Monday, April 24, 2017

Metabolisme Rendah Punca Sukar Untuk Kurus!


Apa kaitan kadar metabolisme dengan berat badan? Kenapa metabolisme rendah boleh menyebabkan seseorang itu sukar untuk kurus?

Metabolisme Rendah

Metabolisme ialah satu keadaan atau kadar penghasilan tenaga dalam badan kita yang mana ia dikawal oleh enzim dan hormon.

Ia bukan sahaja menukarkan makanan menjadi tenaga malah juga memberi kesan sejauh mana ia mampu membakar tenaga tersebut.

Tubuh kita mendapat tenaga daripada kalori yang kita makan, dan tahap metabolisme kita pula menentukan berapa cepat pula kalori itu tadi dibakar.

Individu bermetabolisme tinggi akan membakar tenaga lebih cepat, dengan itu membawa kepada penurunan berat badan dan begitu juga sebaliknya,  metabolisme rendah menyebabkan pengumpulan lemak.

Setiap individu membakar kalori pada kadar yang BERBEZA.

a. Apakah yang mempengaruhi kadar metabolisme?

1. Usia. Secara purata ia menurun sebanyak 5% setiap 10 tahun, selepas berusia 40 tahun.

2. Jantina. Lelaki membakar lebih kalori pada waktu rehat berbanding wanita.

3. Nisbah jisim otot tanpa lemak. Lebih banyak jisim otot, lebih tinggi kadar metabolik tubuh.

4. Keturunan

5. Masalah kelenjar tiroid

b. Apakah simptom jika seseorang itu mempunyai kadar metabolisme yang rendah?

1. Cepat naik berat badan.

2. Perubahan otot dimana otot menjadi lemah, kaku dan sakit.

3. Penat/lesu.

4. Tahap kesihatan rendah contohnya sering pucat, rambut rapuh dan muka sembap.

5. Individu yang mempunyai kadar metabolisme rendah disebabkan hipotiroidisme biasanya sering mengalami menstruasi yang banyak.

c. Bagaimana meningkatkan metabolisme tubuh?

1. Minum banyak air kosong

Air kosong mengandungi 0 kalori, tetapi membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

2. Makan sedikit tetapi kerap

Apabila anda ambil keputusan untuk skip meal (breakfast, lunch atau dinner), anda memaksa tubuh masuk ke dalam 'survival mode' dimana metabolisme menjadi perlahan untuk 'memelihara tenaga'.

Metabolisme perlahan menyebabkan tubuh membakar kalori juga lebih perlahan.

Makanlah tiga hidangan sihat setiap hari untuk meningkatkan metabolisme dan membakar lebih banyak tenaga.

3. Makan makanan berempah dan pedas

Mengikut kajian, mengambil makanan berempah contohnya yang mengandungi capsaicin seperti cili, boleh meningkatkan kadar metabolisme.

Capsaicin ialah komponen bioaktif yang membuatkan cili berasa panas dan pedas. Ia juga menyebabkan selera anda meningkat.

4. Senaman

Semasa bersenam, tubuh membakar kalori secara semulajadi, begitu juga semasa ia sedang rehat. Senaman angkat berat membakar lebih banyak kalori berbanding senaman kardiovaskular (berlari).

5. Mengambil protein

Otot membakar kalori lebih cepat daripada lemak, oleh itu mengekal atau membina jisim otot akan meningkatkan metabolisme secara tetap.

6. Mengambil kalsium

Makanan dan minuman tinggi kalsium seperti susu menyebabkan tubuh memetabolismekan lemak lebih efisen. Minum segelas susu sehari membantu tubuh membakar kalori lebih cepat.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA: 3 Bahan Yang Mampu Kempiskan Perut Buncit Dalam Masa Satu Minggu

sumber: ilhamfamilysihat

1 comment

  1. Betul tu.. Sebab ada orang yang makan 2 3 kali nasi tetap kurus.. dan ada yang separuh nasi masih gemuk

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon