Monday, August 26, 2013

Aidil Spesis Manusia Tak Kenang Budi - Rita Rudaini

Aidil Spesis Manusia Tak Kenang Budi - Rita Rudaini

Aidil sebelum ini memaklumkan yang Rita berbohong ketika memberikan kenyataan kepada media. Semalam Rita dengan panjang lebar memberikan kenyataannya dalam ruangan Bi Pop Berita Harian;


Saya berbohong?

Hanya Allah SWT saja yang tahu siapa berbohong! Saya percaya orang berbohong dan bersalah akan menerima balasan.

Kita tunggu masanya akan tiba suatu ketika nanti.

Kalau Aidil seorang lelaki dan bapa bertanggungjawab kenapa sebelum ke Jepun tidak menyelesaikan kelengkapan raya anak-anak?

Kenapa ketika berada di Jepun baru nak SMS saya?

Saya boleh pula menyediakan kelengkapan anak-anak sebelum puasa.

Saya juga sibuk, tetapi masih ingat tanggungjawap terhadap anak-anak.

Apabila pulang dari Jepun, kenapa tidak beri duit belanja raya?

Kenapa pada hari raya keempat baru teringat nak beri duit raya?

Nampak sangat dia tiada langsung ciri-ciri bapa bertanggungjawab.

Apabila saya cakap dan bising, dia cakap saya burukkan dirinya!

Saya sudah lama menahan sabar dalam tempoh masa empat tahun in.

Saya tidak nafikan, Aidil ada memberi nafkah tapi hanya tahun ini saja baru setiap bulan beri duit.

Tahun lepas mana sejak Januari?

Mana bukti dan tolong tunjuk!

Dia mempertikaikan apa yang tidak cukup? Saya nak beritahu, dia mana tahu perbelanjaan anak kerana sejak dulu saya yang banyak keluar duit untuk anak dan dirinya.

Mana dia pernah ambil tahu berapa banyak saya keluar duit untuk sara dia dan anak-anak!

Dulu, kadang kala dia hanya beri RM500 saja untuk anak, dia bukan tahu keperluan makan dan susu anak mahal ke murah!

Hidupnya main bola dan balik makan saja.

Dia tak pernah ambil tahu belanja dapur!

Tapi saya jenis tidak berkira asalkan hidup bahagia dan tidak bergaduh.

Jangan nak menafikan hakikat itu.

Dia ni spesies manusa tidak pernah kenang budi ketika tidak berduit dulu.

Bila sudah senang, lupa diri.

Tapi tidak mengapa, Allah SWT Tahu apa yang berlaku.

Saya tidak takut!

Saya juga pelik bila pula masanya saya tuduh adik dan kekasihnya dalam kenyataan saya tempoh hari?

Ada saya menyebut nama mereka?

Dia ni sebelum kantoi, tuduh saya buat fitnah, tapi apabila satu Malaysia tau, dia SMS pada saya dan cakap “suka hati akulah nak berkahwin dengan sesiapa”.

Saya nak gelak pun ada..

Hari tu, berjanji nak datang jenguk anak-anak tapi bila tiba harinya, batang hidung pun tak nampak.

Dia ingat saya duduk rumah goyang kaki agaknya.

Kerja saya banyak tergendala kerana janji kosongnya.

Cakap depan hakim di mahkamah nak jumpa anak pada Ahad, tapi SMS beritahu tak dapat datang.

Soal tidak balik ke rumah keluarganya, saya nak tanya Aidil, tanyalah mana-mana wanita, siapa nak balik jika dia pun asyik kena marah, ada ketika pernah kena sepak terajang dengan keluarganya.

Mungkin Aidil lupa, dia pernah beritahu saya dan kawan saya.

Tidak dinafikan ibu bapanya pernah datang ke hospital ketika saya melahirkan Airit Rayyan.

Tapi mereka tidak mahu berjumpa dengan ahli keluarga saya.

Bila saya cakap jumpa dengan mama saya dulu, mereka terus tergesa-gesa mahu pulang.

Elok ke perangai macam itu?

Itukah gaya orang nak merapatkan hubungan?

Di situ pun saya dapat menilai mereka ikhlas atau tidak.

Saya bukannya tidak mahu berjumpa keluarga Aidil, tapi kadang kala apabila terkenang kejadian kena halau ketika mengandungkan Rayyan, saya jadi trauma.

Saya akan pergi kalau keluarganya tunjuk perangai baik.

Saya selalu mengirimkan makanan dan tanya khabar mereka.

Tapi saya terkejut apbaila tercetus pergaduhan, apabila saya cuba hubungi bekas mentua, dia tidak melayan saya lagi.

Di situ sudah nampak, mereka memang tidak suka saya sejak dulu.

Tidak mengapalah tidak menyukai saya, tapi sekurang-kurangnya tanyalah khabar cucu.

