Monday, August 19, 2013

Lelaki Ditangkap Buka Baju Dalam Wanita!

Lelaki Ditangkap Buka Baju Dalam Wanita!

Seorang lelaki akhirnya berjaya diberkas di sebuah stesen keretapi bawah tanah di Shanghai kerana ‘kegemarannya’ membuka kancing bra penumpang wanita.


Siasatan lanjut mendapati lelaki itu berbuat demikian bagi membalas dendam terhadap golongan Hawa. Entah apalah yang dia dendam sangat sampai jadi macam tu.

Selalunya dia terlepas tetapi tidak pada 22 Julai lalu.

Semuanya terjadi bila lelaki yang dikenali sebagai Yang ini dilihat bertengkar dengan seorang wanita berumur 29 tahun di stesen tersebut.

Wanita itu mendakwa Yang cuba membuka kancing branya.

Insiden itu menarik perhatian ramai yang berada di stesen berkenaan, lalu sepasukan polis datang dan menahan lelaki itu.

Namun ada saksi yang mengatakan Yang berbuat demikian kerana terlalu marah dengan tindakan wanita tersebut menolaknya sewaktu hendak masuk ke dalam keretapi.

Persoalannya, kalau betul sekali pun, apa kejadahnya dia buat perangai tak senonoh macam tu???

Macam-macam hal…ada juga manusia yang perangai macam ni! -Mynewshub

Thursday, August 15, 2013

Punca Sebenar Wanita Dibelasah Dengan Tukul Besi!

Punca Sebenar Wanita Dibelasah Dengan Tukul Besi!

Susulan video seorang lelaki membelasah bekas teman wanitanya dengan tukul besi yang menjadi viral sejak Ahad lalu, polis telah menahan seorang lelaki berusia 33 tahun.


Mangsa dalam video berkenaan dikenalpasti sebagai Lim Pui Lee, 29.

Kesan dihentak dengan tukul besi dalam kejadian berkenaan, Lim Pui Lee dimasukkan ke wad di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban selama 2 hari dan terpaksa menerima 30 jahitan di kepala.

Pasti ramai yang ingin tahu punca kejadian kejam itu berlaku. Menurut mangsa, ia bermula apabila dia pergi ke rumah suspek kira-kira jam 10 pagi, Sabtu lalu di Taman Jasper Jaya.

Dia ke sana untuk bersemuka dengan suspek yang dipercayai telah memecahkan cermin keretanya. Ketika bertengkar, suspek hilang sabar lalu mula memukul, menendang dan membelasahnya.

Mangsa dan suspek pernah hidup sebelum berpisah dan mempunyai anak berusia 13 tahun hasil hubungan mereka. Ketika dia dipukul, anak merekalah yang merekodkan kejadian itu.

Dakwanya, itu bukan kali pertama dia dipukul.

Saudara mara menasihati agar dia merakam bukti jika dia dipukul lagi oleh lelaki berkenaan, jadi sebab itulah dia meminta anaknya merakam kejadian Sabtu lalu.

Kini, suspek yang memukul Lim Pui Lee sudah pun ditahan sebelum dibebaskan dengan ikat jamin. Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.



Sumber: The New Straits Times


Monday, August 12, 2013

Perompak Berang Gagal Merogol Tinggalkan 'Love Bite' Dileher Gadis

Perompak Berang Gagal Merogol Tinggalkan 'Love Bite' Dileher Gadis

Seorang gadis bukan saja dirompak dan diculik dua lelaki, malah seorang daripadanya sengaja meninggalkan beberapa kesan gigitan cinta di lehernya sebagai tanda kenangan sebelum dia dibebaskan.

Gambar hiasan

Penjenayah berusia lewat 20an meraba dan menggomol tubuh mangsa dalam kereta selepas mengugut menggunakan pisau Rambo.

Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 11 minggu ini, mangsa yang bekerja sebagai eksekutif dikatakan baru habis bertugas dan berjalan ke keretanya yang diletakkan di belakang Hospital Sentosa, Jalan Chemor.

“Mangsa berasal dari Gombak terkejut apabila kereta Proton Wira Aeroback kelabu berhenti berhampirannya.

“Pada masa sama, dua lelaki tempatan keluar dari kereta dengan seorang daripadanya mengacukan pisau Rambo ke arah mangsa yang tergamam ketakutan,” katanya.

Menurutnya, suspek mengugut mangsa supaya masuk ke dalam kereta mereka sebelum meninggalkan lokasi kejadian.

“Ketika berada dalam kereta, seorang suspek yang duduk bersama mangsa di tempat duduk belakang merampas wang yang dianggarkan RM300 selain telefon bimbit.

“Mungkin tidak berpuas hati dengan jumlah rompakan diperoleh, selain mendapati mangsa mempunyai fizikal menarik, suspek cuba menjadikan mangsa sasaran pemuas nafsunya,” katanya.

Menurutnya, suspek yang mula ghairah terhadap mangsa bertindak meraba seluruh tubuh mangsa walaupun mangsa berulang kali cuba menghalang.

“Pada masa sama, suspek mengugut mangsa supaya akur dan merelakan dirinya dicabul selepas diugut akan ditetak sekiranya melawan.

“Difahamkan mangsa yang ketakutan terpaksa membiarkan suspek mencium dan menggigit lehernya berulang kali, tanpa mampu berbuat apa-apa,” katanya.

Menurutnya, tidak cukup dengan itu, suspek mengeluarkan arahan dan memaksa mangsa melakukan seks oral, namun permintaan itu tidak dilayan mangsa yang berkeras mempertahankan dirinya daripada dicabul.

“Selepas beberapa jam dilarikan ke kawasan Chow Kit, di sini, kedua-dua suspek membawa mangsa semula ke kawasan dia diculik berhampiran Jalan Chemor sebelum dibebaskan.

“Mangsa mengalami trauma akibat diculik, dirompak dan dicabul segera pergi ke balai polis berhampiran membuat laporan berhubung kejadian terbabit,” katanya.

Susulan laporan diterima itu, polis menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan atas jenayah cabul dan samun.

[Sumber]

Wednesday, August 07, 2013

Remaja 15 Tahun Kelar Pramugari Air Asia Untuk Balas Dendam

Remaja 15 Tahun Kelar Pramugari Air Asia Untuk Balas Dendam

Seorang pramugari Air Asia berusia25 tahun ditikam beberapa kali oleh seorang remaja di rumahnya di Taman Kota Warisan, Sepang, pada Ahad lalu.

Mangsa dilaporkan stabil menerima beberapa jahitan.

Mangsa, Fadilah Rosman, berseorangan dirumah apabila seorang budak lelaki berusia 15 tahun, menceroboh bilik tidurnya dalam kejadian jam 10 pagi.

Difahamkan bahawa kedua-duanya bertengkar sebelum budak lelaki itu menikam mangsa beberapa kali di kepala dan tangan.

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abdul Rahman mengesahkan kejadian itu.

"Kejadian itu berlaku pada kira-kira pukul 10 pagi. Kami percaya budak lelaki itu membalas dendam selepas mangsa membuat laporan polis terhadap beliau pada tahun 2011 kerana menggangu mangsa, yang membawa kepada penangkapannya pada tahun yang sama, "kata Imran.

"Budak itu telah ditahan untuk siasatan lanjut. Kes itu disiasat di bawah Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan."

Sementara itu, mangsa sedang dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar di Seremban. [Sumber]

-Sentiasapanas.com

Tuesday, July 16, 2013

Video Budak Kecil Mencuri iPad

Video Budak Kecil Mencuri iPad

Kecil-kecil lagi dah pandai mencuri!! Itulah mungkin ungkapan dari mulut setiap dari anda apabila menonton video ini.


Tidak diketahui lokasi, dan sumber video ini diperolehi tetapi dari apa yang diperhatikan ia diambil dari rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sebuah kedai menjual peralatan komunikasi.

Daripada tulisan dan iklan yang terdapat di dinding, dilihat kebanyakannya tertulis seperti tulisan cina.

Video ini pada mulanya menunjukkan beberapa orang sedang melihat produk komunikasi sebelum kelibat seorang budak kecil perempuan masuk bersama kakaknya.

Kemudian, kakaknya dilihat meneliti barangan di dalam rak pameran di satu bahagian sebelum kanak-kanak perempuan ini dilihat mengawasi pergerakan penjaga kedai yang mungkin sedang mengawasi kedainya.

Dengan pantas, kanak-kanak perempuan dianggarkan berusia sekitar enam tahun mula masuk ke ruang belakang kaunter dan kemudian keluar dengan sebuah kotak dipercayai iPad di tangannya dalam masa beberapa saat sahaja.

Dia kemudiannya dilihat kelam-kabut menyimpan iPad berkenaan di dalam bajunya sebelum kedua-dua mereka perlahan-lahan dilihat keluar meninggalkan kedai sekaligus berjaya mencuri iPad berkenaan.



[Sumber]

Saturday, July 13, 2013

Alvin Mengaku Hina Juadah Berbuka Puasa Hanya Untuk Bahan Jenaka

Alvin Mengaku Hina Juadah Berbuka Puasa Hanya Untuk Bahan Jenaka

Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar ‘Selamat Berbuka Puasa’ di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis.


Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan ‘bak kut teh’ yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.

(Baca: Alvin Dan Vivian Ajak Berbuka Puasa Dengan Sup Babi!)

Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. “Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa.”

Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum.

Seorang pelawat memberi ulasan: “Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau.”

Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei.

Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, “belum lagi…”

“Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami.

“Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini,” katanya dalam satu perbualan telefon bersama The Star Online.

Bagi dia, oleh kerana sambutan yang tidak menggalakkan menunjukkan ‘orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang marah dan kecewa dalam isu ini’.

Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 140 penggunan akaun Facebook telah berkongsi posting berkenaan.

-mStar

Tuesday, May 14, 2013

Gara-gara Kekasih Baru Suami Belasah Isteri Di Restoran

Gara-gara Kekasih Baru Suami Belasah Isteri Di Restoran

Angkara ‘pucuk muda’, seorang lelaki tergamak memukul isterinya di khalayak ramai kerana tidak puas hati apabila wanita terbabit menghubungi kekasih barunya itu.


Difahamkan, wanita berusia 40 tahun itu cedera di kepala akibat dihentak dengan kerusi plastik ketika mereka makan di restoran di Kajang Prima, di sini, kelmarin.

Sumber berkata, dalam kejadian jam 4 petang itu, mangsa dikatakan makan bersama suaminya di sebuah restoran berhampiran rumahnya.

“Ketika makan, mangsa meminta penjelasan suaminya mengenai hubungan cintanya dengan wanita lain. Malah, mangsa memberitahu sudah menghubungi wanita itu melalui nombor telefon yang diambilnya dari telefon bimbit suaminya,” katanya.

Mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini.

-Hmetro

Saturday, April 27, 2013

Gambar Suami Belasah Isteri Di Komuter

Gambar Suami Belasah Isteri Di Komuter

Manusia yang dilahirkan atas muka bumi ini dianugerahkan otak serta akal fikiran untuk memastikan setiap tindakan yang dilakukan difikir terlebih dahulu.


Kami ingin berkongsi beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki yang dikatakan mencederakan isterinya.

Tambah menggemparkan, kejadian itu berlaku di dalam komuter di China.

Bukan itu sahaja, lelaki tersebut terus mencederakan isterinya walaupun dia dihalang oleh pengawal keselamatan yang berada di dalam tren.

Di dalam video itu juga kedengaran tangisan bayi yang sangat kuat.

Mungkin bayi iu merupakan anak kepada pasangan tersebut.

Video kejadian tersebut kini mula viral di laman-laman sosial.

Ramai pihak mengkritik tindakan lelaki tersebut yang memukul isterinya di dalam tren.


Selain itu, ramai juga pihak yang mengkritik penumpang komuter yang bertindak untuk melihat sahaja dan bukan menghalang lelaki tersebut.

Salah seorang komentator berkata,”Para penonton menikmati persembahan percuma? Mengapa mereka tidak boleh membantu untuk menarik lelaki itu? Berharap perkara ini tidak akan berlaku di Singapura.”

Justeru, gunakan akal fikiran anda yang dianugerahkan oleh Tuhan sebelum membuat sebarang tindakan terdesak.

Orang awam tidak akan melihat anda sebagai seorang suami yang hebat, tetapi anda adalah seorang lelaki yang dayus.

-Stomp

Saturday, April 20, 2013

Pelajar Wanita Persenda Solat Di Buang Sekolah

Pelajar Wanita Persenda Solat Di Buang Sekolah

Sekumpulan pelajar perempuan di sebuah sekolah di Indonesia telah dibuang sekolah serta merta selepas video mempersendakan solat yang direkod oleh mereka telah diketahui oleh pihak sekolah.


Melalui video yang berdurasi selama 5 minit 34 saat itu, mereka dilihat mempermainkan langkah-langkah dalam bersolat dengan diselang-seli dengan lagu dendangan Maroon 5, One More Night.

Video terbabit dipercayai dirakamkan pada 9 Mac namun hanya diketahui oleh pihak sekolah mereka pada 30 Mac yang lalu sekali gus memaksa pengetua mereka mengambil tindakan drastik membuang pelajar-pelajar tersebut dari sekolah terbabit.



Diharapkan kejadian sebegini tidak berlaku di Malaysia kerana penulis percaya kita masih lagi tahu menjaga batas-batas dalam perkara yang melibatkan sensitiviti kaum dan agama.

[Sumber]

Friday, April 05, 2013

Pelajar Universiti Di Cabul Tiga Lelaki Mabuk

Pelajar Universiti Di Cabul Tiga Lelaki Mabuk

Malang bagi seorang penuntut sebuah universiti apabila menjadi mangsa cabul tiga lelaki tidak dikenali ketika menunggu bas untuk bertemu rakannya, di sini, Ahad lalu.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 12.30 pagi itu, mangsa yang berusia 23 tahun berada di sebuah pondok menunggu bas di depan universitinya dan dalam perjalanan ke pekan Kajang.

Sumber berkata, ketika itu, sebuah kereta yang tidak dikenali berhenti di depannya dan tiga lelaki yang berada dalam keadaan mabuk menegur serta mempelawa mangsa menaiki kenderaan mereka.

“Mangsa tidak mengendahkan pelawaan berkenaan sebelum dua daripada lelaki itu turun dan menarik mangsa masuk ke dalam kereta.

“Mereka mencabul mangsa menyebabkan mangsa menjerit serta cuba melepaskan diri,” katanya.

Katanya, beberapa minit kemudian, sebuah kenderaan yang melalui kawasan berkenaan menghampiri kenderaan lelaki terbabit.

“Tindakan pemilik kereta itu cuba menyelamatkan mangsa dan menyebabkan lelaki terbabit terperanjat serta panik. Mereka menolak mangsa ke luar dari kereta sebelum memecut kenderaan berkenaan,” katanya.

-Hmetro

Tuesday, April 02, 2013

Suami Ugut Jual Isteri Kepada Along Bayar Hutang

Suami Ugut Jual Isteri Kepada Along Bayar Hutang

Berang apabila isteri enggan memberi kerjasama untuk dia berurusan dengan ceti haram atau along, seorang lelaki mengugut menjual isterinya supaya dirogol sebagai cara melangsaikan hutang.


Dalam kejadian di rumah pasangan berkenaan di Selayang, dekat sini, pada jam 8.30 pagi Jumaat lalu, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun meminta isterinya menyerahkan nombor akaun bank dan kad mesin juruwang automatik (ATM).

Sumber polis berkata, lelaki itu yang berhutang RM10,000 daripada along meminta isterinya yang juga berusia 32 tahun berbuat demikian kerana kad ATM miliknya sudah dirampas along yang turut mengambil wang gajinya.

“Buntu memikirkan masalah kewangan dihadapi, dia merayu isterinya supaya menyerahkan kad ATM dan nombor akaun bank supaya wang gajinya selepas ini dimasukkan ke akaun isterinya.

“Bagaimanapun, isterinya enggan menyebabkan suspek naik angin dan memarahi serta menghamburkan kata-kata kesat,” katanya.

Sumber itu berkata, tidak cukup dengan maki hamun mangsa mengugut mencederakan mangsa jika enggan memberikan kad terbabit.

“Gagal mengawal kemarahannya, suspek bertindak mengugut ‘menjual’ mangsa kepada along bagi melunaskan hutangnya,” katanya.

Dia yang bimbang kejadian tidak diingini berlaku membuat laporan di Balai Polis Selayang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-Hmetro

Friday, March 29, 2013

Siapa Yang Rosakkan Pusara Allahyarham P. Ramlee?

Siapa Yang Rosakkan Pusara Allahyarham P. Ramlee?

Malam semalam menerusi rancangan Gala TV siaran Astro Awani ada menyiarkan sedutan mengenai pusara seniman agung Allahyarham P. Ramlee yang musnah teruk dalam satu kejadian yang berlaku sekitar petang semalam.


Namun begitu, menurut presiden Seniman Malaysia, Zed Zaidi, dia sendiri belum tahu apakah punca sebenar kemusnahan tersebut dan akan cuba menyiasat punca berkenaan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Dalam kejadian yang sama, pusara yang turut musnah adalah pusara seniwati Saloma dan A.R Tompel.

-Mynewshub

Thursday, March 28, 2013

Budak 12 Tahun Ancam Bunuh Rakan Di Haram Guna Facebook

Budak 12 Tahun Ancam Bunuh Rakan Di Haram Guna Facebook

Seorang hakim di Kanada mengharamkan seorang murid sekolah berusia 12 tahun daripada menggunakan Facebook selama setahun.


Media tempatan melaporkan, keputusan itu dibuat selepas dia mengancam dua remaja menerusi rangkaian sosial berkenaan .

Menurut stesen radio CJOB, tertuduh memuatnaikkan ancaman dengan berkata dia mahu mencekik hingga mati dua bekas rakannya kerana berebutkan seorang budak lelaki.

Murid itu mengaku bersalah membuat ancaman itu dan diletakkan di bawah pengawasan polis selama setahun di samping 50 jam kerja kebajikan. Selain itu, hakim juga mengarahnya memadamkan akaun Facebooknya.

Ibu murid itu menyokong keputusan mahkamah tetapi peguamnya membantah dengan alasan Facebook adalah kehidupan sosial remaja masa kini.

-AFP

Friday, March 15, 2013

Guru Dituduh Cabul Dan Suap Air Mani Kepada Pelajar

Guru Dituduh Cabul Dan Suap Air Mani Kepada Pelajar

Bayaran pampasan berjumlah berjuta-juta dolar akan dibayar kepada beberapa pelajar sebuah sekolah menengah rendah tempat seorang guru dituduh mencabul kanak-kanak dan menyuapkan mereka air maninya.


Mark Berndt memaksa pelajarnya mengambil bahagian dalam permainan ‘rasa’ apabila dia memberikan air maninya yang disapu pada biskut dan sudu. Pendakwa raya berkata, guru itu kadang kala menutup mata pelajar dengan kain dan merakam aksi mereka.

Tindakan undang-undang juga difailkan selepas seorang lagi guru dituduh melakukan aksi lucah terhadap seorang kanak-kanak yang menurut pihak berkuasa diraba di dalam kelas.

Pendakwa raya, Raymond Boucher berkata semalam, setiap pelajar itu mungkin diberi pampasan berjumlah $470,000 (RM1.4 juta), Berndt yang mengajar selama 32 tahun di Sekolah Rendah Miramonte di Los Angeles mengaku tidak bersalah dalam kes jenayah itu.

Springer juga mengaku tidak bersalah. Berndt guru gred tiga dan mengajar murid berusia tujuh hingga lapan tahun ditahan selepas seorang pengasas web foto menemui berpuluh-puluh foto kanak-kanak dengan mata mereka ditutup sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Polis berkata, mereka kemudian menemui sudu plastik dalam bakul sampah di bilik darjah Berndt dengan kesan air mani. Peguam Brian Claypool melebel penderaan itu sebagai “drama yang telah lama berlangsung”.

Bagaimanapun, terdapat kebimbangan bahawa berjuta-juta dakwaan mungkin memusnahkan daerah itu.

Yang menjadi persoalannya ialah bagaimana penderaan seksual di daerah persekolahan kedua terbesar di Amerika Syarikat itu boleh berlaku begitu lama tanpa dapat dikesan? Sejurus selepas penahanan Berndt, semua 76 guru sekolah itu dipindahkan sementara kakitangan dan pentadbir diberi cuti.

Enam bulan kemudian pada awal tahun persekolahan, 43 daripada guru terbabit kembali ke sekolah Miramonte yang distruktur semula dengan guru besar baru. Manakala selebihnya bersara atau dipindahkan ke sekolah lain.

-Agensi

Sunday, March 10, 2013

Pengetua Paksa Murid Lakukan Oral Seks

Pengetua Paksa Murid Lakukan Oral Seks

Seorang penuntut wanita semalam mendakwa, timbalan pengetua sekolahnya mengancam menahan diplomanya jika dia enggan melakukan seks oral.


Hanya didedahkan identitinya sebagai MA, penuntut terbabit berkata, timbalan pengetua itu mengugut, dia tidak akan menerima kad laporan dan sijil tamat pembelajaran jika enggan mengikut kemahuannya.

“Saya jadi takut,” katanya.

Penuntut sekolah menengah di Matraman berusia 17 tahun itu berkata, lelaki itu - dikenali sebagai T - memaksanya melakukan seks oral empat kali antara Jun dan Julai tahun lalu.

Katanya, kejadian pertama berlaku pada 26 Jun 2012 selepas T memintanya bertemu di depan sebuah bank di Utan Kayu, Jakarta Timur.

Kejadian lain, kata MA, berlaku selepas dia dibawa ke kawasan gelap di kawasan rekreasi Ancol.

“T kemudian memberi saya Rp50,000 (RM16) sebagai tambang teksi,” katanya.

Pada pertemuan ketiga, kata MA, T meminta lebih daripada sekadar seks oral ketika dijemput ke rumah lelaki terbabit.

Bagaimanapun, kata MA, dia menolak.

“Berdasarkan keadaan rumah itu, permintaan T memang dirancang lebih awal,” katanya. Sejak itu, kata MA, dia tidak menjawab sebarang panggilan telefon daripada T dan mengadu kepada seorang guru.

Kata MA, guru terbabit menasihatinya supaya membuat laporan polis. Namun, T didakwa mengugut MA selepas polis diberitahu. Kata MA, T mengumpulkan ahli Pertubuhan Penuntut Antara Sekolah untuk memaklumkan kononnya insiden itu sengaja diada-adakan.

“Walaupun T meletak jawatan sebagai timbalan pengetua, dia masih mengajar subjek biologi di sekolah,” katanya. Sementara itu, pegawai pendidikan Jakarta berkata, kedudukan T sebagai timbalan pengetua kini digantung.

-Hmetro

Thursday, March 07, 2013

Abang Nodai Ibu Dan Empat Adik Tiri Sendiri

Abang Nodai Ibu Dan Empat Adik Tiri Sendiri

Seorang pemuda berusia 19 tahun yang dikenali dengan nama singkatnya, TG, ditangkap kerana memperkosa ibu kandung dan empat adik tirinya.


Peliknya perbuatan keji itu dilakukan sejak lima tahun lalu.

“Saya melakukannya sambil baring ketika menonton televisyen bersama-sama,” kata TG ketika disoal polis, semalam.

Pemuda berkenaan bagaimanapun tidak ingat berapa kali dia melakukan perbuatan terkutuk itu.

Dia mengaku lupa berapa kali melakukan tindakan senonoh itu kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun. Dia mengaku pernah memberi wang Rp5,000 kepada ibunya yang kini sudah berusia 40 tahun supaya bersetuju untuk melakukan seks.

Selain ibu kandung, empat adik tirinya juga menjadi korban nafsu seksnya.

“Saya tidak pernah mengancam atau mengajak mereka. Mereka yang menggoda dan mengajak saya melakukannya,” katanya.

Seorang adiknya itu ialah lelaki berusia 16 tahun sementara yang lain, perempuan, berusia empat, 10 dan 12 tahun.

Ketua Polis Yogyakarta, Dodo Hendro Kusumo berkata, TG ditangkap selepas pihaknya menerima aduan daripada sepupunya.

-Lensa

Tuesday, February 19, 2013

Amah Lambung Dan Hempas Budak Di Penjara

Amah Lambung Dan Hempas Budak Di Penjara

Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang melambung dan menghempas anak majikannya pada 15 Februari lalu dijatuhi hukuman penjara 20 tahun bagi dua pertuduhan mendera bayi itu di Mahkamah Sesyen, di sini, pagi tadi.

Amah

Tertuduh, Yuliana, 23, dari Acheh, Indonesia kelihatan bergenang air mata sebaik saja hakim Mohd Azhar Othman menjatuhkan hukuman itu.

Rakaman video litar tertutup amah lambung bayi 4 bulan di Kuantan.



BACA INI JUGA: Misteri Jenazah Kanak-Kanak ‘Terapung’!

Wednesday, February 06, 2013

Juruteknik Wanita Nyaris Jadi Mangsa Rogol

Juruteknik Wanita Nyaris Jadi Mangsa Rogol

Seorang juruteknik wanita nyaris diperkosa ketika dalam perjalanan ke tempat kerja apabila dia yang berjalan seorang diri diterkam seorang lelaki tidak dikenali sebelum menariknya ke dalam semak berhampiran Jalan SS 9A/17, Sungai Way, di sini, Sabtu lalu.


Dalam kejadian jam 6 pagi itu, mangsa berusia 23 tahun menjerit meminta tolong sebelum jeritannya itu didengari seorang lelaki yang melalui kawasan itu.

Menurut sumber, lelaki terbabit cuba melarikan diri dari tempat kejadian selepas perbuatannya disedari lelaki berkenaan, tetapi diberkas sebelum diserahkan kepada anggota unit peronda (MPV) dari Balai Polis Sungai Way.

“Mangsa sudah menyedari kehadiran lelaki terbabit di jalan berkenaan, tetapi tidak menghiraukannya kerana sudah biasa menggunakan laluan itu dan tidak pernah berlaku kejadian tidak diingini.

“Namun, sebaik mangsa menghampiri lelaki terbabit tiba-tiba dia diterkam dan tangannya ditarik manakala mulutnya ditutup,” katanya.

[Sumber]

Sunday, February 03, 2013

Awas! 250,000 Akaun Twitter Digodam Minggu Ini!

Awas! 250,000 Akaun Twitter Digodam Minggu Ini!

Penggodam yang tidak diketahui identiti mereka mensasarkan akaun Twitter dengan mengakses kira-kira 250,000 akaun pengguna, minggu ini, tetapi hanya berjaya mendapatkan maklumat tertentu seperti alamat e-mel.


Menurut laman rangkaian sosial itu, Twitter sudah menangani isu itu khususnya menukar semula kata laluan pengguna yang terbabit dengan ancaman penggodam dan mereka akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Serangan siber itu, katanya, berlaku beberapa hari selepas New York Times dan Wall Street Journal mendedahkan bahawa mereka menjadi sasaran usaha penggodaman terancang.

“Serangan itu bukan kerja amatur dan kami tidak percaya ia adalah kes terpencil. Kumpulan penggodam itu sangat canggih dan kami percaya syarikat lain serta pertubuhan turut mengalami serangan sama,” katanya di sini, hari ini.

–Reuters

Saturday, February 02, 2013

Awek Tak Malu Kencing Dilaluan Orang Ramai

Awek Tak Malu Kencing Dilaluan Orang Ramai

Gila, amoi yang tak tahan ini kencing di tempat terbuka tanpa menghiraukan orang yang lalu-lalang sekeliling dia. Apalah salahnya kencing dalam tandas.


Gambar wanita yang sedang kencing di tepi jalan ini dikatakan berlaku di negara China.


Lepas kencing tu dia berdiri pakai semula seluar tanpa rasa bersalah sebelum ditahan oleh pihak berkuasa.


Kalau tak tahan nak kencing pun carilah tempat yang senonoh sikit. Dahlah kencing tak basuh, amoi ni buat bodoh je. Sia-sia buat tandas awam mahal tapi kesedaran sivik tiada langsung.

Ada juga manusia yang macam ni.

[Sumber]