Thursday, January 24, 2013

McDonald’s Di Denda RM700K Tipu Produk Halal

McDonald’s Di Denda RM700K Tipu Produk Halal

McDonald’s terpaksa membayar sebanyak $700,000 kepada seorang penduduk Islam di Detroit selepas restoran makanan segera berkenaan memberikan maklumat yang salah mengenai makanan yang diiklannya.


Restoran itu telah memberikan maklumat palsu mengenai penyediaan makanan yang dikatakan halal.

Kejadian tersebut menimpa seorang penduduk, Ahmed Ahmed yang membeli sandwich ayam pada bulan September tahun lalu, namun rupa-rupanya ia tidak halal.

Susulan itu, Ahmed telah meminta bantuan seorang peguam, Kassem Dakhlallah dan mereka kemudiannya menjalankan siasatan sebelum mengambil keputusan untuk menyaman restoran makanan segera berkenaan.

Kedua-dua pihak kemudiannya bersetuju untuk menyelesaikan kes berkenaan dengan bayaran yang dipersetujui ialah $700,000.

Bayaran itu akan dikongsi bersama oleh Ahmed, klinik kesihatan Detroit dan Muzium Kebangsaan Arab-Amerika di Dearborn, Michigan serta peguamnya.

Restoran makanan segera itu merupakan salah satu daripada dua rangkaiannya yang menjual makanan halal bagi menarik penduduk beragama Islam yang menetap di situ.

Seramai 150,000 penduduk Islam menetap di Detroit.

Dua rangkaian McDonald’s itu mempromosikan hidangan halal berupa Chicken McNuggets dan McChicken.

BACA INI JUGA: Pentingkah Memilih Produk Yang Mempunyai Logo Halal JAKIM Sekalipun Pemiliknya Bukan Islam?

Sumber: mynewshub

Wednesday, January 23, 2013

Sanggup Cabul Mayat Kerana Terlalu Rindu

Sanggup Cabul Mayat Kerana Terlalu Rindu

Seorang lelaki berusia 59 tahun yang mengunjungi rumah kekasihnya terkejut apabila mendapati wanita itu meninggal dunia kerana serangan jantung.


Bagaimanapun ketika dia baru terfikir hendak mendapatkan pertolongan, tiba-tiba nafsu menguasai dirinya sebaik saja melihat tubuh kekasihnya yang berumur 76 tahun itu.

Menurut polis, lelaki yang hanya dikenali sebagai Ho itu kemudiannya telah menanggalkan pakaian si mati dan meramas alat sulit wanita tersebut.

Sambil mencabul, Ho juga melakukan onani terhadap mayat itu.

”Saya tak dapat mengawal perasaan saya, dia sangat cantik,” kata Ho ketika disoal-siasat.

Ho mendakwa, dia telah beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan mendiang sejak bertemu di sebuah pasar sebulan lalu.

” Isteri saya tidak mahukan melakukan hubungan kelamin dengan saya sejak tujuh bulan lalu, saya tertekan,” katanya.

Kisah tersebut terbongkar apabila seorang jiran ternampak Ho sedang berbogel sambil memeluk mayat wanita itu.

Laporan bedah siasat mendapati wanita itu memang mati disebabkan serangan jantung dan bukan disebabkan serangan fizikal.

Apapun, jika sabit kesalahan, Ho boleh dipenjarakan sehingga lima tahun akibat kesalahan berkenaan.

BACA INI JUGA: Pelajar India Cipta Baju AntiRogol

[Sumber]

Saturday, January 12, 2013

Gara-gara Tegur Samseng Isteri Kena Rompak Dan Dibogel

Gara-gara Tegur Samseng Isteri Kena Rompak Dan Dibogel

Akibat tindakan suami menegur sekumpulan remaja yang gemar melepak di kawasan perumahan di Jalan Semarak di sini, menyebabkan isterinya dibogel sebelum gambarnya dirakam selain disamun wang tunai dan barangan kemas bernilai kira-kira RM10,000, pagi kelmarin.


Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa yang mahu dikenali sebagai Siti, 32, sedang tidur di dalam biliknya manakala suaminya pula keluar berjumpa rakan.

Katanya, tiba-tiba dia terjaga sebaik terdengar bunyi cermin depan rumah dan pintu dipecahkan. Apabila keluar dari bilik, dia ternampak sekumpulan lima lelaki yang sering melepak di kawasan perumahannya berada di dalam rumah manakala tiga lagi berkawal di luar.

Menurutnya, selepas mereka ternampak dia berseorangan, dua daripada lelaki terbabit menyerangnya dengan topi keledar menyebabkannya separuh sedar.

“Tidak cukup dengan itu, saya turut dilibas dengan parang, namun sempat mengelak. Bagaimanapun, akibat ditumbuk, saya menjadi pening dan dalam keadaan separuh sedar itu, mereka membogelkan saya sebelum merakam gambar bogel selain cuba merogol saya.

“Saya melarikan diri meminta tolong dengan jiran dan bernasib baik, jiran sebelah terdengar jeritan saya dan membenarkan saya berlindung di dalam rumahnya,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Beliau berkata, kumpulan lelaki itu mengejarnya hingga ke rumah jiran dan apabila jiran enggan membuka pintu seperti diarahkan mereka, motosikal dan cermin rumah jirannya dipecahkan.

Siti berkata, kumpulan itu tidak meninggalkan rumahnya begitu saja sebaliknya melarikan barang kemas, telefon bimbit pintar, iPad, dan wang yang disimpan di dalam tabung bernilai kira-kira RM10,000.

“Mereka turut mengugut akan menyebarkan gambar bogel saya di Internet sekiranya membuat laporan polis dan saya percaya kejadian ini berpunca daripada tindakan suami saya menegur kumpulan itu yang sering mengacau penduduk selepas mengambil minuman keras.

“Dengan bantuan jiran, saya membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Zakaria Pagan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

-Harian Metro

Friday, January 11, 2013

Isteri Lari Tak Tahan Dipaksa S3ks Depan Anak-anak

Isteri Lari Tak Tahan Dipaksa S3ks Depan Anak-anak

“Saya lihat depan mata ayah memaksa emak melakukan seks dan emak akan dipukul kalau enggan berbuat demikian,” luah kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun, menceritakan penderitaan ibunya.


Dia berkata, lelaki itu akan menghentak kepala serta memukul ibunya setiap kali wanita itu enggan mengadakan hubungan seks.

Menurutnya, dia tidak mahu tinggal lagi bersama lelaki itu kerana bimbang akan menjadi mangsa rogol satu masa nanti.

“Sekarang saya, emak dan adik menumpang di rumah saudara kerana mahu mengelak penderaan dilakukan ayah,” katanya ketika di Pejabat Dun Teratai bersama keluarganya bagi mendapatkan bantuan dan perlindungan, di sini, kelmarin.

Sementara itu, ibu mangsa, yang berusia 39 tahun memohon pihak bertanggungjawab mengambil perhatian mengenai perkara ini seterusnya menyelamatkan dia daripada keganasan suaminya.

Menurutnya, dia menjadi mangsa lelaki itu sejak 2003 dan akan didera sekiranya permintaan tidak dipenuhi.

“Suami akan mengeluarkan senjata tajam mengugut akan mencederakan anak-anak jika dia tidak dilayan.

“Disebabkan tiada pilihan saya terpaksa memenuhi kehendaknya setiap hari walaupun depan anak,” katanya.

Dia berkahwin dengan lelaki itu sekitar 2000 ketika melancong ke Malaysia dan dikurniakan dua anak sepanjang perkahwinan mereka.

Sementara itu, Adun Teratai, Jenice Lee Ying Ha yang membantu mangsa membuat laporan berkata, akan mendapatkan perlindungan bagi membela nasib mereka.

“Selain bimbang dengan persekolahan anak mangsa, saya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin daripada diganggu lelaki itu,” katanya.

Jenice turut menasihati mangsa penderaan rumahtangga lain tampil membuat laporan.

–Sinarharian

Wednesday, January 09, 2013

Wanita Belasah Lelaki Nepal Cuba Mencabul

Wanita Belasah Lelaki Nepal Cuba Mencabul

Tindakan seorang lelaki warga Nepal berusia awal 30-an mencabul seorang wanita yang berjalan di sebuah pusat membeli-belah di Jalan Putra, di sini, mengundang padah apabila dia cedera dibelasah mangsa, kelmarin.

Gambar hiasan

Lebih malang apabila dalam kejadian jam 12 tengah hari itu, lelaki itu yang dilaporkan cedera ringan di kepala turut diberkas pihak berkuasa sejurus kejadian berkenaan.

Menurut sumber, mangsa berusia 44 tahun yang berjalan sendirian mendakwa dihampiri lelaki terbabit sebelum tiba-tiba lelaki itu meramas buah dadanya.

“Tindakan itu mengundang kemarahan mangsa sebelum bertindak memukulnya. Malah, pada masa sama, mangsa menjerit meminta bantuan daripada pengawal keselamatan dan orang awam.

“Jeritan kuat mangsa didengari seorang pengawal keselamatan dan dua polis bantuan yang berada berhampiran kawasan berkenaan sebelum mereka bergegas memberikan bantuan kepada mangsa yang ketika itu sedang bergelut dengan lelaki terbabit,” katanya.

Sumber berkata, lelaki itu yang cuba meloloskan diri dapat diberkas sebelum dibawa ke Balai Polis Dang Wangi, di sini, untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa dilaporkan tampil membuat laporan di balai polis sama kira-kira sejam kemudian dengan ditemani ahli keluarganya.

-Hmetro

Saturday, January 05, 2013

Lelaki Mabuk Dalam Kapal Terbang Kena Ikat Di Kerusi

Lelaki Mabuk Dalam Kapal Terbang Kena Ikat Di Kerusi

Akibat tindakannya yang gila dan bodoh kepada penumpang-penumpang lain dalam kapal terbang, seorang lelaki telah dilekatkan dengan pita pelekat di tempat duduknya.


Lelaki yang tidak dikenali indentitinya itu mabuk sewaktu naik ke kapal terbang yang ingin berlepas ke New York dari Iceland.

Lelaki yang berusia 46 tahun itu telah bertindak menyerang penumpang wanita yang duduk di sebelahnya.

Bukan itu sahaja, dia bertindak meludah kepada penumpang-penumpang lain dan kerap menjerit di dalam pesawat mengatakan kapal terbang itu akan jatuh ke bawah.

Agaknya kerana tidak tahan dengan sikap kebudak-budakkan lelaki itu, orang ramai telah melekatkan lelaki itu.

Selepas itu, barulah penumpang-penumpang lain dapat merasa aman tanpa sebarang kacau dari lelaki mabuk itu.

Lelaki itu hanya dilepaskan ikatan pita pelekat itu selepas tiba di destinasi perhentian, New York.

Kemudian, dia telah dibawa ke pejabat dan ditahan di lapangan terbang itu.

Tak ada kerja cari kerja!

Sumber: mynewshub.cc

Friday, January 04, 2013

Pembantu Rumah Di Paksa Minum Air Najis

Pembantu Rumah Di Paksa Minum Air Najis

Dipaksa minum air najis dan cecair peluntur. Itu penderitaan ditanggung seorang pembantu rumah sejak setahun lalu selain turut dipukul dengan kayu oleh majikannya dalam kejadian di Seri Kembangan, di sini.

  

Penderitaan mangsa yang berusia 25 tahun itu berakhir kelmarin selepas melarikan diri dari rumah itu jam 1 pagi sebelum membuat laporan polis.

Sumber berkata, selain dipukul, mangsa hanya diberi makan sekali sehari selain tidak dibayar gaji.

Katanya, mangsa beberapa kali cuba melarikan diri dari ‘penjara’ buatan majikannya itu, namun tidak berjaya kerana semua pintu dikunci.

“Mangsa nekad lari dari rumah itu selepas tidak tahan dengan penderaan majikannya yang berusia 30-an itu yang memaksanya minum cecair peluntur dan air najis.

“Wanita itu terpaksa mengikut arahan kerana tidak mahu disakiti, namun hampir saban hari dipukul dengan kayu,” katanya di sini, semalam.

-Hmetro

Saturday, December 29, 2012

Awas! Penipuan Auto Like Di Facebook Curi Pasword Pengguna

Awas! Penipuan Auto Like Di Facebook Curi Pasword Pengguna

Kes penipuan Auto Subscribers/Like di facebook semakin berleluasa. Pengguna Auto Subscribers/Like kalau pun nak jadi glamour janganlah sampai diperbodohkan, hanya seorang dapat Subscribers/Like banyak iaitu orang yang membuat aplikasi Penipuan Auto Subscribers dengan pertolongan mangsa (anda).


Berikut adalah contoh gambar bukti palsu:


Link ni adalah contoh blog untuk menipu mangsa >> http://autolikehack.blogspot

Selepas pengguna jahil membenarkan app ini mengakses Facebook mereka, maka merebaklah (Auto Share/Like) tipu ini di group/page yang ada dalam senarai pengguna facebook.

Berikut adalah contoh gambar auto share/like:


Kalau nak popular sangat pun janganlah buat macam ni, menyusahkan admin group/page je nak padam satu-satu posting sampah penipu ni!!!

Semua ni hanyalah spamming oleh hacker-hacker yang berleluasa dan ingin mengambil kesempatan.

Kalau password korang kena hack kan naya tu.. STOP IT PLEASE!

[Sumber]

Edited by SP

Saturday, December 22, 2012

Tentera Kencing Mayat Musuh Di Turun Pangkat

Tentera Kencing Mayat Musuh Di Turun Pangkat

Seorang anggota tentera Amerika Syarikat yang dibicarakan di Mahkamah Tentera kerana kencing pada mayat pejuang Taliban dijatuhkan hukuman penjara 30 hari, diturunkan pangkat dan gaji dipotong selama enam bulan.


Pasukan Marin Amerika Syarikat semalam mengumumkan, Staf Sarjan Joseph W Chamblin mengaku bersalah di hadapan hakim tentera.

Dia mengaku bersalah melakukan pencemaran, gagal menyelia anggota bawahannya dan bergambar dengan mangsa peperangan.

Perbuatan biadap Chamblin didedahkan Januari lalu menerusi video yang menunjukkan empat anggota tentera kencing pada tiga mayat anggotaTaliban.

Perbuatan itu dilakukan pada Julai 2011.

Satu siasatan jenayah dijalankan selepas itu.

Pada September 2012, Tentera mengumumkan Chamblin dan Staf Sarjan Edward W Deptola akan didakwa di Mahkamah Tentera.

Kes Deptola belum dibicarakan lagi.

-AP

Friday, December 21, 2012

Anak Heret Dan Ugut Pukul Ibu Sendiri

Anak Heret Dan Ugut Pukul Ibu Sendiri

Seorang anak bukan sahaja tergamak mengheret ibunya dengan kejam, malah dia turut mengugut akan memukul mangsa menggunakan rantai pengunci motosikal apabila permintaannya untuk mendapatkan wang RM150 tidak dilayan.

Mohd Hanafi menutup mukanya untuk mengelak daripada 
dirakam selepas dijatuhi hukuman penjara 8 bulan oleh 
Mahkamah Majistret semalam, apabila mengaku bersalah mengugut ibunya.

Bagaimanapun, perbuatan tidak berperikemanusiaan Mohd Hanafi Hasim, 30, dari Kampung Kubang Panjang, di sini, menerima balasan apabila dijatuhi hukuman lapan bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Hukuman itu diputuskan apabila dia mengaku bersalah dengan sengaja mengugut dengan niat mendatangkan ketakutan menggunakan rantai pengunci motosikal untuk mencederakan ibunya, Tuan Rahamah Tuan Sulaiman, 57.

Mohd Hanafi yang tidak bekerja itu mengaku melakukan perbuatan itu di Kampung Kubang Panjang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 15 Disember lalu.

Dengan itu, Mohd Hanafi mengaku melakukan kesalahan di bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 506 kanun yang sama.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L. Rathna di hadapan Majistret Noradila Ab Latif, manakala Mohd Hanafi tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, mangsa yang enggan memberikan RM150 seperti diminta menyebabkan Mohd Hanafi naik angin lalu mengheret ibunya keluar dari bilik.

Ketika itu, Mohd Hanafi mengambil rantai pengunci motosikal dan mengugut mahu memukul mangsa.

Bagaimanapun, semasa kejadian, salah seorang daripada anak mangsa yang kebetulan berada di dalam bilik menghubungi adiknya memintanya menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan.

Susulan laporan diterima, sepasukan anggota Balai Polis Chabang Tiga menahan Mohd Hanafi yang ketika itu berada di depan rumah.

Sebelum ini, Mohd Hanafi pernah mengugut ibunya menggunakan parang sekiranya permintaannya untuk mendapatkan wang tidak ditunaikan.

-Sinar Online

Tuesday, December 11, 2012

Gadis Di Raba Rakan Sekerja

Gadis Di Raba Rakan Sekerja

Seorang remaja perempuan yang baru dua minggu bekerja di sebuah pasar raya di Selayang bagi menghabiskan cuti persekolahannya dicabul rakan sekerja.

Gambar hiasan

Kejadian itu menyebabkan remaja terbabit trauma sebelum menceritakan kepada ibunya.

Sumber berkata, ibu mangsa yang tidak puas hati dengan tindakan rakan sekerja anak perempuannya itu yang juga dipercayai warga asing, membuat laporan polis kelmarin. Menurut sumber itu, dalam kejadian Khamis lalu, mangsa bekerja dengan lelaki terbabit jam 11 pagi dan ditegur lelaki itu dengan perkataan lucah.

“Suspek mengajak mangsa ke rumahnya untuk melakukan hubungan seks, namun mangsa menolak ajakan suspek. “Suspek yang tidak berpuas hati meraba badan mangsa. Tindakan suspek menyebabkan mangsa takut lalu melarikan diri,” katanya.

Sumber berkata, mangsa mendakwa dia sekali lagi diganggu suspek dengan menghubunginya meminta mangsa mengirimkan SMS dan gambar bogel mangsa.

Kata sumber, mangsa yang bimbang diganggu suspek memaklumkan insiden itu kepada ibunya.

“Mangsa dibawa membuat laporan di Balai Polis Selayang untuk tindakan polis lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.

-Hmetro

Monday, December 10, 2012

Suami Bodoh Meracau Di Facebook Isteri Pakai Tudung

Suami Bodoh Meracau Di Facebook Isteri Pakai Tudung

Hal yang berlaku dalam rumah tangga setiap pasangan adalah perkara yang terlalu sensitif untuk dibicarakan kepada umum.

Gambar hiasan

Setiap masalah yang timbul, eloklah dibawa berbincang bersama-sama dan bermuafakat dalam menyelesaikan masalah itu.

Ketika ini, dengan kecanggihan teknologi yang ada, ia sedikit sebanyak memudahkan kehidupan manusia untuk melakukan tugas seharian.

Laman media yang sering diguna pakai orang ramai ketika ini adalah Facebook dan Twitter.

Di Facebook, heboh tentang cerita seorang suami yang meluahkan ‘perkara’ yang tidak dia sukai.



Dia secara terang-terang memuat naik status tidak sukakan isterinya memakai tudung!

Rasanya, pendekatan yang si suami lakukan dalam menangani ‘masalah’ rumah tangga antara dia dan isterinya adalah tidak tepat.

Ia boleh mengaibkan dan menjatuhkan maruah isterinya dan dirinya juga kerana memuat naik status di Facebook sangat cepat tersebar meluas.

Kalau andalah isteri kepada lelaki tersebut, apa yang akan anda rasa?

-Mynewshub

Tuesday, December 04, 2012

Kerana Lambat Melintas Orang Buta Kena Tumbuk

Kerana Lambat Melintas Orang Buta Kena Tumbuk

Seorang lelaki yang tidak bertimbang rasa telah menumbuk seseorang lelaki yang cacat penglihatan hanya kerana lelaki itu melintas jalan terlalu lama.


David Horan sedang berjalan di sekitar Newcastle, Australia bersama anjingnya sebagai penunjuk jalan.

Tiba di satu laluan, David dan anjingnya ingin melintas, tetapi, mengambil masa kerana anjingnya tidak biasa dengan laluan pejalan kaki di situ.

Lelaki yang tidak dikenali sedang memandu kereta turun dari kenderaannya dan bertindak menumbuk David.

Dia menumbuk David kerana berang David mengambil masa yang terlalu lama untuk melintas jalan.

Penjaga David, Alex Chu yang juga berada di situ cuba untuk menghalang tindakan gila lelaki itu tetapi dia juga turut dipukul bersama isterinya.

Malah, lelaki itu terus bertindak ganas.

Orang ramai yang lalu lalang di situ marah dengan tindakan lelaki itu dan cuba memukulnya.

Namun, lelaki itu cepat-cepat menaiki kenderaannya dan beredar dari tempat kejadian sebelum polis sempat tiba.

Seorang lelaki lain, James yang sedang menyaksikan kejadian itu telah bertindak merakam insiden tersebut dan menyerahkan rakaman itu kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

“Saya tidak menyangka seseorang boleh menyerang lelaki yang tidak berkeupayaan seperti itu,” kata James.

Inilah keadaan yang berlaku sekiranya manusia tiada lagi sifat perikemanusiaan.



-Mynewshub

Tuesday, November 27, 2012

Gadis Memaki Jadi Trending Di Twitter

Gadis Memaki Jadi Trending Di Twitter

Setiap laman sosial yang ditubuhkan ada kepentingan dan fungsinya yang tersendiri.

Seperti semua orang ketahui, contoh laman sosial seperti Twitter dan Facebook memudahkan untuk diri kita dan orang ramai berkongsi tentang sesuatu perkara atau ilmu pengetahun misalnya.

Di laman Twitter, mungkin digunakan oleh sesetengah orang untuk meluahkan perasaan atau perkara yang mereka alami setiap hari.

Atau paling tidak pun, aplikasi ‘Retweet’ dari orang lain (Following/Follower) boleh digunakan sekiranya kita ingin menyatakan sesuatu yang sama dengan mereka memandangkan jumlah huruf yang disediakan agak terbatas.

Tetapi, setiap kemudahan teknologi yang ada sering kali disalah gunakan oleh sesetengah pihak.

Sebagai contoh, seorang pengamal Twitter yang penulis temui di bawah. Kata-kata yang digunakan oleh gadis itu bunyinya seperti marah dan benci.

Dari pemerhatian, gadis itu seperti marah kerana tulisan atau ayatnya telah disalin (Copy) oleh beberapa pingikutnya di Twitter hingga mencetuskan pergaduhan bahasa di alam maya itu.

Selain itu, gadis itu juga turut mengutuk dan mengeji bapanya sendiri dengan menggunakan perkataan kegemarannya iaitu ‘Babi’.

Bacalah dan lihatlah status gadis itu. Apa kata anda?

Penulis bukan berniat untuk memburukan peribadi gadis itu, tetapi, kalau bahasa yang digunakan lebih indah dan mesrakan lebih elok. Bahasakan budaya kita?


-Akustressgiler.blogspot.com

Monday, November 26, 2012

Warga Emas Parah Dibelasah Pasangan Kekasih

Warga Emas Parah Dibelasah Pasangan Kekasih

Pasangan “ganas” yang menyerang seorang warga emas dan menggeledah rumahnya, dijatuhkan hukuman penjara.

Hilton terlantar di hospital akibat kecederaan parah.

Laurynas Dauksas, 25, dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun manakala Aurelisa Galdikaite, 23, dipenjara sembilan tahun kerana menyerang Arnold Hilton.

Hilton, 88, bekas pekerja syarikat lombong arang batu, ditumbuk dan disepak manakala hampir setiap “laci di setiap bilik” rumahnya di Uphollad, Lancashire, digeledah oleh pasangan itu, Mac lalu.

Dia ditemui oleh anaknya, Stuart, berdarah dan terbaring di lantai bilik tidur pada jam 6.30 keesokan paginya.

Hilton memberitahu anaknya, dia tidak akan dapat bertahan lagi.

Stuart berkata, ayahnya mempunyai lima anak, sepuluh cucu dan seorang cicit, berubah sejak serangan itu.

“Sebelum serangan itu, walaupun sudah berusia 88 tahun, beliau seorang yang suka bersosial. Dia akan menaiki bas untuk pergi ke pub sejauh dua batu, untuk bertemu rakannya.”

Stuart berkata, bapanya suka sukan dan bermain gol serta suka menonton bola sepak dan ragbi.

“Tapi sekarang, dia sudah tidak boleh keluar lagi dan terpaksa tinggal di rumah orang tua 24 jam,” katanya.

Ketika menjatuhkan hukuman penjara ke atas pasangan Lithuania itu, Hakim David Aubrey berkata, “Ini adalah kesalahan kejam menjijikkan. Anda memusnahkan hidup lelaki itu, walaupun anda tidak membunuhnya tetapi anda mungkin akan melakukannya.”- DM

-Hmetro

Tuesday, November 20, 2012

Guru Bogelkan Murid Hanya Kerana Muat Naik Video di Youtube

Guru Bogelkan Murid Hanya Kerana Muat Naik Video di Youtube

Hanya kerana memuat naik satu klip video hasil kreativiti mereka ke laman video Youtube, 17 pelajar sebuah sekolah berasrama di sini, mendakwa dipaksa menanggalkan seluar oleh guru hingga seorang daripada mereka berbogel kerana tidak memakai seluar dalam.

Lapor...Amir menunjukkan laporan polis yang dibuatnya.

Mereka turut mendakwa dipaksa melakukan tekan tubi 700 kali selain ditampar, diterajang dan ditumbuk di beberapa bahagian badan serta muka apabila gagal mematuhi arahan berkenaan.

Kejadian itu berlaku Isnin lalu, kumpulan pelajar terbabit baru pulang ke asrama pada jam 5.30 petang selepas keluar ke pusat beli-belah berhampiran sebelum ditahan tiga guru.

Kemarahan guru terbabit berpunca daripada tindakan kumpulan pelajar berkenaan memuat naik hasil kreativiti mereka selepas selesai menduduki kertas Matematik bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Video klip selama tiga minit dua saat yang dimuat naik dalam Youtube pada 5 November lalu itu memaparkan gelagat kumpulan pelajar terbabit melepaskan tekanan masing-masing selepas tamat mengambil kertas berkenaan dengan meniru sebahagian aksi lawak sebuah program realiti televisyen.

-Hmetro

Wednesday, November 14, 2012

Gagal Sedia Sarapan Anak Ugut Kelar Leher Ibu Sendiri

Gagal Sedia Sarapan Anak Ugut Kelar Leher Ibu Sendiri

Seorang lelaki berusia 30-an layak digelar ‘anak setan’ apabila sanggup mengugut untuk membunuh ibunya dengan cara mengelar leher warga emas itu, hanya kerana tidak menyediakan sarapan dalam kejadian di rumah mereka di Taman Maluri Cheras, di sini, Sabtu lalu.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, warga emas berusia 62 tahun itu gagal menyediakan sarapan kepada anak lelakinya berusia 30-an kerana uzur.

Menurut sumber, suspek yang baru bangun tidur mencari makanan di dapur, namun hampa selepas mendapati ibunya berusia 62 tahun tidak menyediakan sarapan.

“Mangsa berang dan kelaparan menjerit memanggil nama ibunya beberapa kali. Si ibu (warga emas) yang sedang terbaring di katil kerana uzur dengan perlahan-lahan berjalan ke dapur.

“Si ibu memarahi anak lelakinya itu kerana membuat bising selain memberitahu dia tidak sihat untuk menyediakan sarapan,” katanya.

-Hmetro

Friday, November 09, 2012

Ibu Malang Dikejar Anak Dengan Pisau

Ibu Malang Dikejar Anak Dengan Pisau

Tindakan seorang anak mengejar ibunya menggunakan sebilah pisau selepas permintaannya untuk mendapatkan wang tidak dipenuhi mangsa akhirnya terbalas apabila dipenjarakan selama lapan bulan dan denda RM2,000 atau tiga bulan penjara jika gagal menjelaskan denda berkenaan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Muhamad Sofian A Aziz

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membuat keputusan itu selepas Muhamad Sofian A Aziz, 29, dari Kampung Gong Tok Nasek, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya, Siti Fatimah Seman, 57.