Itupun susah untuk mereka lakukannya.

Tapi saya hairan, mereka ada hati nak merebut anak-anak saya.

Tak payahlah Aidil nak tuduh saya memburukkannya.

Keluarga dia pernah burukkan saya dalam akhbar, Twitter, dan Facebook.

Siap panggil wartawan datang rumah buat sidang akhbar lagi.

Saya terima. Tapi sampai bila? Saya juga manusia biasa, ada tahap kesabaran.

Dulu setiap kali saya kena makin hamun dengan keluarganya, Aidil tidak pernah mempertahankan saya.

Macam mana saya nak balik ke rumah keluarganya?

Seperkara lagi, saya dan keluarga pernah mahu pergi melawat bapanya yang kononnya sakit, tapi Aidil berkeras tidak mengizinkannya.

Saya pelik sangat-sangat.

Sekarang nak mempersalahkan saya pula.

Dia yang tidak pandai nak menjernihkan hubungan saya dengan keluarganya.

Keluarga saya selalu tanya dan nasihat pada Aidil supaya merapatkan saya dan keluarganya, tapi dia gagal melaksanakannya.

Mengaku sajalah Aidil.

Dia pun pernah buat pengakuan pada abang dan keluarga saya.

Dulu, saya tidak berani berkata-kata tapi tidak sekarang.

Saya mahu bangkit untuk mempertahankan diri.

Tidak perlulah saya cerita semuanya. Aidil kena ingat, sejak kena halau dari rumahnya, sejak itulah bermula titik hitam dalam hidup kami.

Sikap mereka menjadikan saya lebih keras hati.

Minta dia tengok semula SMS atau dia tak pandai membaca?

Lagipun itu tanggungjawab dia (beri duit nafkah).

Aidil ada ucap terima kasih pada saya melahirkan zuriat dia dan tolong sara keluarga?

Tak pernah sekalipun. Sekarang pun dia tidak pernah ucapakan terima kasih dan bersimpati pada saya yang menjaga anak-anak seorang diri.

Dia pun tidak boleh nak uruskan anak jika saya tinggalkan mereka sekejap.

Tapi dia tiada hati perut, sejak keluar rumah, dia membebankan saya dengan kes mahkamah dan macam-macam hal. Soal skandal, tak perlulah cakap saya tuduh. saya bukan boleh pasang CCTV di mana-mana.

Semua ini adalah petunjuk. Allah SWT tidak akan menutup apa yang dilakukan terlalu lama. Sampai masa, Allah sendiri akan buka aib dia.

Aidil tentu tahu apa yang dilakukan. -BeritaHarian

Friday, August 23, 2013

Rita Rudaini Pernah Cuba Berbaik Namun Dihina Keluarga Mentua Kerana Status Janda

Rita Rudaini Pernah Cuba Berbaik Namun Dihina Keluarga Mentua Kerana Status Janda

“Saya sempat mengecap nikmat kebahagiaan berumah tangga sembilan bulan saja.


Sebaik keluarga Aidil tahu kami sudah berkahwin, bermulalah episod mencabar dalam bahtera yang dilayari,” begitulah luahan rasa pelakon Rita Rudaini bila ditebak mengenai keruntuhan rumahtangganya.

Mendedahkan kemelut yang melanda, Rita, 37, yang ditemui sewaktu menghadiri majlis Hari Raya kakitangan New Straits Times Press (NSTP) di Balai Berita, semalam, berkata, orang ramai yang tidak tahu hujung pangkal kisahnya bebas untuk membuat sebarang kenyataan.

Dia juga tidak kisah jika dituduh sebagai bermulut jahat apabila meluahkan rasa hati yang hanya dipendam selama ini.

Rita dan keluarga mentuanya sebelum ini memang mempunyai masaalah dan hubungannya bersama Aidil mulai retak apabila satu demi satu isu melanda rumahtangga mereka.

Dalam pada itu, Rita Rudaini turut berkongsi pengalaman sedih dirinya yang pernah dihalau oleh keluarga Aidil ketika mengandungkan anak sulung. Menurut Rita,

Siapa kata saya tidak pernah cuba berbaik dengan ibu dan ayahnya? Walaupun adik-beradiknya tidak menerima saya, namun saya tetap menghubungi orang tuanya untuk bertanya khabar. 

Mereka melayan saya dengan baik, malah saya juga kerap mengirim makanan untuk keluarganya setiap kali dia pulang menemui mereka.

Cuma yang pelik, apabila Aidil menyatakan hasratnya untuk bercerai dengan saya sewaktu usia kandungan kedua mencecah tujuh bulan, ibu dan bapanya tiba-tiba berubah sikap.

Bapanya meminta supaya Rita tidak mengganggu mereka termasuk Aidil, kerana tidak mahu tumpuan Aidil pada latihan terganggu.

