Friday, June 12, 2015

Awie Mahu Rozana Pulangkan Duit Yang Dicuri Syarat Bercerai


Penyanyi dan pelakon popular Awie menegaskan bahawa dia tidak akan melafazkan cerai terhadap Rozana Misbun selagi wanita itu tidak memulangkan duit dan harta yang dicuri daripada anaknya.

Awie

"Saya boleh menceraikan dia hari ini juga, namun saya tidak akan berbuat demikian selagi Rozana tidak memulangkan harta benda yang diambil milik anak-anak.

"Berhentilah mengaburi mata masyarakat dengan pelbagai tipu helah. Siapa yang dia cuba tipu sebenarnya?

"Saya tidak akan mengenal erti penat turun naik mahkamah demi memperjuangkan hak anak-anak saya," katanya yang dipetik dari BH Online.

Dalam pada itu, Awie berkata keadaan rumahtangga mereka semakin rumit apabila Rozana bertindak 'merompak' dua anak mereka ketika berada di sekolah.

Awie berkata dia kini telah mengupah pengawal untuk menjaga anak dibawah jagaanya iaitu Merah supaya kejadian sama tidak berulang.

"Saya menyediakan pengawal untuk menjaga Merah ketika dia di sekolah dan sebagainya. Saya tak mahu kejadian sama berulang lagi.

"Dua orang anak saya iaitu Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Putri Qaseh Antashah, 5, kini dibawah penjagaan Rozana, namun saya difahamkan mereka tidak bersekolah buat masa ini."

BACA INI JUGA: Lelaki Atau Wanita, Siapa Paling Curang?

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon