Tuesday, February 26, 2013

Pisau Tercacak Diperut Warga Emas Dirompak

Pisau Tercacak Diperut Warga Emas Dirompak

Seorang warga emas berusia 64 tahun nyaris maut ditikam dua lelaki bermotosikal yang bertindak menyamun mangsa dalam kejadian di belakang tokong Cina, Jalan Maharajalela, di sini, petang tadi.


Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, mangsa, Wong Kock Hin berseorangan melalui laluan pejalan kaki.

“Secara tiba-tiba mangsa dihampiri dua lelaki menunggang sebuah motosikal lalu bertindak cuba menyamun mangsa. Difahamkan berlaku pergelutan menyebabkan suspek menikam perut mangsa menggunakan pisau pemotong sayur.

“Mangsa rebah dengan pisau melekat di perutnya. Suspek memecut laju meninggalkan mangsa dan orang awam yang melihat kejadian itu menghulurkan bantuan,” katanya.

Zainuddin berkata, mangsa yang menetap di Bandar Bukit Jalil, dekat sini kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan.

-Hmetro

Friday, September 28, 2012

Wanita Warga China Jual DVD Lucah

Wanita Warga China Jual DVD Lucah

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menahan seorang wanita warga China dan merampas 1,865 keping cakera video digital (DVD) cetak rompak termasuk DVD lucah dalam serbuan di pusat penjaja Lawan Kuda di Gopeng, dekat sini hari ini.


Ketua KDN Cawangan Perak, Zaki Mohamad berkata, wanita berusia 43 tahun itu ditahan pada pukul 12 tengah hari ketika sedang menjual DVD tersebut kepada orang ramai di pusat penjaja berkenaan.

"Apabila wanita terbabit menyedari kehadiran anggota KDN, dia cuba melarikan diri tetapi berjaya diberkas dan hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 1,500 keping DVD cetak rompak pelbagai filem Inggeris dan China serta 365 keping DVD lucah disimpan dalam sebuah beg," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Zaki berkata siasatan juga mendapati wanita berkenaan memasuki negeri ini menggunakan pas lawatan sosial dan beliau masih ditahan untuk siasatan lanjut.

Serbuan dilakukan mengikut Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh didenda tidak kurang RM5,000 sehingga RM30,000 bagi DVD filem manakala bagi video lucah, pengedar boleh didenda RM10,000 sehingga RM50,000 atau tidak lebih lima tahun penjara.

-Bernama