Mengikut pertuduhan, Muhamad Sofian didakwa melakukan ugutan jenayah menggunakan sebilah pisau dengan mengejar mangsa di Kampung Gong Tok Nasek, di sini, kira-kira jam 9 pagi pada 4 November lalu.

-Hmetro

Thursday, November 01, 2012

Guru Wanita Jalin Hubungan Terlarang Dengan Pelajar 15 Tahun

Guru Wanita Jalin Hubungan Terlarang Dengan Pelajar 15 Tahun

Seorang guru wanita berusia 32 tahun dihukum penjara selama setahun di sini semalam kerana melakukan hubungan seks dengan seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di sekolahnya, lapor media tempatan di sini semalam.


Akhbar Straits Times melaporkan, guru berkenaan yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak mula menjalin hubungan dengan pelajar itu pada tahun lalu.

Menurut laporan akhbar tersebut, hubungan itu bermula selepas guru tersebut mengendalikan sesi kaunseling pelajar berkenaan.

Nama guru dan pelajar itu tidak didedahkan bagi melindungi mereka.

Mahkamah diberitahu bahawa wanita terbabit ‘memikat’ pelajar tersebut dengan beberapa hadiah termasuk sebuah buku terkenal yang berjudul Eat, Pray, Love.

Buku itu pernah dijadikan filem yang menampilkan pelakon terkenal, Julia Roberts pada 2010.

Ia mengisahkan tentang seorang wanita Amerika Syarikat yang sudah bercerai.

Pelajar dan guru itu menjalin hubungan lebih sebulan dan mereka pernah melakukan hubungan seks di rumah guru terbabit.

Bagaimanapun, hubungan berkenaan diketahui oleh ibu bapa pelajar itu sekali gus menyebabkan mereka membuat aduan kepada pihak sekolah.

–AFP

Saturday, October 27, 2012

Lagi Guru di China Dera Pelajar

Lagi Guru di China Dera Pelajar

Seorang guru prasekolah di China dipecat selepas laman perkongsian foto di Internet menunjukkan dia mengangkat muridnya dengan memegang cuping telinga kanak-kanak malang itu.


Ibu bapa di wilayah Zhejiang di negara itu membuat aduan kepada jabatan pendidikan tempatan selepas imej tidak berperikemanusiaan itu dimuat naik dalam rangkaian laman sosial Weibo.

Foto itu menunjukkan Yan Yanhong, 20, tersenyum ketika dia mengangkat kanak-kanak yang menjerit kesakitan itu beberapa inci dari lantai di sebuah sekolah di bandar raya Wenling. Foto itu adalah satu daripada lebih 700 gambar yang dimuat naik Yanhong di Internet yang kelihatannya dirakam oleh guru lain.

Foto lain menunjukkan kanak-kanak dengan mulut mereka ditutup pita pelekat dan tangan mereka dilekatkan ke meja agar mereka duduk diam tidak bergerak. Satu lagi foto menunjukkan seorang kanak-kanak dicampak dalam tong sampah dengan belakang tubuhnya melengkung di tepi tong sampah.


Gambar terakhir menunjukkan kepala seorang kanak-kanak diserkup dengan bakul sampah.

Bagaimanapun, apabila bersemuka dengan media tempatan, Yanhong menjelaskan dia dan murid berkenaan hanya berseronok.

Sebuah akhbar tempatan melaporkan: “Tadika itu diarahkan agar menyingkirkan guru terbabit dan melaporkan perkara itu kepada pihak keselamatan awam tempatan.”

Pihak berkuasa yang menyiasat kes itu mendapati Yanhong tidak layak untuk kerja itu, tetapi diambil bekerja ekoran kekurangan tenaga pengajar.

Awal minggu ini seorang lagi guru di negara itu mencetuskan kemarahan apabila rakaman menunjukkan dia menampar kanak-kanak perempuan berusia lima tahun berulang kali.

–DM