Thursday, April 05, 2018

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK


Britain sememangnya dipenuhi dengan lokasi seram dan menakutkan, ditambah pula dengan cerita penampakan roh dan salah satu lokasi paling menyeramkan ialah kediaman keluarga nombor 30 di East Drive, Ponterfract, Yorkshire.

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

Di sebalik kediaman itu yang dibina pada era 1950-an, terselit satu kisah popular sejak zaman-berzaman, The Black Monk of Ponterfract (Sami Hitam Ponterfract).

Ghost Quest, pasukan penyiasat paranormal yang memburu hantu dengan perspektif skeptikal membuat penjelasan berdasarkan siasatannya.

Pasukan ini sebolehnya akan menghuraikan kejadian misteri menerusi penjelasan logik akal sebelum membuat andaian dan kesimpulan yang ia betul-betul misteri dan berhantu.

Di Yorkshire misalnya, pencarian mereka turut membawa ke lokasi sama iaitu 30 East Drive.

Apa sebenarnya yang tersembunyi di kediaman itu?

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

Mengikut cerita, 'hantu' sami itu mula mengganggu keluarga Pritchard sekitar 1960-an seperti merosakkan salib, menampar muka keluarga berkenaan dan menghasilkan bau-bauan yang tidak menyenangkan.

Malah, hantu itu juga sering mengenakan 'prank' kepada keluarga itu seperti mencurah susu dan sebagainya.

Namun, kekacauan itu bertambah dahsyat apabila hantu itu menarik anak perempuannya, Dianne, menaiki tangga ke tingkat atas sehingga meninggalkan kesan di leher.

Dianne juga kerap ditolak dari katilnya oleh makhluk berkenaan.

Ibu bapanya, Joe dan Jean turut menyaksikan kelibat menakutkan sami berpakaian hitam terbang di atas katil mereka.

Penyiasat paranormal, Tom Cuniff yang membuat kajian lanjut mendapati terdapat satu tiang gantung berhadapan dengan rumah itu.

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

Jelasnya, sami itu yang hidup pada zaman pemerintahan Henry VIII telah digantung di situ atas kesalahan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan.

Penjelasan ini memberi gambaran mengapa hantu sami itu begitu obses terhadap anak perempuan mereka, Dianne.

Sejak itu, sudah ramai penyiasat paranormal yang sering berkunjung ke lokasi itu.

Walaupun aktiviti pemujaan dan permainan papan ouija tidak dibenarkan, para penyiasat masih boleh merasa kehadiran makhluk berkenaan di situ.

Operator kamera berusia 24 tahun, Ben yang bekerja untuk Ghost Quest berkata, sudah bertahun dia memburu hantu.

Dia merumuskan memang makhluk halus ada berkeliaran di sekeliling manusia walaupun fizikal mereka sudah tiada setelah meninggal dunia.

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

"Rumah nombor 30 di East Drive ni adalah lokasi wajib untuk semua penyiasat dan pemburu hantu.

"Saya tertanya-tanya kenapa hantu itu begitu kuat di sini sehingga kami terpaksa menyiasat sejarah rumah ini dan tapaknya," ujar Ben.

Antara pengalaman aneh yang dirasainya ialah gangguan bunyi seperti pintu diketuk dan bunyi tapak kaki.

Menerusi kamera khas SLS yang digunakannya, dia dapat melihat satu figura aneh sedang berjalan.

Lebih menakutkan, makhluk itu berjalan menuju ke arahnya.

Sewaktu berada di sana, Ben menghabiskan masa tujuh jam berjalan di dalam rumah itu ketika teman penyiasatnya yang lain sedang tidur.

Kamera Rakam Entiti Seram Di '30 East Drive', Rumah Paling Berhantu UK

"Saya tak nak cakap rumah ni berhantu, tapi nak cakap tak berhantu pun tak betul juga.

"Yang pasti, memang ada sesuatu yang aneh dan menyeramkan di sini," jelasnya lagi.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: Video Seram Pembantu Rumah Dirasuk ‘Nenek Bongkok’

sumber: mstar

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon