Wednesday, February 11, 2015

Rekod Baru Lukisan Termahal Di Dunia


Lukisan yang dihasilkan Paul Gauguin pada abad ke-19 berjaya memecahkan rekod karya seni paling mahal apabila dijual pada harga mencecah £197 juta (RM1.06 bilion) pada satu lelongan di Basel, Switzerland, baru-baru ini.

Nafea faa ipoipo

Lukisan yang diberi nama Nafea faa ipoipo itu memaparkan dua wanita Tahiti selepas Paul menghabiskan masa di pulau tropika itu pada penghujung abad ke-19.

Bekas pemiliknya, Rudolf Staechelin yang merupakan seorang pengumpul hasil seni dan berasal dari sini mengesahkan penjualan tersebut.

Dia menyatakan, lukisan itu dijual berikutan harga yang ditawarkan cukup lumayan.

“Persoalannya, mengapa sekarang?

Ia adalah kerana harga yang ditawarkan kepada kami cukup lumayan,” katanya kepada New York Times.

Rudolf bagaimanapun enggan mendedahkan identiti pembeli tersebut, namun ada dakwaan yang mengatakan lukisan itu dibeli oleh kerajaan Qatar.

Jika laporan mengenai jualan tersebut disahkan, ia sekali gus akan memadam rekod sebelum ini yang dipegang artis seni Paul Cezanne selepas lukisannyayang bertajuk The Card Players dilelong pada harga £170 juta (RM918 juta).

Gauguin dan Cezanne merupakan sebahagian daripada pelukis kelahiran Perancis yang melonjak reputasi selepas kematian mereka. –Agensi

BACA INI JUGA: Top 5 Lukisan Paling Menyeramkan Di Dunia

6 comments

  1. susah nak faham jiwa orang seni. lukisan tu nampak biasa saja bagi saya yang tak faham seni tapi bagi orang seni, ada nilai nilai estetika yang tinggi dalam lukisan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seni adalah perkara mengarut yang diterima oleh masyarakat moden. Tak faham betul citarasa org2 kaya ni.

      Delete
  2. 1 billion kalau bagi seribu org dpt sejuta sorang sp...
    seribu org ni lah yg akan buat kerja mengarut bertujuan membodohkan jutawan2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasib baik SP bukan salah seorang dari seribu orang tu..hehe

      Delete
  3. Maaflah cakap.. saya tak nampak kat mana nilai estetik lukisan tu smpi mahal sgt... mungkin saya ni masih buta seni kot huhu...

    ReplyDelete
  4. Dulu ..pernah jugak belajar art history ni..mereka ni sezaman dari era impressionism...masa itu ramai pelukis masyhur yg terkenal...selain paul gaugain , cezane..yg paling terkenal ialah van gogh..claude monet dan banyak lagi....panjang nak citer ni...sebab masa saya belajar tu bahagian oil medium..so zaman tu dah mula ada oil painting dan pendedahan seni lukisan dari Timur......

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon