Saturday, December 29, 2012

Lelaki Bosan Pakai Anting-anting Gunting Telinga Sampai Putus

Lelaki Bosan Pakai Anting-anting Gunting Telinga Sampai Putus

Info Ngeri. Seorang lelaki yang telah bosan dengan keadaan cuping telinganya yang berlubang besar kerana pernah memakai anting-anting bulat besar.


Dek kerana bosan dengan penampilan cuping telinganya, dia bertindak gila dengan memotong cuping telinganya.

Keadaan itu menyebabkan cuping telinganya berubah dari keadaan asal iaitu menggelebeh jatuh ke bawah.

Mungkin juga lelaki itu berasa puas dengan keadaan cuping telinganya yang baru.

Apa yang pelik, lelaki itu tidak langsung menggunakan alat yang sesuai ketika melakukan ‘pembedahan’ kecil cupingnya.


Bukan apa, takut terkena sebarang jangkitan yang serius.

Jika tidak, bermacam-macam penyakit pula yang datang nanti.

[Sumber]

Guru Wanita Kembar Rupanya Penggusti Yang Hebat

Guru Wanita Kembar Rupanya Penggusti Yang Hebat

Melihatkan pasangan kembar, Lucy dan Kelly Knott, 24, tiada apa yang pelik pada diri mereka.


Wajah kedua-dua kembar itu jelas menampakkan personaliti diri mereka yang lemah lembut dan sopan.

Sesuailah dengan kerja mereka sebagai guru yang bertugas di St Winifred’s RC Primary School di Stockport, United Kingdom.

Tetapi, pastinya ramai yang tertipu dengan kelembutan wajah Lucy dan Kelly.

Ini kerana, di waktu siang, mereka berkerja sebagai guru tetapi pada waktu malam, mereka bertugas pula sebagai ahli gusti!

Lucy dan Kelly meminati dunia gusti sejak berusia 12 tahun lagi kerana sering menonton rancangan gusti bersama-sama abangnya hampir setiap hari.

Kerana memikirkan minat dan keinginan tinggi untuk menjadi ahli gusti, kembar itu menceburi dunia gusti pada umur 16 tahun.

Malah, mereka berdua yang bekerjasama sebagai satu pasukan gusti menamakan diri mereka sebagai The Blossom Twins.


Uniknya, sebelum setiap kali perlawanan gusti dijalankan, Lucy dan Kelly akan menawan penonton dengan cara mereka sendiri iaitu dengan memberikan kek cawan, ‘cup cake’ kepada semua orang.

“Kami sangat suka menonton rancangan gusti dengan abang kami semasa kecil dan membuat keputusan untuk meneruskan minat menjadi ahli gusti.

“Sejak itu, kami hidup dan terus berusaha untuk bergusti apabila peluang itu ada. Kami benar-benar mengejar impian kami,” kata mereka.

Ketika ini, Lucy dan Kelly sedang berusaha untuk menjadi sebahagian dari kumpulan Total Non Stop Action Wrestling (TNA) British Boot Camp.

Walaupun mereka berkerja sebagai guru yang ditugaskan untuk mendidik anak-anak muda, Lucy dan Kelly tidak melihat kerja sampingan mereka itu menjadi masalah.

Kerana, setiap pekerja dan murid-murid mereka sangat menyokong usaha mereka dan sentiasa memberi semangat buat Lucy dan Kelly untuk mencapai impian mereka.

-Dailymail

5 Rumah Paling Mahal Di Dunia

5 Rumah Paling Mahal Di Dunia

Rumah adalah sesuatu yang tak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia, kerana selain berfungsi sebagai tempat berlindung, rumah juga adalah tempat dimana para manusia membina rasa sayang pada keluarga serta membina komunikasi dengan manusia lainnya. Begitu berharganya sebuah rumah.

Berikut adalah senarai 5 rumah termahal di dunia.

Antilla (USD$1 Billion)

Antilla

Inilah rumah paling mahal di dunia. Rumah yang dimiliki oleh Mukesh Ambani, pengusaha dan jutawan terkemuka dari India yang juga merupakan orang yang tersenarai 100 orang terkaya di dunia.

Rumah ini mempunyai 27 tingkat dengan ruangan yang sangat luas, malah garajnya sahaja boleh menampung kira-kira 150 kereta.

William Randolph Hearst’s Mansion (USD$165 Juta)

William Randolph Hearst%u2019s Mansion

Rumah mewah ini milik William Randolph Hearst, mempunyai 3 kolam renang, 29 bilik tidur yang sangat luas. Di dalamnya juga terdapat sebuah disko dan sebuah mini bioskop.

Elena Franchuk’s Victorian Villa (USD$161 Juta)

Elena Franchuk%u2019s Victorian Villa

Rumah ini terletak di Kensington, London. Rumah ini setinggi lima tingkat dan mempunyai 10 bilik tidur, kolam renang di halaman rumah, ruang panik, bioskop serta bilik sauna.

Aaron Spelling’s Manor (USD$150 Juta)

Aaron Spelling%u2019s Manor

Rumah ini berdiri di atas tanah yang terbentang luas sepanjang 56,000 meter persegi dan dibina pada tahun 1991.

Memiliki 123 bilik, gelangang tenis, gelanggang skating, gelanggang bowling dan beberapa kolam renang.

Hala Ranch (USD$135 Juta)

Hala Ranch

Dimiliki oleh Pangeran Bandar bin Sultan bin Abdulaziz dari Arab Saudi, mempunyai 27 bilik mandi dan 15 bilik tidur bersama dengan kolam renang, jalan ski persendirian, lampu fabrik dan gelanggang tenis.

Bangunan ini dibina di atas kawasan tanah seluas 14,397 kaki persegi.

BACA INI JUGA: Rumah Berhantu Amityville 'The Conjuring' Berharga RM3.4 Juta!

sumber: tulahan

Hotel Berhantu Paling Seram Di Amerika

Hotel Berhantu Paling Seram Di Amerika

Dibangunkan tahun 1886, hotel ini dirancang oleh arkitek terkenal Isaac L. Taylor dan diberi nama Mecca pada awal abad 19.


"Hotel Cresent" ini dipercayai sebagai hotel paling seram di Amerika kerana berhantu.

Menurut cerita, ketika hotel ini mengalami kejatuhan, hotel ini telah dijadikan sebagai sebuah sekolah. Pada  tahun 1937 hotel tersebut telah dibeli oleh seorang doktor bernama Norman Baker. Dia telah mendirikan sebuah yayasan untuk menyembuhkan penyakit kanser.

Walau bagaimanapun, para pesakit yang datang untuk berubat dikatakan tidak ada yang sembuh dan akhirnya meninggal di hospital tersebut.

Sejak itulah, bayangan hantu pesakit yang meninggal di hospital tersebut dilihat sering berkeliaran dan sering muncul dihadapan para pengunjung.

BACA INI JUGA: 10 Kisah Menarik Filem-filem Seram Hollywood

-SENTIASAPANAS.COM

Unik! Kolam Renang Terbesar Di Dunia Sepanjang 1 Km!

Unik! Kolam Renang Terbesar Di Dunia Sepanjang 1 Km!

Info Unik Dunia. Menurut The Guinnes World Records, kolam renang terbesar di dunia adalah San Alfonso del Mar Seawater pool di Algarrobo yang terletak di Chile.


Kolam renang terbesar di dunia ini sepanjang 1 kilometer, meliputi kawasan seluas 20 hektar dan menggunakan 66 juta gelen air.


Kolam renang yang telah dibina selama 5 tahun ini juga dapat disusuri dengan menggunakan perahu kecil.

-SENTIASAPANAS.COM
Inilah Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia

Inilah Kolam Renang Paling Dalam Di Dunia

Nemo 33, pusat rekreasi scuba diving yang terletak di Uccle, Belgium adalah kolam renang terdalam di dunia. Kolam renang ini mempunyai dua dasar besar. Dasar terendah di peringkat kedalaman 16 kaki dan 32 kaki dan sebuah lubang melingkar besar turun hingga mencapai kedalaman 108 kaki.


Kolam ini telah diisi dengan sejumlah air yang sangat banyak iaitu 2.5 juta liter air. Selain boleh menyelam ke dasar kolam ini, kolam ini dilengkapi dengan jendela agar pengunjung dapat melihat kolam dari berbagai tingkat kedalaman.

-SENTIASAPANAS.COM

Penari Tak Sengaja Tanggal Seluar Atas Pentas!

Penari Tak Sengaja Tanggal Seluar Atas Pentas!

Liliana Mass merupakan seorang penari Hot Dancer dari Peru. Beliau bukan sahaja penari, malah celebriti TV dan juga model.


Beliau menjadi popular dengan tiba-tiba seluruh dunia apabila ketika dalam satu persembahan tarian pentas, rakan tarinya telah mengenakan beliau dengan melondehkan skirt tariannya, dan lebih memalukan, skirt tersebut ditarik sekali dengan seluar dalam beliau hingga ke paras buku lali!


Memang memalukan, tetapi beliau menganggap perkara tesebut sebagai satu jenaka dan tidak berhenti ketawa ketika berbicara mengenainya. Katanya beliau akan membalas dendam terhadap rakannya itu!

[Sumber]

Top 5 Ultrabook Terbaik 2012

Top 5 Ultrabook Terbaik 2012

Sebenarnya agak sukar untuk menentukan ultrabook mana satukah yang terbaik kerana masing-masing memiliki kelebihan dan kekurangan. Kita juga telah sedia maklum bahawa ultrabook yang ada dipasaran menggunakan prosesor laju seperti Intel Core i3, Core i5 dan Core i7.

Namun, mungkin senarai dibawah ini adalah ultrabook yang terbaik sekali dan tidak rugi jika sekiranya anda menjadikannya sebagai pilihan.

Acer Aspire S7


Datang dengan dua versi 11.6 inci dan 13.3 inci, ia direka untuk Windows 8 dan menawarkan operasi selaras keyboard dengan penggunaan 10-titik sentuhan hasil kombinasi paparan sentuh Corning Gorilla Kaca 2 untuk perlindungan.

Toshiba Portege Z930


Paparan 13.3 inci, Portege Z930 adalah kecil, kemas dan ringan. Ultrabook bergred untuk perniagaan ini memiliki sokongan jalur lebar mudah alih meletakkan Z930 dalam kelas yang tersendiri. Selain itu ia turut memiliki storan asas 128GB dan bateri 8.5 jam kegunaan berterusan.

Samsung Series 9


Bersaiz nipis 0.58 inci dan berat 1.7 kg, ia adalah salah satu ultrabook paling mudah alih dengan skrin 15 inci berevolusi 1600 x 900 piksel. Audio yang berkualiti, masa boot cepat dan hayat bateri yang panjang juga menarik perhatian.

Lenovo ThinkPad X1 Carbon


Dengan berat sekitar 1.8 kg, ia turut memiliki keyboard backlit gaya chiclet dengan pengimbas cap jari untuk log masuk ke Windows. Pemprosesan Sandy Bridge pula memastikannya sepadan dengan prestasi dan sesuai untuk perniagaan super-nipis.

Asus Zenbook Prime UX32VD


Memiliki sistem multimedia yang stabil hasil grafik Nvidia dengan Optimus, UX32VD tepat di standard ultrabook sebenar dengan bersepadu yang menjadikan permainan dan tontonan video kegemaran anda sanga menakjubkan. Kapasiti simpanannya turut memenuhi selera dalam kelas ini.

-SP

Benarkah Wanita Perlukan Zakar Yang Panjang Untuk Puas?

Benarkah Wanita Perlukan Zakar Yang Panjang Untuk Puas?

Menurut Hendrawan Nadesul, penulis buku "Mitos Mengenai Seks", tiap wanita berbeza suku bangsa punya toleransi panjang zakar. Yang paling pendek adalah wanita Asia, kerana rata-rata vagina hanya boleh "menampung" zakar sampai 17cm (6.6 inci) saja.

Zakar panjang

Untuk wanita Afrika, kemaluan mereka boleh dimasuki zakar sampai panjangnya 25cm (9.8inci). Sedangkan, untuk wanita kulit putih, toleransi zakar adalah 20cm (7.8inci).

Panjang zakar bukan menjadi tolak ukur kepuasan seks pada wanita. Justeru kalau vagina dimasuki oleh zakar yang panjangnya melebihi toleransi, boleh mengakibatkan rasa sakit.

Ujung-ujungnya, kemesraan bercinta tidak terjadi. Ukuran zakar lelaki biasanya juga mengikuti toleransi dari vagina wanita dari suku bangsanya.

"Urusan kenikmatan itu tak berkorelasi dengan ukuran. Hanya 6cm (2.3inci) saja sudah cukup membuat perempuan orgasme kerana letak G-spot rata-rata pada kedalaman tersebut," ujar Hendrawan.

Kepuasan seks ditentukan banyak faktor. Yang paling penting adalah mewujudkan suasana foreplay yang cukup "panas".

Sehingga, semasa penetrasi, terjadi perasaan ghairah yang boleh berakhir pada orgasme oleh kedua-dua pasangan.

Mood yang baik juga harus dibentuk dari awal hingga akhir "pertempuran".

Biar lebih mencabar, lakukan pelbagai fantasi seks agar tidak membosankan.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

Top 5 Hibrid Tablet + Laptop Terbaik 2012

Top 5 Hibrid Tablet + Laptop Terbaik 2012

Kepada peminat gadget Hibrid Tablet + Laptop, ini adalah senarai terbaik bagi tahun 2012. Tanpa ragu-ragu, kumpulan ini berada dikelasnya yang tersendiri.


(Baca: Apa itu Hibrid Tablet + Laptop?)

XPS Duo 12


Memiliki paparan inovatif berputar dengan skrin 12 inci bersama resolusi HD penuh. Ia turut memiliki backlit keyboard dan bezel magnesium aloi yang menghasilkan reka bentuk nipis.

Toshiba Satellite U925t


Dikuasakan oleh kuasa penuh Core i5, ia memiliki skrin sentuh Gorilla Glass slaid 12.5 inci, mendedahkan papan kekunci saiz penuh dan pad sentuh.

ASUS Transformer Pad lnfinity TF700


Dengan pemprosesan 1.6GHz Tegra 3 dan RAM DDR3, ia menjadikan tablet Android ini antara yang terpantas di dunia. Ia turut dilengkapi dengan kamera luar biasa, skrin beresolusi tinggi dan fleksibiliti persekitaran.

Samsung Series 7 Slate


Dibekalkan dengan input S Pen, ia membenarkan kita bekerja dengan aplikasi Samsung Note dan sambungan dengan peranti Android lain. Selain itu, turut dilengkapkan paparan 1080p dan kuasa Core i5.

ASUS Taichi


Meletakkan skrin sentuh 1080p kedua pada penutup dan menunjukkan kandungan yang sama pada kedua-dua skrin Taichi dikuasakan pemprosesan Intel Ivy Bridge, SSD, casis aluminium dan keyboard backlit.

-SP

Kegagalan Pembedahan Plastik Yang Menakutkan

Kegagalan Pembedahan Plastik Yang Menakutkan

Pembedahan yang disangkakan membawa kecantikan dan lebih luar dari biasa, malangnya menjadikan rupa mereka seperti hantu yang menakutkan, tubuh mereka kelihatan meloyakan dan lebih malang, mereka mungkin akan mati dalam kesengsaraan kerananya.


Menakutkan huhu..

-SP