Thursday, March 14, 2013

Hormati Keputusan Sabah Menyertai Malaysia - MNLF

Hormati Keputusan Sabah Menyertai Malaysia - MNLF

Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963, kata pengerusinya Muslimin Sema.


Beliau berkata rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lepas dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak.

“Kami (MNLF) akur dengan kehendak rakyat Sabah untuk menentukan nasib mereka sendiri. Mereka telah membuat keputusan untuk menyertai Malaysia dan kami menghormati keputusan mereka, itulah pendirian kami,” katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila semalam.

Muslimin, yang juga naib datuk bandar Cotabato City di selatan Filipina, berkata dalam kunjungannya ke Sabah pada 1973, beliau melihat sendiri kebahagiaan yang dinikmati rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia.

“Mereka telah membuat keputusan dan kami menerima keputusan mereka itu,” kata Muslimin sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai saudara mara di Sabah, yang setia kepada negara mereka, Malaysia, dan menjalani kehidupan dengan penuh sejahtera.

“Mereka hidup dengan selesa dan makmur di Sabah, keadaan yang tidak mungkin dapat mereka nikamti sekiranya terus berada di selatan Filipina. Saya tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku kepada mereka berikutan apa yang berlaku sekarang,” katanya.

Beliau berkata MNLF menganggap Sabah dan Malaysia sebagai “abang kami”. Demikian kata Muslimin apabila diminta mengulas tindakan Jamalul Kiram, yang menggelarkan dirinya sebagai sultan Sulu, untuk mengambil alih Sabah, sebuah negeri yang kaya dengan hasil bumi, yang didakwanya menjadi sebahagian daripada wilayah milik kesultanan itu.

Kata Muslimin MNLF tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tindakan Jamalul Kiram itu.

Tiga minggu lepas, Jamalul Kiram menghantar kumpulan bersenjata yang diketuai adiknya Azzimudie Kiram ke Kampung Tanduo, Lahad Datu untuk menuntut Sabah yang didakwanya sebagai kampung halaman nenek moyang mereka.

Tindakan mereka mendapat tentangan daripada pasukan keselamatan Malaysia, yang membuat kepungan dan seterusnya melancarkan serangan udara dan darat bagi membanteras kumpulan itu setelah tempoh akhir untuk mereka meletakkan senjata ditangguh beberapa kali.

Sehingga kini, operasi keselamatan dikenali sebagai ‘Operasi Daulat’ itu meragut nyawa 10 anggota pasukan keselamatan Malaysia dan 56 pengganas.

Mengenai dakwaan media asing dan pegawai perisik Filipina bahawa beberapa pihak berkomplot dan menghasut Jamalul Kiram supaya membuat tuntutan terhadap Sabah, Muslimin berkata dakwaan itu perlu disiasat.

Dakwaan itu menyebut bahawa pengganas bersenjata “dipelawa” ke Sabah oleh beberapa ketua yang memihak kepada parti pembangkang Malaysia.

Muslimin berkata beliau yakin Jamalul Kiram “tidak mempunyai kemampuan” untuk melaksanakan operasi bersenjata yang rumit, termasuk menghantar pengganas bersenjata untuk menyeberangi laut ke Sabah.

“Agak memeranjatkan apabila mereka berkeupayaan menghantar satu ekspedisi (ke Sabah) seperti itu. Bukan mudah untuk pergi ke negara lain dan membunuh orang,” katanya.

Diminta mengulas dakwaan bahawa setiap pengganas bersenjata yang melakukan pencerobohan di Sabah diberi upah US$600, pemimpin MILF itu berkata beliau tidak tahu menahu tentang perkara itu.

Ditanya tentang hubungan antara bekas pemimpin MNLF Nur Misuari dan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muslimin berkata kedua-dua mereka kenal satu sama lain.

“Saya tidak berapa tahu (tentang hubungan mereka), tapi mereka kenal satu sama lain ketika Misuari menjadi gabenur Wilayah Autonomi Islam Mindanao,” katanya.

Menjawab satu soalan, Muslimin berkata MNLF akan menyiasat dakwaan anggotanya terlibat dengan pencerobohan bersenjata di Sabah.

Katanya MNLF juga ingin mengetahui dengan lebih lanjut identiti pemimpin kumpulan pengganas itu yang dikenali sebagai ‘Komander Musa’, yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan Malaysia di Tanjung Batu, Lahad Datu.

-BERNAMA

Benarkah Amerika Terlibat Pencerobohan Lahad Datu?

Benarkah Amerika Terlibat Pencerobohan Lahad Datu?

“Kemampuan memiliki senjata untuk penembak tepat adalah antara yang paling memeranjatkan. Ini kerana rifle penembak tepat yang paling murah pun dikatakan berharga RM60,000 satu unit.


“Malah ada yang mencecah harga RM200,000 ke RM300,000 dan sehingga lebih RM1 juta (jarak tembakan melebihi 5 kilometer),” lapor laman itu lagi.

Satu lagi insiden yang perlu diberi perhatian adalah kehadiran kapal USS Guardian di Laut Sulu. Agak memeranjatkan apabila kapal USS Guardian dikatakan terkandas di kawasan terumbu karang Tubbuhata.

Menjadi tanda tanya kenapa kejadian tersebut terjadi pada 17 Januari iaitu 24 hari sebelum pendaratan penceroboh ke atas Sabah pada 11 Februari 20113.

Yang pasti kapal perang tersebut sengaja belayar keluar dari laluan asalnya dan agak pelik kenapa kapal secanggih itu boleh tersasar dan gagal mengenal pasti kawasan terumbu karang di kawasan Tubbataha Reef.

Pihak Tubbataha Reef Marine Ranger telah beberapa kali memberi amaran kepada komander USS Guardian supaya jangan menghampiri kawasan terumbu karang tersebut. Tetapi bagaikan dirancang USS Guardian tetap meneruskan perjalanannya dan enggan berhenti.

Timbalan Pengerusi WWF-Filipina, Jose Ma.Lorenzo Tan berasa hairan dan tidak percaya kenapa USS Guardian dengan sengaja menghampiri kawasan terumbu karang tersebut.

Berdasarkan risikan Filipina, kapal perang tersebut telah melakukan satu operasi rahsia dan kehadiran mereka langsung tidak dimaklumkan kepada pihak berkuasa Filipina

“The question is: Who did they inform? The governor of Palawan (Abraham Mitra) did not know. The Tubbataha Protected Area Management Board did not know. The Western Command (of the Armed Forces of the Philippines) did not know,”

USS Guardian mendakwa kapal mereka tersangkut di kawasan terumbu tersebut, ketika itu apabila pengawal marin Filipina cuba menghampiri kapal tersebut mereka diberi amaran dan USS Guardian bersedia untuk menembak pihak marin Filipina.

“There were eight rangers on speed boats. And they could not even approach. The ship was on general quarters (alarm),”

Vos Apollo milik Malaysia sedia memunggah 
minyak daripada USS Guardian.

Menjadi tanda tanya kapal perang tersebut telah dimusnahkan dan segala peralatannya diangkut secara tergesa-gesa. Dalam sejarah Amerika inilah kali pertama kapal perang mereka dimusnahkan dalam keadaan aman bukan di medan perang.

Berdasarkan maklumat risikan dari Filipina, terdapat banyak kegiatan dilakukan dengan alasan mengadakan operasi menyelamat dan memunggah barang-barang.

Tetapi aktiviti mereka dibuat secara rahsia. Yang menghairankan pihak keselamatan Filipina kenapa anak kapal USS Guardian tidak dihantar ke Filipina kerana lokasinya paling hampir sebaliknya anak-anak kapal USS Guardian terus dihantar ke Jepun.

Selepas kejadian memindahkan anak kapal selesai, Sultan Bantilan Muhammad Muizzudin II pemimpin dari gerakan Kesultanan Sulu Darul Islam (SSDI) yang menentang serangan ke atas Sabah mendedahkan ada pihak yang lebih besar di belakang Jamalul Kiram III.

Menurutnya terdapat kehadiran sekumpulan lelaki berkulit putih di dalam kumpulan bersenjata Kiram sebelum mereka menyusup masuk ke Sabah.

Baca dan cuba fahamkan. 1 pihak "salah perhitungan", 1 pihak "ambil kesempatan" dan 1 pihak lagi "jadi kambing hitam".

Kelengkapan diangkut keluar

Kehadiran kren

Melerai komponen kapal

Gambar berikut menunjukkan proses melerai USS Guardian. Ke mana kelengkapan tentera di hantar?

[Sumber]

Wednesday, March 13, 2013

Video Talibarut Ketika Bertemu Jeneral Musa

Video Talibarut Ketika Bertemu Jeneral Musa

Berikut adalah klip video memperlihatkan secara lengkap pertemuan seorang lelaki yang dipercayai talibarut dengan Musa.


Dikatakan lelaki tersebut adalah antara mereka yang bertemu Jeneral Musa sewaktu pasukan pengganas mula-mula mendarat di Kampung Tanduo, tidak jauh dari Kampung Tanjung Batu.


Namun tidak diketahui nasibnya sehingga sekarang, sama ada telah terbunuh atau masih lagi bersembunyi di sekitar kampung tersebut.

Video ini dipercayai dirakam sewaktu ‘Jeneral’ Musa memakaikan beret kepada tali barut berkenaan ketika hari-hari awal ketibaan komander pengganas itu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah.

(Baca: Bomoh Bongkar Rahsia Kekebalan Pengganas Suluk)

Tali barut ini dikatakan pernah bekerja sebagai mandur dan membaiki rumah di sekitar kawasan berhampiran.

-SP
Kiram Sahkan Komander Musa Yang Ditembak Mati Masih Hidup!

Kiram Sahkan Komander Musa Yang Ditembak Mati Masih Hidup!

Seramai 23 pengikut Jamalul Kiram III yang menceroboh Lahad Datu, Sabah bulan lalu telah maut manakala 'Jeneral' Musa didakwa masih hidup.

Jamalul Kiram III mendengar sesuatu yang diperkatakan oleh 
pengikutnya di Taguig, selatan Manila baru-baru ini.

Ini bertentangan dengan laporan yang mengatakan Musa terbunuh minggu lalu.

Jurucakap Jamalul, Abraham Idjirani berkata, beliau ada berhubung dengan Agbimuddin Kiram, yang mendakwa sebagai raja muda, yang mengesahkan Musa masih hidup.

“Beliau masih hidup dan berkumpul semula jam 1 pagi hari ini sambil minum kopi,” katanya.

Laporan media ada mengatakan Musa merupakan timbalan ketua pengganas dan merancang bersama Agbimuddin untuk menuntut Sabah, yang kononnya menjadi hak milik Kesultanan Sulu.


Laman web www.abs-cbnnews.com memetik Abraham berkata, kerajaan Filipina dan Kesultanan Sulu mesti terlebih dahulu berundur sebelum mengambil langkah seterusnya.

(Baca: Ketua Nombor 2 Pengganas Disahkan Mati Terbunuh)

Beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Filipina yang membenarkan Setiausaha Negeri dan Kerajaan Tempatan, Mar Roxas bertemu dengan Esmail Kiram bagi membincangkan cara menyelesaikan isu semasa ini.

-Sinarharian

Bomoh Bongkar Rahsia Kekebalan Pengganas Suluk

Bomoh Bongkar Rahsia Kekebalan Pengganas Suluk

Menyedari kekuatan mereka tidak mampu menandingi pasukan keselamatan negara tidak menghalang kumpulan pengganas dari selatan Filipina melancarkan pertempuran terhadap pasukan keselamatan Malaysia. Persediaan mental ini bergantung pada kepercayaan bahawa mereka kebal.


Beberapa bomoh tempatan, yang pernah berurusan dengan komuniti dari selatan Filipina, berkata mereka amat mempercayai kuasa mistik, termasuk keupayaan untuk mengghaibkan diri dan tidak lut senjata.

Menamakan beberapa bahagian di Sulu di mana kumpulan pengganas akan mendapatkan tangkal dan azimat, bomoh itu berkata pernah beberapa kali 'perkhidmatan' mereka digunakan untuk membaharui kekuatan kuasa mereka. Ketika ditunjukkan gambar-gambar tangkal dan azimat pada mayat pengganas yang mati serta barangan yang dikumpulkan oleh pasukan keselamatan yang 'membersihkan' kawasan pertempuran, bomoh itu berkata kumpulan pengganas percaya barangan itu mampu membantu mereka menewaskan anggota keselamatan Malaysia.

Barangan yang digunakan oleh mereka 'untuk ghaib dan kebal termasuk tulang kucing hitam.

Difahamkan, anggota keselamatan berkata mereka ternampak tulang diikat pada pelvis dan bahagian anggota lain pada badan pengganas. Segelintir pengganas yang menceroboh negara ini diberi tangkal oleh pemimpin mereka, yang menjanjikan selagi barangan itu kekal pada mereka, pasukan keselamatan tidak akan berupaya mengesan mereka atau tercedera jika ditembak.

Atas kepercayaan, inilah, mereka kelihatan tidak gentar walaupun berdepan beberapa batalion anggota keselamatan, kata dua bomoh berketurunan Suluk, baru-baru ini.

Mereka menjelaskan kucing hitam itu akan ditanam hidup-hidup dalam lubang dengan kedalaman tidak lebih tiga kaki selama tujuh hari dan setiap hari, mantera khas akan dibacakan. Pada hari ketujuh, bangkai kucing itu akan digali dan tulangnya diambil.

Untuk melupusan kekebalan musuh, setiap senjata dan peluru perlu disapu dengan tanah sambil berkata "daripada tanah kita datang, kepada tanah juga kita kembali".

Bagaimanapun, bomoh itu berkata kekebalan itu akan terhapus sebaik pemakainya makan, minum, buang air atau mengeluarkan air mani. Mereka perlu memulakan semula proses itu jika mereka melakukan mana-mana perkara tersebut.

"Besar kemungkinan mereka juga mengambil syabu, kerana mereka memerlukan kekuatan 'tambahan'. Lagipun, mereka ditegah daripada makan dan minum." Bomoh itu berkata pengganas itu juga akan mengikat kulit ular yang baru bertukar kulit di pinggang untuk mengghaibkan diri daripada pandangan musuh.

"Ketika ular berada pada peringkat akhir bertukar kulit, mereka akan menarik kulit tersebut. Kulit itu kemudian diikat di keliling pinggang mereka. Bagaimanapun, dipercayai, pemakai akan kehilangan kuasa ghaib jika dia mandi menggunakan air laut atau sungai."

[Sumber]

Anwar Saman WikiLeaks Kerana Bocorkan Konspirasi?

Anwar Saman WikiLeaks Kerana Bocorkan Konspirasi?

Menjawab mengenai spekulasi bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ditahan tidak lama lagi ekoran dakwaan pembabitannya dalam insiden di Lahad Datu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali yang turut membidas WikiLeaks menegaskan, ia perkara lumrah apabila Ketua Pembangkang itu sering dikaitkan dengan pelbagai masalah dan isu negara.


“Sudah berbelas-belas tahun semua masalah diletakkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

(Baca: Wikileak Dedah Rancangan Nur Misuari Serang Sabah Pada 2007!)

“Maka kita minta rakyat bangkit untuk menyatakan pendirian mereka memberi amaran yang keras kepada pimpinan politik kerajaan pusat, jangan bermain politik tetapi menumpukan kepada usaha menangani isu keselamatan rakyat,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, di sini, hari ini.


Menurut Azmin, tindakan itu hanyalah bertujuan untuk mengalihn perhatian daripada isu sebenar yang dalam kes Lahad Datu ini, jelas gagal ditangani oleh kerajaan.

“Untuk menutup kelemahan diri, pihak berkenaan cuba menyalahkan pimpinan Pakatan.

“Walau bagaimanapun, ini bukan perkara baru,” kata Azmin.

Azmin berkata, beliau turut berhadapan tindakan sama apabila dipanggil petang ini untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang kononnya dikaitkan dalam isu Sabah.

Azmin turut menyangkal keras laporan WikiLeaks kononnya Anwar punya hubungan dengan Nur Misuari.

“Semua pimpinan bertemu dengan Nur Misuari, jangan mereka cuba menafikan. Tetapi cubaan hendak mengaitkan dengan insiden yang berlaku itu sebagai sesuatu yang melampau,” tegas Azmin.


Utusan Malaysia melaporkan, laman web WikiLeaks pada 2007 pernah mendedahkan Misuari yang merupakan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), ketika menjadi tahanan di rumahnya pernah mempunyai hasrat untuk
menakluk Sabah dari Malaysia.

Kabel itu turut mendedahkan pemimpin Kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino sebagai berkata, Malaysia bimbang terhadap niat Misuari yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

Malah katanya, Malaysia juga bimbang tentang hubungan Anwar yang disifatkan sebagai ‘rakan lama’ Nur Misuari.

-Sinarharian

*Tertanya-tanya kenapa Anwar tak berani nak saman..:(
Ketua Pengganas Sulu Dipercayai Cuba Lepasi Kepungan

Ketua Pengganas Sulu Dipercayai Cuba Lepasi Kepungan

Agbimuddin Kiram yang mengetuai pengganas Sulu dipercayai masih bersembunyi bersama anak buahnya di sekitar Tanjung Batu dan beberapa kampung sekitar Felda Sahabat 16, dekat sini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai berusaha melepasi kepungan pasukan keselamatan tetapi diyakini tidak akan mampu berbuat demikian berikutan kepungan ketat di darat dan laut oleh pasukan keselamatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di Felda Sahabat 16, pada pagi Rabu.

-mStar

Dua Anggota Tentera Gugur Dinaikkan Pangkat

Dua Anggota Tentera Gugur Dinaikkan Pangkat

Dua anggota tentera yang gugur, Prebet Ahmad Hurairah Ismail,24, dan Prebet Ahmad Farhan Ruslan,21, dinaikkan pangkat serta merta ke jawatan koperal.

Sebelum ini dilaporkan tiga pengganas ditembak mati, tetapi pasukan keselamatan berkenaan menembak mati dua pengganas manakala tiga lagi melarikan diri.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi mengumumkan kedua-dua keluarga tentera akan menerima kenaikkan pencen kira-kira RM2,500.

“Saya mewakili kementerian dan angkatan tentera, saya mengucapkan takziah kepada keluarga yang terlibat.

“Mereka adalah pahlawan yang berjuang untuk negara,” katanya kepada pemberita di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada Rabu.

Jenazah dua anggota tentera yang terkorban tiba di TUDM pada pukul 8 pagi dan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat tentera.

Dr Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak antara mereka yang hadir memberi penghormatan terakhir.

Jenazah akan diterbangkan ke Pengkalan Chepa, Kelantan sebelum dibawa pulang untuk dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Prebet Ahmad Hurairah terkobrban dalam pertempuran dengan pengganas Sulu di Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung batu di Lahad Datu pada Selasa.

Sementara Prebet Farhan Ruslan, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan ketika sedang menghantar bekalan ke kawasan pertempuran Ops Daulat pada Selasa.

Kenderaan yang dipandu anggota tentera itu dipercayai hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari bandar Lahad Datu menghala ke Bandar Chenderawasih di Felda Sahabat.

-Mstar

The Headhunter Team Pasukan Elit Pertama Malaysia

The Headhunter Team Pasukan Elit Pertama Malaysia

Pasukan Elite Pertama Asia Tenggara 1951 (Sarawak Ranger) atau lebih dikenali dengan nama The Headhunter Team. Mereka ini juga pernah mendapat mendapat pengiktirafan Pasukan Terbaik Dunia pada ketika itu oleh Sir Gerald Templer..Antara kejayaan dan pengiktirafan :

The Headhunter Team Pasukan Elit Pertama Malaysia

1. Pasukan Penjejak Terbaik Dunia – menewaskan pasukan komunis ketika zaman darurat disekitar Temasik (Singapura), Malaya (Sem. Malaysia), Siam (Thailand).

2. Sebilangannya pernah dihantar ke Vietnam bagi membantu tentera Amerika menentang Viet Kong pada ketika itu.

3. Pasukan yang mempunyai taktik serangan gerila paling digeruni pada ketika itu, hinggakan pasukan elite British SAS (Special Air Service) tidak mampu menandingi pasukan ini pada ketika itu, dan sebilangan jurulatih SAS ini mendapat latihan tidak formal dari pasukan ini.

4. Pasukan ini juga yang mampu menewaskan PARAKU/tentera Indonesia yang kebanyakannya kebal/halimunan/mampu menghilangkan diri ketika era kofantrasi. Pernah diakui oleh mantan presiden indonesia pada ketika itu Sukarno – ” Tentera Iban ini datangnya tidak diundang, saat pergi semua bala tenteraku hilang nyawa..banyak yang bercerai badan dan kepala. Mereka sungguh pantas hinggakan tidak terlihat oleh mata manusia”.

5. Warisan pasukan ini juga bertanggungjawab dalam menjaga keamanan ketika rusuhan kaum pada 13 Mei, kerana kebanyakkan mereka berpendirian natural tidak menyebelahi mana-mana kaum.

6. Pasukan ini juga merupakan satu-satunya pasukan keamanan di dunia yang mempunyai kepakaran dalam pertempuran jarak dekat. – diakui oleh KOPASUS (Tentera elite Indonesia).

Sangat bangga kerana antara mereka disini (gambar) adalah warisku.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

sumber: facebook

Benarkah Tiada Pembelot Dikalangan Anggota Keselamatan?

Benarkah Tiada Pembelot Dikalangan Anggota Keselamatan?

Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi menegaskan tiada anggota keselamatan yang ‘belot’ dalam isu pencerobohan Lahad Datu dalam Program ‘Helo Malaysia’ terbitan BernamaTV di Wisma Bernama pada malam Selasa. Beliau juga meminta semua pihak supaya tidak menyebarkan khabar angin dan mendapatkan pengesahan terdahulu.


“Kalau betul ada, tentu mereka sudah kena tindakan. Jika pun memang ada pembelot itu, saya yakin pihak berwajib akan bawa orang itu ke muka pengadilan.

“Saya tanya Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib mengenai perkara itu. Harap khabar angin jangan dibesarkan,” katanya.

Benarkah?

(Baca: Gambar Anggota Polis Yang Menjadi Musuh Dalam Selimut)

Rumah Ketua Kampung, Kg. Tanjung Labian Dibakar Pengganas

Rumah Ketua Kampung, Kg. Tanjung Labian Dibakar Pengganas

Mahmood Mallang merupakan seorang yang sangat dihormati oleh penduduk Kampung Tanjung Labian, di sini.


Berasal dari keturunan Sulu, beliau yang dilahirkan di Pulau Sibutu, Filipina mula berhijrah ke sini sejak berusia 18 tahun lagi.

Beliau yang berusia 72 tahun kini pemegang kerakyatan Malaysia dan telah dilantik menjadi ketua kampung di situ sejak beberapa tahun lalu.

Sewaktu hari pertama ketibaan pengganas militan Sulu tiba di kampungnya, Mahmood berada di bandar Lahad Datu.

Beliau hanya menyedari berlaku peristiwa pencerobohan ini setelah dimaklumkan melalui telefon bimbit oleh anaknya, yang sebelum itu berjaya melarikan diri setelah dipukul dan dijadikan tebusan oleh puak pengganas Sulu yang mengepung kampung mereka.

”Mereka tahan anak saya, bahkan rumah saya pun mereka bakar namun saya nekad tidak mahu bersubahat dengan puak pengganas ini, saya enggan tunduk walau apa cara sekali pun,” tegasnya ketika ditemui.

Menurut Mahmood, beliau sedar ramai penduduk di kampungnya berasal dari Filipina dan tinggal tanpa izin sejak sekian lama.

Namun, katanya, mereka ini jarang menimbulkan masalah malah ramai yang sudah berkahwin dan beranak pinak di kampung tersebut.

Katanya, ini disebabkan tanah asal kelahiran mereka di Filipina sangat mundur hingga susah untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.

Sebab itu, katanya, beliau hairan bagaimana puak yang mendakwa berasal dari Kesultanan Sulu ini sanggup bertindak kejam dan di luar batasan hingga menyusahkan mereka yang telah lama bermaustatin di sini khususnya dan di Sabah amnya.

”Yang pasti, saya diberitahu ada pihak di sana mendakwa mereka telah ditipu dan dimomok-momokkan kononnya negeri ini telah dikuasai oleh geng Sultan Kiram ini, mereka juga telah dijanjikan dengan pekerjaan namun bila sampai ke sini, lain pula jadinya.

”Saya diberitahu ramai yang terkejut apabila tiba-tiba diminta mengangkat senjata sedangkan niat mereka datang ke sini hanyalah untuk mencari rezeki, bukan untuk berperang,” katanya.

Menurut Mahmood, beliau percaya ada dalang dan tali barut yang memainkan peranan di sebalik semua yang berlaku.

Katanya, walaupun beliau sendiri orang Sulu dan berasal dari Filipina namun ini bukan bermakna beliau perlu tunduk dan akur dengan kemahuan puak pengganas berkenaan.

”Sebenarnya ‘jeneral’ Musa itu sendiri adalah sepupu kepada isteri saya namun itu bukan alasan untuk saya bersubahat dengan mereka dalam hal ini.

”Kami sudah berjanji untuk menumpahkan taat setia kami pada Malaysia, mereka (pengganas) tidak boleh paksa untuk kami bersama mereka dalam perjuangan yang sia-sia ini,” katanya.

-Mynewshub

Gambar Ngeri Polis Dicincang Dengan Kejam

Gambar Ngeri Polis Dicincang Dengan Kejam

Gambar ini adalah gambar mayat anggota keselamatan negara yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu yang telah mencerobohi Sabah dan hingga setakat ini, masih melakukan keganasan.

Anggota keselamatan kita ini telah diserang hendap atas maklumat talibarut dan dipenggal dan dilapah tanpa perikemanusiaan.


Semoga roh mereka yang telah gugur syahid dirahmati Allah..amiin..

-SP

Tuesday, March 12, 2013

Terkini - 3 Pengganas Dan Seorang Tentera Maut Bertempur!

Terkini - 3 Pengganas Dan Seorang Tentera Maut Bertempur!

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira jam 10.45 pagi tadi.


Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam sidang media pada 8 malam mengesahkan seorang lagi anggota tentera terkorban apabila trak yang dipandunya terbabas di Jalan Lahad Datu-Cenderawasih hari ini.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan 10 anggota keselamatan maut sejak tragedi pencerobohan 12 Feb lepas.

-Bharian

Mangsa Dakwa Pengganas Sulu Bawa Wang Yang Sangat Banyak

Mangsa Dakwa Pengganas Sulu Bawa Wang Yang Sangat Banyak

Seorang mangsa tebusan mendakwa melihat pengganas militan Sulu memiliki sejumlah wang yang banyak sewaktu ditahan baru-baru ini.


Menurut Ajmain Mahmood, pada hari kejadian, dia berada di dalam rumah sebelum mendengar kekecohan di luar.

Katanya, sewaktu dia cuba meninjau apa yang berlaku, sekumpulan kira-kira 50 orang pengganas militan Sulu sudah bertindak menahan ramai penduduk kampung.

”Kebanyakan mereka memakai pakaian seragam tentera, dan separuh daripadanya memiliki senjata api seperti M16.

”Kemudian salah seorang daripada mereka menampar muka saya sebelum mengacah barong (sejenis senjata tajam).

”Selepas itu dia mengeluarkan sebuah beg plastik yang dipenuhi wang ringgit Malaysia dan memberikannya sedikit kepada seorang lagi tebusan untuk membeli beras,” katanya ketika ditemui di sebuah penempatan peneroka di sini hari ini.

Menurut Ajmain, dia juga diarahkan untuk berbuat demikian.

Tambahnya, selepas itu dia dan dua tebusan yang lain menaiki sebuah kereta untuk mencari bekalan beras seperti mana telah yang diarahkan.

Katanya, memandang ramai peniaga menyedari insiden tersebut, kesemuanya membuat keputusan untuk menutup premis mereka lebih awal.

”Semua kedai yang kami pergi tutup…masa inilah saya mengambil keputusan untuk melarikan diri,” jelas Ajmain.

Sebelum itu ketika ditanya mengapa dia ditampar, Ajmain berkata, wakil puak pengganas mengesyakinya membuat laporan kepada pihak polis hingga menyebabkan tiga rakan mereka ditangkap lebih awal.

Mengulas lanjut, Ajmain berkata, pengganas mengunakan bahasa Bajau sewaktu berkomunikasi dengannya.

Ajmain juga menegaskan tidak pernah melihat kelibat kesemua pengganas itu sebelum ini di kampung mereka.

”Terus terang saya katakan, saya sangat trauma mengenai apa yang berlaku..apatah lagi bila mendapat tahu ada anggota polis yang dibunuh dengan kejam oleh pengganas Sulu ini.

”Nasib baiklah tindakan saya melarikan diri kena pada masanya, jika tidak, tak mustahil apa yang menimpa anggota polis berkenaan boleh terjadi ke atas diri saya,” katanya.

-Mynewshub

Hentikan Bayaran Kepada Waris Keturunan Kesultanan Sulu!

Hentikan Bayaran Kepada Waris Keturunan Kesultanan Sulu!

Peguam Karpal Singh berkata, kerajaan harus segera menghentikan bayaran penyerahan wilayah tahunan sebanyak RM5,300 kepada individu yang mendakwa diri keturunan Kesultanan Sulu.


Karpal berpendapat bayaran itu adalah suatu kesilapan terutama selepas Sabah mencapai kemerdekaan dan berkata, keturunan kesultanan itu tidak mempunyai locus standi bagi menerima bayaran berkenaan.

"Hanya kerajaan Filipina mengambil beberapa langkah dalam membuat tuntutan ke atas hak wilayah Sabah kepada Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), namun selepas lawatan rasmi bekas Presiden Ferdinand Marcos pada lewat 1960-an dan perlakuan pentadbiran selepas beliau, mereka sudah mengetepikan tuntutan itu.

"Ini boleh dilihat dengan jelas daripada tindakan kedua-dua kerajaan yang bersetuju mempertingkat hubungan diplomatik daripada status konsulat kepada duta, (yang membuktikan bahawa) kemerdekaan Sabah diiktiraf oleh kerajaan Filipina," katanya ketika ditemui di Kompleks Mahkamah di sini hari ini.

Karpal juga berkata, beliau bersetuju dengan pendirian tegas kerajaan yang tidak mahu berunding dengan penceroboh dan penggunaan kekerasan bagi mengusir mereka dari Sabah.

"Pasukan keselamatan tidak seharusnya membenarkan sebarang kesilapan keselamatan selanjutnya dengan bertindak segera menghapus segala unsur ekstremis yang mungkin masih wujud di Sabah," katanya.

-BERNAMA

54 Pengganas Ditembak Mati Bukti Mereka Tidak Kebal

54 Pengganas Ditembak Mati Bukti Mereka Tidak Kebal

Bilangan penceroboh militan yang terbunuh dalam Operasi Daulat membuktikan mereka sebenarnya tidak kebal, sepertimana yang diperkatakan.


“Ini terbukti apabila pasukan keselamatan menembak mati 54 orang daripada mereka,” kata Penolong Ketua Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), ACP Ramli Mohammed Yusoff pada Isnin.

Beliau berkata, cerita mengenai kekebalan penceroboh Sulu itu menjadi percakapan ramai apabila tersebar di laman sosial gambar mereka yang terbunuh memakai tangkal dan kain berwarna kuning pada badan.

Ramli berkata, penggunaan tangkal itu mungkin untuk meyakinkan pengikut kumpulan berkenaan bahawa tindakan mereka kononnya adalah jihad.

“Hakikatnya hanya ilmu pengetahuan yang mampu memberikan kita kepandaian dalam mempertahankan negara dan bukan ilmu tahyul yang menyempitkan akal kita,” katanya.

–BERNAMA

Monday, March 11, 2013

Ketua Nombor 2 Pengganas Disahkan Mati Terbunuh

Ketua Nombor 2 Pengganas Disahkan Mati Terbunuh

Satu daripada 18 mayat penceroboh militan yang dihantar ke Hospital Lahad Datu malam tadi, dipercayai ketua kumpulan itu berpangkat jeneral yang dikenali sebagai Komander Musa.


Komander Musa dipercayai orang nombor dua pasukan pengganas selepas Agimuddin Kiram.

“Satu mayat itu macam rupa Komander Musa,” kata Ketua Forensik Operasi Daulat ASP Hussien Omar Khan.

Beliau berkata mayat yang dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu di Felda Sahabat, kira-kira 130km dari sini, telah reput dan proses bedah siasat akan dibuat pakar patologi dari Hospital Pulau Pinang.


Musa, yang mengetuai kumpulan pengganas Sulu dikatakan melarikan diri dari Kampung Tanduo dan memasuki Kampung Tanjung Batu sebelum terbunuh dalam pertempuran yang turut menyaksikan 31 pengganas Sulu maut.

Ketua Polis Daerah Supt Shamsudin Mat berkata, sembahyang jenazah akan diadakan untuk pengganas yang terbunuh pada satu tarikh yang akan ditetapkan.

“Kita sebagai umat Islam mempunyai tanggungjawab kepada saudara sesama Islam, biarpun mereka adalah musuh kita. Kita juga mendoakan roh mereka dicucuri rahmat,” katanya, tanpa menyatakan lokasi pengganas itu akan dikebumi.

-BERNAMA

Dakwa Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu, Sedia Berperang!

Dakwa Pewaris Sebenar Kesultanan Sulu, Sedia Berperang!

Datu Mohd Akjan Ali Muhammad yang mendakwa dirinya sebagai waris Kesultanan Sulu yang sebenar meminta komuniti itu untuk tidak memberikan sebarang bantuan kepada kumpulan bersenjata Sulu yang sedang terlibat dalam pertempuran dengan anggota keselamatan Malaysia.


Akjan yang mendakwa sebagai pewaris sah kepada kesultanan Sulu berkata, komuniti Suluk di Sabah harus taat setia kepada Malaysia.

Sambil meminta saki lelaki bersenjata Sulu untuk meletakkan senjata mereka dan menyerah diri tanpa syarat, dia berkata kedegilan mereka hanya akan menyebabkan masalah itu berterusan.

“Saya ingin memberi amaran kepada komuniti Suluk di sini bahawa mereka adalah rakyat Malaysia. Oleh itu, mereka harus sentiasa taat setia kepada Malaysia dan menjadi antara yang pertama untuk tampil ke hadapan dalam mempertahankan negara.

“Lelaki bersenjata Sulu harus berundur tanpa meletakkan sebarang syarat.

“Jika mereka terus berdegil, ia hanya akan membawa banyak masalah kepada diri mereka.

“Jika anda (Tausug dari Filipina) ingin menuntut Sabah, jadi kami, komuniti Suluk dari Sabah, juga boleh membuat tuntutan itu. Namun apa yang perlu dituntut apabila kami kini adalah rakyat Malaysia sementara anda adalah kumpulan dari Republik Filipina sama seperti Jamalul Kiram III,” kata Akjan yang ditahan berhubung ‘Projek IC’.

“Langkah mayat saya dulu sebelum saya membenarkan rakyat Filipina menuntut Sabah sebagai sebahagian dari negara mereka,” katanya.

Akjan yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) di Sabah berkata, mereka menyokong pendekatan yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengusir keluar kumpulan bersenjata itu.

Dia berharap komuniti lain di Malaysia tidak beranggapan sterotaip terhadap komuniti Suluk di negara ini selepas insiden di Lahad Datu.

