Wednesday, November 06, 2013

Jamal Abdillah Bakal Lamar Nas Adila?

Jamal Abdillah Bakal Lamar Nas Adila?

Penyanyi Datuk Jamal Abdillah, 54, yang sebelum ini pernah mengalami dua kali kegagalan dalam rumah tangganya dikatakan bakal melamar penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Nas Adila untuk dijadikan sebagai suri hidupnya.

Jamal Abdillah

Menerusi laporan Harian Metro hari ini, Jamal dikatakan terpikat dengan kelembutan dimiliki Nas manakala penyanyi wanita itu pula melihat Jamal sebagai lelaki matang dan stabil untuk dijadikan suami.

Sebelum ini, Nas dikatakan pernah putus tunang dengan seorang kerabat diraja selain baru sahaja putus cinta dengan Alif AF6.

Majlis merisik Raja Pop ini juga dikatakan akan diadakan secara tertutup dan hanya individu tertentu sahaja yang tahu mengenai majlis tersebut.

Kalau benarlah cerita yang disampaikan ini, tahniah diucapkan buat Jamal dan Nas.

Semoga ikatan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sumber: Mynewshub

Monday, November 04, 2013

Benarkah Ummi Nazeera Dan Aeril Zafrel Pernah Berkahwin?

Benarkah Ummi Nazeera Dan Aeril Zafrel Pernah Berkahwin?

Tak tahulah sejauh mana kebenaran kisah ini..

Ummi Nazeera

Terbaru, nama pelakon Aeril Zafrel sekali menjadi perhatian apabila dia dikatakan pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ummi Nazeera.

Menerusi laporan akhbar sisipan Bi-Pop, semalam, Zubir menulis bahawa kedua-dua mereka mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dengan penggambaran filem Penanggal arahan Ellie Suriaty.

Ummi Nazeera

Selain itu, Zubir turut menulis bahawa perubahan imej Ummi yang kini lebih islamik dipengaruhi oleh Aeril yang kini semakin berjinak-jinak dengan bidang agama.

Sebagai respons terhadap artikel yang ditulis itu, Ummi lantas menafikan khabar angin tersebut serta mengingatkan Zubir supaya menulis berdasarkan fakta dan bukannya sengaja mereka-reka fitnah seperti itu.



Friday, November 01, 2013

Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bakal Bernikah Pada 11.12.13?

Zain Saidin Dan Rozita Che Wan Bakal Bernikah Pada 11.12.13?

Pelakon Zain Saidin menolak desas-desus kononnya dia dan aktres Rozita Che Wan bakal bernikah pada 11 Disember depan mengambil angka 11.12.13.

Zain dan Rozita
Zain dan Rozita akan mengadakan sidang media khas bagi 
mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada bulan hadapan.

Zain, 29, berkata, dia dan Rozita akan mengadakan sebuah sidang media khas bagi mengumumkan tarikh pernikahan mereka pada pertengahan bulan hadapan selepas dia kembali dari Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran.

"Saya tidak pernah memberitahu kepada sesiapa untuk bernikah pada tarikh tersebut dan itu hanyalah andaian daripada pihak lain dan bukannya datang dari mulut saya atau pun Rozita.

"Bagaimanapun persoalan itu akan terjawab pada satu sidang media khas untuk mengumumkan perkara itu sekembalinya saya daripada Amerika Syarikat pada pertengahan bulan hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini pada Khamis.

Akhbar melaporkan pasangan itu dipercayai memilih tarikh tersebut kerana ia mempunyai turutan angka yang menarik dan sumber turut mengesahkan mengenai perkara berkenaan.

Dalam pada itu, Zain tidak menafikan tarikh berkenaan istimewa dan menjadi pilihan banyak pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan.

Gambar majlis merisik Zain dan Rozita yang diadakan di Carcosa Seri Negara pada 29 September lalu. Foto Ihsan AnnasEaskey Photography.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

"Ia adalah tarikh popular dan saya agak bimbang sekiranya kami memilih tarikh itu ia akan bertembung dengan banyak majlis lain yang mungkin akan menimbulkan masalah.

"Apa-apa pun masih belum ada keputusan muktamad mengenai tarikh kahwin kami dan ia akan dijelaskan pada sidang media itu nanti," ujarnya.

Pada 29 September lalu, keluarga Zain merisik Rozita dalam satu majlis tertutup di Carcosa Seri Negara di Kuala Lumpur.

Sementara itu, mengulas mengenai kekasihnya mengadakan sesi bergambar pra-perkahwinan di London baru-baru ini, Zain berkata, dia tidak dapat menyertai Rozita kerana sedang menjalani penggambaran Fear Factor di Cape Town, Afrika Selatan.

"Rozita ke sana bersama ahli keluarga yang lain dan dia ke sana bukan semata-mata untuk mengambil gambar pra-perkahwinan tetapi menguruskan beberapa perkara lain," katanya.

Sumber: mStar

Saturday, October 26, 2013

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

Sikap Tidak Matang Pekin Ibrahim Punca Tuduh Uqasha Curang?!

Kelmarin, kecoh sekejap dengan kisah keretakan hubungan percintaan pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose.

Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose

Puncanya, Pekin mendakwa Uqasha curang dengan menjalinkan hubungan dengan Sharnaaz Ahmad dan mendakwa mempunyai bukti tentang perkara itu.

Lebih panas lagi, dia mengatakan bahawa ini merupakan kali ketiga kekasihnya itu menipu dirinya.

Kenyataan itu kemudiaannya dinafikan oleh Uqasha yang nyata kecewa dengan tindakan Pekin yang memberi kenyataan melulu kepada media tanpa berbincang dengannya.

Bagaimanapun, beberapa jam selepas kisah itu tersebar di laman maya, Pekin tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah salah-faham semata-mata dan sudah meminta maaf dengan kekasihnya itu.

Persoalannya, dengan siapakah Uqasha pernah ‘curang’ sebelum ini, seperti yang didakwa Pekin?

Atau adakah dakwaan kecurangan itu hanya direka oleh dirinya yang mungkin sedang ‘angin satu badan’ sewaktu dihubungi pihak media?

Jika benar ia hanya rekaan semata-mata, memang rabaklah hati Uqasha. Bak kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Gambar yang dimuatnaik di laman Instagram Uqasha ini mungkin menggambarkan apa yang dirasakannya saat ini:

Uqasha Pernah Curang Atau Pekin Tak Matang?

Lain kali, sebelum nak buat sebarang kenyataan, bincanglah dulu dengan pasangan. Ini tidak, merajuk sampai tak mahu dengar penjelasan kekasih.

Kalau susah sangat, putuskan je la!

Sumber: Mynewshub


Friday, October 04, 2013

Cha Cha Maembong Dicop 'Playgirl'

Cha Cha Maembong Dicop 'Playgirl'

Pelakon remaja Cha Cha Maembong tidak mahu digelar ‘playgirl’ hanya gara-gara dia sering digosipkan dengan beberapa artis lelaki sebelum ini.

Emma dan Cha Cha Maembong
Emma dan Cha Cha Maembong.

“Asalkan saya keluar dengan artis lelaki saja mesti ada gosip. Sebenarnya kami berkawan-kawan. Saya takut dilabel playgirl. Tapi sebagai artis, memang kita tak dapat elak gosip-gosip tu.

Pada saya, saya buat tak layan saja. Semua artis ada cerita cinta mereka tapi gosip cinta saya tak benar”, katanya kepada Malaysian Digest yang turut menegaskan ketika ditemui pada sidang media telemovie khas sempena Aidiladha, Designer Didie Naik Haji bertempat di Auditorium P. Ramlee, Wisma Radio Angkasapuri, semalam.

Pemilik nama sebenar Siti Aishah Maembong, 17, ini berkata demikian ketika mengulas mengenai dirinya sering dikaitkan dengan artis lelaki seperti pelakon Shah Iskandar dan terbaru penyanyi Iqwal Hafiz.

Mengenai hubungannya cintanya dengan pelakon Shah Iskandar, Cha Cha berkata dia tidak mempunyai hubungan istimewa malah sudah lama tidak berhubung dengan aktor kelahiran Singapura itu.

“Saya pernah jalani penggambaran Pengantin Lari dengan dia. Dan gosip tu timbul masa kami sedang shooting drama tu. Kadang-kadang lepas shooting tu kami keluar lepak minum beramai-ramai. Tapi sekarang ni dah habis shooting memang kami dah lama tak jumpa”, ujarnya.

Sementara itu Cha Cha mengakui dia kini berkawan rapat dengan Iqwal Hafiz sepertimana yang digembar-gemburkan di internet.

Menurut adik kepada Emma Maembong ini, dia mengenali Iqwal sejak beberapa bulan lalu menerusi sahabat baiknya.

“Saya baru kenal dia dan tak sampai setahun pun kami berkawan. Baru-baru ni dia bersama ayah dan ibunya ada melawat saya di hospital sewaktu saya jalani pembedahan apendiks bulan lalu.

“Sebenarnya kawan baik saya yang kenalkan saya pada dia. Sebab dia pun sebenarnya kawan kepada kawan baik saya tu. Tapi setakat ni kami tak pernah lagi keluar berdua.

"Kalau keluar, kami mesti bertiga iaitu dia, saya dan kawan baik saya.

“Apa yang boleh saya katakan, kami baru nak kenal hati budi masing-masing”, katanya yang bakal muncul menerusi telemovie Designer Didie Naik Haji yang akan ditayangkan pada 15 Oktober ini di TV1.

Sumber: Malaysian Digest

Saturday, September 28, 2013

Zain Saidin Nafi Gosip Bertunang Rabu Lalu!

Zain Saidin Nafi Gosip Bertunang Rabu Lalu!

Pelakon Zain Saidin terkejut mendengar khabar angin kononnya dia telah bertunang secara senyap dengan aktres, Rozita Che Wan pada Rabu lalu.

Zain Saidin - Rozita Che Wan

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, bagaimanapun menafikan berita tersebut dan menganggap gosip berkenaan adalah mengarut.

“Semalam (Rabu) saya duduk rumah sahaja, mana ada kami buat majlis bertunang. Entah mana datang cerita mengarut ini?

“Kami masing-masing sibuk dengan kerja lagi dan belum berkesempatan untuk mengikat tali pertunangan,” katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.

Zain bagaimanapun tidak menafikan hasrat untuk mengadakan sebuah majlis pertunangan namun masih lagi belum diputuskan lagi memandangkan dia sibuk dengan penggambaran Oh My English dan Fear Factor Selebriti Malaysia 2 sehingga bulan November depan.

“Jika tiada aral, kami akan membuat sidang media khas untuk membuat pengumuman berkaitan majlis kami,” ujarnya.

Dalam pada itu, Zain berharap, tiada lagi pihak yang cuba mereka-reka cerita yang tidak benar berkaitan perhubungannya dengan Rozita kerana ia boleh disalah tafsir oleh segelintir pihak.

Zain dan Rozita dikatakan bercadang untuk bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam dekat sini.

Rozita yang pernah berkahwin sebelum ini mempunyai dua orang anak iaitu Ammar Effendy, 17, dan Aniq Ezra, yang berusia 15 tahun.

Dalam perkembangan lain Zain juga sibuk dengan penggambaran drama berjudul Cucur Bawang Kopi O terbitan RTM.

Sumber: Mynewshub