sesuatu pegangan dan aliran mestilah daripada perspektif ilmu agar tidak terpedaya dengan syaitan. Sememangnya jika dilihat dari sudut luaran, golongan Syiah agak ke hadapan daripada pelbagai sudut seperti ketenteraan, disiplin, penampilan dan sebagainya.

Apatah lagi setelah berlakunya Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyerlahkan lagi kewibawaan Iran mendokong dan menyebar fahaman Syiah, namun semua itu tidak boleh dijadikan ukuran untuk terus menerima pegangan dan aliran mereka.

Banyak golongan dan ajaran sesat yang berjaya menzahirkan penampilan hebat, namun akhirnya apabila ditimbang dari sudut ilmu, amat mengecewakan bahkan termasuk dalam ajaran yang menyeleweng.

Jika persepsi menjadi ukuran, sudah tentu masyarakat akan mudah terikut dengan akidah dan pegangan orang Jepun.

Orang Jepun masyhur dengan semangat kerja mereka, disiplin yang tinggi, bahkan amalan kebersihan yang sangat dipuji sehinggakan ada menyatakan bahawa seseorang itu boleh tidur dalam tandas di Jepun lantaran tandas mereka yang sangat bersih!

Namun, apakah kehebatan dan penampilan masyarakat Jepun itu mewajarkan kita mengamal dan menganut agama Shinto mereka yang syirik itu? Sudah tentu tidak!

Oleh yang demikian, ilmu hendaklah dijadikan suatu ukuran untuk menerima sesuatu pegangan dan ajaran.

Melalui kajian ilmu, didapati Syiah merupakan golongan yang sesat lagi menyesatkan. Mereka tidak termasuk dalam golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Pegangan mereka juga dilihat bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW.

3 Golongan Syiah

Terdapat tiga kategori golongan Syiah iaitu: Syiah mughaliyah (pelampau), Syiah Rafidah (Imamiyah) dan Syiah Mu'tadilah (Zaidiyah).

Daripada tiga golongan Syiah ini, Syiah Rafidah atau Imamiyah merupakan golongan yang paling dominan dan berkembang dalam dunia pada hari ini.

Mereka merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein.

Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein sehinggalah kepada Muhammad bin Hassan al-Askari yang pada pendapat mereka dia ghaib semasa kecil dan akan muncul sebagai Imam Mahdi pada akhir zaman dengan membawa kebenaran dan keadilan.

Mereka dikenali dengan Syiah Imamiyah kerana pegangan mereka kepada 12 imam yang dianggap sebagai maksum (bebas daripada segala dosa dan kesalahan).

Mereka ini juga dinamakan golongan Rafidah kerana mereka menolak imamah Abu Bakar, Umar al-Khattab dan Uthman Affan dengan hujah bahawa Nabi Muhammad SAW mewasiatkan kepada Ali sebagai khalifah selepasnya.

Namun wasiat ini pada dakwaan Syiah telah diketepikan oleh kebanyakan sahabat selepas kewafatan Rasulullah SAW.

Oleh yang demikian mereka mengkafirkan para sahabat Nabi SAW termasuk sahabat-sahabat yang rapat dengan Rasulullah SAW seperti Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan selainnya.

Jelasnya, Syiah bukanlah suatu ajaran yang boleh diikuti, bahkan ia merupakan ajaran sesat yang diasaskan oleh seorang Yahudi dari Yemen yang bernama Abdullah bin Saba'.

Dia merupakan bangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Dia pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak menipu orang. Dia juga digelar Ibnu Sauda'.

Setelah Abdullah bin Saba' memeluk Islam secara berpura-pura, dialah orang yang mula-mula mengisytiharkan kewajipan melantik Ali sebagai Imam dan menyatakan secara terbuka penentangannya terhadap musuh-musuh Ali, bahkan mengkafirkan mereka.

Bermula dari sinilah, dapat dilihat dengan jelas bahawa ajaran Syiah Rafidah terpengaruh dengan agama Yahudi. Syiah merupakan ajaran sesat yang paling lama dapat bertahan sehingga ke hari ini.

Mereka yang terpedaya dengan ajaran Syiah telah terperangkap dengan tipu daya syaitan yang sememangnya sentiasa berusaha untuk menyesatkan umat Islam daripada persada kebenaran.

Syiah dan al-Quran

Bahaya Syiah jelas apabila melihat kepada pandangan mereka terhadap kitab suci al-Quran. Syiah tidak menganggap kitab suci al-Quran adalah kitab yang terpelihara. Bahkan mereka beranggapan telah berlaku penyelewengan pada ayat-ayat al-Quran.

Buktinya adalah nas yang dikemukakan oleh al-Kulaini iaitu ulama hadis Syiah dalam kitab hadisnya al-Kafi dengan menyatakan bahawa: "Daripada Hisham bin Salim, daripada Abi Abdillah, a.s berkata, al-Quran yang didatangkan oleh Jibril kepada Nabi Muhammad SAW adalah sebanyak 17,000 ayat".

Pegangan golongan Syiah ini jelas menunjukkan bahawa mereka beranggapan al-Quran yang ada pada umat Islam hari ini masih tidak sempurna kerana ayat al-Quran yang ada hanya berjumlah 6,236 ayat sahaja, sedangkan mereka beranggapan bahawa al-Quran sebenar iaitu yang dikenali sebagai mushaf Fatimah mengandungi 17,000 ayat.

Ini bermakna dua pertiga ayat al-Quran sudah diselewengkan. Pegangan Syiah ini jelas sesat kerana Allah SWT telah menjamin kesucian al-Quran.

Kitab suci itu terpelihara sehingga hari kiamat, tidak akan berlaku penyelewengan terhadap al-Quran walau satu huruf sekalipun. Firman Allah SWT dalam surah al-Hijr ayat 9 bermaksud: "Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."

Allah juga berfirman dalam Surah Fussilat ayat 41-42 yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar terhadap al-Quran ketika sampainya kepada mereka, (akan ditimpa azab seksa yang tidak terperi); sedang al-Quran itu, demi sesungguhnya sebuah Kitab suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji."

Syiah dan Hadis

Golongan Syiah menolak hadis-hadis yang terdapat dalam sahih Bukhari, sahih Muslim, sunan al-Tirmidzi dan kitab-kitab hadis ahli sunah yang lain. Mereka menolak mentah-mentah hadis-hadis yang diriwayatkan oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Bagi mereka, kitab hadis yang menjadi pegangan mereka ialah al-Kafi tulisan al-Kulaini, yang diriwayatkan daripada Imam Maksum.

Mereka juga menganggap para sahabat menjadi kufur dan murtad setelah kewafatan Rasulullah SAW.

Al-Kulaini yang dianggap oleh golongan Syiah setaraf dengan Imam Bukhari meriwayatkan bahawa, para sahabat telah murtad sepeninggalan Rasulullah SAW kecuali tiga orang daripada mereka iaitu Miqdad bin Aswad, Abu Zar al-Ghifari dan Salman al-Farisi.

Ini jelas menunjukkan kebiadaban puak Syiah kerana perbuatan mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW, sedangkan para sahabat mendapat tarbiah secara langsung daripada baginda.

Secara tidak langsung, puak Syiah juga telah memperkecilkan serta menghina Rasulullah SAW.

Golongan Syiah juga sangat biadab terhadap para isteri Rasulullah SAW dengan mengatakan bahawa Saidatina Aisyah dan Saidatina Hafsah sebagai munafik dan kafir.

Mereka mendatangkan riwayat palsu yang kononnya muktabar tentang Aisyah dan Hafsahlah yang telah meracuni Rasulullah SAW sehingga mengakibatkan kewafatan baginda.

Syiah dan Taqiyah

Sebenarnya konsep taqiyah itu ialah konsep yang berasaskan kepada perbuatan berdusta, berbohong dan berpura-pura namun, konsep ini telah dijadikan asas oleh golongan Syiah dalam memartabatkan keimanan mereka kepada Allah SWT.

Disebabkan sikap taqiyah ini, para ulama tidak mahu menerima riwayat yang dibawa oleh golongan Syiah ekoran pembohongan yang dilakukan oleh mereka.

Ajaran Syiah itu sendiri sebenarnya ditegakkan di atas dasar taqiyah. Al-Kulaini meriwayatkan dalam kitab beliau al-Kafi: "Sesungguhnya kamu berada di atas agama yang sesiapa menyembunyikannya akan dimuliakan Allah dan sesiapa menyebarkannya akan dihina oleh Allah".

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA:

sumber: utusan

Thursday, September 12, 2013

Fakta Sejarah Membuktikan Puak Syiah Adalah Munafik Terulung

Fakta Sejarah Membuktikan Puak Syiah Adalah Munafik Terulung

Salah satu alasan yang membuatkan kaum Syiah Rafidhah selalu berbunga-bunga ialah sebagai berikut;
  • Syiah adalah musuh terbesar Amerika dan Israel.
  • Syiah adalah musuh utama Zionis Yahudi yang sangat ditakuti.

Syiah

Sejarah Syiah: "Selalu Menusuk Ahlus Sunnah dari Belakang. Dan Tak Pernah Perang Melawan Orang Kafir."
  • Hizbullah adalah sumber kekuatan Syiah yang gagah-berani menghadang barisan Zionis Israel.
  • Sementara Saudi, Kuwait dan Qatar, selalu bermanis-manis kata dengan kuda tunggangan Yahudi, iaitu Amerika.
  • Revolusi Khomeini adalah revolusi Islam yang menginspirasi perjuangan gerakan-gerakan Islam di dunia.

Ya, lebih kurang lebih begitulah tuntutan para aktivis agama Parsi (Syiah Rafidhah) ini. Di pelbagai forum, kesempatan, termasuk dalam perbincangan di blog ini, alasan-alasan itu selalu mereka war-warkan. Seolah-olah, tiada lagi alasan bagi Syiah untuk terus wujud di muka bumi, selain tuntutan-tuntutan seperti itu.

Jadi, bagaimana pandangan kita sebagai Ahlus Sunnah tentang kenyataan kaum Syiah ini?

Mari kita bahas secara ringkas dan praktikal, dengan memohon pertolongan Allah SWT.

PERTAMA. Kaum Syiah Rafidhah terus bekerja keras dan sangat bernafsu, agar mereka tetap diakui sebagai Islam, tetap dipandang sebagai Muslim, tetap menjadi sebahagian dari kaum Muslimin sedunia.

Perkara ini adalah hakikat seksaan spiritual yang Allah turunkan ke atas hati-hati mereka, selamanya. Sudah terlalu banyak dosa yang mereka lakukan kerana mencaci, menghina, mengutuk dan mendoakan keburukan ke atas isteri-isteri Nabi, para Khulafaur Rasyidin dan para sahabat r.a.

Maka Allah pun menjadikan mereka sentiasa gelisah, takut dan mahu supaya dilabel sebagai Islam atau Muslim.

Mereka sentiasa didalam kebingungan, seperti Bani Israil yang kebingungan selama 40 tahun di Padang Tiih, kerana telah menghina Nabi Musa 'Alaihissalam dan Allah Ta'ala.

Lihatlah manusia-manusia pemeluk agama Parsi (Rafidhah) itu, kemana pun halatuju mereka, puak Syiah sentiasa membawa bersama laknat atas doa-doa laknat yang mereka bacakan untuk mengutuk para sahabat Radhiyallahu 'Anhum.

KEDUA. Dalam sejarah, sejak zaman Ali bin Abi Talib Radhiyallahu 'Anhu sehingga ke hari ini, ketahuilah bahawa Syiah Rafidhah tidak pernah berjihad melawan kaum kufar, baik Nasrani, Yahudi, musyrikin mahupun orang-orang atheis.

Syiah tidak mempunyai sejarah jihad menghadapi kaum kufar. "Jihad" kaum Syiah sebahagian besar diarahkan untuk menyerang kaum Sunni, sejak zaman dahulu kala sampai sekarang.

Mula-mula Syiah di Kufah mengundang Hussein Radhiyallahu 'Anhu datang ke Kufah, kononnya untuk dibaiat.

Kerana Hussein sudah berangkat ke Kufah, penguasa dikala itu (Yazid bin Muawiyah) Hussein dianggap belot, sehingga boleh dikalahkan.

Tiba di Kufah, tidak ada satu pun kaum Syiah keluar untuk membaiat, menolong dan menyokong Hussein. Posisi Hussein tersepit, kembali ke Madinah, dia sudah dianggap membelot.

Meminta bantuan Kufah, tidak ada seorang pun Syiah yang sedia menolong. Akhirnya, Hussein dibunuh di Padang Karbala.

Malah, ketika peristiwa pembunuhan itu, tidak ada satu batang hidung Syiah pun yang menampakkan diri, walaupun sekadar untuk mengurus mayat dari pihak Hussein dan keluarganya.

Lihatlah, peristiwa pembunuhan beramai-ramai Hussein oleh kaum Syiah itulah yang selalu mereka rayakan dan nikmati dalam sambutan hari Asyura.

Air mata mereka mengutuk pembunuh Hussein, sedangkan hati mereka mengucap: "Alhamdulillah Hussein dan keluarganya telah binasa di Karbala."

"Jihad" kaum Syiah seterusnya ialah membantu Hulagu Khan (pemerintah Monggol) untuk menumpaskan Bani Abbasiyah.

Kemudian mereka berusaha melenyapkan kaum Sunni di Mesir, tetapi ditumpaskan oleh Nuruddin Mahmud Zanki.

Mereka seterusnya mengganggu perjuangan Salahuddin Al Ayyubi. Mereka juga selalu menjadi musuh Khalifah Turki Uthmaniyah, selalu bekerjasama dengan negara-negara Nasrani Eropah untuk melemahkan Khalifah Turki.

Di zaman kontemporari, Revolusi Khomeini di Iran telah menumpaskan Ahlus Sunnah di Iran. Mereka juga membelakangkan perjuangan mujahidin di Afghanistan.

Mereka membantai Ahlus Sunnah di Iraq, Lubnan, Syria, Yaman, malah mereka hampir-hampir menguasai Bahrain.

Pendek kata, tidak ada Jihad kaum Syiah dalam sejarah, selain "jihad" yang diarahkan untuk memusnahkan dan menghancur-leburkan kaum Sunni. Sejarah klasik dan moden sudah memaparkan fakta.

Dalam kes Iran Contra Gate terbongkar skandal besar. Rupanya, di sebalik gerakan penentangan di Nicaragua, Amerika membekalkan senjata kepada para gerila. Dari mana dana diperolehi?

Dari hasil kerjasama jual-beli minyak dengan Iran. Padahal dalam kempen dunia, sudah dimaklumkan bahawa Amerika sedang berkonflik dengan Iran.

Tetapi di sebalik itu ada sandiwara "jual-beli minyak" yang menggelikan. Kes ini sangat terkenal, sehinggakan seorang kolonel Amerika dikorbankan sebagai kambing hitam.

KETIGA. Apa yang dilakukan Hizbullah (Syiah Rafidhah) di Lubnan kepada Israel? Adakah mereka terlibat dengan perang secara terbuka dengan Israel? Adakah mereka menduduki wilayah Israel dan berusaha mengusir penduduk Yahudi?

Ternyata, aksi-aksi Hizbullah hanya melepaskan tembakan mortar ke arah pasukan Israel atau wilayah Israel. Atau mereka melakukan tembakan atau tembakan peluru berpandu anti-tank. Hanya itu saja.

Mereka tidak pernah terlibat dengan perang terbuka, seperti para pejuang Ahlus Sunnah di Iraq, Afghanistan, Chechnya dan lain-lain.

Jadi pendek kata, aksi-aksi Hizbullah hanyalah 'permainan' untuk membazirkan peluru-peluru ringan. Itu saja!

KEEMPAT. Dalam sejarah perang Arab-Israel, sejak merdeka pada tahun 1948, Israel sudah berkali-kali bertempur dengan pasukan Arab.

Yang terkenal adalah perang pada tahun 1948, perang tahun 1967 dan perang tahun 70-an. Ia kerap disebut perang Arab-Israel.

Setelah itu belum ada lagi perang yang signifikan. Dalam sejarah ini, Iran tidak pernah terlibat secara langsung sama sekali.

Malah, ketika Gaza dihancur-leburkan Israel pada tahun 2008-2009 yang lalu, Iran langsung tidak terlibat apa-apa.

Jadi, apa yang boleh dibanggakan oleh manusia-manusia pemeluk agama Parsi (Syiah Rafidhah) itu?

KELIMA. Menurut Ustaz Farid Okbah, di Iran sangat ramai penganut-penganut Yahudi. Menurut maklumat, jumlahnya mencapai 50,000 orang. Mereka boleh hidup aman dan sentosa di Iran, sedangkan Ahlus Sunnah hidupnya sangat menderita.

Iran bersikap welcome kepada kaum Yahudi dan sangat ofensif terhadap kaum Muslimin. Ini adalah realiti yang sangat menyedihkan. Tidak keterlaluan kalau kita mengatakan, Rafidhah lebih sadis dari orang-orang kafir!

Contoh yang sangat unik ialah kerjasama antara Hamas dan Iran. Banyak orang menyebutkan, Hamas kerap bekerjasama dengan Iran.

Kononnya mengikut sikap Syeikh Al Bana yang dulu pernah berkata, bahawa Syiah adalah saudara sesama Muslim.

Mereka sama-sama Ahlul Qiblah. Tetapi realitinya, Ikhwanul Muslimin di Syria dibantai puluhan ribu manusia oleh regim Assad. Regim itu dan anaknya, dibantu oleh Iran. Sangat ironis.

Hamas bekerjasama dengan Iran, sementara Al Ikhwan di Syria dibantai oleh regim Syria yang disokong oleh Iran.

KEENAM. Propaganda bahawa Syiah Rafidhah adalah musuh Zionis Israel, padahal sebenarnya semua ini hanyalah propaganda belaka.

Mereka sebenarnya sekutu yang akrab, sahabat terdekat, saling tolong-menolong, sebahagian menjadi wali atas sebahagian yang lain.

Mereka selamanya tidak akan pernah terlibat dalam peperangan. Kaum Yahudi memerlukan Iran, sebagai seteru Ahlus Sunnah.

Sedangkan Iran memerlukan Yahudi, juga sebagai seteru Ahlus Sunnah. Dalam hadis Nabi Saw juga disebutkan bahawa kelak dajjal akan muncul dari Isfahan (salah satu bandar di Iran yang ketika ini ramai dihuni Yahudi) bersama 70,000 pasukan.

Yahudi memerlukan Iran, kerana darinya akan muncul pemimpin mereka. Dan dalam ajaran-ajaran Syiah, dajjal sebenarnya adalah "Al Mahdi Al Muntazhar" yang mereka tunggu-tunggu.

Begitulah, banyak persamaan kepentingan antara Syiah dan Yahudi.

KETUJUH. Fakta seterusnya yang sangat menakjubkan. Syiah Iran juga menjalin kerjasama dengan China dan Rusia, dua negara Komunis.

Mereka secara umumnya bekerjasama dalam bidang industri, perdagangan, dan jual-beli senjata. Ketika Amerika mahu melakukan sekatan akibat pemasangan loji nuklear Iran, China dan Rusia memveto niat itu.

Kedua-dua negara terang-terangan membela Iran. Begitu juga China dan Rusia juga membela regim Bashar Assad (semoga Allah Al Aziz akan memecahkan kepala manusia durjana ini, amin ya Mujibas sa'ilin) melalui hukuman antarabangsa.

Sedangkan kita tahu, regim Syria sangat rapat hubungannya dengan Iran. Jadi, kita boleh simpulkan sendiri kedudukan Iran di mata China, Rusia dan regim Syria.

Jadi kalau kita mendengar propaganda Syiah anti-Yahudi, Syiah anti-Amerika, Syiah anti-Zionis dan sebagainya... silakan ketawa.

Semua itu hanya permainan kata sahaja. Syiah selamanya akan berkawan dengan kaum kufar dan memusuhi kaum Muslimin (Ahlus Sunnah).

Mereka lahir dari sejarah kita, wujud tapi hatinya milik orang kafir. Na'udzubillah wa na'udzubillah min dzalik.

Semoga artikel sederhana ini bermanfaat. Semoga kita semakin sedar, bahawa Syiah Rafidhah bukanlah kawan.

Mereka memerlukan istilah kawan selagi masih lemah. Kalau sudah kuat, mereka akan menghancur-leburkan Ahlus Sunnah.

Tetapi cukuplah Allah Ta'ala sebagai Wali, Pelindung dan Penolong kita. Dialah sebaik-baik Pelindung dan Penjaga.

Walhamdulillahi Rabbil a'alamiin.

BACA INI JUGA:

Sumber: Eramuslim.com

[Edited by SP]