Saya pernah dihalau dari rumah kakak Aidil tanpa belas kasihan, walhal ketika itu saya sedang mengandungkan anak sulung kami.

Niat bersemuka dengan keluarga Aidil untuk mendapat restu mereka menjadi detik cukup menyedihkan apabila kami dihalau keluar.

Tidak cukup dengan itu, pelbagai kata-kata nista dilemparkan hanya kerana Rita lebih tua daripada suami dan berstatus janda

Aidil Zafuan akhirnya menceraikan Rita dengan talak satu menerusi sms pada bulan Ramadhan lalu dan ianya menimbulkan pertengkaran hingga melibatkan kembar Aidil iaitu Aidil Zakuan.

[Sumber]

Monday, August 19, 2013

Selama Ini Rita Berbohong - Aidil Zafuan

Selama Ini Rita Berbohong - Aidil Zafuan

Tiga hari sebelum menjelang Aidilfitri, peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita perceraian aktres jelita Rita Rudaini dan suaminya Aidil Zafuan Abdul Radzak.


Lafaz cerai tersebut dilafazkan oleh pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu menerusi SMS gara-gara Aidil dikatakan hilang sabar ekoran artikel luahan Rita dalam sebuah akhbar.

Selepas lebih kurang dua minggu mendiamkan diri, akhirnya Aidil tampil membuat kenyataan menerusi Berita Harian, mendakwa Rita berbohong. Aidil yang enggan mengesahkan tindakannya menghantar SMS untuk meneceraikan Rita bagaimanapun dia mengaku sudah hilang sabar terhadap ibu dua anak itu.

Selama ini Rita menyatakan sepanjang tidak tinggal bersama, Aidil gagal memberi nafkah kepada dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin (4 tahun) dan Airit Rafqa Arjuna (2 tahun). Aidil menegaskan dia menjalankan tanggungjawabnya malah katanya, dia ada menyimpan semua bukti pemberian nafkah tersebut.

Sementara mengulas mengenai isu setiap keputusan yang dibuat sebenarnya turut dipengaruhi oleh teman wanitanya yang dikenali sebagai Zareema, jawab Aidil

“Tiada siapa yang pengaruhi saya dalam setiap keputusan yang saya buat. Sebelum ini dia (Rita) tuduh adik saya, Zaquan Adha dan isterinya Ayu Raudhah banyak campur tangan dalam hal rumah tangga kami. Kini Zareema pula jadi mangsa. Biarlah saya berterus terang bahawa setiap keputusan yang saya buat ini lahir dari hati saya. Buat apa saya hidup dengan orang yang pentingkan diri sendiri seperti dia? Saya juga mengimpikan kehidupan rumah tangga yang sempurna seperti orang lain.

“Bayangkan selama beberapa tahun kami berkahwin, tidak pernah sekali dia mengikut saya pulang ke rumah keluarga saya pulang ke rumah keluarga saya di Seremban

“Siapa kata keluarga saya tidak terima dia? Jika ibu bapa saya tidak terima saya, takkanlah mereka datang melawat ketika dia melahirkan anak kami? Bayangkan orang lain seronok beraya bersama keluarga masing-masing, saya terpaksa beraya seorang diri. Tapi bila tiba giliran dia, saya tiada masalah mengikutnya pulang ke kampungnya di Perlis. Jadi, berapa lama lagi saya harus bersabar?, katanya.

Sama seperti Rita yang akan memastikan hak penjagaan anak berpihak kepadanya, Aidil juga berkata dia bertekad dan akan memastikan dirinya juga ada hak ke atas kedua-dua zuriat mereka itu. -Malaysian Digest

Tuesday, August 06, 2013

Luahan Kesedihan Rita Rudaini Di Instagram

Luahan Kesedihan Rita Rudaini Di Instagram

Isteri mana yang tidak sedih apabila diceraikan dalam masa beberapa hari sahaja lagi akan menyambut perayaan Aidilfitri.


Namun, pasrah dan reda dengan ketentuan Ilahi, Rita Rudaini tetap tabah menerima keputusan suaminya, Aidil Zafuan yang telah melafazkan cerai talak satu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) Ahad lalu.

Rita berkongsi luahan perasaan sedih mengenai penceraiannya dengan memuat naik status di laman Instagramnya, baru-baru ini.

Antara kata-kata yang dimuat naik Rita di Instagram.

Desas desus mengatakan punca Aidil melafazkan cerai adalah kerana kenyataan Rita di dalam akhbar Berita Harian berkenaan hubungan sulit Aidil bersama seorang wanita.


Rita dan Aidil bernikah di Thailand pada Februari 2008 dan dari perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 2.

Semoga Rita sentiasa tabah dan sabar menghadapi ujian dan dugaan berat yang menimpanya itu.

-Sentiasapanas.com