“Kami komuniti Suluk Sabah dan Malaysia, sudah berada di sini untuk sekian lama.

“Mustahil bagi kami untuk menjadi sebahagian dari Filipina,” katanya.

Akjan turut menuntut permohonan maaf daripada Naib Presiden PKR, Tian Chua berhubung kenyataannya yang mengaitkan Umno dalam pencerobohan rakyat asing itu.

–mStar

Pelarian Filipina Dakwa Polis Kejam, Bagus! Pergi Mampus!

Pelarian Filipina Dakwa Polis Kejam, Bagus! Pergi Mampus!

Seorang rakyat Filipina yang melarikan diri dari Sabah ketika pencerobohan pengikut Jamalul Kiram mendakwa polis Malaysia bertindak kejam ketika melancarkan operasi besar-besaran memburu kumpulan pengganas tersebut.

Pelarian

Agensi berita Filipina, Inquirer melaporkan Amira Taradji, 44, mendakwa polis Malaysia memaksa lelaki-lelaki warga Filipina berlari sekuat hati, sebelum menembak mereka ketika menyerbu kumpulan pengganas itu di Sandakan, Sabah.

''Antara yang terbunuh dalam serbuan itu pada awal minggu ini adalah abang saya, Jumadil,'' dakwanya kelmarin.

Taradji yang berasal dari Calinan, Davao City merupakan antara 400 rakyat Filipina yang melarikan diri dari Lahad Datu, Semporna, Tawau dan Kunak di Sabah ke Sulu ketika pasukan keselamatan Malaysia melancarkan serbuan tersebut.

Wanita itu mendakwa serbuan itu sangat teruk buat rakyat Filipina dan kaum Suluk.

''Beberapa lelaki yang menunjukkan dokumen imigresen telah ditembak mati,'' dakwanya, memetik cerita warga Filipina lain yang melarikan diri bersamanya dari Sabah.

Taradji mendakwa mereka yang ditangkap pula tidak diberi makanan.

Beliau yang tinggal di Sandakan sejak berumur enam tahun dan memiliki kad pengenalan MyKad Malaysia berkata, mereka meninggalkan rumah di Sandakan apabila serbuan polis bermula pada awal minggu ini.

Seorang lagi warga Filipina, Carla Manlaw, 47, berkata, kebimbangan tinggi terhadap polis Malaysia menyebabkan dia dan keluarganya melarikan diri ke Bongao, Tawi-Tawi.

Dia bersama 99 warga Filipina lain yang menaiki dua buah bot ditahan ketika memasuki perairan Filipina dari Sandakan.

''Ramai yang melarikan diri bersama saya bimbang ditahan polis Malaysia,'' katanya. -agensi

*Sudah la datang tanpa dokumen, memandai-mandai pula tuduh polis kejam. Kalau dah subahat bunuh pihak keselamatan, bersekongkol dengan pengganas, takkan nak layanan tahap VVIP pula!

BACA INI JUGA: Mayat Pengganas Mereput Dalam Tempoh Singkat Angkara Ilmu Hitam

97 Pengganas Ditahan, Kampung Tanduo Kini Selamat

97 Pengganas Ditahan, Kampung Tanduo Kini Selamat

Selepas seminggu Operasi Daulat, polis hari ini mengumumkan Kampung Tanduo, kawasan pendaratan penceroboh militan sebulan lepas, kini bersih daripada kumpulan itu.


Pasukan keselamatan kini memberi tumpuan untuk membanteras penceroboh militan di kawasan Kampung Tanjung Batu dan Sungai Bilis.

Semalam seorang penceroboh ditembak mati di Kampung Tanjung Batu menjadikan jumlah pengganas militan yang mati setakat ini ialah 54 orang manakala 97 ditahan kerana disyaki terbabit dengan pengganas militan, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.

Pasukan keselamatan turut menahan 122 orang kerana berada dalam zon larangan Operasi Daulat.

Pada 8 Mac pasukan keselamatan melancarkan gerakan ofensif terhadap kumpulan penceroboh militan itu yang diikuti dengan operasi susulan dan penggeledahan bagi memburu mereka.

Bercakap pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat, Mej. Jen. Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di sini, Hamza berkata, 22 mayat pengganas militan telah dibawa keluar dan dihantar ke hospital untuk bedah siasat.


Hamza turut membenarkan wartawan mengambil gambar mayat-mayat pengganas militan itu bagi menepis dakwaan pihak tertentu yang mempersoalkan jumlah pengganas yang terbunuh.

Ditanya mengenai laporan akhbar berbahasa Inggeris hari ini bahawa Azzimuddie Kiram yang mengetuai pencerobohan itu, berjaya melarikan diri dalam operasi pasukan keselamatan di Semporna, Hamza dengan tegas menolak dakwaan berkenaan.

“Kalau saya tahu dia di Semporna sudah lama saya tangkap,” katanya.

Beliau turut menafikan laporan bahawa pasukan keselamatan menggunakan kekerasan terhadap masyarakat pendatang dari Sulu.

(Baca: PTI Suluk Tidak Pernah Dikasari, Sebaliknya Mereka Yang Besar Kepala!)

-BERNAMA